"apa tak dengar?" usik aku
"tolong duduk depan Iliya Humaira.. Saya bukan driver awak. Awak jangan degil boleh?" katanya dan menarik lengan aku supaya keluar dari tempat duduk belakang.
Aku agak terpaku.
"KAU MEMANG NAK MATI EH!?"
Terkejut aku dengan suara yang muncul tu ,tubuh Harraz yang halang penglihatan,aku tolak. Terus aku keluar dari kereta.
Bapak ar,
Aqis tengah bergusti siot!!
"weh weh tu bukan ke kawan awak!" kata aku seraya menarik hujung baju Harraz supaya mendekati aku.
Terbuntang luas aku apabila Aqis tengah bergusti dengan...
"whatde,,Ashraf kau buat apa tu" kata Harraz perlahan dengan muka yang tak percaya macam aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aqis p.o.v
Keluar sahaja dari ruangan ceramah,aku bukan je kena heret sampai depan pintu je !
Mamat taguna ni pergi heret aku sampai tempat parking bas dimana bas yang sekolah kami tempah untuk kami naik tadi diparking.
"le-lepaslah!" jerit aku berang. Pegangan dia ni kuat macam nak potong tangan aku pun ada !
Sampai sahaja di depan bas kami,dia terus lepaskan pegangan tangan aku. Aku mula menyelak lengan baju sekolah aku dan terus aku terkesima
"KAU NAK BUNUH AKU KE HA !?" jerit aku nyaring. Bahu dia aku tolak kasar.
"dah la selamba pegang lengan aku, tak malu eh" bidas aku lagi bila dia hanya mendiamkan diri.
"ala kau kat luar sekolah bukannya bertudung pon ,kalau orang pegang tangan kau pun nampak biasa ja" selamba badak Ashraf berkata dan menjeling aku.
"ada masaalah ke kalau aku camtu , kau still tak ada hak nak pepegang aku !" jerit aku lagi.
"siapa kata aku takda hak!? Aku cousin kau !" kini dia ikut meninggikan suaranya. Aku mengetap bibir lalu mengalih pandangan ke arah lain.
Ya, kami saling kenal tapi aku tak pernah suka dia. And lagi satu Ashraf ni bukan cousin kandung aku pun. Dia anak angkat maksu aku je.
"cousin atas surat je, and kalau kau cousin kandung pun kau still tak ada hak ! Eeee kat rumah dengan kat luar sama je suka menyibuk !" jerit aku nyaring . Pandangan orang lain aku tak ambil peduli.
"kau ingat aku nak biar je kau fight macam budak tak ada berpendidikan macam tadi ?" katanya tanpa bertapis. Dia mula merenung aku yang lebih pendek darinya.
"arh so what!?" balas aku dan mengibas tudung aku,panas
"tak takot ke kalau maklong dengan paklong tahu?" soalnya sinis. Aku terus merenung dia tajam. Bagai ada aliran yang mengalir antara kami.
"don't you dare..."
Dia buat muka menjengkelkan dan tersenyum sinis.
"i would dare to do it" balasnya lagi dan menunjal dahi aku dengan jari telunjuknya.
"urh malas layan kau. Aku nak balik" balas aku dan memutarkan tubuh ingin blah dari mamat ni.
"balik dengan bas,jangan nak merayau" ujar Ashraf tiba tiba apabila aku sudah melangkah menjauhi dia.
"urh i don't care with your bullshit!" kata aku dan mengangkat middle finger ke udara. Cukup untuk dia tahu bahawa aku tak suka dia.
Baru beberapa langkah aku melangkah,terperanjat aku apabila dengan selamba Ashraf mengheadlock kepala aku di celah ketiak dia.
"LEPASLA SIAL!"
"NO AND NEVER,KAU BALIK DENGAN AKU JE!" balasnya manakala aku masih bergelut dengannya. Disebabkan pergelutan yang agak kasar, habis ronyok tudung sekolah dibuatnya. Aku syak muka aku sekarang memang selebet habis.
"weh bodo kau tau tak bau ketiak kau ni boleh buat 3 negara berperang tau tak!?" marah aku.
Paling hanat sekali dia boleh sua ketiak dia kat muka aku. GILA LA AKU TAK BOLEH BERNAFAS
Lalu dengan penuh kedramaan aku siku perut dia kuat kuat dengan sepenuh tenaga aku.
