Chereads / Aku Di Dunia Elf / Chapter 85 - Kembali

Chapter 85 - Kembali

Sejak dari hari itu, Aubree tidak lagi memikirkan perkara yang diceritakan oleh Meliani pada malam itu. Dia kembali menjadi seorang Elf yang bersikap dingin terhadap sesiapa saja yang dia nampak, temasuk kepada Della dan White.

Della menjadi risau dengan keadaan Aubree yang tiba-tiba berubah tanpa mengetahui sebab kenapa Aubree jadi begitu. Ketika Della bertanya kepada White, White juga tidak tahu apa yang terjadi kepada Aubree.

Hensel dan Dean pula bertanya kepada Della tentang sikap Aubree yang tiba-tiba menjauh itu tapi macam mana Della mahu menjawab soalan mereka sedangkan dia juga tidak tahu penyebab kedinginan Aubree sekarang ini.

Della cuba bertanya apa yang terjadi kepada Aubree dan mencuba untuk memujuk gadis itu agar tidak tetap melayan semua orang dengan kedinginannya, Della gagal melakukannya malah Aubree menjadi semakin menjauh.

Demi mengalihkan perhatiannya dari memikirkan hal ramalan seperti yang diceritakan oleh Meliani tempoh hari, Aubree memulakan latihannya lebih awal dan jadual yang dibuat juga lebih padat.

Setiap hari, dia akan bangun sebelum matahari terbit dan hanya akan kembali ke bilik selepas matahari terbenam.

Della tidak tahu kalau dia menjaga makan minum dia atau tiada. Della pula yang merasa tertekan melihat Aubree yang tiba-tiba berlatih dengan keras seolah-olah besok, perang besar itu akan terjadi.

Della tidak tahu bagaimana hendak memujuk Aubree lagi agar menjaga kesihatan dia tapi Della tahu, perangai alami Aubree adalah dia seorang yang keras kepala.

Jika dia hendak melakukan ini, dia akan buat. Sepuluh kotak yang besar berisi emas dan berlian juga tidak akan mampu mengubah keputusan Aubree.

Hampir selama sebulan Aubree berbuat begitu tanpa ada tanda-tanda untuk dia berhenti.

Kerana Aubree sudah pun habis dengan semua latihan dan pembelajarannya tentang menguasai kuasanya, Tuan Gildam pun menyarankan kepada Ahli Sihir Yang Tertua untuk melakukan ujian yang kedua bagi Aubree agar dia akhirnya boleh lepas ujian terakhir dan diisytiharkan sebagai pemilik Kristal Kehidupan yang kedua kepada seluruh dunia secara rasmi.

Aubree pula tidak banyak cakap dan hanya menurut cadangan dari Tuan Gildam. Dia juga merasa yang dia sudah bersedia untuk ujian kali ini.

Aubree teringat akan ujian sebelum ini dan serta-merta perasaannya berubah menjadi kelam dan dingin lagi. Ini kerana sebelum ini, Issac ada menemani Aubree sepanjang masa ujian itu tapi kerana apa yang diberitahu oleh Meliani telah memberi kesan yang besar kepada dia.

Kalau boleh Aubree langsung tidak mahu lelaki itu datang ke sini lagi kerana Aubree tidak mahu berjumpa dengan dia.

Ketika seminggu menunggu persiapan ujian dan membuat persediaan, tiba-tiba White melaporkan satu masalah yang membimbangkan kepada Aubree.

Aubree yang ketika itu duduk di hujung katil, segera berdiri sebaik saja dia mendengar laporan dari White.

"Apa? Tentera Kegelapan sudah masuk ke dalam Kerajaan Iron Tulip? Bagaimana perkara ni boleh terjadi?" tanya Aubree dengan wajah bimbang.

[Raja yang sedang memerintah Kerajaan Iron Tulip saat ini sudah membuat perjanjian dengan salah satu Jeneral dari Kerajaan Kegelapan. Laporan dari pengintip dari Kerajaan Iron Tulip, Raja mendapat banyak harta dan duit selepas membuat perjanjian dengan Raja Kegelapan.]

Aubree menggenggam erat kedua tangannya dengan wajah bengang. "Tak guna punya raja! Jadi raja pun buat kerja tak betul! Dirasuah begitu saja dan sudah berani bawa masuk Tentera Kegelapan ke Kerajaan Iron Tulip."

Aubree yang menjadi agak cemas itu mula berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. "Ini tidak boleh jadi! Kerajaan Iron Tulip adakah kota rahsia yang tidak diketahui oleh empat Kerajaan Elf yang lain. Jika Tentera Kegelapan berjaya menguasai kawasan Kerajaan Iron Tulip, maka mereka juga senang mahu menguasai kawasan lain di Kerajaan Elf. Kita kena hentikan Tentera Kegelapan daripada masuk ke Kerajaan Iron Tulip sebelum semuanya terlambat."

