Tak berkelip aku tengok Aqim yang sedang berdiri di hadapan kereta volkswagen milik Harraz dan sedang menonton scene acah sweet aky dengan Harraz.
Terus muka Harraz aku tolak menjauhi aku.
"agak agak ar. Pikir sweet"kata aku
"aku nak kesat mulut kau tu,merah semacam. Kau ni budak masaalah disiplin ke apa?" katanya selamba dan tersenyum senget
"aku pakai liptint je. Sebab bibir aku pucat. Eeee ada juga aku belasah nanti" kata aku geram. Mata masih memandang Aqim.
Aku rasa berdebar bila Aqim sudah berjalan menghampiri kereta Harraz.
"weh weh,aku pergi dulu la. Tu mamat tu otw sini" kata aku yang sudah gelabah. Gila kau tak gelabah. Ex kau yang kau masih tak boleh move on tengah otw ke sini kot !
Tanpa menghiraukan suara Harraz. Terus aku membuka pintu dan keluar dari kereta Harraz.
Sudah aku menutup pintu,terus aku menghantar isyarat mata supaya dia blah cepat cepat.
Harraz pula dah terkumat kamit dalam kereta. Ha mengata aku la tu !
Bila kereta Harraz dah keluar dari pintu pagar,terus aku memusingkan tubuh ingin ke dataran perhimpunan.
Tapi bila aku pusing je tubuh terus aku berhadapan dengan Aqim. Kami berdua kaku seketika dan diam tidak berkutik. Kami masih kaku tidak bergerak dan berdiri statik di tempat masing masing berdiri.
Aku mula menelan air liur secara kesat sebelum menyabarkan diri dan cekalkan hati untuk berhadapan dengan orang yang aku cinta mati ni.
Kami bertentangan mata sebelum aku mengalihkan pandangan darinya dan mula menunduk dan jalan melepasinya dengan perasaan yang bercampur baur.
50 % aku agak puas hati dapat tunjuk kat dia yang aku dah dapat lelaki lebih baik dan lebih hensem dari dia.
50 % pula aku teramat rindukan dia. Kedua belah tali beg sekolah aku genggam seeratnya dan nafas aku tarik hembus berulang kali untuk menenangkan hati aku yang sedang berdebar sakan.
Sampai sahaja di tapak perhimpunan, terus aku menuju ke barisan kelas aku sebelum mengangkat baju kurung sekolah aku untuk duduk bersila di barisan kelas aku.
Sekarang masih awal jadi ramai lagi pelajar yang belum sampai. Aku mula rasa tak selesa bila semua murid sekolag ni kebanyakkannya sedang memandang aku .
Mesti diorang tengah mengumpat aku break dengan Aqim. Lepastu Aqim dah couple dengan Kamila memang sah sah aku yang macam ditinggalkan di mata diorang. Hakikatnya memang macamtu tapi aku yang malu wei .
Aku hanya menundukkan pandangan sambil bermain dengan batu batu kecil yang ada di atas lantai simen berbatu ni.
Tiba-tiba orang di sebelah aku mencuit bahu aku dari tepi. Aku mengangkat muka. Makin depress bila aku pandang muka Nik Aleeya Iaitu murid kelas perdagangan. Kelas ketiga dalam 6 buah kelas dalam batch aku.
Siapa tak kenal Nik Aleeya,makcik bawang paling rare di sekolah ni. Satu sekolah kenal perangai dia macam mana. Bapak segala jin setan. Depan bukan main baik sebab nak korek rahsia. Belakang yatuhannnn tahi aku lagi suci la!
"iliya,betul ke kau dah break dengan Aqim sebab Aqim couple dengan Kamila?" ha kan aku dah kata. Dia tegur aku sebab nak korek rahsia lepastu jaja kat semua orang. Aku mengeluh perlahan,susah famous ni eheks.
Aku yang rasa nak tibai minah ni mula gagahkan diri untuk tersenyum. Berani mati kau tanya pasal Aqim eh . Aku dah la tengah sendu ni.
"ya,kenapa eh Nik?" kata aku
Dia mula tersenyum pada aku. Aku mula mengangkat kening.
"Iliya putus je dengan Aqim dah dapat boyfriend baru, cepat betul move on yer" katanya tanpa tapis. Aku kerutkan dahi. Asal kau nak sebok haa!?
"boyfriend?" soal aku
"yang hantar iliya tadi" katanya lagi
"oh, tu bukan boyfriend aku la" kata aku dan tersenyum manis. Aku rasa aku boleh gunakan mulut tempayan dia ni untuk kepentingan aku.
