Aubree mendekati pintu kecil yang terbuat dari kayu itu. Aubree berhenti di depan pintu itu dan memerhati simbol bunga tulip yang terukir di bahagian atas pintu kayu itu.
Aubree memandang sekeliling untuk memastikan tiada yang menyedari yang dia ada di sana sebelum Aubree menolak pintu itu. Pintu kecil tadi secara automatik tertutup lagi, mengelakkan sesiapa saja melihat Aubree.
Lorong yang dimasuki oleh Aubree ini adalah sebuah lorong yang sempit dan hanya mampu memuatkan satu orang saja.
Aubree berhenti lima langkah dari pintu kayu tadi dan dia memandang ke depan. Kenapa dia berhenti, itu kerana dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan lorong ini.
Aubree menghela nafas kecil. Serentak dengan itu, anak mata Aubree berubah menjadi warna kuning keemasan.
Anak mata berwarna kuning keemasan pada mata Aubree menandakan yang saat ini semua pancaindera Aubree berubah menjadi lebih tajam. Dengan begitu, deria pendengaran Aubree menjadi lebih tajam dari deria yang dimiliki oleh Tentera Elf normal.
Melalui deria pendengaran ini, Aubree mendengar bunyi pergerakan yang sangat kecil walaupun berkilo meter jauh dari tempat dia berdiri.
Aubree menutup matanya dan memfokuskan pendengarannya.
Bermula dari suara penduduk Elf di tepi jalan, kemudian berpindah ke kedudukan di setiap bangunan yang dilusuri lorong tempat Aubree berdiri sekarang.
Aubree boleh mendengar bunyi pergerakan dari dari sebalik bangunan tidak jauh dari sini dan melalui bilangan mereka, Aubree boleh meneka jumlah mereka lebih dari lima orang.
Aubree kembali membuka matanya. Senyuman kecil tapi sinis muncul di wajahnya. "Tidak buruk! Dorang mahu bersembunyi dari saya dengan cara begitu? Dalam mimpi!"
Aubree tidak pun merasa takut untuk melanjutkan langkahnya sedangkan dia tahu jika dia berjalan di lorong yang sama, Elf-Elf yang bersembunyi di sebalik dinding itu akan menyerang dia.
Tapi Aubree yakin yang mereka tidak akan dapat mencederakan dia. Sebab itu kenapa dia dengan tenang berjalan di lorong itu.
Seperti yang disangka, sebaik saja Aubree melangkah ke lorong jalan yang dekat dengan tempat persembunyian para Elf yang dia dengar tadi, semua Elf itu keluar dari sana dan mula mengelilingi Aubree secara serentak.
Mereka melihat Aubree berdiri di sana dengan gaya tenang dan selamba.
Saat itu, Aubree sedang menunduk dan menutup matanya, jadi tiada yang nampak raut wajah Aubree saat itu.
Para Elf itu saling memberi isyarat mata antara satu sama lain dan mereka memulakan gerakan mereka untuk menyerang Aubree.
Sebelum sempat mereka menyentuh mata mereka, Aubree sudah pun membuka matanya. Ketika ini, anak mata Aubree sudah pun bertukar dari warna kuning keemasan menjadi merah menyala. Warna anak Aubree yang berwarna saat ini membolehkan Aubree untuk menggunakan semua elemen dunia.
Aubree mengangkat kedua tangannya ke atas, menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan elemen angin. Empat orang Elf yang paling hampir melayang ke udara seolah-olah ditolak oleh benda keras.
Aubree tidak tinggal diam dan terus menggerakkan seluruh tubuh badannya ke seluruh arah.
Disebabkan itu, semua Elf yang tadi kini terpaksa berhadapan dengan Aubree yang sudah pun mengaktifkan elemennya.
Ada yang sudah pun melekat di dinding dengan tanah mengelilingi badan mereka.
Ada juga yang terpelanting jauh dari Aubree setelah terkena elemen angin dari Aubree.
Malah ada juga yang terkurung di dalam sebuah bebola air.
Setelah semua pertarungan itu, hanya ada satu lagi Elf yang tersisa dan dia pula telah terbaring di atas jalan yang penuh lumpur. Elf lelaki itu memandang Aubree dengan wajah terkejut dan dia lupa apakah gerakan seterusnya yang harus dia lakukan.
Aubree hanya memandang Elf lelaki itu tanpa berbuat apa-apa. Setelah lama berdiri di sana tanpa mengatakan apa-apa, akhirnya sebuah senyuman kecil muncul di wajahnya.
