Nizan berasa sangat bosan apabila dirinya ditinggalkan keseorangan di biliknya. Mama dan abahnya telah lama pulang. Dia melihat ke keri dan kanan biliknya yang sunyi dan melepaskan keluhan. Butang alat kawalan jauh televisyen ditekannya berkali-kali. Tiada siaran yang menarik minatnya. "Ahh.....bosannya, apa aku nak buat ni." Nizan mengomel sendirian. Suaranya memenuhi ruang biliknya yang sunyi. Nizan mula mencari idea bagaimana untuk dia menghilangkan rasa bosan dirinya. Dia mendapat idea untuk menghubungi pembantu peribadinya Zakrul. Kalau aku call Zakrul suruh dia bawakan fail yang belum aku semak tu bagus juga ni. Daripada aku bosan kat sini, baik aku buat kerja yang tertangguh tu. Nizan tersenyum dengan ideanya sendiri. Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor pembantu peribadinya. Setelah talian disambungkan, Nizan segera menyatakan kehendaknya kepada Zakrul.
"Sorry Boss....Datin dan Dato' dah pesan dekat saya, saya tak boleh ikut arahan Boss." Ucap Zakrul dalam nada yang kasihan.
"Zakrul, ini pun nak I ajar ke....you pandai-pandai la bagi tau yang projek ni penting dan perlukan perhatian I segera. Mama dan Abah tak akan marah you....kalau you takut sangat, just say that you ikut arahan I...." Belum sepat Nizan menghabiskan kata-katanya dia terdengar suara abahnya dihujung talian.
"Nizan...duduk kat hospital tu diam-diam. Jangan bagi mama marah. Kerja di office ni abah boleh hendle. Abah tak mahu dengar lagi Nizan call Zakrul tentang kerja, berehat je dulu. Dengar cakap mama." Dato' Kassim bersuara tegas. Dia tidak mahu anak bujangnya memikirkan hal kerja. Betul cakap isterinya, Nizan perlu berehat sepenuhnya jika dia ingin cepat sembuh. Nasib baik dia tergerak hatinya ke pejabat anaknya sebentar tadi untuk melihat perkembangan projek di bawah selian anaknya itu. Kalau tidak dia tidak tahu yang anaknya menghubungi pembantu peribadi untuk medapatkan fail kerjanya.
Nizan terdiam seketika, dia tahu apabila abah menyebut namanya, abah serius."Abah...abang okey je bah, kalau nak pergi kerja pun boleh ni. Lagi pun..."
"Abang...dengar cakap mama." Dato' Kassim bersuara memujuk. Dia tahu anak lelakinya ini kebosanan. "Abah tahu apa yang abang fikirkan, tapi cuba letak diri abang ditempat mama. Jangan bagi mama sedih." Dato' Kassim masih sabar melayan anaknya yang keras kepala. Dia tahu sikap Nizan yang seperti dirinya apabila berkaitan dengan kerja. Rasa tanggungjawab terhadap kerja, apa lagi jika projek yang ditatang seperti anak sendiri diambil alih orang lain, tentu Nizan tidak tenang. "Abah akan tolong pantau projek ni, jangan risau. Abang just tumpu perhatian untuk sembuh."
"Baik abah..." Nizan bersuara perlahan. "Eerr....abah?" Nizan memanggil Dato Kassim dengan teragak-agak. Dato' Kassim ingin menyerahkan telefon itu kembali kepada pembantu peribadi anaknya, namun dia terdengar suara teragak-agak Nizan.
"Ye...kenapa?" Dato'Kassim menyoal.
"Eer...abah jangan bagi tau mama ye yang abang..." Belum sempat Nizan menghabiskan kata-katanya pecah ketawa Dato' Kassim dan dalam ketawanya yang masih bersisa dia bersetuju dengan permintaan anaknya itu. Talian dimatikan.
Nizan masih kebosanan. Dia cuba menghilangkan bosannya dengan bermain permainan yang telah dimuat turun dalam telefon pintarnya. Namun dia masih tidak dapat menghilangkan kebosanan dalam dirinya. "Kalau aku tidur sekarang, nanti malam aku tak boleh tidur. Hem...apa aku nak buat ni."
Nizan tidak perasan yang pintu biliknya telah dibuka oleh seseorang. Omelannya telah didengar oleh Hafizah. Hafizah tersenyum mendengar kata-kata Nizan dan dia melangkah mendekati Nizan sambil melihat laporan kesihatan Nizan ditangannya.
"Assalamualaikum...macam mana awak awak rasa sekarang." Hafizah menyoal Nizan dengan mesra.
"Eh..doktor..waalaikumsalam. saya rasa saya dah sihat doktor." Jawab Nizan bersungguh.
"Agaknya bila saya boleh keluar hospital?" Nizan memandag tepat wajah doktor muda dihadapannya dengan penuh harapan.
Hafizah tersenyum melihat gelagat Nizan. Sebelum dia menjawab soalan Nizan, dia membelek balutan luka di kepala Nizan dengan serius. "Kalau ikutkan, dengan luka awak yang semakin sembuh ni, awak dah boleh keluar. Cuma kita akan buat MRI scan pada otak awak esok hari. So awak harus berpuasa sebelum buat pemeriksaan esok. Awak boleh minum air kosong sahaja." Hafizah menjelaskan kepada Nizan dengan sabar.
