Chereads / RATU HATI CIK ABANG / Chapter 2 - bab2

Chapter 2 - bab2

"Cikgu Alisya! " panggil seseorang.

"ye saya" jawabku mesra bersama segaris senyuman manis.

"untuk cikgu!" jawab pelajar yang memakai uniform putih itu.

"untuk saya? Surat cinta eh" usikku sambil tersenyum kepada pelajar lelaki yang hanya paras bahuku,

"hehe, bukan, tu jadual baru, "jawab pelajar itu sambil tersipu malu, dari segi reaksi begini, aku yakin pelajar ini pelajar menengah rendah, yang masih malu-malu kucing lah katakan.

"haha ouuh maseh! " ucapku kepada pelajar itu yang sudah pun tunduk hormat kepadaku.

Jadual baru lagi, rasanya baru lagi tukar jadual, herm agak-agak esok padat ke masa ke masa aku?  Sambil mata meneliti jadual pada hari esok,

Ouh tak banyak, hanya dua kelas. masa pertama dan kedua bersama 5 Aura untuk subjek pendidikan jasmani, lepas rehat pula dengan 4 Aura untuk prinsip akaun,

***

Aku berjalan menuju ke vending machine,dari jauh,  aku terlihat Cikgu Haniff berjalan dari arah bertentangan.

Aku menarik nafas lalu menghadiahkan segaris senyuman manis kepada si air batu.

"hai Cikgu Haniff!  Nak beli air juga ke?  Nak saya belanja? " ucapku ceria.

" no thanks, air tak sihat. " balasnya dingin.

"Heh?  Tak sihat?  Mesin ni jual air mineral juga lah, ke Cikgu tak nampak? " ujarku sinis. Lalu menekan butang untuk memilih air mineral.

Niat sebenar aku nak beli air lain, dah dia cakap tak sihat, tak kan aku nak bagi dia ruang perli aku kot,no way!

"aah, saya tak nampak sebab orang tak sihat yang lindung mesin tu, " ucapnya bersama senyuman sinis,

"Cikgu Haniff nak cakap saya gemuk ke? " soalku sambil memandang dia tajam.

"awak rasa? " katanya lalu berlalu pergi.

Berbulu je mata aku dengan air batu ni, siat mulut tu baru tahu.

***

Aku menghirup udara segar dari balkoni rumahku, dah jadi rutin aku untuk tengok view dari balkoni rumah sebelum berangkat ke sekolah, permandangan yang berlatarkan bukit-bukit yang tinggi memang dapat mengumpul aura positif nak-nak pula bila ada air batu yang tak cair-cair kat sekolah tu. Dia tu ada rupa, tapi sayang, beku!

Memandangkan aku hari ni ada kelas pendidikan jasmani, jadi hari ni aku mengenakan sweatsuit hitam dan bawal yang setona,.

***

Dari jauh dapat aku lihat 5Aura sudah pun berkumpul di padang, semangat betul ye, kalau ikutkan, ni pj terakhir mereka, sebab lepas ni, aku akan ambil kelas ini untuk mulakan kerja kursus mereka.

"selamat pagi! Dah warm up belum? " soalku sesudah sampai di padang.

"hehe belum, lagi, " jawab mereka serentak.

"ish-ish, kau orang ni, tak suruh tak buat, dah pergi pusing padang 2 kali lepas tu streching then hari ni boleh pilih nak main apa, jangan buat sepah ye dalam stor tu! " ucapku tegas.

"aip-aip kapten! " ujar Hafiz sambil tersengih,

Aku pun turut sama berjoging bersama mereka,bukan duduk saja ye, siapa cakap cikgu bina lemak je masa pelajar bersenam, nak-nak pula bila si beku tu cakap aku gemuk,.

"Cikgu! Tengok tu,Cikgu Haniff lah," ujar Fatin yang berada disebelahku.

Aku menoleh ke arah yang di tunjuk Fatin, aah lah, dia bersama sekumpulan pelajar baru turun ke padang, dia ajar subjek ni juga ke?

"Cikgu, helok lah Cikgu Haniff tu, tapi match pula dengan Cikgu kan" usik Fatin sambil tersengih,

Aah lah, dia pun pakai hitam hari ni, sibuk je nak berkabung sama dengam aku si beku ni, tapi betul juga cakap si Fatin ni, helok!

