Disebabkan walid busy,and Harraz call and cakap dia terpaksa cancel last minute nak hantar aku ke kondo.
End up aku ke kondo Najihah naik grab.
Alone
Aku ulang, alone
"sorry, saya ada group discussion petang ni, busy sangat sorry. I am really sorry"
Serious aku cakap, bila dia cakap je macam tu terus aku end call. Sakit pula hati, lantakla kau nak busy ke nak maksiat ke apa tak boleh cakap awal awal ke?
"kalau ya pun busy at least fikirla sikit aku ni. Dahla grab pun sama naik busy cam dia. Urh benci" rungut aku sambil mengheret beg roda aku memasuki lif.
Sempat aku tilik whatsapp Najihah pagi tadi.
Najihahahah
Tingkat 7 okey! Depan pintu tu aku siap letak board lagi tau! Dengan alas kaki yang amat cantik! โค
Pergh,ayat dia. Kau guna bulu buaya ke buat jadi alas kaki tu?
Eh jap,buaya ada bulu ke?
Sampai sahaja di tingkat tujuh terus aku cari alas kaki yang kononnya cantik tu.
Aku buat muka tak percaya bila tengok alas kaki depan pintu ni.
Bapak ar berbulu siot! Berapa ratus tah harga natang ni. Gaya dia kalau aku gadai bra aku pun belum tentu boleh beli ni. Dah la letak depan pintu.
Minah ni agak agak ar sikit.
Aku angkat kepala dan baca signboard yang dilekatkan di pintu.
Once you jim-in
you can't jim-out
Akfjaddjfsjfjsjd
Army dimana mana fuh!
Aku ketuk pintu utama tu sambil merenung signboard pintu yang amatla penuh dengan seni kerastangan
"maaf yer saya taknak beli karpet" kata Najihah dengan muka tak ada perasaan. Aku pula buat muka toya.
Bapak ar dia ni,nak bergurau pun agak agak ar. Aku dahla takda mood sekarang ni.
Jangan sampai aku bertindak agresif Jiha, eeeeee
"oh takpe ar aku balik dulu" aku berura ura ingin blah namun pantas Najihah pegang lengan aku supaya berhenti.
"alolo janganla merajuk,jomla masuk, semua dah ada ni. Aqis paling awal sekali. Malam semalam dah sampai tapi muka cam kau la badmood" kata Najihah selamba
"mana Harraz? Kau kata dia yang akan hantar kau"soal Najihah dan menarik beg roda aku memasuki kondo miliknya.
Terpegun jugak aku tengok ruangan kondo peribadi dia ni.
"erm takyah tanyala pasal dia. Aku badmood dengan dia. Boleh dia cancel last minute. Memang anginla aku,dahla grab susah nak jumpa sekarang" bebel aku
"serious? Asal duh cancel"
"dia kata ada group discuss apa entah" kata aku dan buat memek muka meluat
"mimpi apa daddy kau sampai belikan kau kondo ni?" soal aku.
Najihah diam seketika sambil membuka almari kasut lalu kasut aku disusun dalam tu. Uuu bapak pandai layan tetamu dia ni.
"daddy ngan mummy aku kan busy sampai tak balik rumah pun ada,so aku suruh dia beli kondo ni boleh duduk dengan korang . Takdela aku sunyi sangat" terang Najihah panjang tak lebar sangat
Tapi cukupla penjelasan itu membuatkan aku mengerti.
"mana yang lain?" soal aku dan melangkah masuk bersama beg roda aku. Kardigan hitam aku leraikan dari tubuh lalu aku sidai di lengan kiri aku manakala lengan kanan aku setia memegang beg roda.
Sekarang aku hanya memakai baju tshirt lengan pendek dan shawl hutam. Lantaklah,bukan ada lelaki pun.
Sumpah imej aku sekarang sama dengan awek tiktok sana. Mohon jangan kecam aku. Shush
"ada je kat ruang tamu sana. Erm bilik kau bertentangan dengan bilik aku tau. And kongsi. Kondo aku ni tak ada bilik peribadi okey kena share!" kata Najihah
"aku sebilik dengan?"
