Chereads / Justice World : Legends Come Back / Chapter 5 - Bab 5 : Pertemuan Antara Raja dan Ratu Justice World.

Chapter 5 - Bab 5 : Pertemuan Antara Raja dan Ratu Justice World.

"Kami dah balik!"Arlin mengetuk pintu rumahnya. Max membuka pintu.

"Korang dah balik?"tanya Max sambil tersenyum.Max memandang seorang gadis disebelah Arlin.

"I,ini Ratu Lautan,bukan?"tanya Max terkejut.

"Ya,tapi... macam mana abang tahu?"Arlin membalas sambil mukanya didekatkan ke muka abangnya lalu mengangkat kening sebelah kanannya.

"Hey,abang pun ada magis."Max membuat muka blur.Arlin menepuk lembut dahinya.

"Saya nampak rupa sebenar awak."Claire membalas sambil tersenyum manis ke arah Max.

"Hah, apa dia?"Max menguji Claire.

"Awak Raja Hutan,bukan?"tanya Claire sambil tersenyum.

"Ahah, betul lah tu."balas Max.

"Masuklah, Bruno dan Hans akan sampai sebentar lagi."ujar Max sambil memberi ruang untuk empat orang gadis masuk ke dalam rumahnya.

"Abang Bruno dan Hans nak datang?" tanya Arlin kegembiraan sambil membesarkan matanya.

"Ha'ah,kata mereka mahu tengok Ratu Justice World."ujar Max.

"Siapa mereka,Max?"Sharon bertanya kepada Max.

"Kamu akan tahu sebentar lagi."Max membalas sambil tersenyum.

"Dah,dah.Pergi salin korang dan mandi,ya?"arah Max.Max memandang Claire yang berdiri disebelah Zuna.

Arlin menawarkan Claire menggunakan bajunya dahulu. Claire mengangguk setuju. Sharon,Zuna,Arlin dan Claire berlalu ke bilik masing-masing.

~10 minit kemudian~

"Tuk,tuk,tuk!"bunyi ketukan pintu.Max yang mendengar ketukan itu menuju ke pintu untuk membuka pintu.Seorang lelaki berdiri membelakangi Max,iaitu Max.

"Bruno?"ujar Max.Bruno berpaling menghada Max.

"Mana Hans?"tanya Max apabila melihat tiada kelibat rakannya,Hans tiada disitu.

"Alah,nanti sampailah mamat poyo tu!"ujar Bruno sambil menjuihkan bibirnya.

Tiba-tiba sehelai daun berguguran atas bahu sahabatnya,Bruno.Max bersuara apabila terlihat daun itu.

"Hai,korang!"sapa Hans yang berbaring di atas singgahsana daun bergeraknya.Kemudian,Hans mengarah daunnya untuk menurunkannya.Hans turun dengan bergaya.

"Poyo betul kau ni,Hans."ujar Max lalu membuat muka menyampah.

"Apa salah aku,Bruno?"tanya Hans sambil membuat puppy eyes.

"Kau turun macam tu,menyampahlah!"balas Bruno.Kata-katanya menusuk ke hati.

"Oh,mana Ratu Justice World?"tanya Bruno dituruti anggukan kepala Hans yang juga ingin tahu.

"Ada,diorang tengah salin pakaian."ujar Max.

"Oh,okay!"balas Bruno dan Hans serentak.

"Eh,kau tak ajak Tony?"sampuk Bruno apabila menyedari seorang lagi sahabatnya tiada disitu.

"Ei,aku lupa!Jap aku call dia."Max menyeluk poketnya lalu berlalu dari situ dan hilang dari pandangan Bruno dan Hans.

~5 minit kemudian~

"pang!!!"bunyi pasu berkecai jatuh ke lantai.

"bunyi apa tu?"tanya Bruno ingin tahu.

"Ada yang tidak kena!"ujar Hans serius.Mereka lekas bertukar rupa,iaitu'Raja Justice World'.

"Bunyi itu datang dari arah sini!"jari Bruno menunjukkan ke arah sebuah bilik seseorang yang mana pintunya tertutup.Bruno membuka pintu itu menggunakan ekor ularnya.Bruno terlihat seorang gadis iaitu, Sharon.Rambut Sharon dibuai angin membuatkan Bruno sukar untuk melihat wajahnya.Bruno terpandang kaki gadis itu.