"Berhenti! Kamu semua tidak perlu menyerang saya lagi. Kamu tidak akan dapat mengalahkan saya," kata Aubree dengan suara yang kuat agar tentera Elf yang paling jauh boleh mendengarnya.
Elf lelaki yang masih terbaring di atas tanah itu memandang Aubree dengan wajah bingung.
"Kamu tidak mahu memberi salam hormat pada Permaisuri kamu sendiri?"
Mendengar pertanyaan dari Aubree itu membuatkan semua Elf di sana menjadi diam. Alasan mengapa mereka menyerang Aubree adalah kerana mereka menyangka yang Aubree ialah salah satu pengintip yang dihantar oleh Raja dari Kerajaan Iron Tulip.
Tiada yang menyangka jika Aubree ialah Permaisuri Kerajaan Iron Tulip yang selama ini mereka tunggu. Lagipun, sebelum ini mereka tidak pernah melihat wajah atau bentuk Aubree jadi mereka tidak terfikir yang Aubree ini adalah Permaisuri mereka sendiri.
Sesudah menyedari siapakah figura terkuat yang mereka tidak kenal di depan mereka ini, semua Elf yang tidak terperangkap dalam tanah atau gelembung air segera berlari ke depan Aubree dan menunduk hormat kepada dia.
"SALAM HORMAT, YANG MULIA!"
Aubree menggoyangkan dua jari saja di bahagian tangan kanan dan semua elemen tanah dan elemen air yang memerangkap Elf lain hilang begitu saja.
Seperti yang lain, para Elf yang baru saja terlepas itu segera menunduk di atas satu lutut dengan kepala mereka ditundukkan sehingga hampir mencapai tanah.
"SALAM HORMAT KEPADA YANG MULIA!"
Melihat sikap mereka yang lebih baik dari para Tentera Elf di Menara Kristal membuatkan Aubree tersenyum senang hati.
"Baiklah, tak usah buang masa lagi. Saya mahukan semua maklumat yang saya perlu tahu mengenai Kerajaan Iron Tulip sebelum kita kembali ke sana. Lagipun, ini adalah yang pertama kali saya datang ke sana."
***
***
Aubree dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kecil yang terletak agak jauh dari pasar dan orang ramai.
Ketua Tentera Elf yang dipanggil sebagai Luthien memberi semua maklumat yang mereka ada kepada Aubree, salah satunya adalah tentang keadaan istana saat ini di mana Raja Long (Raja Kerajaan Iron Tulip saat ini) akan merancang untuk membuat sebuah perjanjian terlarang dengan Kerajaan Kegelapan.
Aubree mendengar dengan tekun semua laporan dari Luthien. Melalui laporan mereka, keadaan di Kerajaan Iron Tulip tidak selamat dan jika Aubree tidak segera kembali ke Kerajaan Iron Tulip, Raja Kong akan menandatangani surat perjanjian dengan Raja Kegelapan.
Aubree meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja. Wajahnya berubah menjadi dingin sambil memandang Luthien dan Tentera Elf yang lain.
"Kita akan bertolak dari sini sekarang juga. Saya tidak mahu buang masa di sini dengan benda yang tidak berfaedah. Apakah pengangkutan pergi ke sana sudah disediakan?"
Salah seorang dari Elf itu maju selangkah ke depan. "Semuanya sudah disediakan, Yang Mulia."
Aubree mengangguk. "Tunjukkan saya jalannya."
Seorang lagi Elf perempuan melangkah ke depan dan mendepakan tangan kanan ke sebelah, seakan-akan ingin memberikan tunjuk jalan kepada Aubree. "Saya akan tunjukkan di mana pengangkutan itu diletakkan, Yang Mulia."
Aubree mengangguk dan dia pun mengikuti Elf itu pergi ke luar rumah. Mereka pergi ke belakang rumah dan di sana, Aubree melihat ada sebuah kenderaan dengan rupa bentuk yang sama digunakan oleh Aubree ketika dia dibawa kembali ke Menara Kristal.
"AUBREE!!"
Julie berteriak memanggil nama Aubree saat melihat Aubree yang dikelilingi dengan banyak Elf berseragam hitam yang tidak dikenali. Belum sempat Julie mendekati Aubree, dua orang Elf lelaki menarik keluar pedang mereka dan mengacukan pedang itu di leher Julie.
Julie yang terkejut itu segera berhenti dan memandang dua orang Elf lelaki tadi dengan wajah tercengang.
"Berhenti! Biarkan dia lewat, dia ialah rakan saya," Aubree segera menghentikan perlakuan dua orang Elf itu. Kalau dia tidak menghentikan mereka, yang ada nantinya Julie kena pancung pula.
