Chereads / Aku Di Dunia Elf / Chapter 75 - Muslihat(1)

Chapter 75 - Muslihat(1)

Seperti yang dikatakan oleh Ahli Sihir Yang Tertua ketika sarapan tadi, Aubree sangat sibuk hari ini.

Ketika Aubree ingin kembali ke biliknya untuk berehat setelah bersarapan, Della pula datang dan menarik Aubree pergi ke suatu tempat.

Wajah gembira milik Della itu membuatkan Aubree menjadi seram sejuk tanpa dia sedar. 'Kenapa saya rasa saya akan masuk ke dalam tempat seperti neraka bila saya nampak senyuman Della begitu?'

Apa yang Aubree tidak menyangka adalah Della membawa Aubree untuk mencuba gaun yang harus dia pakai untuk parti malam ini.

Aubree tahu yang dia tidak akan terlepas dari cengkaman Della dalam urusan begini. Aubree ingin keluar dari bilik itu dengan segera namun terdapat banyak pembantu Elf yang berada di ruangan itu dan menahan Aubree daripada pergi.

"Della, kau boleh saja hantar tukang ukur dan ukur saiz badan saya untuk dapatkan saiz gaun yang perlu saya pakai. Kau tak perlulah tarik saya dan bawa ke sana sini hanya untuk mencuba semua gaun yang kau nak saya pakai..."

Aubree bercekak pinggang memandang ke arah Della yang sedang memeriksa sebuah gaun dan berpura-pura tidak mendengar bebelan dari Aubree.

"Della, kau dengar atau tidak ni?"

"Saya lagi rela berjemur di luar sana dan berlatih dengan pedang atau panah daripada duduk di sini dan mencuba semua gaun ni?"

"Kenapa saya perlu mencuba semua gaun ni? Bukannya malam ini cuma majlis biasa saja? Kenapa perlu ada banyak gaun seperti ini untuk saya cuba?"

Aubree yang sedang mengangkat bahagian skirt sebuah gaun dan memeriksa gaun itu. Tiba-tiba, wajah Aubree berubah buruk seolah-olah dia tertelan tukang ikan.

"Ini dipanggil gaun juga? Bolehkah benda ni dipakai semasa majlis tu nanti?"

Della menolak Aubree duduk kembali di bangku dia. "Aubree, kau tidak akan faham benda yang seperti ini. Mestilah gaun yang kau baru nampak ni sesuai untuk dipakai pada majlis malam ini. Saya hanya perlu cari gaun yang sesuai dengan tema majlis malam ini..."

Aubree mencebik tidak puas hati. "Ada tema untuk majlis ni juga?"

Della mengabaikan Aubree dan terus bercakap. Kini, perhatian dia fokus kepada sebuah gaun yang berwarna hijau lembut. "Saya akan pastikan kau akan nampak lebih cantik dan sedap mata di mata ketika dalam majlis malam nanti. Lagipun, majlis ini bukan majlis yang biasa-biasa. Majlis ini akan menentukan apa yang akan terjadi pada kau di masa depan..."

Aubree mengangkat kedua tangannya dengan mata yang membulat. "Saya sudah ada masa depan saya sendiri. Saya tak perlukan semua ini untuk tentukan masa depan saya lagi!"

Della menggunakan kipas yang terbuat dari bulu angsa yang berwarna putih untuk mengetuk kepala Aubree. "Ini akan menentukan jika semua Elf yang tinggal di sini boleh menerima kau atau tidak. Kau tidak boleh menganggap kecil tentang perkara ni!"

"Ahh!" Suara kecil keluar dari mulut Aubree ketika dia mengaduh kesakitan.

Aubree mengeluarkan muncungnya sambil mengusap kepalanya yang diketuk oleh Della tadi. 'Kalau saya tahu Della akan jadi garang dan tegas dalam hal baju seperti ini, saya tidak akan pernah bawa dia bersama saya. Macam mana dia boleh bertukar dari seorang perempuan yang lemah lembut kepada garang hanya kerana sebuah gaun? INI TIDAK ADIL!!!'

