"tolong pandu ke alamat ni." Alex menyerahkan kertas kecil yang berisi alamat kepada pemandu teksi itu.
"baik cik. Cik melawat keluarga ke?" tanya pemandu itu dengan ramah.
"ah ye. Melawat keluarga." jawab Alex bersahaja.
Pemandu teksi itu sekali sekala melirik cermin pandang belakang untuk melihat penumpangnya. Lalu dia bertanya. "cik pelajar universiti ke? Sebab cik masih muda. Rasanya sebaya dengan anak saya."
"owh tak. Saya bekerja. Nak sara hidup." jawab Alex sambil tersenyum.
Pemandu itu kagum. Dan mula berbual lagi. "bagus la cik ni. Sekarang payah nak cari perempuan yang berdikari macam cik ni. Nama cik ape ye?"
"Linjue. Pakcik panggil je Xiaojue." balas Alex. Entah kenape pakcik ni mengingatkan dia pada datuknya Rouxun Xinyi.
"ok xiaojue. Kita dah sampai." kata pakcik itu sambil tersenyum.
"ni tambangnya….terima kasih yer!" Alex membayar dan berterima kasih lalu turun dan berdiri di hadapan banglo mewah itu.
Finally, sampai pun rumah ni. Kalau tak silap aku, keluarga mertua aku pun tinggal kat sini. Jadi akan ada ayah mertua, ibu mertua, adik ipar dan abang ipar.
"chi, total dalam rumah ni berapa orang kalau tolak aku?"
[12 host...…tambah host 13.] jawab chi.
Huh…..merinding tiba tiba. Aku ingat jadi ketua organisasi hitam lagi teruk. Rupanya nak berdepan dengan keluarga mertua lagi mengerikan. Kesiannya hidup linjue ni. Semua salah aku. Tak pe linjue, sebab aku yang salah...aku akan betulkan semua dan bagi kebahagiaan pada kau. Itu janji aku sebagai Alex Xinyi.
"yah- ni bukan perempuan tak guna tu ke? Kenapa kau masih hidup?!" kata gadis muda itu. Dari uniform yang dipakainya…dia adalah maid di rumah ini.
[memberitahu host.....itu adalah pembantu rumah yang menjaga anak perempuan anda, Lily. Namanya ialah Rossa.] chi mula memberi info.
Alex dengan yakinnya membalas sapaan kasar wanita itu. "kau agak biadap untuk seorang penjaga kanak kanak."
"biadap? Perempuan kau siapa nak hina aku? Kau tu....tak lama lagi bakal diceraikan!!!!!" balas wanita itu kesal. Mukanya penuh kebencian macam orang dan bakar rumah dia pulak.
"ROSSA!!!!!!!!!!!!" suara budak lelaki yang dingin kedengaran.
"tu tuan muda.....sa saya pergi dulu." wanita yang berani tadi tiba tiba melarikan diri.
[itu adalah anak lelaki anda. Xu Yichen. Dia di pihak anda.] kata chi perlahan.
"mama. Selamat kembali-" budak lelaki yang tampan itu memegang kedua tangan Alex dan tersenyum.
"terima kasih….chen-" jawab Alex sambil tersenyum.
Aduh kekoknya rasa bila orang panggil mama. Tapi entah kenapa pada masa yang sama rasa macam gembira je bila tengok budak tu senyum. Naluri seorang ibu ke tu…..haish-
"abaikan apa yang Rossa cakap tadi tu. Dia takkan berani ceraikan mama." kata Yichen dengan yakin. Dia sepertinya agak marah dengan wanita tadi.
Alex berfikir sejenak lalu menjawab. "mama tak kisah. Kalau dia nak ceraikan mama. Mama boleh hidup tanpa duit dari dia."
"haish- baiklah. Tapi kalau mama nak keluar dari tempat ni, bawak chen sekali. Tempat ni menjijikkan. Entah kenapa la Lily bodoh sangat boleh terpedaya dengan keluarga palsu ni. Memuakkan!" kata Yichen setelah mendengar kata kata mamanya.
Oi oi...…..benda macam ni budak 6 tahun dah belajar ke? Pasti ke anak aku ni 6 tahun? Ayat dia macam dah puluhan tahun je. Dasyt betul rumah ni, sampai budak kecik macam ni dah guna bahasa macam ni. Yang dalam ni lagi dasyat entah.
[host, ketua pembantu menghampiri bersama ibu mertua kesayangan anda!!!! sila bersedia.] chi memberi amaran yang seakan memerli.
"chen, pergi berehat dulu. Nanti mama jumpa kamu balik." kata Alex kepada anaknya.
"tak nak. Chen tau perempuan tua tu datang dengan butler. Mesti perempuan tua tu akan cakap...'PEREMPUAN MACAM KAU NI TAK LAYAK JADI MENANTU KELUARGA XU. AKU DAH SEDIAKAN SURAT PENCERAIAN KAU. KAU TANDATANGAN SURAT TU DAN BERAMBUS DARI SINI.'.....tengok la jap lagi." kata Yichen sambil meniru lagak seorang perempuan yang sedang marah.
Alex yang masih tercengang dengan Yichen tiba tiba dimaki tanpa amaran dari sistem. "berani kau balik yer? Dan tak sangka betina sundal macam kau payah nak mampus."
[sabar host…pekakkan je telinga.] chi seakan memujuk Alex supaya bertahan.
"apasal kau diam? Dah bisu?! kau dengar sini…Perempuan macam kau ni tak layak jadi menantu keluarga xu. Aku dah sediakan surat penceraian kau. Kau tandatangan surat tu dan berambus dari sini!!!!!"
