Chereads / Tunang Paling Sweet / Chapter 7 - Bab 6

Chapter 7 - Bab 6

Selepas terserempak di depan tandas tadi, aku dan dia diam tidak berkutik. Suasana di ruang tamu hanya dipenuhi dengan suara Umi ,Walid,Mama dan Papa.

Nasib adik aku si ilham tak ikut kalau tak boleh makin bising kat sini. Sah sah dia akan kacau aku .

Terasa haus,aku capai secawan teh yang disediakan oleh orang gaji dekat rumah ni. Sewaktu aku minum,sempat aku mengangkat mata memandang bakal tunang aku.

Kacaknya ya tuhan,

Tapi tak sampai 5 saat dia tiba tiba pandang aku sampai tersedak teh aku dibuatnya.

"Iliya tak apa apa ke?" soal Mama Susan prihatin sambil menggosok belakang badan aku bila aku dah batuk batuk. Fuhh teh dia tu menyengat sial masuk saluran hidung dan saluran pembentukan taik hidung aku.

Aku tak janji kalau nanti taik hidung aku made from tea.

"Iliya okey" kata aku dan senyum lembut. Aku mengerling jejaka dihadapan aku sekilas. Amboi seronok dia gelakkan aku dalam diam. Hilang habis mood acah dingin dia tu.

Selepas dia tanya aku tunang dia ke tak tadi, terus dia keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu meninggalkan aku yang terkebil kebil. Sebab aku tak jawab apa apa. Aku masih terkejut.

"Aunty,Uncle. Harraz nak jumpa Iliya secara private boleh?" soal dia kearah umi dan walid. Aku rasa nak jerit macam histeria bila umi dengan walid angguk tanda setuju.

Aku memandang dia yang sudah bangun dan keluar ke arah tempat kolam renang sebelum aku mengikutinya dari belakang.

sampai saja di kolam renang,dia duduk di bahagian pondok kecil di sebelah kolam itu. Mewah jugak family dia ni.

"duduklah,kalau kau nak berdiri sampai esok pun aku tak kisah sebenarnya" katanya dan tersenyum . Aku pula dah buat muka cemberut. Ingat aku tak tahu muka senyum dia tu muka bapak menganjing penuh fake

Aku pun duduk di sebelahnya di birai pondok.

Dia pula dah buat muka pelik.

"pehal? Tak pernah nampak orang ke?" soal aku dengan nada kasar

"takla,aku suruh duduk kat tanah tu ,aku tak pelawa pun kau duduk sebelah aku" kata katanya membuatkan muka aku memerah menahan marah. Bapak annoying kerek poyo sia mamat ni.

Aku pula dah jeling dia dan duduk di atas rumput bersebelahan pondok itu.

Dia pula masih dengan muka dingin dia  melihat aku yang sudah duduk di atas rumput.

"dudukla tepi aku,aku gurau je tadi"

"kau pehal! Nak gaduh ke ha!?" aku dah naik angin. Mamat ni aku syak memang nak buat aku ni naik hantu dengan dia.

Silap hari bulan aku lempar jugak mamat ni dalam kolan sana biar jadi dugong. Dasar muka hensem tapi perangai syaitonirojim

"rileksla,dudukla sini. "kata dia lagi dan menepuk tempat sebelahnya

Aku pula tidak berganjak masih setia di atas rumput. Aku masih merenung muka kacak dia yang tiada senyuman pun. Tapi okeyla dia banyak cakap bukan pendiam.

"okey okey sorry,aku nak test je. Tak tahu pula kau jenis cepat naik hantu"katanya dan bangun dari pondok dan duduk di atas rumput berhadapan aku.

Aku pula dah mengensot sedikit menjauhi dia. Bapak aku blushing duduk dekat dekat ni.

"asal?"

"takde apa la"

"kau nama apa?"soalnya dan mula mencabut rumput  di depannya

"Iliya Humairah binti Malik"jawab aku dan memandang kearahnya yang mula bersila . Tadi bercangkung.

"ouh"

"kenapa tanya?" soal aku

"nak ingat untuk akad nikah nanti. Eh hello,aku tanya nama kau je kot sebab kau bakal tunang aku bukannya aku tanya nombor ic kau"katanya dan merenung aku bersama kening kirinya yang terangkat.

"kau ni harap je muka nampak pendiam tapi mulut bukan main"selamba aku mengutuk dia

"aku tak pandai bergaul sangat"jawabnya dan meraup rambutnya

"nama kau?" soal aku

"Tengku Harraz Arshad bin Tengku Rizal" jawabnya dan mula melunjurkan kakinya dan kedua belah tangannya disandar di belakang menyokong tubuh badannya.

