"Bing Yan,kamu ingin mati.Berbicara seseorang dengan ton suara yang berlagak hanya kerana kamu ada kekuatan tak bermakna kamu yang paling kuat dalam segalanya."
Bing Yan memutarkan matanya sebelum ia mengeluh berat.
"Maaf"
Erda berasa faham dengan situasi dihadapannya ia pun menundukkan kepalanya sedikit bermaksud ia memaafkannya.
"Ketua sektor,apa anda merancang untuk kembali ke tempat itu setelah 300 tahun berlalu"
Ia berbicara dengan sangat berhati-hati kerana ia takut Ning Yi Shuang akan naik angin.
Ning Yi Shuang hanya terdiam.Matanya sedikit tertunduk.Kalau ia kembali ke tempat itu mereka pasti akan menghalaunya kembali terutamanya bulatan kehidupan miliknya cuma tinggal satu.Setelah ini kalau ia mati,ia cuma ada satu peluang itu pun kalau ia dapat hidup.
Berkenaan si dia,aku pasti dia akan dapat maju ke depan.Lagipun cinta mereka cuma cinta bertepuk sebelah tangan.Dia terima untuk menjadi kekasihnya hanya kerana darahnya mampu merawat segala penyakit yang tak terobati.
".... aku datang sebab berharap kalau budak ini boleh dapat bantuan kamu untuk menghapuskan mata Bulatan Langit,aku takut kalau ia sudah terbuka nyawa budak ini akan terancam"
Ning Yi Shuang menggunakan alasan penyakit mata Erda untuk mengelak menjawab soalan itu.
"...baiklah"
Difikiran Erda ia tertanya siapa dia yang dimaksudkan oleh Bing Yan.
Bing Yan memainkan tangannya,ia berasa malu hendak bertanya.
"Ketua,apa maksud kamu dengan merawat dia?"tanya Bing Yan tanpa ia sedar dirinya telah melintasi garis putih kesabarannya.
Pok....
Satu tamparan tangan melintasi disisinya dengan kelajuan pantas.Dengan sekejap ada satu tapak tangan besar disisinya dari belakang.
Ia menggeletek ketakutan.
"Apa maksud kamu dari ucapan itu hah"
Ning Yi Shuang tidak berdiam lagi,ia benar-benar marah.Sudahlah didunia manusia dia harus merendahkan diri.
"Bu..bukan itu maksud aku,maksud aku kenapa ketua tidak membantunya sendiri bukankah darah ketua lebih berkesan dari mana-mana ubat mustajab pun."
"...kalau aku mampu pun bukannya ia membantu sangat.."gumamnya perlahan.
Bukan aku tidak ingin membantunya,tapi darah yang dimilikinya sekarang teramatlah sedikit bahkan ia takut satu persatu deria rasanya menghilang dan akhirnya ia mati begitu sahaja tanpa bertemu dengannya sekalipun.
Aku rindu.
•••
Aku rindu.
Lelaki itu menatap gambaran itu dengan perasaan sangat dalam.
"Yi Shuang,apa kamu menghadapi hidup yang lebih baik daripada kehidupan lalumu.Aku benar-benar ingin bertemu dengn kamu memohon maaf kerana tidak mempercayai kamu dahulu.Padahal sebelumnya kamu sering korbankan segalanya untuk orang yang kamu sayangi tanpa meminta balasan lebih dari pengorbanan yang dilakukan.
Setiap kali kamu muncul bersama senyuman itu, membuatkan aku rindu untuk melihatnya sekali lagi.
Yi Shuang, tiada sesiapa pun yang boleh mengambil tempat di hati aku kalau bukan kamu sahaja.
"Abang Ning Ya,Yi Shuang dapat telur ular naga sewaktu bermain di gua.Gunakanlah untuk buat ramuan itu."
"Abang Ning Ya,masih lagi ingin kultivator lagi kah?"
"Abang Ning Ya,lihat musim hujan sudah tiba."
"Abang Ning Ya, saya rasa, saya suka Ning Ya."
-
"Tidak bersyukur punya anak.Dari mana kau saja belajar sikap angkuh ini, aku tidak pernah membesarkan kamu dengan cara angkuh kepada orang tua kamu ini."
Sejak dari kecil ayahku selalu memaksa aku untuk jadi seseorang yang kuat dari segi menjadi orang yang memiliki tingkat tertinggi. Memiliki nama termahsyur untuk menaikkan nama keluarga Ning.