Aku mendapat idea. Kalau Nik jaja cerita aku bertunang dengan instafamous mesti tak ada orang perlekehkan aku break dengan Aqim kan? sebab aku dapat yang lebih baik.
Aku menepuk bahu Nik,ada guna juga perempuan ni
"Iliya ada rahsia tapi Nik jangan cerita kat sesiapa tau"bisik aku kepadanya. Ceh aku propa je,padahal aku nak dia sebarkan. Pernah kenal tak orang yang makin dilarang makin dia nak buat.
Ha tu Nik la,kalau kita larang makin dia nak buat. And macamtu la aku nak gunakan mulut bawang dia
"apa iliya? Storyla!"katanya bersungguh dengan muka teruja habis. Bab bab rahsia laju ja dia .
"sebenarnya lelaki yang hantar Iliya tadi tu bukan boyfriend"
"habistu? Abang kau bukan ke sorang je" katanya dan kerutkan dahi..
"aku cakap jangan terkejut" bisik aku lagi . Aku senyum sendiri. Nak tengok reaksi Nik lepasni
Nik makin mendekatkan telinga ke muka aku untuk mendengar penjelasan aku. Tapi aku tolak sikit muka dia sebab terlalu dekat. Nasib baik sekolah aku ni semua perempuan wajib bertudung kalau tak memang rambut dia ni masuk dalam hidung aku.
Sebab Nik ni freehair. Geng aku pun. Alia,Najiha dan Aqis pun freehair belum dapat hidayah gamaknya. Kat sekolah pakai tudung. Luar sekolah freehair.
Aku sorang je yang memang bertudung sebab walid amat pentingkan agama dan didikan terhadap kami adik beradik.
" sebenarnya tu tunang aku"
Macam yang aku sangka. Muka dia terkejut dengan mulut melopong luas dan mata yang terbuntang .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"wei Afif kau nak?" soal Najihah seraya mengangkat sesudu spaghetti blackpepper buatannya lalu disua ke mulut Afif.
Bersinar mata Najihah ketika mempelawa sahabat nya itu untuk merasa masakannya. Fuh, siap nak bersuap.
"Sorryla Ji, aku puasala" kata Afif perlahan supaya tidak menggores hati sahabatnya itu atau dalam diam dikenali crushnya itu.
" kau ada tinggal puasa ke tahun lepas? Bapak dah tua pun tinggal puasa" kutuk Aqis selamba dan berhi5 dengan Alia disebelahnya
"postive weh,maybe Afif period puasa tahun lepas" kata Izham dan mencetuskan gelak tawa kami. Muka Afif pula dah cemberut memandang Izham . Ada juga kena belasah nanti .
Aku mengerling jam tangan aku . Sekarang dah pukul 10 pagi. Dalam 20 minit lagi kami akan bertolak ke kolej XXX . Iaitu kolej my fiance!
Dan, aku telah pun ceritakan pasal pertunangan aku dekat diorang . Memula terkejut namampos diorang sampai Najihah tersedak spaghetti tadi sampai sos carbonara tersembur dari hidung
"lambatla bas pon!" rungut aku dan menggigit nuget yang aku beli dekat kantin . Sementara menanti bas,cikgu dah pesan supaya semua murid alas perut dulu. Kang lapar kat sana tiada nak tanggungjawab okey.
"tunggula! Taula nak jumpa Encik tunang!" kata Alia dan menepuk bahu aku kasar. Terbatuk batuk aku dibuatnya. Hanatla member camni tak reti ke aku tengah makan kau nak main tepuk amai amai
"aku nak pergi beli air jap, merana aku kalau air mineral kat sana mahal macam beli dekat stesen minyak" kata Alia dan bangun dari duduknya. Segera dia menuju ke dalam kantin balik dan beratur.
"takyahla puasa harini Afif !" jerit Najihah bila Afif masih taknak buka mulut
"aku tak akan terpengaruh dengan hasutan setan okey!" Afif flip rambut dia yang acah kpop tu. Like seriously rambut dia lebat duh
"OH KAU NAK CAKAP AKU NI SETANLA!?" Najihah sudah bangun dari duduknya. Dia sudah memandang tajam kearah Afif yang mendongak memandangnya. Manakala Aku,Aqis dan Izham hanya mampu memerhati mereka berdua.
Ada juga aku nikahkan nanti
"weh,rileklaa aku tak bermaksud--"
"KAU PEHAL HA!?" drama swasta kami terhenti bila suara seakan suara Alia mula bergema di seluruh kawasan kantin.
"weh suara Alia la" Najihah yang awal awal bangun sudah memanjangkan tekaknya mencari suara itu
"weh jom pergi tengok" ajak Aqis selamba menarik lengan aku dan Najihah. Izham dan Afif mengekori kami dari belakang.