Aku juga tersentak dengan nama dia,oh ya. Dia kan yang instafamous aku jumpa haritu. Aku rasa nak menjerit je bila aku baru sedar aku bakal bertunang dengan lelaki yang aku stalk haritu.

"asal kau senyum senyum macam kerang tak berapa wangi ni? Hensem sangat ke nama aku ?" soalnya hairan dan mengangkat kening. Aku pula dah matikan senyuman miang aku.

Aku tak tahu nak describe macam mana bakal tunang aku ni....aku akan bahagia ke ?

"bak sini nombor kau"

"ha?" aku loading kejap

"cepatla"desaknya seraya mengeluarkan phonenya berjenama iphone 8 dan dihulurkan pada aku.

" aku takda phone ,aku guna public phone" jawab aku membuatkan dia buat muka nak maki aku.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Majlis pertunangan aku berlansung dengan jayanya. Kami buat simple simple ja jemput keluarga terdekat sahaja.

Nanti kahwin baru aku ajak geng aku buat party AHAHAHAH . Cincin tunang aku simpan dalam kotak kecik aku dan aku letak dalam almari.

Kalau aku pakai pergi sekolah nanti memang pengawas rampas la. Menangis tak berlagu aku. Dah la cincin tunang tadi nampak mahal. Cantik pula tu.

Sempat aku snap cincin di jari aku banyak kali siap dengan flash lagi mueheheheh.

Aku fikir banyak kali nak menunjuk nunjuk tak dengan geng aku tapi malasla. Nanti relay aku dah dekat 2bulan lebih ke baru aku jujur jelah.

Eh wait relay ? Asal kau macam suka ni iliya bertunang dengan mamat tu?

Aku membetulkan tudung sekolah aku dan berjalan menuruni bilik.

"umi ! Iliya dah siap"jerit aku sambil menuruni tangga.

"behave iliya"kata Umi bernada tegas sebab aku sedap menjerit macam umi aku duduk selatan and aku duduk utara.

Hampir tersadung aku bila aku nampak Harraz duduk di ruang tamu bersama Ilham di atas ribanya. Nampak gaya dua orang ni dah boleh jadi bff .

Semasa majlis pertunangan aku lansung tak nampak muka dia. Jadi nak dekat 3hari jugakla aku tak jumpa dia. Call? Hehe aku bagi nombor telefon umi kat Harraz. Bukan nombor aku.

"eh kak ! Tengokni Abang raz pun main game favourite Ilham tau! " adik aku menjerit macam aku duduk jauh darinya.

Serentak itu Harraz mengangkat kepala dan memandang aku. Aku pula dah kaku di atas anak tangga. Aku hanya senyum kekok dan menonong jalan ke dapur dengan hati berdebar debar tanpa memandang dia.

"umi,kenapa pagi pagi dia tu dah ada kat sini?" soal aku sambil memandang umi yang sedang menyusung pinggan di atas rak pinggan sebelum memandang aku.

"laa,Harraz tak call ke. Dia jemput iliya harini" kata Umi lagi

Aku pula dah mengerutkan dahi

"iliya mana bagi nombor iliya umi. Lepastu kenapa bukan walid je hantar. Iliya malu la nak pergi dengan dia"jujur aku. Aku mula duduk di kerusi bar dan menjamah jemput pisang yang umi masak untuk sarapan.

"hari ni kan ada ceramah untuk calon Spm yang terpilih. Majlis ceramah tu diadakan dekat kolej Harraz kalau nak tahu. Alang alang Harraz nak pergi sana why not Iliya pergi sekali dengan dia. Boleh belajar biasakan diri "kata Umi dan senyum nakal. Dia cocok bahu aku dengan jari telunjuknya.

Aku pula dah buat muka toya. Umi aku ni lain sikit dengan walid. Walid tu acah alim sikit tapi umi aku ni sporting terlebih.

"erm apa-apa jela umi" kata aku dan meneguk susu dan diletak kedalam sink tanpa membasuh. Hehe masa pagi nak ke sekolah aku malas basuh.

"tapi kesianla kat Harraz kena datang awal ambik Iliya. Pukul 7 dah tunggu iliya"kata aku lagi. Ya lah, mana tahu dia busy ke,mengantuk ke apa. And selalunya waktu kolej bukan selalunya waktu pagi jadi aku agak serba salah

"takpe. Harini dia free "

"mana umi tahu?"