"oh,Aqis datang awal semalam so dia dah cop nak sebilik dengan kau." selepas mendengar penjelasan Najihah terus aku letakkan beg roda aku di depan pintu bilik aku tu.
"weh jomla pergi ruang tamu,tengok movie" ajak Najihah
Aku mengikuti langkah Najihah ke ruang tamu.
"wei wei kau nak dengar lagu jiwang tak? Best siot!" lantang suara Alia bertanya kepada Aqis yang tengah menonggeng atas sofa yang panjang.
"mana mana!?"
"jap jap,kau wait"Alia terus buka youtube dan search lagu jiwang dia.
"beli di shoppippipi,semua ada di shopipipipi jimat di shopipipipi di shopee. Beli di shop--"
"rancak gila lagu,kau kata lagu jiwang?" kata Aqis dengan muka cam lurus bendul.
"tu ads bahnol!" maki Alia sebelum lagu jiwang dia berkumandang.
"kawan kau ke tu?" soal aku pada Najihah yang turut memerhati dua orang tu dari jauh
"bukan ke tu kawan kau?"
King๐
Incoming call
Accept / Reject
Aku tersenyum tawar selepas meng-reject panggilan phone Harraz
Kadang kadang aku pun lupa siapa king dalam contact phone aku. Yela sebab sebelum ni aku save nama dia Harraziah. Pastu dia pepandai tukar letak nama dia jadi King๐
Aku pun ikutkan je and aku masih tertanya.
Dia save nama contact aku nama apa eh?
Dan ..
Dia taknak call aku lagi ke pastu pujuk aku? Takkan baru sekali aku reject call dah give up..erm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"argh shit"carut Harraz perlahan. Nak je dia baling iphone 8 dia tu ke dinding kaca dibelakangnya.
Ingatkan time dia free ni boleh nak pujuk si cik tunang tapi bateri pulak tidak mengizinkan
Harraz menjeling iphone yang tidak menyala di genggamannya sebelum di letak kasar atas meja bulat di hadapannya.
"kenapa Harraz?" tegur gadis di hadapannya itu. Kini hanya Harraz dan gadis itu sahaja di ruang perpustakaan kolej itu.
Jam dinding dikerling seketika sebelum dia memandang gadis di hadapannya.
Pukul 6..dia janji nak teman iliya pukul 3 tadi. Tapi terpaksa ke sini pula atas rayuan gadis merangkap kawan sekuliahnya itu.
Mesti iliya marah gila dengan aku..desis hati Harraz.
"Clarra,"
"yes?" terkelip kelip mata gadis itu memandang Harraz dengan penuh minat
"asal kau suruh aku ke sini? Aku rasa presentation ni dah settle semalam and alasan untuk aku ajar kau tu memang alasan tak masuk akal " kata Harraz mendatar. Huh,ingat dia tak tahu yang gadis ni menaruh hati dekat dia?
Mencerlung mata jejaka itu menikam mata gadis di hadapannya yang sudah menunduk merenung lutut.
"s-saya memang tak faham apa yang Sir ajar.."
"kau tak payah nak kelentong aku la, dalam kelas,dalam course ,kau yang paling pandai. Kau pelajar top weh!" meninggi sedikit suara Harraz.
Terasa rimas pula gadis di depannya selalu cari pelbagai alasan untuk mencuri masanya.
"M-maaf.."
"kau nak apa? Cakap jer lepastu jangan kacau aku dah."kata Harraz. Laju je dia bangun untuk mengemas barang barangnya dan disimpan ke dalam beg galasnya yang bewarna hitam hijau.
"saya suka awak,saya cuma nak perhatian awak..awak tak nampak lagi ke?" kata Clarra dan turut bangun dari kerusinya.
Mujur tempat mereka ni agak jauh dari kaunter dan dalam perpustakaan ni tiada orang selain penjaga .
Tak ada la mereka ditegur membuat bising.
"aku tak suka kau, aku anggap kau kawan je" terus Harraz menggalas begnya di bahu kirinya dengan bersahaja.