Terus jatuh terbaring dia.
"KAU MEMANG NAK MATI EH!?" jerit aku. Terus aku tendang dia banyak kali .
End aqis p.o.v
Iliya p.o.v
"WOI AQIS KAU BUAT APA TU WEHHHHH!!" jerit aku nyaring. Harraz di sebelah aku abaikan.
Terkejut aku bila Aqis naik atas Ashraf. WOI KAU SEDAR TAK KAU BERBAJU KURUNG SIOT DENGAN BERTUDUNG YA ALLAH MINAH NI EN
Terperanjat aku dengan Harraz bila Aqis bertindak untuk hantukkan kepala dia ke muka Ashraf.
Terus Harraz tutup mata aku dengan tapak tangannya.
"budak tak boleh tengok aksi ganas" cegah Harraz. Terus aku tepis kuat tangan dia
"MENDE !? KAWAN SAYA TU !" tak fasal fasal Harraz kena amarah aku. Dapat aku saksikam darah pekat mula keluar dari lubang hidung Ashraf.
"weh...kawan awak..dia.." Kata aku tergagap. Terus kami berdua berlari menuju ke arah mereka.
Terus aku tarik tudung Aqis supaya bangun dari duduk atas Ashraf yang serupa nyawa nyawa ikan. Fuh perit woi !
"KAU GILA KE APA!?" marah aku . Tudung Aqis aku lepaskan
"asal semua nak rosakkan tudung aku ha !?" jerit Aqis pula. Selamba dia tarik tudung aku sampai ke belakang. Nampak terbus sahaja di hadapan muka
Dengan penuh gelabah aku tarik tudung aku ke depan dan betulkan. Sempat aku mencarut padanya.
" asal pandang aku macam tu! Kau tarik tudung aku dulu urhhhh serabut la !" terus Aqis tarik tudung dia sampai tercabut dari kepala. Jap asal ayat aku cam hanat duh.
Penuh takda perasan malu dia gumpal gumpal tudung lepastu letak dalam poket dia. Dengan terbus sekali dia taruh dalam poket baju sekolah dia.
Aku buat muka nak carut bila dia selamba betulkan ikatan rambut dia depan aku,Harraz dan Ashraf.
"akh!" adu Ashraf bila Harraz mula tolong dia untuk berdiri dengan betul. Ashraf terus memegang bawah hidung dia yang basah dengan darah.
"n-nah tisu" kata aku dan selamba menghulur sepaket tisu yang aku ambil dari poket punggung Harraz yang tengah menonggeng nak angkat Ashraf.
Harraz buat muka kat aku. Macam aku raba bontot dia. Mende duh aku ambik tisu poket je !
Terus Ashraf duduk bercangkung dan mengelap darah di lubang hidungnya.
"weh kau gila ke belasah anak orang macam ni !" kata aku lalu aku tarik hujung rambut Aqis yang sudah diikat ponytail.
"dia cari pasal dengan aku. So!?" Aqis memeluk tubuh dan menjeling sekilas kearah aku sebab aku tarik rambut dia.
"so?" soal Harraz. Mukanya bertukar dingin memandang Aqis yang masih buat muka tak bersalah
"dia sakitkan hati aku"jawabnya berani. Rambutnya dipintal pintal
"kau rasa fair ke kalau nak bandingkan sakit hati kau dengan dia yang cedera macamni?" soalan Harraz bersama nada yang agak tegas membuatkan wajah Aqis yang tadi tersenyum sinis terus berubah 360°
"ada otak fikir" kata Harraz lagi yang sudah berjaya bantu Ashraf bangun.
"aku report kat papa kau,jaga la" ugut Ashraf sebelum beredar dari situ bersama tisu di tangannya yang penuh dengan darah.
Aku pula agak terkaku, suka mengadu rupanya mamat tu. Patutlah Aqis mengamuk semacam.
"dah jom balik" ujar Harraz dan menarik lengan baju aku supaya mengikutinya ke arah keretanya tadi. Sempat dia menjeling kearah Aqis yang sudah menunduk di situ
"eh tapi Aqis"
"Kau pergila balik. Nak balik sendiri sangat kan?" halau Harraz dan menarik aku.
.TBC❤