"eleh takkanla dengan tunang sendiri pun nak berkira"

Kata kata umi hampir membuatkan aku tersenyum tapi pantas aku sekat senyuman tu dari pandangan umi.

Entahla,bila ingat balik status aku sebagai tunang Harraz aku agak bangga pun ada. Happy pun ada. Heh Aqim tinggalkan aku and aku dapat yang lebih baik maybe?

Kalau pelajar sekolah aku tahu aku ni tunangan orang mesti kecoh. And aku nak tengok muka Aqim macam mana bila dia tahu aku dah jumpa pengganti dia ! 

Tapi aku masih nak simpan dalam hati, tunggu masa ja aku nak reveal semuanya

"Iliya nak pergi dah ni,"kata aku dan menggalas beg sekolah aku yang tersangkut di hujung kerusi ketika bersarapan tadi.

"jadi?"soal umi acah acah blur.

"Jadi umi tolonglah cakap dekat tunang iliya tu yang iliya dah nak pergi. "

"cakapla sendiri"

"iliya malu la!" Umi buat tak endah . Selepas aku salam dan cium tangan dia terus dia menonong keluar dari dapur. Aku apa lagi, terus follow pergerakan umi sampai ke ruang tamu

"Harraz,iliya kata malu nak cakap yang dia nak pergi sekolah dah sekarang"kata umi dan tersenyum sinis kearah aku.

Membulat mata aku memandang umi, KENAPA UMI CAKAP AKU MALU SIAAAA . MESTI MAMAT TU FIKIR AKU NI TAK BETUL ARRRR

"okayla,"kata Harraz sepatah tanpa memandang aku. Dia senyum pada umi sebelum mengangkat tubuh kecil ilham yang sedang main phone dari ribanya.

Selepas kelibat umi hilang,aku sudah memusingkan tubuh aku menghadap pintu. Harraz pula tanpa banyak cakap dan tanpa memandang aku terus berjalan melepasi aku dan selamba dia menyarung kasut converse warna hitam miliknya.

Akhir sekali,selepas memakai kasut baru dia mengangkat muka. Mata kami berdua bertaut untuk 3 saat sebelum dia mengalihkan pandangan begitu sahaja.

Dia mengeluarkan kunci kereta Volkswagen bewarna silver miliknya dan menekan suis manakal sebelah tangannya lagi disisip ke dalam poket seluar.

Aku pula nak rasa nak hantuk kepala di pintu rumah ni. Bapak takda perasaan mamat tu. At least cakap la 'jom' ke apa. Ni buat aku tak wujud je.

"nak naik ke tak?" suara garaunya memecah lamunan aku. Aku pula sudah terkocoh-kocoh berlari ke arah pintu lalu sepasang kasut sekolah bewarna hitam aku capai.

"kejap!" jerit aku dan tergopoh gapah menyarung stokin bewarna hitam yang aku baru cuci 2 hari lepas.

"cepat sikit" katanya yang sudah membuka pintu kereta sebelah pemandu tapi masih berdiri . Tunggu aku mungkin?

Sudah menyarung kasut sekolah,aku terus bangun dan membetulkan baju aku yang sudah berlipat lipat . Nanti berkedut kan susah.

Tapi belum sempat aku menuju ke arah kereta Harraz,adik aku si Ilham tiba tiba muncul dan menarik lengan aku.

"pehal, kak lewat dah ni" kata aku yang sudah gelisah bila Harraz sudah pun masuk ke dalam keretanya dan sudah menghidupkan enjin kereta.

"ni,telefon abang Harraz tertinggal. Cepat kak,kasi dia!" kata adik aku penuh dramatik. Cis,Harraz tu boleh lupa phone dia.

Aku simpan phone Harraz di dalam poket baju sekolah aku sebelum berlari anak ke arah kereta Harraz yang sudah mengundur keluar dari parking.

Aku berdecit halus, dia ni memang tak ikhlas betul nak hantar aku. Cis.

Masuk sahaja ke dalam kereta ,terus aku lupa nak bagi phone Harraz.

"mana sekolah kau?" soalnya dan mula fokus dengan pemanduannya. Huehue kalau orang nampak tunang hensem camni hantar aku sekolah mesti ramai jealous.

Sesungguhnya aku seorang yang sangat riak.

"masuk lorong depan tu, pastu belok kiri. Lepastu straight je and nampak sekolah aku" kata aku lagi.

Dia hanya mengangguk faham. Kini suasana kereta mula sunyi. Aku pula sudah memerhatikan persekitaran taman perumahan di sini.

