Chereads / Hentikan!! / Chapter 19 - Kisah Lalu Dia Dan Yi Shuang

Chapter 19 - Kisah Lalu Dia Dan Yi Shuang

Ning Yi Shuang,berjalan ke arah lelaki tua itu berada.Keberadaan Ning Yi Shuang pada waktu ini,ia sedang mengumpul spekulasi tentang hubungan orang tua itu dengan pawang itu.

"Bagaimana hal ini boleh berlaku?"

Mula-mula kita siasat dulu perkara ini bermula dari mana.

"Nanti,nanti.Yi Shuang kan,saya ayahnya Erda, panggil saja Will.Tapi adik Yi Shuang bagaimana saya boleh sembuh,dan kamu paling terlihat yakin dan lega saat saya sedarkan diri."Will berbicara seolah ia meragui kedatangan Ning Yi Shuang.

Ia melihat gadis kecil itu dari sejak sedar lagi. Gadis itu tidak terlihat reaksi seperti ayahnya, Erda dan pawang yang datang.

Alamak aku terlebih reaksi tadi!

(Menjerit di mindanya sendiri)

Tapi hanya kerana aku tertangkap sekecil itu, tak mungkin aku mudah untuk roboh.

"Itu cuma spekulasi anda,dan saya hanya berdiri diri dan tidak melakukan apa-apa pun ritual seperti pawang tadi,mengapa anda tiba-tiba meragui saya?".

Ning Yi Shuang tanpa ragu bersuara dengan yakin dihadapan mereka bertiga.

"...maaf,saya tidak bermaksud untuk meragui namun kami ada hak untuk merasa ragu dengan kehadiran anda,seperti yang kami tahu selama ini hal ini terjadi atas bawaan dari orang lain bukan"terang Will.

"Jadi saya berfikir adik Ning datang kesini dengan niat untuk mendapatkan pengaruh dengan cara merawat penyakit yang dibuatnya sendiri,bukankah begitu!" Will menuduh Ning Yi Shuang didepan kedua lelaki dihadapannya itu.

Sama bapak,sama anak.

Ia menuduhnya kerana tidak ingin kalah.

"Kalau benar saya yang merawat anda,apakah anda akan masih akan menganggap saya yang 'meletakkannya' "Ning Yi Shuang menekan perkataan 'meletakkan' itu dengan sengaja.

"Jadi kamu mengatakan kamu yang melakukannya?"soalnya.

"Tidak,dan aku pasti ia bukan perbuatan aku lagipun aku tidak memiliki sihir yang boleh bertahan ditubuh manusia biasa macam kau" terang Ning Yi Shuang.

"Maksudnya!?"

"Saya mendapati pak cik Will terkena sihir rantai,sihir sumpahan yang merupakan ilmu gelap dalam pengguna sumpahan."

Erda terlihat memikirkan sesuatu.

"Saya rasa saya pernah terdengar tentang sihir rantai sewaktu disekolah.Katanya budak itu terkena sihir rantai itu dan setelah 12 hari ia merana sakit itu akhirnya ia pun mati dalam keadaan tidak memiliki sebarang luka dalaman atau pun luar dan terlebih lagi kematian dia masih lagi tidak dapat diungkapkan sebagai mati apa,lalu mereka pun meletakkan sebagai mati mengejut kerana tidak ada pilihan."

Ning Yi Shuang baru ingat tentang kisah itu.

"Ia mati dalam sumpahan gelap mestilah ia akan terlihat seperti tidak ada sebarang tanda bahawa ia mengenai sumpahan dan mati dengan tiba-tiba."

"Lagi pun,sumpahan yang diberi olah pak cik Will terlihat seperti tidak sempurna dan dilakukan oleh orang yang tidak cekap,ia terlalu lemah"sambungnya.

Sebenarnya apa yang lemah sangat sumpahan gelap itu, terang-terang ia hampir mati disebabkan sumpahan itu.

Bila difikirkan,aura yang diberi Will jauh beza dengan Erda.Aura Erda terkena memiliki sihir hipnotis yang tinggi dan tidak akan cuba menyerang pada saat ia melemah atau berada di tempat itu.

"Erda!"

"Y..ya."

"Setelah ini boleh kau jumpa aku,di cafe yang berasa di lorong 7 belakang sekolah kita?."

Lorong 7 belakang sekolah bukankah tempat kelab malam.

"M..mengapa?"

Ning Yi Shuang pun mendekatinya dan berbisik."Di dalam tubuh kau ada sesuatu yang aku harus menyingkirkan.Datang bawa sekali pemberian Celina itu"

Setelah itu ia pun berjalan menuju pintu keluar dan menutupnya.Erda yang masih kebingungan mengejarnya dan mendapati tiada kesan yang Ning Yi Shuang baru keluar dari bilik itu kerana apabila ia bertanya kepada pelayan yang berada disitu pun berkata mereka tidak pernah melihat perempuan keluar dari bilik itu.

Kewujudan Ning Yi Shuang bersama dengan spekulasi khabar angin sentiasa bertebangan seperti ingin memastikan kewujudannya sentiasa berada berada dijangkakan mereka.

Erda berasa hairan,namun apa maksudnya sebentar tadi.Nampaknya ia harus pergi untuk mendapatkan kebenaran sebenar.