[YangMulia harus keluar dari tempat ini kalau Yang Mulia ingin menyelamatkan Kerajaan Iron Tulip dari tangan Raja Kegelapan.]

Aubree diam sekejap tapi anak matanya asyik bergerak ke kiri dan ke kanan. Jelas menunjukkan yang dia sedang memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah ini.

"Saya akan uruskan hal ini bersama dengan Ahli Sihir Yang Tertua besok. Kau boleh hubungi para pengikut saya di luar sana? Jika boleh, umumkan kepada mereka yang saya akan kembali ke Kerajaan Iron Tulip untuk merebut kerajaan itu kembali dari tangan kejahatan!"

[Baik, Yang Mulia. Perintah Yang Mulia segera saya laksanakan!]

White berjalan keluar dari bilik Aubree untuk melaksanakan perintah yang baru diterima tadi.

Aubree mengeluh dengan keluhan berat dan bergerak menuju ke jendela bilik yang masih terbuka. Ketika dia mendongak ke langit, dia melihat bukan yang sedang mengambang.

Fikiran Aubree kembali melayang memikirkan figura seseorang. Dia masih boleh mengingati bagaimana lelaki dingin itu menghampirinya dan meletakkan kot ke atas bahunya untuk mengelakkan Aubree daripada kesejukan.

Aubree segera menunduk dan menutup matanya. Kepalanya digeleng-geleng kecil.

'Sekarang bukan tiba masanya untuk saya fikir benda ini. Saya masih punya sebuah Kerajaan yang besar untuk saya risaukan saat ini.'

Aubree mengeluh lagi dan dia menutup jendela tersebut. Setelah menutup jendela tersebut, Aubree naik ke atas katil dan mula merehatkan badannya.

Setengah jam kemudian, Aubree sudah sepenuhnya tertidur nyenyak di katilnya.

***

Di sisi lain, kelihatan seorang lelaki Elf sedang berdiri di tepi beranda sebuah bilik sambil matanya fokus menatap ke arah bulan yang sedang mengambang.

Kedua tangannya diangkat ke paras perut dan di atas kedua tangannya itu adalah mahkota bunga yang sama persis seperti yang dibuat oleh Aubree dulu.

Sudah sebulan lamanya Issac meninggalkan kawasan Menara Kristal dan kembali ke Kerajaan Timur. Rasanya ingin saja dia tinggalkan semua pekerjaan di sini dan kembali lagi ke Menara Kristal agar dia boleh menemani Aubree setiap hari.

Apa yang dia tidak tahu, hubungan baiknya yang baru saja dibina setelah berbulan lamanya mencuba, telah hancur disebabkan campur tangan Meliani.

Sejujurnya, Issac tidak pernah ingat dengan ramalan mengenai takdir mereka berdua lagi kerana perkara itu sudah lama berlaku: sejak mereka masih kanak-kanak lagi.

Issac tidak peduli pun dengan ramalan itu kerana baginya, takdir dirinya sendiri tidak ditentukan oleh sesiapa melainkan dirinya sendiri. Jadi Issac tidak pernah menganggap benda seperti ini serius.

Kerana sifat alami Issac adalah seseorang yang dingin, dia tidak pernah kisah untuk mengatakan kepada Meliani yang dia langsung tidak percaya dengan ramalan ini. Dia hanya menganggap ramalan ini dibuat-buat agar Kerajaan Timur dapat diikat dengan Menara Kristal memandangkan ketika itu, hanya Kerajaan Timur saja yang masih belum menentukan mereka berada di pihak kebaikan atau di pihak kejahatan.

Tapi di masa akan datang, bila Issac teringat kembali akan ramalan ini dan bagaimana ia memberi kesan dalam terhadap hubungan dia dan Aubree, pada masa itulah Issac berharap yang dia boleh mengatakan kepada Meliani yang dia dari awal tidak percaya dengan ramalan itu, serta menjelaskan kepada Aubree jika dia tidak mahu ada kaitan dengan ramalan dari para moyang mereka.

Tapi itu akan diberitahu di masa akan datang...

Issac yang masih merenung bulan yang mengambang penuh dan tidak tahu sudah berapa lama, menunduk dan merenung mahkota bunga yang dibuat oleh Aubree untuk dia dan sampai sekarang bunga-bunga pada mahkota itu masih lagi segar.

Sejak Issac tiba di Istana ini, Issac segera mencari bekas kaca untuk menempatkan mahkota bunga ini dan menggunakan sihir untuk mengekalkan kesegaran bunga itu agar tidak pernah kayu.

Issac mahu menjaga mahkota itu sehingga akhir hayat. Dia tidak mahu satu-satunya barang yang diberikan oleh Aubree kepadanya hilang begitu saja.

Senyuman gembira menghiasi wajah dinginnya dan Issac mendongak lagi, memandang ke arah langit lagi.