Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 3 - bab3

Chapter 3 - bab3

Cikgu ok tak ni? " soal Fatin risau usai memapah aku ke bilik rawatan.

"cikgu ok je, biasalah terseliuh sedikit, " ucapku.

Walhal sakitnya hanya Allah yang tahu.

"ambil ni, " arah satu suara dari muka pintu.

Perlahan aku memdongak melihat pemilik suara itu.

Haniff memandang aku tanpa riak sambil sebelah badannya disandarkan di tepi pintu.

Aku tersenyum lalu menyambut huluran ice bag dari Haniff.

"thanks, Cikgu Haniff, nanti saya belanja awak makan eh, " ucapku mesra lalu menghadiahkan senyuman termanis di abad ini,

"No need. " ucapnya tegas dan serius.

Hek eleh, orang nak nak belanja pun jual mahal, tak apa, aku akan pastikan kau akan keluar makan juga dengan aku wahai si beku!

"tu bukan offer, "balas ku perlahan.

Fatin memandang aku pelik, aku tahu pasti budak ini mahu bertanya tapi tidak berani, kerana Cikgu Haniff ada disini, 

"Fatin, awak pergi lah masuk kelas, lepas ni kelas apa? " soalku kepada Fatin yang sedang mengurut perlahan  pergelangan kaki ku.

"Cikgu ok ke? Atau nak saya panggil kan cikgu lain temankan cikgu? " tanya Fatin risau.

"tak perlu lah, saya ok je, saya tanya, awak lepas ni subjek apa? " soalku sekali lagi, aku pasti akan rindu dengan Fatin nanti, al maklum lah,tahun ini tahun terakhir dia di sekolah,

"erk, lepas ni,.. Kelas math, dengan Cikgu Haniff. " jawab Fatin teragak-agak.

"haa pergi lah masuk kelas, nanti naik hangin pula Cikgu Haniff awak tu, " ujar sambil mataku mengerling ke arah Haniff Mikail yang sedang bersandar di tepi pintu.

Fatin kemudian, meminta diri dan berlalu pergi. Namun Haniff tidak pula bergerak atau turut sama pergi kelas, sebaliknya, sepasang mata miliknya masih memandang ke arah kakiku, yang mula membengkak.

"ehem!  Tak elok tau, Cikgu Haniff tenung kaki anak dara orang lama macam tu, dosa! " ujarku dengan nada suara yang sengaja aku lembutkan.

Aku perasan wajah Haniff merona merah dan dia terlihat tersentak dan sedikit kalut.

"erk, saya keluar dulu, hati-hati bilik ni nampak seram. " ujarnya lalu berlalu pergi.

Ceh, dia baru seminggu dekat sini,ada hati nak takutkan aku, cover malu lah tu, tanpa sedar,aku tersenyum sendiri.

****

Terhincut-hincut aku menapak ke bilik guru, mujurlah bilik guru terletak sebaris dengan bilik rawatan, tidak lah jauh aku perlu menapak,

Masuk sahaja ke bilik guru, semua mata memandangku,

"eh Cikgu Alisya, kenapa ni? " soal Cikgu Mariam, prihatin.

"terseliuh, jatuh dekat padang tadi. " jelasku sambil berjalan menujun ke meja.

Pantas Cikgu Mariam bangun lalu membantu aku untuk sampai ke meja.

"thanks akak, " ucapku bersama segaris senyuman.

"Lisya banyak kelas ke hari ni?  " soal Cikgu Mariam yang mejanya hanya selang dua meja dari mejaku.

"ada satu kelas dengan 4 Aura, masa terakhir. Tak tahu lah nak masuk kelas macam mana, kelas 4 Aura tinggi pula tu, " ujarku, rungsing.

Tok-tok!  Kedengaran pintu bilik guru diketuk.

Lalu dikuak perlahan,terlihat Kak Sah di muka pintu sambil tersenyum sambil membawa satu beg plastik.

Kak Sah merupakan pengusaha kantin di sekolah ini.

"Assalamualaikum,erm ni hah,Cikgu Haniff minta akak hantar makanan dengan air untuk Cikgu Alisya. Katanya,Cikgu tak boleh jalan ye?" terang Kak Sah sambil matanya melihat ke arah kakiku.

