"Zara... Sorrylah nak tanya...". Tanya Kak A'a.
"Ha apa dia?". Kata Zara.
Kak A'a berbisik ke telinga Zara dan berkata "Zara cuti eh?".
Zara mengangguk.
"Kenapa?". Tanya Kak Yana.
"Cuuuti". Kata Kak A'a dengan perlahan.
"Cuti apa?!". Kata Amirul.
PAP!
Mereka berempat memandang kearah tingkap. Terlihat ada tangan terjuntai dari luar.
"Woi Akim kau masuk sekarang". Kepala Amirul dipukul oleh Akim rupanya.
"Tradisi nenek moyang kita memang suka ketuk kepala eh ?!".
Semua gelak gembira.
"Kenapa rasa panas semacam ni... Eh buka aircon tu". Arah Kak A'a
"K" Jawab Hafiz singkat.
"Aku rasa aircon ni rosak lah". Kata Hafiz.
"Ha ? Adu... Panasnya... Aku memang lah selalu duduk kampung, tapi tak pernah sepanas macam nila". Rungut Kak Yana.
"Masalahnya, kampung kau dekat London Yana oi". Kata Akim.
"Eee dia ni kan hahaha". Kata Zara.
"Eh nak pakai baju ni selama kat sini... Tadi Umi tengok baju yang korang bawa tak sesuai... Zara punya sesuai juga untuk duduk kat sini... Tapi Zara ambil jelah eh?". Kata Umi sambil mengagihkan baju.
"Umi selongkar barang kitorang ke ?!". Kata semua serentak.
"Yalah...". Akur Umi.
"Allah... Boxer saya Umi tengok juga ke? Aduh malunya". Kata Amirul.
"Haah ya Umi try sekali boxer mahal kau tu... Nak bagi atuk". Kata Umi.
"HAHAHAHHAHAHA". Semua ketawa kecuali Amirul yang kebingungan.
"Ha nah ambil baju korang...". Kata Umi.
"Umi.. Baju apa ni? Bran pasar malam ke? Hahahah". Kata Hafiz.
"Mulut kau tu jagalah sikit Afiz...". Bisik Kak Yana.
"Ni jenama paling popular dekat Malaysia top 1 tau.. Kau jangan main-main dengan baju ni".
"Jenama apa?". Tanya semua.
"Baju ni jenama kain buruk yang kita selalu pakai masa kecil-kecil dulu". Kata Umi.
"Erghhh!". Semua buat muka ketat, tapi Zara tidak merungut pun. Dia terima je baju apa yang dia pakai.
"Terima kasih Umi !". Zara mengambil baju yang diberikan oleh Umi.
"Sama-sama.. Alah, Umi gurau lah... Ni baju yang Umi dah tempah khas.. Umi beli semalam dekat Mall". Kata-kata Umi membuatkan semua terpegun.
"Ohhh terima kasih Umi... Sayanggg Umi!".
"Hm yela sayang tu".
"Heheheh".
Zara bangun dari tempat duduknya setelah setengah jam tak bangun-bangun.
"Zara, nak gi mana tu?". Tanya Amirul.
"Nak cop bilik awal-awal".
"Ush tunggu!". Baru semua terhegeh-hegeh nak pickup beg semua.
"Unik bhai tangga dia... Bahaya ni". Kata Amirul.
DI TINGKAT ATAS...
"Korang... Kenapa macam pelik je kat sini". Kata Zara.
KRIK-KRIK...
"Korang dengar tak aku kata?!". Zara meninggikan sedikit suaranya.
"Hantuuu !!!". Terjah semua (Kak Yana, Kak A'a, Amirul, Hafiz dan Akim).
"Ha ha takutnya...". Zara tidak berasa terkejut walaupun sedikit. Kalau Kak Yana kena confirm pengsan masuk wad HAHAHAHA.
"Ada rasa pelik tak kat sini?". Kata Zara.
