Uncle Uncle

Syami ketika itu berusia enam belas tahun, bersekolah di sekolah swasta, hari persekolahannya bermula seperti biasa, tetapi disebabkan mengalami mimpi ngeri malam tadi, kefokusannya terganggu menyebabkan dia dimarahi guru dan orang di sekelilingnya.

Pada waktu pendidikan jasmani, cikgu Harun mengarahkan semua murid untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan"Ok, hari ni kita akan lari berpagar, semua, warm up,"

Kesemua murid menjarakkan diri antara satu sama lain dan mula memanaskan badan tetapi Syami hanya berdiam diri sahaja.

"Yang baju kuning tu kenapa? dah tiada semangat nak masuk kelas ni?" Cikgu Harun menegur Syami yang sedang leka.

"Cikgu semua pakai baju kuning, yang mana satu tanya?"seorang murid memberitahu cikgu Harun bahawa semua murid memakai baju dengan warna yang sama

"Kamu semua la"cikgu Harun menggaru dahinya.

Syami mula memanaskan badannya selepas ditegur oleh cikgu Harun. Semasa memanaskan badan, Syami sentiasa jatuh kerana kehilangan keseimbangan, dia memastikan tangannya dulu yang jatuh ke bawah untuk melindungi mukanya.

Selesai memanaskan badan cikgu Harun mengarahkan semua murid memakai kasut lari(spike) masing-masing sebelum berlari,

Terdapat lima kumpulan yang telah dibahagikan oleh cikgu Harun, Syami berada di dalam kumpulan pertama."kumpulan pertama masuk lorong,.... ok, ready....., set....,..priiiiiiiit"

Apabila wisel ditiupkan semua terus berlari kecuali Syami"SYAMI!, apa yang kamu buat lagi"Cikgu Harun marah akan tindakan Syami itu.

Setelah dimarahi, Syami terus berlari,apabila sampai di pagar yang pertama dia tidak melompat malah mengambil pagar tersebut begitu juga pagar yang seterusnya, dia menyangka cikgu Harun menyuruhnya berkemas

Rakan sekelas Syami mengetawakannya apabila melihat tindakan Syami itu, kemudian cikgu Harun menyuruh Syami supaya duduk diam.

Selesai waktu pendidikan jasmani,

"Syami, tadi kamu nak kemas sangat, sekarang kemas, kamu dengan Aridf"cikgu Harun menyuruh Syami dan Aridf untuk mengemas peralatan sukan

Syami dan Aridf kemudian mengangkat dan membawa semua barang masuk ke dalam bilik simpanan."Syami, aku tengok kau macam tak sihat je, kalau tak ok tak payah datang,"Aridf bertanya tentang keadaan Syami yang kacau bilau itu

"Aku ok, cuma kurang tidur"Syami menggosok matanya

Syami yang lupa untuk membuka kasut larinya memijak kasut Irfa, seorang murid terkenal di sekolahnya yang ketika itu lalu di sebelahnya"WOI, kau jalan tengok mana, ada mata tak,

"Sorry Irfa aku tak sengaja"Syami terkebil-kebil ketika bercakap

"kau tengok dah berlobang kasut aku,aku nak kau ganti balik, dah la kasut aku ni mahal, kalau murah macam kau punya tu, boleh luka kaki aku ni, kalau luka kaki aku, aku saman kau..."Irfa terus menerus memaki Syami yang tidak sengaja memijak kasutnya itu

"Irfa kau dah melampau, Syami dah minta maaf kau masih nak maki dia lagi apahal"Aridf mematahkan makian Irfa kepada Syami

"Kau tak payah nak jadi hero la, berambus"Irfa membantah kata-kata Aridf kepadanya

"Berambus? kau yang berambus, halang jalan aku"Aridf membantah Irfa pula

"Heuhh!"akhirnya Irfa pun pergi kerana tidak mempunyai alasan untuk membantah Aridf

Sebelum Irfa pergi jauh, Aridf menjerit dan berkata sesuatu kepada Irfa"kau kata dengan aku 'jangan nak jadi hero', jadi kau mengaku kau tu penyangak la, heuuh!aku bagi balik kau punya HEUUH"

"Dah teruk tahap max kau ni Syami, kau masuk kelas, biar aku yang kemas ni semua."Aridf menyuruh Syami untuk masuk ke kelas dan dia yang akan kemas semua barang.