Alex yang terkejut dengan ayat yang sama macam yang Yichen cakap tadi mula bercakap dengan chi lagi.
[host...…anak anda memang hebat.] puji chi ikhlas.
Aex yang telah lama memikirkan hal ini bersetuju. "Puan Xu, tentang penceraian tu.....saya setuju."
"aku dah agak dah!!!!!!!!! perempuan macam kau.....eh ape? Setuju?"
"ye. Setuju. Biar saya tandatangan." Alex menjawab dengan yakin dan muktamad.
"......" Puan Xue.
"....." Head Butler.
"....…..." Yichen.
[.....…..] Chi.
"jadi. Mana surat tu? Kata nak tandatangan." Alex yang melihat mereka masih tergamam itu terpaksa bersuara untuk memecah suasana yang janggal itu.
"kat dalam. Ikut sini." balas Puan Xu yang masih bingung dengan sikap Linjue yang berbeza itu.
********************
[host saya speechless…..] kata chi yang masih lagi seakan tidak percaya dengan keputusan yang diambil oleh Alex.
[ya host. Saya fikir host akan lawan mak mertua host tadi sebab host dah selesaikan misi untuk upgrade MARTIAL ART tadi.]
Alex speechless dengan jawapan yang diberikan chi. Lawan mak mertua pakai Martial Art? Meninggal jugak orang tua tu nanti. Alex melihat sekitar laluan ke ruang tamu rumah itu.
"rumah yang cantik yer."
"kenapa? Ubah fikiran untuk penceraian ke?"
"tak puan. Saya cuma fikir rumah ni cantik. Tapi....boleh la untuk orang macam keluarga puan ni." balas Alex lalu tersenyum manis.
Baru aku perasan. Rumah ni ade gambar keluarga Xu dengan anak anak aku. Tapi takde langsung gambar aku. Gambar Shu Yixue ade la. Kalau orang luar datang rumah ni….orang tu mesti akan ingat menantu keluarga ni Shu Yixue bukannya Linjue. Yichen pulak...…dia sepertinya tak rapat dengan adik kembar dia, Lily. Sebenarnya ape yang Linjue cuba nak capai dengan menyayangi seorang saje anak sedangkan dua anak ni kembar.
Rumah ni pun sunyi. Aku akui ia adalah rumah yang besar dan mewah, tapi ciri ciri tradisionalnya masih cuba dikekalkan. Keluarga Xu ye.....sepertinya aku kena selidik lebih lagi daripada mendengar khabar angin dan berita luar yang tak berasas. Dari pengamatan dan maklumat dari Chi, Xu William ni adalah anak kedua dari tiga beradik. Yang sulung Xu Xiehan, yang kedua Xu William dan adik perempuan mereka Xu Xinha.
Abang william berada di Country Z sekarang. Katanya dia jarang pulang ke rumah. Dia adalah salah satu dari tiga doktor elit negara yang tahap perawatannya sangat tinggi dan diakui setiap negara. William mewarisi syarikat keluarganya dan mengembangkan lagi menjadi syarikat terbesar yang mengetuai dalam dunia perniagaan. Yang bongsu, Xinha adalah pereka fashion terkenal dengan nama Inha. Dia selalu pulang ke rumah ketiga hujung tahun sahaja kerana terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai pereka.
"ni suratnya. Tandatangan kau dulu. Nanti aku bagi pada Will untuk tandatangan dia dan hantar surat tu untuk uruskan penceraian korang."
"baik." tandatangan surat cerai tanpa ragu.
"ape kau ade permintaan lain?" tanya Puan Xu yang hairan dengan sikap Linjue.
"aku nak tinggal kat sini selama dua minggu untuk uruskan beberapa perkara dulu. Boleh kan?"
"ok. Tak masalah. Kau jangan ubah fikiran pulak Xu…maksud aku, Han Linjue!!" Puan Xu meninggalkan Alex dan butler di ruang tamu itu.
[sebab host dah tandatangan surat cerai. Host sekarang adalah Han Linjue. Bukan lagi Xue Linjue.]
"itu....kat mana bilik aku yer? Bukan ape, tapi aku betul tak tau-" Alex melihat ke arah butler yang berdiri di sebelah kanannya seakan menunggu arahan.
"sila ikut saya Cik Han…" kata butler itu sopan sambil tersenyum.
Seperti dugaan aku…hubungan suami isteri ni memang sangat teruk dah. Bilik diorang asing dan jarak jauh pulak tu. Gambar perkahwinan pun aku tak nampak. Gambar keluarga pun tak de Linjue. Ni sampai tahap kau mati baru aku pergi tengok. Haish… macam mana la nak selesaikan misi kalau macam ni keadaan dia.
Perfect Lady System konon. Apenya yang perfect? Keluarga dah barai ade la. Aku rasa sekarang aku kerap berdoa supaya nasib aku tak malang. Kesiannya Han Linjue ni. Malang benar hidup kau yer. Semua salah aku. Memang layak aku terima semua ni. Kalau la aku tak libatkan orang tak berkaitan macam kau dulu dalam rancangan aku tu….kau mesti dah bahagia sekarang kan?!
[ Dia akan bahagia host. Mungkin Han Linjue adalah seorang pereka fesyen terkenal sekarang. Tapi sebab anda dia terpaksa berkahwin di usia yang muda dan mengalami semua benda buruk ni.] Chi seperti biasa menghiris perasaan Alex agar dia rasa lebih bersalah.