"Nampaknya dia sudah dilahirkan semula"gumam Tok tua Voal.Nanti baru tadi aku mengata ia muda.Habislah lepas ni budak tu akan buat masalah dengannya kedepan.

Tapi tak sangka ia masih memakai nama itu. Tok tua Voal mengesyaki Ning Yi Shuang adalah orang yang mengubatinya dahulu kerana nama yang sama.Siapa sangka orangnya adalah yang sama.

Bei Jin memegang dahi dengan tangan kanan, tangan sebelah lagi memegang surat laporan dari orangnya.Laporan berkenaan kemalangan yang baru-baru ini berlaku secara mengejut.

Beberapa pemilik perusahaan,saham habis dibunuh dengan cara aneh dan mengerikan seperti mereka diseksa dengan ganas sebelum dibunuh.

Ditambah lagi dengan makhluk pelik datang kepadanya dengan kata-kata aneh.Bei Jin berfikir makhluk itu akan terus mengacaunya setelah menjumpainya namun kelihatannya ia tidak ingin menemuinya selain menemuinya secara langsung.

Bei Jin dilahirkan dengan kekuatan aneh sejak ia lahir,dan kekuatan itu membuatkan ia dapat melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh mana manusia biasa.Tapi perkara buruk tentang kekuatannya ia sering memakan roh dirinya setiap malam bulan cerah.Sepanjang itu ia akan tersiksa seperti tidak mampu untuk mengawal pergerakan dirinya dengan baik seperti dikejarkan diberi itu.

Nampaknya ia sudah tahu cara untuk merawat dirinya namun masalahnya pula orangnya tidak tinggal dari mana rumah agam milik keluarga Ning setelah merawat kekuatan anehnya itu.

Ning Yi Shuang.

Gambaran wanita disudut biliknya dihayati dengan wajah rindu.Di hujung bawah gambaran wanita tersebut tertulis akan sesuatu 'Aku seorang dokter yang pakar, tetap akan mencintainya walau apapun yang menghalang aku'kata-kata terakhir Yi Shuang.

𝘐𝘮𝘣𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪...

"Bunuh pembelot itu"

"Bunuh dia..."

"Agh!!!..."

"Yi Shuang tak guna.Kau telah membunuh beribuan anak murid aku hanya kerana kami tidak merestui hubungan kalian berdua."

Gadis itu hanya tersenyum.

"Kalian yang tidak merestui atau cuba untuk memancing aku kesini untuk membunuh aku aku,pada awalnya aku dapat tahu dia ingin bertemu denganku tapi mengapa pula kalian yang sedang aku berurusan sekarang ini!"

"Merapu!."elakmya.

"Bersiaplah untuk mati."

Sewaktu Yi Shuang mendekati lelaki tua yang berjanggut hitam panjang itu, tiba-tiba seorang lelaki berpakaian perak keputihan muncul diantara mereka berdua.

"Yi Shuang,bukankah aku sudah berkata kita sudah putus,apa yang kau buat disini." dari katanya menunjukkan tegasnya namun hanya orang tua itu tahu bahawa lelaki dihadapannya masih berbicara lembut dengan wanita itu.

"...."Yi Shuang hanya tergamam.

Mengapa dia tiba-tiba muncul disaat ini dan melindungi orang tua itu di hadapannya.

Wajah yang penuh dengan aura membunuh dengan cepat bertukar asal semula.

Lelaki yang dia anggap sebagai kekasih bertukar dingin dan tegas terhadapnya hanya kerana khabar angin ia cuba untuk membunuh orang tuanya dengan ubatan racun yang ia tanam sendiri.

Pada saat dia berdiri tegak dihadapan Yi Shuang,dengan tiba-tiba ia ditolak ketepi dan sebilah pedang pendek menusuk tepat pada jantung Yi Shuang.

Ia pedang pendek,yang mengandungi beribuan racun kuat.

Yi Shuang.

Dia dengan reflek menangkap Yi Shuang yang sudah tidak stabil berdiri.

Darah mulai mengalir dari mulut Yi Shuang dan dia masih tidak melakukan apa-apa dan kekal dengan wajah dinginnya.

"Aku....."

Setelah mendapat penjelasan ringkas dari Yi Shuang dan kata-kata terakhir yang ia katakan yang membuatkan dirinya menyesal kerana...

"Aku seorang doktor pakar,...tetap akan mencintainya walau apapun yang menghalang aku".

Setelah itu hanya hembusan nafas kali terakhirnya sahaja yang didengarinya.

Tidak....

Tidak!!...!!!

𝘛𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘪𝘮𝘣𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪...

Ia hanya mengucap wajah itu dari jauh.Hidung muncung,pipi putih rambut hitam pekat, kening yang tidak terlalu tebal,bibir nipis yang sudah seperti merah bunga mawar merah jambu.

Ia terlihat sempurna dari luar tapi memiliki hati yang ligat,memiliki waktu kecil yang tragis membuatkan ia sebuah rahsia yang sebahagian dari kecantikan dirinya.

Kalau ia tidak termakan kata-kata gurunya tak mungkin Yi Shuang akan melakukan perkara melulu seperti itu.

Namun semuanya sudah lepas,dan tak mungkin ia akan bertemu lagi dengan Yi Shuang pada kehidupan ini.

Ia ingin sekali mati dan bertemu Yi Shuang di alam seterusnya.