Chereads / SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU? / Chapter 6 - Bab 6 : Tuan Amirul Mikael mula risau...

Chapter 6 - Bab 6 : Tuan Amirul Mikael mula risau...

GEDEBUK !!

Ikhwan yang baru menyelesaikan tugasnya di kantin kembali ke kelas .

' Hmm.. Salah ke aku minta couple kat Zara ? Napa dia jual mahal ? Ke dia tak terima aku sebab aku tak hensem ? Takpe .. Selagi aku tak dapat dia , selagi tu aku tidak akan berhenti panggil dia `sayang`...' Haih ...

" Balik sekolah nanti aku kena watsap Zara ".

" Zara , tak bertugas ke ? Napa baring kat lantai, nanti kotor baju awak... ke nak saya angkat ? Hihi". Tegur Ikhwan selamba . Ikhwan juga tidak sedar bahawa Zara dah pengsan . Ikhwan.. Ikhwan ... Cuai !

' Jap ! Zara bukan baring saja-saja , entah-entah... Dia pengsan ?!! ' Ikhwan yang baru perasan itu mula berlari kearah Zara .

" Zara ! Zara ! Zara ! ". Ikhwan cemas . Apa nak buat ni !! Ikhwan mendekatkan mukanya ke muka Zara . ' Bole buat CPR tak ? '

" Eh ? Zara !!!! Ikhwan , apa... Kenapa nii ?". Ikhwan terkejut dan memandang tajam kearah Tasha yang sedang berada disisi Zara .

" Ni semua salah awak !". Ikhwan menuduh Tasha .

" Eeeee..... Ikhwan !! Kita tkde masa untuk bergaduhlah ! We must help her .. ". Tasha memuncungkan bibir , kemudian dia berlari keluar untuk mendapatkan bantuan . Sementara menunggu bantuan , Ikhwan membuka kipas , tingkap dan mengangkat Zara keatas kerusi .

" Apa dah jadi ni ? ." , Puan Maria yang baru tiba didalam kelas membuatkan Ikhwan benar-benar terkejut .

" Tt... aadii.. Saya ..j..jumpa .. Zara .. terbaring..". Ikhwan akan gagap setiap kali Puan Maria bertanya . " Bawa dia ke bilik kesihatan , Sekarang !! Haduh...". Risau Puan Maria sambil menepuk dahi .

~~~Berita tentang Zara baru diketahui oleh keluarganya .

( Di rumah Tuan Mikael )..

" Ya Allah ! Betul ke ni ? Dah sedar ? Nasib baik .. Tkpelah kalau macam tu , nanti saya bincang dengan Fairul .". Nampaknya Untie Damia baru tahu berita tu .

" Napa tu , Ma ?". Tanya Amirul .

" Haihh ! Zara pengsan masa kat sekolah tadi... Sekarang ada kat hospital . Doktor tanya Zara ada apa-apa penyakit tak ? Tapi tak ada pun... Doktor tengah cari puncanya... ".

" Apa ?! ". Amirul risau secara tiba-tiba . Selalunya dia jarang risau pasal orang . Tapi bila Zara je , mesti ada..

Encik Fairul yang baru melabuhkan punggungnya atas kerusi menyampuk , " Kenapa dengar nama Zara je terus risau , kamu suka dia ke ?". Wah , mencabar juga ayat Encik Fairul .

" Err .. Mana ada , Pa nikan ... Mikael tak suka sesapa pun kat kaum perempuan... Err..". Amirul menggelarkan diri Mikael kepada ibu bapanya .

" Er , er... Kelu sebab betullah tu , tak suka perempuan konon... Ayat tak dramatis langsung ! Hahahaha ". Encik Fairul gelak terbahak bahak , turut sama dengan Untie Damia yang daripada tadi tergelak kecil .

Dengan penuh rasa malu , Amirul Mikael terus masuk kedalam bilik dan mukanya merah seketika.

' Oh No ! Aku taknak apa yang Papa cakap tadi tu betul ... Tapi kenapa aku risau kat Zara ni ? '