Sempatla jugak aku usya nenek nenek berkemban tengah basuh kain . Bapak seksi kalah aku

"hari ni ke kau pergi ceramah Spm tu?" soalnya dan sambil menggaru kening. Aku agak terpegun, dia nampak menarik kalau buat macamtu.

"y-ya, tapi tak semua yang pergi tau. Dalam 40 pelajar terpilih je. Kiranya aku ni top 40 la" kata aku . Aku tiba tiba rasa tak selesa bila ber aku kau dengan Harraz. Entahla. Rasa janggal

"oh,aku tak tanya tapi aku hargai penjelasan kau" memerah muka aku bila dia kata macam tu. Mamat ni nak malukan aku ke apa !?

Dalam diam aku menyumpah seranah terhadapnya. Geram betul.

"nanti kat sana tu aku pun join tolong penceramah,jadi Umi suruh kau balik je dengan aku. Tak payah balik dengan bas " aku tiba tiba rasa excited. Tak sabar nak menunjuk nunjuk tunang aku pada semua pelajar yang pergi nanti.

Aku tahu niat aku ni agak tak baik dan tak patut dicontohi tapi jujur sajala. Semua orang akan rasa excited macam aku sekarang kalau duduk tempat aku.

MENGAKU SAJA!

"okay, tunggu kat mana?"

"kau tunggu jela kat mana mana. Tak susah pun nak cari " aku hanya erm kan sahaja.

"kau hantar aku sampai pokok depan pagar sekolah tau" kata aku. Aku bukan apa. Memang aku nak menunjuk tunang aku tapi taknak semua orang tahu!

Budak budak 5 Akaun dengan 5 Sains sahaja cukuplah!

Sampai sahaja di sekolah, aku baru nak rasa lega sebab dah boleh keluar dari kereta mamat beku ni. Tapi aku makin tak senang hati bila Harraz ni selamba badak berhenti tepat tepat pintu pagar sekolah.

"kenapa berhenti dekat sini!" kata aku gelabah.

Mana boleh hantar pelajar sampai depan pagar wei ya tuhan. Dia siap masuk dalam pagar weii kau ingat ni sekolah bapak kau ke ha!?

"kenapa? Tak boleh ke?" soal dia blur dengan muka 'aku tak tahu apa salah aku'

"kau sekolah Smk mana dulu!?"

"aku Highschool bukan Smk. Sekolah swasta dengan sekolah menengah kebangsaan lain ke?"  dia buat muka risau sebab dia sedar dia dah buat salah. Ey janganla buat muka camtu! Comel tahu tak !

"mana sama!" kata aku sambil menekup wajah aku dengan telapak tangan.

"erm apa apa jelah. Bukan aku sekat kereta cikgu pun. Pintu pagar ni luas apa " hilang dah muka risau dia. Susah bila dapat tunang confident level tinggi ni.

"tinted kereta ni gelap tak?"

"tak , aku tak suka gelap gelap nanti kawan aku tak cam aku yang bawa kereta" katanya lagi

Aku rasa nak pengsan. Sebab dari awal Harraz parking kat sini,semua pelajar yang baru tiba sepakat memberi perhatian dekat kereta tunang aku. Dah dia pergi parking dekat tempat tak sepatutnya memang harusla orang beri perhatian!

And tinted Harraz tak gelap jadi semua pelajar boleh nampak keberadaan aku dan juga wajah tunang aku. Ada juga yang tengah bisik bisik dan ada tengah senyum senyum. Tak lain tak bukan mesti gossip tentang kehenseman tunang aku. Eish

"tengok,semua pelajar dah pandang !" kata aku yang sudah memicit pelipis.

"so?"

"eee sakit hatila cakap dengan mamat ni" kata aku dan mahu keluar dari kereta tapi pantas Harraz menarik lengan aku sampai aku tersandar balik dekat kerusi penumpang.

"lepaslaa,aku nak keluar ni!"

" jap"katanya dan dia mencapai sehelai tisu di dalam dashboard dan dia mendekati wajah aku.

"kau dah ke-kenapa?"

Aku memejamkan mata bila Harraz makin mendekat dan akhir sekali aku terasa ada benda kasar bergesel dekat bibir aku

"sakit la!" jerit aku. Selamba je dia gosok tisu dekat bibir seksi aku ni .

"lain kali jangan pakai lipstick,kau pergi sekolah bukan nak pergi mall" dush dush tepat di dahi,terasa di hati.

"k"

Tiba tiba aku ternampak kelibat seseorang yang sedang berdiri di hadapan kereta Harraz. Dia memandang kami berdua dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Aqim.

Tbc❤

Okay tak kalau cerita ni diupdate everyday?