Chereads / Girls Of Leaders / Chapter 17 - Bab 17

Chapter 17 - Bab 17

Bunyi tangisan Diva Girls mula memenuhi segala ruang yang ada di dalam kantin itu. Devil's Roses masih meneruskan aktiviti mereka sambil tersenyum mengejek kepada mangsa mereka.

"Kan..macam ni lagi cantik? Betul tak guys?" Kata Fiza kepada sepupu2nya.

"Betul!!" Kata Devil's Roses serentak.

"Dah2..korang boleh lepaskan dah tangan minah2 gedik ni." Kata Fiee kepada sepupunya supaya melepaskan tangan mereka dari menahan tangan Diva Girls.

"Oii budak!..bak sini iphone aku tu..kau dah rakam kan semua kejadian tadi?" Soal Yuni kepada sorang budak yang telah di arahkan untuk merakam segala kejadian yang mereka lakukan terhadap Diva Girls tadi.

"Bagus..sekarang kau boleh pergi dari sini" arah Yuni kepada budak tu.

Diva Girls masih lagi menangis sambil menundukkan kepala mereka memandang ke lantai sebab malu untuk mengangkat wajah mereka yang dah tak serupa muka ni.

Fiza berjalan mendekati Diva Girls yang tengah menundukkan kepala mereka sebelum dia melutut di hadapan Wani.

"Tahu pulak korang nak malu ehh? Ni lah balasan korang sebab dah cari masalah dekat orang yang salah" kata Fiza sambil menunjal kepala Wani.

Wani hanya mendiamkan diri dengan bahu yang terhinjut2 sebab menahan tangis. Fiza bangun dari melutut sebelum memandang semua pelajar2 yang menjadi penonton drama yang tak berbayar mereka ni.

"Aku nak korang anggap je yang perkara ni tak pernah berlaku. Dan jangan pernah bagi tahu kat sesiapa tentang kejadian ni kalau aku dapat tahu ada yang sebarkan kejadian ni..memang dia tak hidup lama lh" Fiza membagi amaran kepada semua pelajar2 yang menjadi saksi akan kejadian yang telah berlaku ini.

Pelajar2 tersebut hanya mendiamkan diri dan ada yang mengangguk kecil kepala mereka tanda 'ya'.

"Korang dengar tak?!!" Jerkah Eqah.

"Yaa!!" Bergegar kantin tu dengan jeritan serentak dari pelajar2 dekat kantin tu.

'Tahu takut..' bisik hati Eqah.

"Dah jom guys..kita blahh dari sini, aku dah takde mood nak makan" kata Fiza sambil melangkah pergi dari kantin sekolah itu dan di ikuti oleh sepupunya yang lain.

Mereka hanya membiarkan Diva Girls yang masih menangis dekat kantin itu dan berlalu pergi tanpa ada rasa bersalah dalam diri mereka.

Dalam perjalanan mereka hendak balik ke kelas, mereka terserempak dengan Dark's Knight yang seperti hendak berjalan menuju ke kantin sekolah. Maybe baru nak pergi rehat kot diorang ni. Dark's Knight yang perasan akan kehadiran Devil's Roses itu terus menghalang mereka dari terus pergi.

"Apa yang korang nak ni? Kitorang nak cepat lh" kata Reen acuh tak acuh.

"Korang semua ni dari mana baru sekarang nampak batang hidung? Asal tak masuk kelas? Korang ponteng ke?" Soal Mirul bertubi2.

"Tu bukan masalah korang..dah lh, malas aku nak layan mamat2 kerek macam korang ni" kata Fiza dingin dan meneruskan perjalanannya.

"Aishhh..kerek dia cakap kat kita semua? Dia tu memang nak kena lah..tak boleh ke dia tu cakap elok2 sikit" bebel Mirul dengan geram.

"Sabar Rul..lagi kau layan, lagi sakit pulak hati kau" kata Rie cuba menenangkan sahabatnya.