"tak, kau yang tak beratur. Aku punyala tunggu turn aku alih alih kau muncul lintas barisan. Kau ingat kau siapa!?" suara Alia sudah meninggi.
Aku agak terkedu bila memandang orang yang sedang berbalah dengan Alia.
Kamila..
Gf Aqim 💔
"suka hati aku la nak lintas ke apa, kau nak memekak dah kenapa !?" Kamila mula menolak nolak bahu Alia dengan jari telunjuknya.
"woi kau pehal nak sentuh sentuh kawan aku!" aku menyelit diantara pelajar yang berkerumun mengelilingi 2 manusia yang bergaduh tu
"eh eh Iliya, berani kau tunjuk muka kau depan aku" sinis Kamila memandang aku. Aku pula agak tersentak dengan ayatnya
Suasana di kantin makin riuh, dengan tanda tanda peperangan akan berlaku. Aku awal awal sudah berdoa supaya tabahkan hati.
"wei wei berhentila!" Izham mula memasuki gelanggang wwe mereka berdua. Izham menarik Alia supaya berdiri di belakangnya.
"amboi hero dah sampai" kata Kamila sinis .
Tiba tiba pandangannya jatuh pada aku. Aku pula sudah menahan debaran.
Asal pandang aku macamtu duh,nak gadoh ke?
"kau? Hero kau mana? Aaa terlupa..hero kau dah tinggalkan kau. Dia pilih aku kan kan?" dia menghampiri aku. Makin riuh suasana kantin
Aku pula sedang menahan rasa supaya air mata aku tidak jatuh di sini. Sumpah aku berkecil hati,Aqim tinggalkan aku sebab perempuan biadab ni? Aqim buta ke apa ?
"dia tak kenal kau, kau pehal nak gaduh dengan dia?" soal Aqis mendatar. Dia mencerlung tajam kearah Kamila yang masih dengan senyuman sinis yang tak lekang dari bibir.
"kau diam"
"tak,kau yang patut diam" balas Aqis lagi.
"dahla jomla pergi , "kata aku perlahan. Nak lari? Ye memang aku nak lari dari masaalah . Aku tak kuat :")
"Huh dasar loser," kata kata Kamila membuatkan aku berhenti melangkah. Aku mengenggam penumbuk sampai timbul urat di tangan aku.
"kau ulang balik?" kata aku. Aku memusingkan badan memandangnya
"apa? Kau loser, patut la kena tinggal. Sedih life kau" tambah Kamila lagi.
"wei Iliya kau jangan wei. Kau--" suara Najiha aku abaikan. Lengan aku yang dipegang oleh Najiha untuk menghalang aku, aku tepis
Buk!
"arkh!" Kamila akhirnya terbaring di atas lantai. Dia memegang pipinya yang mula memerah akibat tumbukan aku.
"kau, aku sabar je tau kau rampas Aqim daripada aku tapi jangan kacau aku. Anytime aku boleh patahkan kaki kau, ingat tu" kata aku dan tersenyum sinis.
"weh bongokla tumbuk tak ajak!" jerit Alia sebab dia dah lama geram dari tadi . Dia nak tumbuk Kamila tapi pantas Izham memegang lengan Alia dari belasah Kamila.
"serve your right bitch" Aqis mencangkung di sebelah Kamila yang sudah lemah. Dia menunjal kepala Kamila sebelum bangun berdiri.
"kau nak cakap kawan aku loser,ka tu harap je gedik acah diva tapi lembik.Kesian !" ketawa Aqis lagi dan Najiha sudah menepuk dahi bila kawan kawan dia ni macam tak takut hukuman kalau cikgu nampak scene ni.
"Woi!" tiba tiba Aqim muncul dan itu membuatkan senyuman aku mati secara mendadak. Melihat Aqim yang sudah memapah Kamila untuk berdiri mula menjentik tangkai hati aku.
"awak sakit awak! Iliya tiba tiba tumbuk saya .. dia kata sebab rampas awak" hati aku makin mendidih
"kau fitnah apa babi" kata Afif tegang suaranya
Namun nampak gayanya Aqim seperti lebih percayakan Kamila. Aqim mencerlung tajam kearah aku..pandangannya seperti dia amat benci akan aku.
Kalaulah semua orang dapat dengar betapa hancurnya hati aku bila diperlakukan seperti ini .
"nak jadi samseng tak payah sekolah la. Dasar tak ada adab" kata kata Aqim yang sememangnya ditujukan untuk aku makin menghiris hati aku. Jiwa aku meronta ronta ingin menangis.
Tak guna punya lelaki. Aku benci kau.
Tbc❤
Tq for supporting me
Xoxo❤