Chereads / Justice World : Legends Come Back / Chapter 8 - Bab 8 : Lelaki Bermata Heterochromia.

Chapter 8 - Bab 8 : Lelaki Bermata Heterochromia.

Dua orang gadis berjalan menuju ke kantin untuk sarapan pagi,iaitu Harley dan Natacha.Mereka terserempak dengan Sharon,Arlin dan Zuna.Mereka sempat menjeling ke arah Sharon dan dua sahabatnya.

"Apa pandang-pandang?Aku tahulah aku ni cantik berbanding korang bertiga!"ujar Harley melibas rambutnya ke belakang.Sharon,Zuna dan Arlin tidak mengendahkan Harley yang diva.Mereka terus berjalan ke kelas.

"Eii!!Diorang buat derk je?!"Harley menghentak kakinya beberapa kali.Tiba-tiba Lucy menjerit memanggil Harley dan Natacha.

"Harley,Natacha!!!"Lucy memanggil rakan baiknya. Harley menoleh dengan perasaan marah.

"Apa hal kau ni,Lucy!?"marah Harley.Lucy mangangkat tangan beberapa kali tanda sebentar.Dia kepenatan berlari.

"Ada budak baru masuk sekolah kita!"ujar Lucy setelah mendapat oksigen untuk dirinya.

"Siapa?"tanya Harley sambil tersenyum puas mendengar berita itu.

"Empat orang budak lelaki.Kacak gila,weh!"ujar Lucy.

Seorang lelaki mencuit bahu Harley dengan lembut.Lucy terkejut melihat lelaki itu.Lucy mula menjadi malu-malu dan pipinya mula kemerahan.

"Er,tumpang tanya,boleh?"tanya seorang lelaki sambil tersenyum.

"Kenapa dengan kau ni,Lucy?"marah Harley.Lucy memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang bertanya kepada mereka.Harley lekas menoleh.Dia terpaku melihat ketampanan lelaki itu,iaitu Bruno.Harley juga terkejut dengan ketampanan Hans,Max dan Tony.Dia mula malu.

"Arah mana menuju ke bilik pengetua,ya?"tanya Bruno sambil tersenyum.Harley menunjukkan arahnya menggunakan tangannya.

"O,okay...Terima kasih."ujar Bruno lalu berlalu pergi dari situ.

"Ow,kacaknya diorang,weh!"Harley tergedik-gedik di situ.

"Agaknya diorang kelas mana,ae?"gumam Harley sendirian.

"Kringggg!"bunyi loceng memandakn kelas sudah bermula.Harley dan dua orang sahabatnya berlalu masuk ke kelas dengan perasaan girang.

~Bilik Pengetua~

"Tuk,tuk,tuk!"Hans megetuk pintu bilik itu beberapa kali.

"Masuk!"arah seorang lelaki dari dalam bilik itu.Hans,Bruno,Tony dan Max masuk tanpa ragu-ragu.

"Kami pelajar baru,tuan."ujar Max sambil. tersenyum.

"Oh,kamulah yang telefon semalam,ya?"balas pengetua itu.

"Ya,kami."jawab Max lagi.

"Mana pelajar perempuam yang kamu maksudkan semalam?"tanya lelaki berumur dalam lingkungan 50-an itu.

"Katanya,dia mungkin lewat kerana ada beberapa hal yang perlu diuruskan di sekolah lamanya."balas Max.

"Jadi,kami belajar di kelas mana,tuan?"tanya Tony pula yang sekian lama berdiam kini bersuara.

"Kamu belajar di kelas 6B dan kawan kamu j dikelas yang sama juga."ujar lelaki itu sambil tersenyum.

"Kami beredar dulu."balas Tony lalu keluar dari bilik itu.Lelaki itu senyum.

Setelah keluar dari bilik itu,mereka bersembang sebentar.

"Tak silap aku,Sharon dan Zuna juga sekelas dengan kita juga,bukan?tanya Bruno sambil memandang Max.Max mengangguk.

"Betulkah?"tanya Hans pula sambil memandang Max.

"Yalah,Arlin pernah beritahu aku dahulu.Katanya mereka sekelas."balas Tony memandang Hans dan Bruno bergilir-gilir.

"Eh,dah lah borak pasal perempuan.Mari masuk kelas. Borak pasal perempuan hilang ingatan semuanya."balas Max sambul menepuk bahu Hans.

Sesampainya mereka di kelas yang dikehendaki, seorang guru wanita yang sedang mengajar berhenti sebentar apabila empat orang lelaki berdiri dihadapan kelasnya.

"Ya, ada apa?"tanya guru wanita yang anggun itu.

"Kami pelajar baru."kata Max sambil tersenyum.

"Oh,silakan masuk."guru itu memberi laluan kepada mereka untuk masuk ke dalam kelas.

Harley melihat guru mereka berjalan menuju ke pintu kelas.Alangkah gembiranya Harley apabila dia melihat empat jejaka yang digilainya ada di situ.

Bruno menoleh dan tersenyum ke arah Sharon yang berada di belakang Harley.Sharon membalas senyuman Bruno.Harley berasa senyuman itu adalah untuknya.Dia berasa amat gembira.

"Dia senyum kat aku lah,korang!"Kata Harley yang kegembiraa mencuit bahu Natacha dan Lucy beberapa kali.

"Entah-entah dia suka kat kau,Harley?"ujar Natacha sambil tersenyum manis menunjukkan sabaris gigi putihnya.

