Chereads / Aku Di Dunia Elf / Chapter 86 - Simbol Bunga Tulip(1)

Chapter 86 - Simbol Bunga Tulip(1)

Aubree memasuki kawasan bilik kerja di mana Ahli Sihir Yang Tertua sedang berada. Dia difahami oleh pembantu Elf yang selalu bersama dengan Ahli Sihir Yang Tertua itu yang Ahli Sihir Yang Tertua akan berada di bilik kerja.

Di dunia moden, bilik kerja ini dikenali sebagai pejabat.

Aubree mengetuk pintu sebelum dia terus melangkah ke bilik kerja.

"Silakan masuk."

Aubree mendengar suara Ahli Sihir Yang Tertua yang menjemputnya untuk masuk ke dalam bilik kerja. Tanpa teragak-agak, Aubree masuk ke dalam sambil diikuti oleh White.

Di dalam bilik kerja, kelihatan Ahli Sihir Yang Tertua sedang menulis sesuatu di atas kertas putih yang besar. Pen yang digunakan sangat berbeza dengan dunia moden tapi alat tulis yang digunakan di dunia ini adalah sebuah alat tulis berupa pen yang dibuat dari permata atau batu berharga dan diisi dengan dakwat hitam. Untuk mengelakkan alat tulis itu kehabisan dakwat hitam, alat tulis itu diletakkan sihir agar boleh digunakan selamanya kecuali jika alat tulis itu patah.

Pada awal ketika Aubree melihat alat tulis ini, dia merasa sangat kagum dan teruja. Ingin saja dia membawa alat tulis ini kembali ke dunia moden dan dijual sebagai lelongan. Tentu harga alat tulis ini di dunia moden agak mahal.

Ahli Sihir Yang Tertua mendongakkan kepala dan memandang Aubree yang berhenti di depan meja yang terbuat dari batang kayu yang berkualiti tinggi. "Oh, Audrey. Ada apa kamu datang ke sini? Bukankah sepatutnya kamu sedang latihan saat ini?"

Aubree menundukkan badannya di depan Ahli Sihir Yang Tertua sebelum menegakkan kembali badannya. Kemudian, dia pun mula bercakap lagi.

"Kedatangan saya ke sini atas sebab permintaan yang tertentu, Ahli Sihir Yang Tertua. Saya berharap jika Ahli Sihir Yang Tertua boleh pertimbangkan permintaan saya."

Ahli Sihir Yang Tertua menjadi tertanya-tanya apakah yang diinginkan oleh Aubree. Selama dia tinggal di sini, ini pertama kalinya Aubree meminta sesuatu darinya.

"Apakah permintaan itu?"

"Izinkan saya kembali ke tempat tinggal saya lagi. Saya juga punya alasan yang kuat kenapa saya perlu kembali ke tempat tinggal saya. Ini juga berkaitan dengan masa depan para Elf," Aubree memberitahu Ahli Sihir Yang Tertua tanpa berhenti, seolah-olah dia bercakap dalam satu hembusan nafas saja.

Terdiam Ahli Sihir Yang Tertua setelah mendengar kata-kata Aubree tadi. Dari raut wajahnya, dia masih tidak faham mengapa Aubree berkata keinginannya untuk pulang ke tempat asalnya ada kaitan dengan masa depan seluruh kehidupan para Elf.

"Saya masih tidak faham. Boleh kamu terangkan pada saya satu-persatu?" tanya Ahli Sihir Yang Tertua pula.

Aubree mengeluh sekali sambil menutup matanya. Ketika dia membuka matanya lagi, wajahnya menjadi semakin serius. Lalu dari sana, dia pun menceritakan kepada Ahli Sihir Yang Tertua tentang identitinya sebagai seorang Permaisuri kepada Kerajaan Iron Tulip, satu-satunya Kerajaan Elf yang tersorok dari Kerajaan lain.

Aubree juga menceritakan bagaimana kerajaannya saat ini menghadapi ancaman bahaya dari Kerajaan Kegelapan yang ingin menguasai Kerajaan Iron Tulip dahulu sebelum nantinya menguasai Kerajaan lain. Aubree tiada pilihan lain selain daripada kembali ke Kerajaan Iron Tulip secepat mungkin.

Sepanjang masa Aubree bercerita, wajah Ahli Sihir Yang Tertua tidak pernah tidak terkejut. Mata dan mulutnya akan menjadi setelah mendengar cerita dari Aubree tadi.

"Jadi, saya mohon Ahli Sihir Yang Tertua, tolong izinkan saya untuk kembali ke Kerajaan saya sebelum semuanya terlambat. Saya tahu mungkin Ahli Sihir Yang Tertua tidak pernah dengar atau nampak tentang Kerajaan Iron Tulip tapi saya berjanji dengan Yang Mulia, jika saya akan kembali ke sini setelah semua sudah selesai," kata Aubree pula.

Dia berharap kepada Ahli Sihir Yang Tertua agar dia diizinkan untuk keluar dari tempat ini dan segera kembali ke Kerajaan Iron Tulip. Walaupun dia tidak dibenarkan nanti, Aubree masih mempunyai seribu cara untuk keluar dari tempat ini.