Dua orang Elf lelaki tadi memandang Julie dengan teliti tapi setelah mereka melihat ada White yang berada di belakang Aubree, mereka bergerak ke belakang, membiarkan Julie melewati mereka. Mereka juga menyimpan kembali pedang mereka.
White membiarkan mereka dan berjalan mendekati Aubree.
Julie yang masih tercengang di sana hanya memandang para Elf lain yang memakai seragam hitam lalu dia memandang ke arah Aubree. Akhirnya Julie pun faham kenapa Aubree dikelilingi dengan kumpulan Elf yang nampak kuat dan menggerunkan ini. 'Mereka tentu berasal di Kerajaan Iron Tulip.'
Julie segera mendekati Aubree lagi. "Saya tidak jumpa kau di pasar tadi jadi saya kembali ke hutan untuk mencari White. Akhirnya, White yang membawa saya ke sini..."
Aubree mengangguk kecil. Dia melirik ke arah bakul makanan yang dipegang oleh Julie. "Kau tidak perlu takut. Mereka tidak akan menyakiti kau, mereka adalah para Tentera Elf yang berasal dari Kerajaan Iron Tulip."
Julie tersenyum dengan wajah teruja. "Bermakna kita akan kembali ke Kerajaan Iron Tulip sekarang?"
Aubree mengangguk lagi. "Ya..."
"Wow, sudah lama saya nak pergi melawat Kerajaan Iron Tulip. Akhirnya hari ini kita akan pergi ke sana. Saya tidak sabar nak tiba ke Kerajaan Iron Tulip!" kata Julie.
Para Tentera Elf yang sedang bekerja menoleh ke arah Julie dengan wajah mereka yang terlihat bingung dengan sikap Julie tapi setelah itu mereka mengabaikan Julie lagi dan melanjutkan pekerjaan mereka.
Aubree menolak Julie masuk ke dalam kereta. "Jangan banyak cakaplah. Masuk sana ke dalam sana. Kau boleh bercakap lagi lepas kita tiba di sana..."
Kerana kereta itu dibina lebih besar dari semua kereta yang pernah Aubree nampak, White dapat masuk ke dalam dan berehat di dalam.
Ketika mereka masuk ke dalam kereta itu4, Julie terlopong kerana kagum dengan struktur bahagian dalam kereta itu.
Berbeza dengan kereta yang mereka naiki ke Menara Kristal, kereta yang ini lebih mewah dan selesa. Di sudut kiri adalah sebuah bangku panjang yang dipasangkan dengan bantal-bantal yang lembut dan empuk dalam jumlah yang banyak.
Manakala di sudut sebelah kiri pula terlihat lebih kepada sebuah ruang makan. Di sana telah disediakan meja, kerusi dan di tepinya adalah rak-rak yang menyimpan makanan.
Di sudut yang bertentangan dengan pintu masuk, adalah rak-rak buku. Rak buku itu diletakkan di sini agar perjalanan tidaklah terlalu membosankan.
Julie yang baru saja merasa kehidupan mewah seperti ini terus menekup kedua tangannya ke dada. "Wah, kalau saya tinggal seperti ini setiap hari, hidup saya akan lebih bahagia!"
Aubree sekadar tersenyum kecil dengan sikap Julie. Dia bergerak ke bahagian bangku panjang dan duduk di sana. White pula sudah berehat di bahagian permaidani lembut berdekatan dengan rak buku.
Julie yang masih lagi terasa dirinya seperti di awangan itu segera berjalan di setiap sudut dan memeriksa segala benda.
Seorang Elf perempuan masuk ke dalam dan menunduk hormat kepada Aubree. "Yang Mulia, perjalanan kita ke Kerajaan Iron Tulip akan memakan selama lima hari. Jika Yang Mulia perlukan apa-apa, Yang Mulia boleh panggil sesiapa dari antara kami. Kami akan sedia melakukan segala perintah Yang Mulia."
Aubree yang sudah duduk dengan gaya selamba di kerusi panjang itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia merehatkan kepalanya di atas tangannya yang ditopangkan ke bahagian tempat menyandar.
Tentera Elf tadi menunduk lagi dan keluar dari sana.
Setelah beberapa menunggu selama beberapa minit, akhirnya kereta yang dinaiki itu pun mula bergerak.
Saat itu, Aubree sedang merehatkan badannya di atas bangku panjang itu sementara Julie sudah pun duduk di bahagian ruang makan dengan sebuah buku di tangan. Beberapa buah buku juga terlihat ada di atas meja di hadapannya.
Perjalanan mereka menuju ke Kerajaan Iron Tulip pun bermula.