"Harraz"terus Clarra memegang pergelangan Harraz daripada melangkah meninggalkannya.
"susah ke nak terima saya? Bagila saya peluang ..please" rayunya, Harraz menepis perlahan tangan gadis itu dari memegang lengannya.
"maaf, aku anggap kau kawan" terus Harraz melangkah meninggalkan Clarra yang terkebil kebil di situ sambil menggenggam penumbuk.
Keluar sahaja dari perpustakaan terus Harraz mencari tempat duduk di tepi kafeteria. Dia mengeluarkan charger dan mengecaj phone di situ juga. Nasib baik disediakan perkhidmatan berguna begini.
Selang beberapa saat akhirnya dia mencari nama contact iliya.
Queen ๐
Call / Message
Ha elok nama dia gi letak King. Contact nama iliya dia letak Queen.
Pikir sweet ke Harraz?
"nak apa?" kedengaran suara iliya menyapa telinganya.
Harraz diam,dia tersenyum dapat mendengar suara cik tunang yang jauh di sana
Tapi dekat di hati ceh,
Walaupun suara iliya kedengaran tegang tapi cukup membuatkan Harraz berasa lega. At least bercakap jugak budak tu.
"eeee call ni nak apa!? Kalau diam macam ni saya end call jela!" terkejut Harraz, amboi garangnya kau!
"marah ?" soal Harraz perlahan. Dia merenung taman kafeteria di depannya.
Kalini iliya pula diam.
" patik minta maaf tuan puteri..hukumla patik tuan puteri. Patik minta maaf kerana mungkir janji" kata Harraz dengan lenggok zaman p.ramlee
Dapat dia dengar suara iliya menahan gelak di hujung sana. Heh senang je nak pujuk ni,desis hati Harraz.
"taknak maafkan, tuan hamba dah buat beta murka!" Balas iliya mengikut rentak Harraz.
Manakala di hujung sana Iliya dah tersenyum sorang sorang sampai terjatuh katil.
"woi kau pehal!" sergah Aqis yang baru keluar dari tandas sambil mengeringkan rambutnya.
Terkejut bukan main tengok kawannya tersenyum macam beruk busuk lepastu tersadai bawah katil. Gila gamaknya
"sibok ar kau!" kata Iliya dan membuat isyarat suruh Aqis diam.
Aqis pula dah faham sendiri. Call ngan encik tunang lettuww. Untunglaaaa
Terus Aqis keluar dari bilik itu ,taknak kacau privasi kawannya.
Harraz? Arr dia pun sama. Tersenyum macam orang gila pun ada.
"saya minta maaf?"
"taknak!"
"janji tak buat dah,betul ni"
"okey,pujuk dulu baru saya fikir nak maafkan ke tak"
Harraz kemudian mengusap dagunya dan bertongkat dagu di atas meja.
"cabar ke?"
"yes, tengok siapa akan jatuh dulu" kata Iliya angkuh
"okay we will see!" terukir senyuman sinis di bibir Harraz.
"okay!"
"saya nak cakap something"
"what?"
Makin melebar senyuman Harraz. Jari jemarinya makin hebat mengetuk meja di depannya berulang kali.
"awak kenal Tengku Harraz Arshad?"
Soalan Harraz membuat iliya diam seketika sebelum menjawab
"ya kenapa ya?"
"awak tahu tak dia tengah buat apa?"
Iliya pula dah buat muka derp,soalan apa ni wei?
"apa awak ni? Aihh manala saya tahu dia tengah buat apa. Bukan ada depan mata pun."
"Tengku Harraz Arshad sekarang ni tengah rindu dekat Cik Iliya Humairah" sejurus itu Harraz menekan butang endcall.
Dan hal itu membuatkan iliya tercenggang.
Makin melompat gadis itu atas katil.
Aih iliya iliya,jangan dicabar si Tengku Harraz Arshad. Baru sikit kau dah cair bagai nak rak nanti dia bagi selori ayat manis mahu kau mati kencing manis and kau yang blushing bagai nak rak!
Tbcโค๐
Versi wattpad dah complete siap Book 2 iaitu Suami Paling Sweet