"Eh eh... Yelah...". Mereka melihat dilantai terdapat banyak kertas kecil ditampal secara tersusun, mereka pun menuju kearah kertas tersebut.
"Ada nama akulah". Kata Amirul.
"Hm nama aku pun ada". Kata Kak Yana.
Begitu juga yang lain kecuali Zara .
"Oh yang tu nama korang berlapan". Kata Umi.
"Astaga !". Semua terkejut. Kali ni Zara pun terkejut.
"Berlapan? Tapi sekarang kitorang berenam je...?". Kata Akim.
"Satu Sofia.. Lagi satu tu Aiman".
"Oooo... Mana diorang sekarang ni Umi ?".
"On the way... Ha, nama-nama ni nanti Umi bentang tilam korang tidur ye? Ikut nama".
"Tak faham lah Umi". Kata Amirul.
"Haih... Maksudnya, contohlah... Ada nama Yana, kat sebelah dia Akim.. So, orang yang tidur sebelah dia tu Akim lah... Maghrib nanti baru Umi bentang tilam ye... Nasiblah sapa sebelah dia lelaki...".
"Ooo... Eee tak faham lagi". Kata Amirul.
"Eee macam nieee... Nama kau kan kat hujung sekali sebelah dinding... Nama aku kat sebelah kau... So, dua malam ni... Aku tidur sebelah kau la". Kata Zara.
"Ooo... Aik, kau ke sebelah aku?".
"Tak... Tu contoh".
"Ya ya lah contoh dia tu... Memang nasib awak tidur Amirul untuk dua malam ni.. Tak percaya tengoklah". Kata Hafiz.
"Ha betul ke ?".
"Kau ni tak payah nak drama sangat boleh tak?". Kata Akim sambil meletakkan begnya diatas lantai.
"Kenapa kita tak tidur dalam bilik eh?". Zara mendapat kepastian.
"Hm...". Kemana fikir tu Amirul wui.
"I mean... Lelaki dengan perempuan asinglah".
"Eh dah masuk waktu Asar ni... Girls u'ols boleh solat kerr? Kalau boleh, join jer... Jangan ponteng... And jangan tipu cuti.. Doser u know" Pesan Hafiz sambil mencuit bahu Akim. Akim dapat menahan kesakitan.
"Hm aku dengan A'a boleh solat dalam bilik.. Korang bertiga solatlah dulu... Zara... You nak turun bawah ke?". Kata Kak Yana.
"Haah... Nak main dengan budak-budak tu... Ok bye".
Selepas menunaikan solat Asar... Mereka pun turun...
Kelihatan Zara sedang mendukung seorang budak perempuan yang bernama Putri didalam sebuah bilik.
"Alolo... Jangan nangis ya ?" Zara mengenjut Putri sambil menyanyikan lagu Twinkle Little Star.
Kak Yana dan Kak A'a berdiri di sebelah Amirul.
"Tu... Cantiknya bini kau dengan anak kau tu" Sakat Kak Yana.
"Amin... Eh takpe ke kita usha dia dari jauh ?" Kata Amirul.
"Takpe... Dia jauh tu..."
"A'a... Comel nya baby tu... Dia tengah main-main pulak tu... Eh aku nak main dengan dialah" Kak Yana menarik lengan baju Kak A'a... Mereka berdua menuju kearah baby itu lalu bermain dengannya..
"Hmmm my future wife tengah main dengan anak kitorang tu" Kata Akim sambil menunjuk kearah Kak Yana.
"Hm kita termenung je kat sini... Baik pergi sana terus haha" Hafiz pun berlari anak kearah budak-budak lain yang rancak bermain.
"Fuh Akim.. Jom, kita kena practice... Kita pretend jadi ayah kepada budak-budak tu... Aku nak bagi Zara tengok macam mana aku layan budak tu nanti". Kata Amirul dengan penuh bersemangat.
"Hm fuh Akim kau boleh... demi your future wife..."