"Ya kah?"Harley mula berangan-angan.Tiba-tiba angannya terhenti.Seorang gadis menyapa.

Gadis itu ialah Claire.

"Erm,helo? Saya Claire pelajar baru kelas ini."Jelas Claire sambil tersenyum.Guru wanita yang memandangnya itu membalas senyuman itu.

"Masuklah,Claire."balas guru wanita itu.Claire masuk ke kelas lalu duduk disebelah Sharon yang melambai-lambai ke arahnya tadi.

~15 minit kemudian~

"Baiklah,anak-anak.Sekarang sudah sampai waktu rehat."kata guru wanita itu lalu mengemas buku di atas meja guru kemudian keluar dari kelas itu.

"Kenapa lewat,Claire?"tanya Zuna memegang tangan dingin Claire.

"Oh,saya ada urusan dengan sekolah lama tadi."jelas Claire sambil tersenyum manis.

Bruno berjalan menuju ke arah empat sekawan gadis itu lalu memegang tangan Sharon dengan erat.

"Huh?"Sharon tersentak lalu memandang Bruno yang memegang tangannya itu.

"Jom rehat?"Bruno lekas menarik pinggang Sharon.Sharon tertarik ke dada sasanya.Mereka bertentangan mata seketika.

Seorang lelaki terlanggar Sharon.

"Arh.."jeritan kecil Sharon.Sharon memandang lelaki yang melanggarnya segera.Dia terpandang mata unik lelaki itu.

"Maafkan saya."lelaki itu meminta maaf sambil menundukkan badannya sedikit.

"Er,tak apa."balas Sharon.Zuna,Claire dan Arlin menghampiri Sharon dan Bruno.

"Kenapa ni?"tanya Zuna serius.

"Oh, tiada apa.Cuma kemalangan kecil sahaja."balas Sharon.Mereka pun berlalu pergi.

Lelaki itu tersenyum puas.

"Aku Black Evil,akan rampas kuasa korang!Hehe."ujar lelaki itu,iaitu Black Evil lalu ketawa dihujung kata.Kemudian dia lesap begitu saja.

~Di rumah~

Sharon mengelamum lagi. Dia teringat akan lelaki yang melanggarnya tadi. Dia berasa seperti pernah bertemu dengan lelaki itu.Claire masuk ke dalam bilik Sharon yang terbuka luas itu.

"Kenapa dengan awak,Sharon?Termenung saja awak hari ni.."ujar Claire yang sedang memandang Sharon.Sharon tersentak.

"Aku tengah fikir tentang kita..."balas Sharon lalu bangun dan duduk bersila di atas katilnya.

"Tu awak kena tanya Max.Dia sahaja tahu salasilah kita..."balas Arlin bersama Zuna lalu melangkah masuk ke dalam bilik Sharon.Claire mengangguk beberapa kali tanda setuju.

Sharon yang menunduk tadi lekas mendongakkan kepalanya mamandang Arlin dengan melirikkan sebuah senyuman di bibir.Kemudian,empat orang gadis itu keluar dari bilik itu menuju ke ruang tamu yang mana Max duduk di sofa sambil menghirup kopi.

Empat gadis itu duduk di sofa. Arlin merampas air kopi yang berada di tangan abangnya itu lalu diletakkan di atas meja.

"Kenapa ni?"tanya Max memandang empat gadis di hadapannya itu.Arlin mengangkat kening kanannya.Dia mendekatkan wajahnya dihadapan wajah Max.Max sedikit ke belakang.

"Erk,korang,okay?"tanya Max sekali lagi.

"Kami mahu awak bercerita tentang kami.Tentang jodoh hayat lalu yang pernah Arlin bualkan."ujar Claire membuka bicara.Max terdiam.

"Aku dah agak korang akan tanya pasal benda ni."ujar Max sambil menunduk.Max diam lagi.

"Korang mempunyai magis ni disebabkan sumpahan.Sumpahan yang merupakan takdir yang tidak dapat ditarik balik."Max tunduk dan terdiam.

"Kita juga merupakan pemerintah dilahirkan semula.Dan yang paling istimewanya korang, dalam jantung korang tertanam sebutir mutiara sakti yang digelar Mutiara Cinta Sejati.Mutiara ini hanya berfungsi apabila empunya mengucup jodoh hayat lalu mereka."terang Max panjang lebar.

"Mutiara Cinta ini juga mampu mengalahkan mana-mana kuasa kejahatan.Contohnya,Black Evil."muka Max menjadi merah padam apabila menyebut nama itu.

"Black Evil?Siapa dia?"tanya Zuna.

"Dialah pembunuh korang pada hayat lalu."Max menjadi marah.

"Dia mempunyai sepasang mata Heterochromia yang aneh."terang Max lagi walaupun dalam keadaan marah.

"Bermata Heterochromia?" tanya Sharon terkejut.Matanya terbeliak luas.

"Kenapa Sharon?"tanya Arlin cemas apabila melihat reaksi Sharon.

"Sa,saya terlanggar dia di sekolah tadi!"ujar Sharon lalu berdiri.

"Apa!!?"semua yang ada disitu menjerit serentak.Mata mereka semua terbeliak luas.

"Abang telefon semua kawan abang tu!Kita perlu merancang strategi untuk menghapuskan lelaki jahat ini sebelum dia menakluki dunia dengan magis kita."Arlin mengarah abangnya itu.Semua menjadi bingung.