"Humm..."

Suasana bilik itu menjadi sunyi setelah Aubree berhenti bercakap dan Ahli Sihir Yang Tertua pula sedang memikirkan kata-kata Aubree tadi.

"Kerajaan Iron Tulip... Humm, saya pernah mendengar nama Kerajaan itu ketika saya masih muda dulu tapi kerana Kerajaan itu disorok dari Kerajaan lain, tiada Elf yang pernah menjumpai Kerajaan itu. Jika pun mereka menjumpai Kerajaan itu, mereka tidak akan pernah keluar dari Kerajaan itu lagi. Apa yang menarik adalah Kerajaan Iron Tulip menyimpan banyak artifak dan senjata sihir yang terkuat dan boleh menentang sejuta Tentera Kegelapan."

Giliran Aubree pula yang terkejut setelah mendengar kata-kata Ahli Sihir Yang Tertua.

"Yang Mulia tahu tentang Kerajaan Iron Tulip?" tanya Aubree.

Ahli Sihir Yang Tertua sekadar menganggukkan kepalanya. Kemudian dia menundukkan kepalanya dan mula menulis lagi tapi mulutnya masih lagi tidak berhenti bergerak.

"Jadi kamu mahu hentikan latihan kamu sampai di sini dan kembali ke Kerajaan kamu itu?"

"Saya akan kembali ke sini selepas urusan saya di Kerajaan saya selesai," Aubess segera mencelah pula.

Ahli Sihir Yang Tertua tidak mengatakan apa-apa tentang jawapan Aubree itu. Dia kembali ke diamkan diri sambil terus menulis. Hanya Aubree saja yang resah menunggu jawapan dari Ahli Sihir Yang Tertua.

"Bila kamu akan mula bertolak?"

"Hari ini, Yang Mulia."

"Hari ini?" ulang Ahli Sihir Yang Tertua, menanyakan soalan yang sama.

Aubree menganggukkan kepalanya. "Perkara ini melibatkan hidup dan mati penduduk di Kerajaan Iron Tulip. Saya tidak boleh melengahkan masa untuk kembali ke Kerajaan saya. Saya yakin Yang Mulia juga faham dengan apa yang saya katakan ini. Saya mohon Yang Mulia tidak menghalang saya untuk pergi."

Ahli Sihir Yang Tertua menatap Aubree tapi tidak mengatakan apa-apa. "Adakah kamu benar-benar mengetahui di mana Kerajaan itu berada ataupun kamu hanya mereka-rekakan cerita agar kamu boleh keluar dari tempat ini?" tanya Ahli Sihir Yang Tertua dengan wajah ragu.

Aubree merenung Ahli Sihir Yang Tertua tanpa bersuara. 'Adakah Ahli Sihir Yang Tertua tidak percaya yang Kerajaan Iron Tulip itu wujud? Jadi, sebelum ini dia hanya katakan yang dia tahu Kerajaan Iron Tulip sebab dia hanya pernah dengar nama kerajaan itu?'

"Ya, Yang Mulia. Saya tahu di mana Kerajaan itu berada."

Ahli Sihir Yang Tertua terdiam lagi. Namun begitu, tangannya masih memegang pen tadi dan menulis di atas kertas.

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya Ahli Sihir Yang Tertua pun mengangkat wajahnya ke arah Aubree. "Baik, saya benarkan kamu untuk kembali ke Kerajaan kamu."

Dengan kata putus dari Ahli Sihir Yang Tertua itu, akhirnya Aubree pun bersiap-siap bersama dengan White dan Della dan keluar melalui pintu portal.

Banyak Elf yang tertanya-tanya ke mana Aubree ingin pergi tapi Aubree tidak memberitahu sesiapa pun. Para Elf yang tinggal di Menara Elf hanya tahu yang Aubree akan kembali ke sini nanti.

Kerana perbuatan Aubree meninggalkan Menara Kristal tanpa apa-apa penjelasan telah membuatkan Elf yang lain menjadi salah sangka. Mereka menyangka yang Aubree sudah bosan dan tidak mahu tinggal di tempat ini lagi, sebab itulah kenapa dia pergi.

Aubree pula tidak tahu kalau ramai Elf yang sedang bercakap buruk mengenainya di Menara Kristal. Ini kerana sekarang ini Aubree sudah pun berada jauh dari kawasan Menara Kristal.

Aubree membawa Della untuk naik di atas White agar perjalanan mereka lebih pantas.

Setelah mereka tiba di sebuah tepi sungai, Aubree menyuruh White untuk berhenti.

Mereka pun berehat di sana sementara Aubree membuat perancangan tentang perjalanannya kembali ke Kerajaan Iron Tulip.

"Yang Mulia, tidak jauh dari kawasan sungai ini ialah sebuah desa Elf lagi. Di sana akan ada Tentera Elf dari Kerajaan Iron Tulip sedang menunggu kedatangan Yang Mulia."