"apa? Cikgu Haniff mintak akak hantar makanan untuk Alisya? Macam something wrong somewhere je ni," ujar Cikgu Mariam sambil merenung wajahku dengan pandangan yang penuh persoalan.

"aah,tapi tu lah,dia tak cakap nak lauk apa,dia suruh bungkuskan je,lepastu dia bayar,akak bungkus nasi lemak ayam,Lisya ok je kan,ni favourite Lisya kan," soal Kak Sah meminta kepastian.

"Lisya ok je kak,tq!" ucapku bersama segaris senyuman.

"oit,laju eh buat kerja,baru je kenal 2-3 hari kan,ke Lisya pernah jumpa dia sebelum ni?" soal Cikgu Mariam.

"mana ada kak,orang bagi,kita terima je lah kan,why not!" ujarku ceria sambil membuka ikatan bukusan air milo,.

***

"Cikgu Alisya!" jerit seseorang.

Aku menoleh dan melihat satu susuk lelaki berjambang separuh abad yang ketinggian tidak pun mencecah 160 cm bersama pakej buah tembikai di perut,rambut yang boleh dikira tidak sampai sepuluh helai  memandang aku dengan tenungan penuh kerisauan.

Aduh!! Cikgu Latip ni,aku nak lari mana dari orang tua miang ni,dia ni,tak sedar ke umur tu dah nak pencen,isteri dah tiga,tapi masih nak menggatal,entah berapa puluh cucu dah ada,haih,naik bulu roma aku!

"yes Cikgu Latip,kenapa panggil saya?" soalku besama senyuman paksa.

"abang dengar,Lisya,terseliuh,nak gugur jantung abang" ujar Cikgu Latip yang mula menghampiri diriku.

"erk,sikit je Cikgu, saya ok," ucapku .

"meh abang nak tengok," ucapnya lembut.

"tak payah la,saya ok!" ucapku dengan nada suara yang sudah dinaikkan satu oktif,kalau tak memikirkan dia lebih tua dari aku,memang tak lah aku hendak melayan .

Haish! Boleh pula dia cari aku masa aku seorang je dalam bilik ni,seram pula,nak lari pun tak mampu,ya Allah kau lindungi lah aku.

Cikgu Latip makin mendekati aku sambil tersemyum mesra.

Rintik peluh mula keluar dari liang-liang roma,berhadapan dengan lelaki gatal ni,seram sejuk aku dibuatnya.

"ehem!" bunyi satu suara yang masuk ke bilik guru.

Dia? Macam hero drama lah dia ni,sentiasa ada..

"Abang Latip,sini jap," panggil Cikgu Haniff lalu membisikkan sesuatu,kemudian entah kenapa,kalut Cikgu Latip berlari keluar.

Dia cakap apa lah dekat pakcik tu,sambil tak cukup tanah lari.

Cikgu Haniff berjalan ke arah mejanya lalu mencapai sebuah fail lalu berjalan menuju ke pintu lagi untuk keluar.

"erm,Cikgu Haniff! Tq!" ujar ku ringkas.

Dia hanya berlalu pergi tanpa mengendanhkan ucapanku,

Ceh,bongkak eh kau tunggu lah!.

***

Jam dah menunjukkan pukul 4 petang,semua guru dah ramai yang beransur pulang,aku pula masih memikirkan cara untuk balik ke rumah.

Rumah aku tidaklah jauh,jalan kaki saja dari sekolah,namun dek kerana keadaan kaki yang bengkak,aku tak rasa aku mampu untuk berjalan pulang.

Baru sahaja aku menapak beberapa langkah dari bangunan sekolah,aku ternampak satu susuk tubuh tinggi lampai yang berbaju hitam di samping sebuah kereta putih.

Herm,pucuk di cinta ulam mendatang lah,why not,aku tumpang dia,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,dalam aku nak tumpang boleh lah aku try cairkan si beku tu,orang tua-tua cakap,serampang dua mata.

"hai Cikgu Haniff!" sapaku lembut.

Di menjelingku sekilas lalu berjalan ke arah tempat duduk pemandu.

Haish! Sombong.

"saya nak tumpang boleh?" soalku pantas sambil membundarkan iris mata ku.

"huh?"

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua! Lama kan sia tk update,busy,tk menyempat nak menaip,sis harap korg suka,komen byk2 tau vote and share,enjoy reading semua!