Chereads / Girls Of Leaders / Chapter 19 - Bab 19

Chapter 19 - Bab 19

Fiee&Ziq's pov

"Hisshhh..bosan lh" kata Fiee sambil melepaskan nafas dengan kasar.

"Kau ni dh kenapa?" Soal Ziq

"Aku bosan lh dari tadi jalan keliling padang ni dengan beruk terencat kat sebelah aku ni" kata Fiee dengan selamba.

"Hoi..kau cakap elok2 sikit ehh. Muka aku ni punya lah hensem tapi kau dengan selamba je kata muka aku macam beruk terencat..kau ni buta ke apa huh?!" kata Ziq dengan geram.

"Hensem tengkorak kau, nth dari mana datang hensem tu pun aku tak tau. Kau nak kata aku ni buta lah? Dah sah2 muka kau tu macam beruk terencat nak buat macam mna lagi? Kau ni pernah tengok cermin ke tak ehh? Kalau dah pernah tengok tu memang kau dah tahu yang muka kau tu macam beruk tapi tak dapat terima hakikat kn? Terima je lah hakikat yang kau tu beruk." Kata Fiee bersahaja.

"Wah2..mulut kau ni boleh tahan ehh..sakit je telinga aku ni dengar ayat yang keluar dari mulut longkang kau tu" kata Ziq dengan muka yang merah padam.

"Mulut aku ke mulut kau yang macam longkang sebenarnya ni? Aku rasa macam kau je mulut longkang kat sini" kata Fiee sambil tersenyum sinis.

"Mulut kau tu memang tak pernah tak menjawab kan? Ada jee yang kau nak jawab..ke kau nak aku cium bibir kau tu baru kau tak menjawab?" Kata Ziq sambil melutut di depan Fiee bagi menyamakan ketinggian mereka dan cuba merapatkan wajahnya ke wajah Fiee.

Fiee menjadi kaku melihat perlakuan Ziq yang merapatkan wajah mereka. Tapi tak lama sebelum dia tersedar dan menolak kuat tubuh Ziq supaya menjauh. Kerusi yang dia pegang pun terbang entah ke mana dah.

"Hahahahaha..tau takut, lain kali jangan nak menjawab je kerja" kata Ziq sambil berlalu pergi dengan sisa tawanya bila dah berjaya kenakan Fiee tadi.

"Pervert! Gatal! Miang!" Kutuk Fiee geram sambil mata menikam tajam ke arah Ziq yang semakin menjauh itu.

Sya&Ash's pov

"Sya..aku nak tanya ni, apa yang korang dah buat kat Diva Girls tu ehh? Sampai menangis aku tengok diorang dengan baju yang kotor lagi" soal Ash cuba beramah mesra dengan Sya.

"Nth.." sepatah Sya menjawab.

"Korang memang dari dulu lagi ke buat perangai macam ni?" Soal Ash tak berputus asa walaupun dia tahu Sya melayan dia dengan dingin jer.

"Nth.." kata Sya dengan dingin.

"Kau memang tak banyak cakap ehh? Tapi aku tengok kau okey je dengan kawan2 kau tu..elok je kau cakap panjang2 tapi dengan aku atau orang lain..kau just layan acuh tak acuh je" kata Ash sambil memandang ke arah muka dingin Sya berharap yang Sya akan membalas katanya dengan ramah.

Tapi semua tu hanya dalam mimpi jelah bila sekali lagi Sya membalas kata2nya dengan satu patah perkataan iaitu "Nth.."

"Cakap dengan kau ni memang cakap dengan tiang aku rasa. Aku punya lah nak beramah mesra dengan kau tapi kau jawab satu patah perkataan je? Dah lah..buat penat je cakap dengan tiang macam kau ni" kata Ash berputus asa dan berlalu pergi.

"Aku tak suruh pun kau beramah mesra dengan aku. Kira okey lh tu aku dh jawab semua pertanyaan kau tu walaupun hanya satu patah perkataan. Atleast aku jawab daripada aku diam2 je..tak reti bersyukur lah kau ni" gumam Sya perlahan sambil memandang kelibat Ash yang semakin menjauh.

Eqah&Ewan's pov

"Kau boleh behenti menyanyi tak?! Sakit telinga aku ni kau tau tak?!!" Sergah Eqah setelah lama menahan sabar dengan perangai Ewan yang dari tadi sampai sekarang langsung tak berhenti menyanyi tu.

"Tak" balas Ewan selamba sambil meneruskan nyanyiannya.

"Wehh..kau tau tak suara kau tu serupa sangat dengan katak yang sedang menyanyi. Kalau suara kau tu macam si Shawn ke si Troye ke, tu takpe lah sikit tpi ni tak. Sumbang sangat suara kau tu sampai gegendang telinga aku hampir nak pecah dengar kau nyanyi! " kata Eqah dengan nada menyindir.

Nyanyian Ewan terus terhenti selepas mendengar ayat pedas yang keluar dari mulut Eqah tu sambil anak matanya menikam tajam ke arah Eqah.

'Hamek kau!! Tau pulak nak senyap' desis hati Eqah.

"Kau cakap baik2 sikit ehh!! Siapa cakap suara aku ni macam katak huh?! Banyak cantik muka kau?!! Elok dan merdu jer suara aku menyanyi ni..ke kau jeles sebab suara kau tu tak merdu mcm aku? Nth2 suara kau tu lagi teruk dan mengalahkan katak menyanyi kut" Kata Ewan sambil membalas sindiran Eqah.

"Waah2..sesedap perencah adabi je kau kata suara aku ni mengalahkan katak menyanyi kan? Kau pernah dengar ke aku menyanyi? Tak pernah kan? Ke kau nak dengar suara aku ni? Ohh yaa..fyi aku memang cantik pun kau tu jee yang baru perasan aku ni cantik" balas Eqah sambil mata dijulingkan ke atas.

"Aku tak hingin lah nak dengar kau menyanyi bagai. Buang masa aku je dengar suara kau tu dah lh muka macam pontianak ada hati nak bagi aku dengar suara kau tu. Nth2 belum sempat kau menyanyi, mungkin aku dh arwah dulu kut sebab tak tahan sangat dengar suara kau tu" kata Ewan sambil tersenyum kemenangan.

"Hoiii..bapak setan kau ni!! Kau mulut baik2 ehh! Lagi okey muka aku ni yang kau kata macam pontianak daripada muka kau tu dah macam ayam berak kapur je aku tengok. Kau dengar dan hadamkan baik2 ehh apa yang aku nak cakap kat kau ni!! Jangan sampai satu hari nanti kau terpegun dengar suara merdu aku ni sampai nak ajak aku jadi girlfriend kau bagai!" Kata Eqah dengan geram.

"Kalau aku bapak setan, kau tu apa?! Raja segala setan huh?!! Tak mungkin aku nak terpegun dengan suara kau tu and kau jgn nak bermimpi yang aku nak kau jadi salah satu girlfriends aku sebab kau tu langsung tak layak utk aku!! Sampai mati pun kau tetap tak layak utk aku!" Sindir Ewan sambil memandang remeh ke arah Eqah.

"Kau blahh dari sini..aku benci tengok muka kau!! Ingat aku hadap sangat dengan kau?!! Blahh sekarang!!" Jerkah Eqah sambil menahan api kemarahannya yang membuak2.

"Kau tak suruh pun memang aku nak blahh pun" kata Ewan seraya memberikan senyuman sinis.

Eqah hanya memandang Ewan dengan api kebencian dan kemarahan hingga bayangan lelaki itu hilang dari pandangannya.

TBC..