"dia tiru saya lah tu,well saya kan idola ramai! " ujarku bersama ketawa.

***

"erm, apa cikgu matematik buat dekat sini, tak kan lah nak ajar student kira rumput kot, hurm? " sapaku usai selesai berjoging bersama 5Aura.

"awak ingat, awak seorang je ke ajar pendidikam jasmani? " soalnya sinis sambil menjeling ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berjoging mengelilingi padang, nampaknya, dia mengajar pelajar tingkatan satu, macam mana lah budak-budak ni boleh dapat cikgu beku, kesian..

"awak ajar pj? Fit ke? " soalku sambil. Mataku mencerun tajam melihat Haniff Mikail dari atas ke bawah.

Sengaja aku ingin memanaskan hati si beku ni, mana lah tahu tiba mencair sebab panas, aku tahu dia lebih dari fit, tengok badan pun dah tahu yang dia ni speasis yang bersenam, aku je,sejak.mengajar pendidikan jasmani, aku hanya bersenam bersama pelajar, seminggu 4 kali, kira fit lah tu,

"nak tengok ke siapa yang tak fit? " soalnya kepadaku, sambil matanya merenung aku tajam,

Haih dia ni, main renung-renung pula, nanti budak-budak fikir lain pula, budak-budak ni punya bayangan dah lah next level, risau aku.

"haa jom! Kita lawan badminton, setuju? Ke nak lari? Saya ok je, tiada masalah" ujarku bangga, walhal, bukan lah semua sukan aku handal, tetapi, badminton tu,makanan aku lah, yeke makanan? Ke setakat minuman?

"boleh, tapi saya tak bertanggungjawab kalau awak pengsan, " bisiknya perlahan ditelingaku.

"Fatin! Bagi saya raket satu! Tangkis sekali, " laungku kepada Fatin yang sedang mengagihkan raket kepada rakan-rakanya.

"bagi saya juga satu" ujar Haniff kepada Fatin.

"erm, Fatin tu student saya ye Cikgu Haniff, mana student cikgu?" perliku sambil memandangnya sinis.

"Rizal, bagi saya raket! " laun Haniff kepada salah seorang pelajar yang sedang bermain badminton berhampira kami.

Aku tersenyum puas,dapat mengenakan si beku ni, sabar Alisya pemainan belum tamat lagi, kita tengok sampai bila dia nak beku dengan kau,

***

Tak aku sangka air batu ni tangkas juga dia bermain, mengah jugalah aku dibuatnya, dan ini merupakan pusingan terakhir untuk kami, mampu ke aku nak kalakan si beku ni,

Semua pelajar yang ada di padang berkumpul melihat perlawanan kami,makin berdebar aku dibuatnya, kebanyakan pelajar perempuan menyokong si beku tu, al maklumlah,jarang dapat cikgu handsome, tu yang sayang sangat, nasiblah 5 Aura masih di sisi, ni Cikgu sayang lebih!

Entah macam mana mata terakhir yang di cari Haniff gagal aku halang, aku terjatuh bagaikan nangka madu yang manis dan cantik jatuh di atas karpet. Maksudnya taklah gedebuk,indahlah sikit bunyinya,

"aduh! Pergelangan kaki kiriku rasa macam tercabut, aku terseliuh, dah lah kalah,malu pula tu, Haniff datang mendekat, usah cakap lah tentang pelajar, ada yang tersenyum, ada yang risau, haih cikgu yang malu.

"tepi, " ujar Haniff keras kepada para pelajar.

"saya dah cakap saya tak bertanggungjawab,tapi " bisiknya perlahan lalu mendekati diriku.

"awak nak buat apa ha? " soalku cuak.

"nak angkat nangka busuk lah, " ucapnya bersama sengihan nakal.

"awak gila ke? Haram lah! Jangan sentuh saya! " jeritku sambil memandang dia tajam.

Dia tersenyum nipis,

"Fatin, Suhaili, Ain, tolong Cikgu Alisya bangun, " arahnya sambil memandangku.

"kira awak mengaku lah awak nangka busuk? " ucapnya sambil mengukir senyum.

BERSAMBUNG..

P/s:hai!! Macam mana? Dah dapat aura Hanif dengan Alisya ke? Ke nk kne join kelas 5Aura dulu? Sis harap korang enjoy, enjoy reading semua, sayang korg, jgn lupa vote, komen, and share, yang positif je ye,