"Ok, terima kasih"Syami pun pergi ke kelas selepas disuruh oleh rakan baiknya Aridf.

Pada waktu rehat

"Kau nak makan apa Aridf?, aku belanja"Syami mempelawa Aridf.

"Melihat pada situasi kau, aku rasa kau lupa bawa duit"

"Mana ada aku lupa, aku bawa duit ak....u tak bawa la, hehehe"Syami memeriksa seluruh poket pada pakaiannya

"Takpe biar aku yang belanja"

"Terima kasih Aridf"

"Sama-sama"

Mereka berdua duduk di meja kosong selepas mengambil makanan. Setelah beberapa minit makan Aridf mula bercakap,

"Kalau kau nak beli kasut murah, beli dekat kedai depan restoran seafood tu, aku dah pernah beli dekat situ and kedai tu baru je buka, jadi banyak stok baru masuk,....Kau dah ok belum?"

"Masih mengantuk sikit,"

"Apasal kau tak tidur malam tadi"

"Aku bukan tak tidur, cuma mimpi pelik je"

"Mimpi apa"

Belum habis berbual, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat

Sewaktu pulang sekolah Syami pergi ke kedai yang disarankan rakannya Aridf, nama kedai itu adalah 'Kedai Kasut Uncle Sam' Syami masuk ke dalam kedai itu dan hanya mahu melihat sekeliling sama ada terdapat kasut seperti kasut Irfa di situ, dia disapa oleh pemilik kedai itu,"what kind of shoe you try to cari"

"Eh takpa I just want to tengok-tengok saja I dont want to beli"

"I said, what kind of shoe you try to cari not to buy"

"Ooooh, sorry my telinga not very focus, do you have kasut brand kerdas here?"Syami menggaru kepalanya

"Brand kerdas is right here"Uncle Sam menunjukkan menggunakan jari telunjuk di mana kasut itu berada

"Ok, ok I see, can I ask you one soalan?"

"What is it?"

"Dari mana do you from?, you sound very good cakap malay"

"Saya from Londhon, I married orang sini became warganegara, open kedai shoe here,"

"I just tanya one soalan but you answer 3"

"I know you will tanya saya not only satu soalan, jadi saya jawab dulu, every body ask same soalan and end up with ton of question,"

"Really?, I not terkejut, hahaha, but, I bet this question not ramai ask about it"

"Ok, bring it"

"What is your nama full?"

"Wow, you betul, you the only one yang tanya nama penuh saya, nama penuh saya Uncle Sam, same like dekat depat tu"

"I said your full name not hanya your first nama"

"Like I said, Uncle Sam"

"Wait a minute, your full name is Uncle Sam?, Uncle is your name?, what a weird nama"

"actually many orang said like that"

"by the way nama saya Syami, I said my name before you ask, even you dont want to tahu"

"Syami, very good name, I like it"

"Thank you,"Syami yang melihat rak kasut ketika bercakap dengan Uncle Sam itu terjumpa kasut yang menarik perhatiannya

"uncle Uncle yang ni how much"Syami memegang kasut itu dengan tangan kanannya dan menanyakan harga kasut tersebut

"Yang ni 250 but because awak seems very nice person Uncle bagi discount 230"

"Hmmm...."Syami tidak mahu membeli hanya sekadar bertanya sahaja, selepas itu dia memasukkan tangan kirinya ke dalam poket seluar, dia merasakan ada sesuatu dalam, setelah itu dia mengeluarkan benda yang dirasakan dari dalam poketnya itu, ternyata benda yang dikeluarkannya itu adalah duit yang sama nilanya seperti Uncle Sam sebutkan Tadi, Syami sangat terkejut dan membeliakkan matanya tetapi dia terus memberi duit tersebut kepada Uncle Sam untuk membayar kasut yang dipegang itu tanpa mempersoalkannya.

"Thank you very much, saiz apa do you pakai"

"39"

"Ok, Uncle pergi packing"

Selepas menerima kasut yang dibelinya dia langsung pulang ke rumah.