"Betul kata Rie tu Rul..lebih baik kita pergi makan sekarang. Perut aku dah buat konsert dah ni" celah Raif sambil menggosok perutnya.

"Yelah..jom kita gerak" kata Mirul dan mula melangkah kaki menuju ke destinasi sebenar mereka iaitu kantin.

Mereka berlapan tengah berbual2 tentang pertandingan bola yang akan diadakan dekat seluruh sekolah kat Malaysia ni. Sampai je mereka dekat kantin, mereka mengerutkan dahi sebab pelik.

Yelah, selalu mereka pergi kat kantin ni, bising je tapi sekarang ni tiba2 jadi senyap je tanpa ada suara bising macam kat pasar ikan dan yang menambah rasa pelik mereka ialah ruang kantin itu hanya kedengaran bunyi beberapa pelajar perempuan yang tengah menangis.

"Apa dah jadi ni? Siapa yang menangis tu?" Soal Ryan kepada beberapa pelajar yang ada kat situ.

Tapi takde siapa pun menjawab soalan dia. Semua pelajar2 dekat situ hanya menundukkan kepala dan sambung makan.

'Asal dengan diorang semua ni? Senyap semacam je' bisik hati Dark's Knight.

"Ermm..dik, mari sini kejap" panggil Mirul kepada sorang pelajar tingkatan 3.

"Ada ye bang?" Kata pelajar itu.

"Apa dah jadi ni? Siapa yang menangis tu?" Kata Aril sambil menunding jari telunjuknya kepada 4 orang pelajar perempuan yang tengah menangis sambil melutut di atas lantai.

"Err..err..kalau abang nak tahu apa yang tengah jadi ni, saya minta maaf tapi saya tak boleh bagi tahu dan yang tengah menangis tu geng Diva Girls..kalau takde pape, saya pergu dulu" terang pelajar itu sebelum berlalu pergi tanpa sempat Aril bertanya lagi.

"Asal Diva Girls nangis ehh?" Soal Ash pelik.

"Entah..apa kata, kita tanya mereka sendiri memandangkan takde siapa2 nak bagi tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni" kata Mirul dan disetujui oleh sahabat2nya.

Baru je mereka hendak mendekati Diva Girls, dengan tiba2 je Diva Girls berdiri lalu berlari meninggalkan kantin dan menuju ke tandas perempuan. Dark's Knight hanya memandang mereka pelik.

"Asal baju diorang semua tu kotor ehh? Dengan muka diorang yang penuh dengan sisa2 nasi bagai" kata Raif pelik sambil memandang Diva Girls yang semangkin menjauh.

"Hurmm..entahlah, tapi siapa punya kerja ehh?" Soal Ewan sambil memikirkan siapakah yang telah memperdajalkan Diva Girls tu.

Dark's Knight memandang sesama sendiri sambil memikirkan siapakan orang tersebut. Tiba2 je Mirul bersuara bagi memecahkan kesunyian mereka.

"Ni mesti kerja Devil's Roses ni" kata Mirul penuh yakin.

"Iye tak iye jugak kn? Sebab mereka kan baru lepas balik dari kantin tadi..waktu kita nak ke sini kan?" Kata Rie pulak.

"Memang tak dapat dinafikan lagi..siapa je yang berani buat masalah kat sekolah ni selain mereka berlapan tu" terang Ewan pulak.

"Apa2 pun nanti kita pergi cari diorang. Sekarang ni kita pergi makan dulu" kata Raif sambil kakinya laju melangkah ke kaunter yang menjual makanan.

"Hoii..tunggu lah. Bukan kau sorang je lapar, kitorang semua pun laparlah" jerit Aril dan mengejar langkah Raif.

"Dia tu memang ingat perut dia je kan? Perut kita ni pulak macam mana? Ish3" kata Mirul seraya menggelengkan kepalanya.

TBC...