Aubree sedang membuat tocang satu pada rambutnya ketika White memberitahu tentang keberadaan Tentera-tentera Elf dari Kerajaan Iron Tulip.

Aubree mengangguk. "Bagus, selepas ini kita akan masuk ke desa itu untuk berjumpa dengan mereka."

Aubree menoleh ke arah Della yang sedang bermain di tepi sungai. "Mulai hari ini, nama kau akan ditukar kepada Julie lagi. Kau tidak perlu gunakan nama Della lagi sebab kita bukan berada di Menara Kristal lagi. Selepas ini, apapun arahan saya kau harus dengar. Jangan buat benda yang saya tidak suruh. Kau mengerti?"

Della yang sudah ditukar nama menjadi Julie itu hanya mengangguk dengan arahan baru dari Aubree. Setelah sekian lama menggunakan nama Della, akhirnya Julie merasa lega kerana boleh menggunakan nama sebenarnya semula.

Aubree memetik jari di bahagian kanannya dan seluruh penampilan Aubree yang digunakan selama dia tinggal di Menara Kristal kemudiannya digantikan dengan bentuk asli penampilan Aubree - rambut emas dengan mata yang berwarna hitam.

Setelah itu, Aubree menghayunkan tangannya ke wajah Julie dan seluruh penyamaran di tubuh Julie menjadi hilang. Julia juga kini sudah bertukar menjadi wujud aslinya.

Aubree memandang ke arah White lagi. "Mari pergi!"

White tentu saja akan menurut semua arahan Aubree.

Aubree dan Julie pun naik semula ke atas badan White dan mereka berangkat menuju ke desa Yan dimaksudkan oleh White tadi.

Sesampainya mereka di sana, White tidak terus masuk ke dalam desa melainkan hanya berhenti tepat di jalan masuk menuju ke desa.

"Saya meminta maaf kepada Yang Mulia kerana saya harus berhenti sampai di sini saja. Saya tidak boleh masuk ke dalam desa ini kerana takut jika saya akan membuatkan para penduduk di desa ini menjadi takut. Yang Mulia harus berjalan kaki dari sini menuju ke tempat rahsia. Jika Yang Mulia melihat ada tanda bunga tulip, di sanalah jalan menuju ke tempat perjumpaan rahsia, Yang Mulia."

Mengetahui yang White tidak dapat masuk ke dalam desa tersebut kerana tidak mahu menarik perhatian para penduduk desa, Aubree tidak memaksa White lagi dan terus turun ke atas tanah.

Julie juga mengikuti gerakan Aubree.

Aubree menepuk kepala White dengan lembut sambil berkata, "Saya faham maksud kamu, White. Baiklah, kamu akan menunggu saya di dalam hutan ini dan tunggu sehingga saya berikan isyarat."

White menundukkan kepalanya. "Arahan diterima, Yang Mulia."

Aubree tersenyum. Dia menepuk kepala White untuk kali terakhir sebelum dia berjalan masuk ke dalam desa tersebut.

Di dalam desa itu, aktiviti yang paling aktif dan boleh dilihat di sepanjang jalan adalah perdagangan. Walaupun desa ini tidak terlalu besar tapi kerana desa ini selalu dilalui oleh para pengembara, aktiviti perdagangan di sini sangat banyak. Jadi, oleh itu tiada diantara penduduk kampung yang kisah dengan penampilan Aubree dan Julie yang memakai baju yang cantik dan mewah.

Aubree mengeluarkan beberapa keping duit emas dari dalam poket bajunya. Dia meletakkan kepingan duit emas itu di atas tangan Julie.

"Pergi beli beberapa keping roti dan makanan lain. Kita harus sediakan makanan untuk perjalanan kita nanti," kata Aubree.

Julie menganggukkan kepalanya dan menyimpan duit emas itu di dalam poket bajunya pula. "Saya faham, Aubree. Jangan risaukan, serahkan tanggungjawab ini pada saya. Saya tahu apa yang saya lakukan."

Setelah mengatakan begitu, Julie pun berlalu untuk membeli makanan dan keperluan lain mereka untuk sepanjang perjalanan ke Kerajaan Iron Tulip.

Aubree membiarkan Julie melakukan pekerjaannya sementara dia berjalan di sepanjang jalan yang sibuk itu sambil memandang setiap tempat yang kemungkinan mempunyai bentuk bunga tulip.

Aubree terus berjalan sambil mengelak sesiapa saja Elf yang melintasinya agar tidak terlanggar. Beberapa langkah kemudian, Aubree berhenti melangkah dan dia memandang ke belakang.

Ketika Aubree memandang ke sebuah pintu kecil yang dibuat untuk menutupi lorong kecil diantara dua bangunan, Aubree melihat ada bentuk ukiran yang kecil yang terletak di atas pintu kecil itu.

Jika tidak diperhatikan dengan elok, tiada yang akan sedar jika bentuk ukiran itu ada di sana.

Aubree tersenyum lebar.

'Akhirnya, saya jumpa juga!'