"So saya dah tak boleh makan la ni?" Soal Nizan dengan wajah ingin tahu.
"Bukan sekarag, selepas makan malam nanti baru awak berpuasa sampai besok pagi. Lepas buat MRI scan tu, baru awak boleh makan." Hafizah tersenyum melihat Nizan menganggukkan kepalanya menandakan dia faham. Hafizah turut menjelaskan yang Nizan dijadualkan menjalani pemeriksaan tersebut pada pukul 9.00 pagi dan pemeriksaan adalah seperti sebelum ini iatu ianya mengambil masa selama lebih kurang 30 minit hingga satu jam.
Selepas Haizah memeriksa keadaan Nizan, dia meminta diri untuk meneruskan kerjanya memeriksa pesakit-pesakitnya yang lain. Nizan mengeluarkan talefonnya semula untuk memaklumkan kepada adiknya supaya datang lambat sedikit melawatnya esok kerana dia dijadualkan membuat MRI scan pada pulul 9.00 pagi. Dia tidak mahu menyusahkan adiknya menunggunya semasa dia membuat pemeriksaan MRI scan tersebut.
Apabila Atirah membaca mesej WhatsApp daripada abangnya dia terus membalasnya yang dia akan datang awal dan dia akan menunggu semasa abangnya menjalani pemeriksaan. Nizan cuba untuk melarangnya dan memujuk Atirah kerana dia tahu pemeriksaan tersebut mengambil masa yang lama. Atirah segera melakukan panggilan video terhadap abangnya apabila Nizan masih cuba memujuknya. Nizan melihat wajah adiknya yang mencuka. Atirah tetap berkeras yang dia akan datang awal menunggu abangnya membuat pemerisaan dan dia juga ingin turut sama semasa doktor menjelaskan keputusan pemeriksaan MRI abangnya itu. Nizan hanya mampu tersengeh dan mengalah terhadap permintaan adiknya itu. Setelah Nizan bersetuju dengan permintaan Atirah, dia mula meminta adiknya untuk bawakan dia sarapan yang sedap kerana dia perlu berpuasa sehingga pemeriksaan esok hari. Nizan menunjukkan wajah yang kasihan terhadap adiknya. Atirah tersenyum dan bersetuju untuk masakkan abangnya Nasi Lemak Ayam Berempah. Seperti biasa Atikah yang menjadi magsanya untuk mengajarnya masak.
Atirah segera mencari resepi Nasi Lemak Ayam Berempah daripada laman sosial yang sering dikunjunginya apabila dia mencari resepi yang ingin dicubanya. Setelah dia menjumpai apa yang dicari, Atirah mendapatkan Atikah dibiliknya.
Tok! Tok! Tok! Pntu bilik Atikah diketuknya. Atirah tidak menunggu lama dan dia mendengar suara Atikah menyuruhnya masuk. Tombol pintu dipulasnya dan Atirah melihat sahabatnya sedang membuat kerja di komputer ribanya.
"Kau sibuk ke Tikah?" Atirah menyoal Atikah sambil dia cuba melihat apa yang sedang sahabatnya kerjakan.
Atikah manghabiskan taipannya dan memandang Atirah. "Aku balas e-mel je. Kenapa kau cari aku?" Atikah memandang sahabatnya yang sedang tersenyum penuh makna dihadapannya.
"Tikah...kau tolong aku masak Nasi Lemak Ayam Berempah esok, boleh?" Atirah tersenyum manis memandang Atikah.
Atikah terdiam seketika dan dia tersenyum. "Abang Nizan request ke...atau kau nak masak untuk Hariz?" Soal Atikah.
"Eh kau ni, mestilah abang Nizan yang reqest." Merah wajah Atirah mendengar soalan Atikah. ".... aku dah janji nak bawakan abang Nizan Nasi Lemak Ayam Berempah esok." Atirah meneruskan kata-katanya.
"Mana resepinya aku nak tengok?" Ujar Atikah apabila dia melihat Atirah masih malu disoalnya bergitu. Atikah ingin ketawa saat ini, namun ditahannya kerana takut sahabatnya ini marah dan merajuk.
Atirah segera menghulurkan telefonnya kepada Atikah. Dia menunggu Atikah menbaca resepi tersebut dengan sabar.
"Bahan-bahan yang nak masak ni banyak yang tak ada di rumah sekarang. Jom kita kelur ke Tesco jap.�� Jelas Atikah.
"Thank you Tikah. Ni yang aku sayang kat kau ni." Atirah memeluk sahabatnya dan tersenyum suka.
Atikah membalas pelukan Atirah dan turut tersenyum. "Dah...dah pergi siap. Kalau lambat nanti barang habis pula." Jam ditangannya dijeling. Malam baru sahaja melabuhkan tirainya, hari masih awal. Minta-minta barang yang diperlukan masih ada di Tesco tu.
Atirah segera berlalu ke biliknya sendiri untuk bersiap. Atikah turut bersiap ala kadar dan keluar dari bilikya. Dia mendapati Atirah telah siap dan tersengeh memandangnya. Tanpa berlengah lagi mereka berdua segera keluar dan menguncikan pintu rumah mereka. Seperti biasa Atirah yang memandu kereta dan Atikah yang menguncikan pintu pagar rumah mereka.