Oleh disebabkan itu,hati aku jadi tegar dari segala perasaan dan godaan dari mana-mana. Namun hanya dia yang tidak pernah putus asa untuk mengambil perhatian serta membuatkan aku rasa sesuatu yang aku belum pernah rasa sebelum ini.
Namun didepan aku,aku hanya melihatnya dibunuh, kerana aku terpedaya dengan tipu helah dari tok guru aku yang aku hormati selama ini.Aku membiarkan dirinya ditikam didepan aku sendiri.
"Abang Ning Ya, saya pasti-...."
Tiba-tiba aura bertukar gelap dan tidak harmoni seperti sebelumnya.
"Bencikan abang Ning Ya." satu kata yang keluar dari mulut manis itu.Dari kata manis kini bertukar menjadi kata yang pahit untuk didengari.
"Tidak-tidak Yi Shuang,kamu salah faham.Aku tidak bermakna-"
"Huh!.. BERMAKNA!"ia mulai ketawa menggila pada saat ia berkata kata itu.
"Abang Ning Ya mana tahu apa itu BERMAKNA pun.Kan abang Ning Ya selalu pedulikan prinsip kultivator dao."
"Abang Ning Ya,lupakan aku sahaja yah. Lagipun aku sudah mati..."
*aku sudah mati*
*aku sudah mati*
"...Yi Shuang.Sudah mati"
Air mata berderangan pada matanya sebelum luluh jatuh dari matanya.
*plop*(bunyi air mata jatuh)
*plop* *plop*
Hu...
~~~
"Ketua,sampai jumpa lagi.Tempat disini akan sentiasa terbuka untuk kamu sahaja." ucapannya disambut dari lambaian tubuh ketuanya yang sudah menjauh ddari mereka berdua.
Ia berasa kecewa kerana ketuanya itu ditak pernah nak menganggap mereka sebagai orang rapat dengannya.Tidak kira ada yang cuba mendekat,ia sendiri yang akan uruskannya untuk menjauh darinya dengan cara mengajar erti 'jangan ganggu urusan orang lain' itu.
Setelah keluar dari tempat itu, Ning Yi Shuang memutuskan untuk berpisah dengan Erda.Ia berfikir untuk kembali ke tempat urusannya buat sementara sebelum kembali ke kediaman rumahnya buat sekian kali ia menghilang.
"Calf." panggilnya.
Dengan pantas ia tiba-tiba muncul dihadapannya.
Lelaki yang berpura-pura sebagai doktor 'Calf' itu berdiri dihapannya dengan tangan sebelah dadanya.Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum ia mengangkatnya tegak semula.
Ning Yi Shuang duduk diatas bangku dengan kedua kakinya disilang dan tangan kirinya menyokong dagunya untuk melihat orang yang mengikutinya dengan taat.
Calf aslinya bekas mayat dari peperangan dunia gelap.Ning Yi Shuang pun berasa kasihan kerana ia mati tanpa mampu membalas dendam.Itulah sebab ia menghidupkannya kerana keadaan mereka adalah sama.
Dibunuh oleh kekasih mereka sendiri.
Dikhianati oleh orang yang mereka cintai dan sayangi itu.
Konyol kalau hidup yang dikhianati dengan sekejam itu mati begitu sahaja kalau tidak membals dendam.
"Bagaimana dengan proses siasatan kamu tentang dia?"
Ia menggelengkan kepala.
"Aku masih tidak menjumpai tanda-tanda keberadaan lelaki itu setelah jejak kemusnahan gunung Disismit Air Bulan itu."
"Tapi menurut anak buahku, ada seseorang yang memiliki sama taraf dengan kekuatan yang dimilikinya dan ini maklumat beliau."
Calf memberikan kertas lembaran yang memiliki identiti orang itu.
Ning Yi Shuang melihat dan kelihatan tidak berpuas hati.
'Ini terlihat sangat teliti, tapi apa maksudnya dengan penyakit Rantai Kematian Awan Ilusi Gelap.Setahunya ini adalah rantai sumpahan yang terlarang.Untuk mengubatinya sahaja kamu perlu mengorbankan jantung hidup yang memiliki darah suci keluarga Darah Suci. Tapi ia sudah musnah seribu tahun yang lalu.'