"Dia ialah Ular Putih?"gumam Bruno perlahan.

Bruno menggerakkan ekornya lalu membelit lembut pinggang ramping Sharon yang hilang kawalan.Sharon berpaling.Namun,Bruno masih tidak dapat melihat wajah itu.Wajah Sharon masih ditutupi rambut yang diterbangkan angin.

Bruno terpandang mata Sharon.Angin berhenti bertiup.Rambut yang menutupi wajah Sharon.Bruno sungguh terpegun melihat wajah cantik Sharon itu.

"Hissss!"Sharon mendesis.Dia cuba mematuk Bruno.Namun, serangan itu tidak berjaya dilakukannya.Hans telah megeluarkan 'Daun Pelali' yang akan menyebabkan seseorang yang menghidunya pengsan seketika.Sharin terhidu daun itu.

"Ergh..."mata Sharon terpejam celik.Dia terhuyung-hayang dan ingin jatuh.Tetapi,Bruno sempat memahut pinggagng Sharon menggunakan ekornya lalu menarik Sharon ke dada sasanya.

"Apa pasal Max tidak cakap ada Ratu Justice World yang cantik macam ni?"Bruno mengomel sendirian.Sharom yang berada dalam dakapannya diletakkan di atas sofa yang berada di ruang tamu.

Selepas itu, Sharon tersedar.Dia berubah menjadi gadis biasa perlahan-lahan.

"Erhh..."Sharon memegang kepalanya yang sakit.

Zuna yang melihat Sharon mengerang kesakitan lalu mendekat memegang bahu Sharon.

"Kenapa, Sharon?" tanya Zuna.

"Apa dah jadi?"tanya Arlin yang turut berada disitu.

"Kawan korang mengamuk,jadi Hans guna 'Daun Pelali' untuk pengsankan dia."terang Bruno sambil tersenyum.Hans yang berada disebelah Bruno turut tersenyum.

"Awak,okay?"tanya Bruno serius.

"Em,saya okay,"balas Sharon.

"Terima kasih."Sharon berterima kasih kepada Bruno dan Hans.

"Sama-sama!"balas Bruno dan Hans serentak.

"Jadi, awak Raja Ular Hitam?"Sharon terpandang kaki Bruno.

"ya,"balas Bruno dengan bangga.

"oh ya, kenapa dengan awak sebentar tadi?"Bruno bertanya kerana ingin tahu. Sharon menunduk.

"Mungkin sebab baru lagi.."balas Sharon setelah mengangkat kepalanya.

Perbualan mereka terhenti apabila seseorang datang menyapa mereka.

"Ada orang ke tidak?"tanya seorang lelaki yang hanya dikenali oleh Arlin sahaja,iaitu Tony.

"Tony!!?"Arlin menjerit kegembiraan.Dia berlari kearah Tony dan memeluk lelaki itu dengan erat sekali. Semua yang berada di situ terus berpaling ke arah yang dituju oleh Arlin.

"Sampai pun kau, Tony."Hans bersuara.

Max masuk ke dalam rumah.Dia melihat ramai orang berada di dalam rumahnya.

"Oh, semua dah ada kat sini? Kalau macam tu jomlah lepak kat belakang rumah aku."ujar Max.Semua yang ada menganggukan kepala masing-masing tanda setuju dengan keputusan itu.

~Di luar rumah~

Semua mengambil tempat untuk duduk.

"Mari aku kenalkan kepada korang Ratu Justice World.Ini Sharon,Zuna, Claire dan ini korang dah kenal,bukan?Arlin, adik aku."Max menunjukkan jarinya ke arah empat orang gadis.

"Di sini aku nak cakap, Ratu Justice World akan mengunjung kawasan pegangan masing-masing."terang Max lagi.

"Bruno akan teman Sharon, Hans akan teman Zuna, Tony akan teman Arlin dan aku akan teman Claire.Aku rasa korang dah tahu nak bawa Ratu Justice World ke mana,bukan?"Bruno, Hans dan Tony menganggukkan kepala tanda mereka tahu dan faham.

"Mari,Sharon?"ajak Bruno memanggil Sharon.Begitulah yang lain mengajak pasangan masing-masing.

Dengan satu petikan jari,pakaian mereka berubah menjadi pakaian lain.Selepas itu, semua lesap.