Chereads / Justice World : Legends Come Back / Chapter 3 - Bab 3 : Rupa Puteri-puteri Mutiara Baru!

Chapter 3 - Bab 3 : Rupa Puteri-puteri Mutiara Baru!

Latihan magis...

"Ah...huhhh.."Sharon ,Zuna dan Arlin meregangkan badan masing-masing sebelum memulakan latihan magis mereka serentak.Tiba-tiba Max memunculkan dirinya dihadapan mereka bertiga.

"Korang dah bersedia?"tanya Max.

"Em!!!"jawab Sharon,Zuna dan Arlin serentak.Sementara itu, mereka mengikat rambut yang diterbang dibuai bayu petang.

Max menerangkan cara-cara sebelum memulakan latihan.

"Kamu harus yakin dengan diri sendiri.Dan ingat!,jangan pernah gunakan magis ini ke jalan yang salah semata-mata untuk mendapat nama atau darjat..."ujar Max mengingatkan mereka bertiga.Mereka mengangguk faham.

"Jadi,kita mula sekarang."ujar Max lagi.

Mereka belajar perkara yang begitu mudah seperti menstabilkan magis dan cara untuk tidak bertukar dengan mendadak.Hal ini akan menjadikan seseorang itu mudah lemah stamina atau pengsan.

"Pejam mata sambil tarik nafas perlahan-lahan,jaga pernafasan korang!"terang Max sambil bermundar-mandir dihadapan junior dan Arlin.

"Sekarang buka mata korang... dan lihatlah diri korang!"ujar Max mengundur ke belakang.

Mata Sharon,Zuna dan Arlin berubah.Dengan itu, fizikal mereka berubah.Badan mereka dipenuhi mutiara.Sharon menjadi separa ular putih,dan belakang Zuna ditumbuhi sayap rerama yang besar manakala Arlin ditumbuhi sepasang sayap putih seperti bidadari dibelakangnya itu.Pakaian yang mereka pakai sebentar tadi bertukar menjadi gaun yang cantik paras lutut dan begitu fleksibel.

Mereka melihat tubuh mereka yang berbeza.

"Ki,kita ada magis!!"Zuna mula menggunakan magisnya.sekumtum bunga keluar dari tapak tangannya.Bau harum ros merebak memasuki rongga hidung Sharon dan Arlin.

Arlin terperasan abangnya,Max diam sejak dari tadi.

"Kenapa,Max?"Arlin bertanya kepada abangnya.Max yang menunduk kini mengangkat kepalanya dan bersuara.

"Sebnarnya, ada seorang lagi seseorang seperti kamu orang..."ujar Max.

"Dia ada magis air iaitu rupa ikan duyung."ujar Max lagi

"Kami akan cari dia,Max!"Zuna bersuara keras dituruti anggukan kepala Sharon.

"Ya, kami akan cari dia esok!"balas Arlin pula.Max diam seketika.seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Korang rehatlah dulu."Max berlalu pergi meninggalkan Sharon,Zuna dan Arlin.

Mereka pun berubah ke bentul asal mereka dan menjadi gadis biasa.