Kerana terlalu bosan berasa di ruangan itu, menunggu Della siap dengan semua gaun itu, Aubree yang sudah bersarapan itu menjadi lapar lagi.

Aubree berjalan di sekitar ruangan itu untuk mencari makanan yang boleh dia makan. Sengaja dia mengabaikan bebelan Della ketika melihat Aubree yang tidak mahu duduk diam itu.

Ketika Aubree tidak menjumpai makanan, dia menjadi kecewa dan menjadi semakin lapar. Dia merasa haus tapi tiada air yang disediakan di ruangan itu.

Aubree pun terduduk kembali di tempat dia duduk tadi dengan wajah yang kecewa.

Sepuluh minit kemudian berlalu dan sekumpulan pembantu Elf yang terdiri daripada empat orang Elf masuk ke ruangan itu.

Mereka tidak mengatakan apa-apa dan hanya meletakkan dulang yang mereka bawa ke atas meja di tepi Aubree.

Aubree terlopong melihat semua hidangan yang tersedia. Dia boleh melihat ada lima atau enam makanan manis yang dia boleh sentap sambil menunggu Della.

Ketika seorang pembantu Elf menuangkan teh ke dalam cawan, Aubree melihat ada sebuah nota yang diletakkan di atas sebuah dulang, bersebelahan dengan pinggan yang ada.

Aubree yang bingung melihat nota itu tidak teragak-agak untuk mengambil kertas itu dan membaca isi kandungan yang tertulis di sana.

{Saya tahu kau akan rasa bosan dan lapar ketika menunggu untuk siap. Nikmati semua makanan ni sebelum kau jadi lapar lagi. Selamat menjamu selera...

~Issac}

Setelah membaca nota itu, Aubree terkebil-kebil seorang diri di sana.

"Macam mana dia tahu saya sedang dalam keadaan lapar?" tanya Aubree dengan suara yang perlahan.

Kemudian, Aubree memandang sekeliling dan di luar tingkap di ruangan itu tapi tidak melihat kelibat Issac di mana-mana.

Aubree memandang kembali ke arah nota tadi. Tulisan pada nota itu sangat cantik dan kemas, seolah-olah ditulis dengan penuh hati-hati.

'Kemasnya tulisan ni. Adakah Issac sendiri yang menulis ni? Tapi takkanlah dia nak tulis benda remeh-temeh macam ni untuk saya?'

Aubree meletakkan nota itu ke tempat semula dan mengambil satu biskut dan memasukkannya ke dalam mulutnya.

Aubree tersenyum dengan bahagia saat dia memakan biskut itu. 'Walaupun saya tidak suka menunggu Della siap dengan semua gaun ni, setidaknya saya boleh makan dengan tenang.'

'Oh, saya kena ucap berterima kasih pada Issac nanti... Patutkah saya bagi dia sesuatu sebagai balasan apa yang dia lakukan sekarang ini? Tidak mungkin saya cuma sekadar ucap terima kasih pada dia, lagipun kelmarin pun dia sudah tolong saya dan saya belum bagi apa-apa untuk balas jasa dia. Apa agaknya Putera Elf seperti dia mahu ya? Saya rasa dia sudah punya semua yang dia mahu...jadi apa yang perlu saya bagi dia lagi?'

Sedang Aubree menikmati hidangan tadi sambil berfikir hadiah apakah patut dia berikan kepada Issac, Aubree tidak sedar ada sekumpulan Elf lagi yang masuk ke ruangan itu.

Para pembantu Elf yang melihat Meliani masuk bersama dengan pengikutnya, semua pembantu Elf yang ada di sana menunduk hormat kepada dia.

Della yang juga sedang bekerja itu harus menunduk memandangkan dia mempunyai status yang lebih rendah dari Meliani.

Tapi Aubree yang sedang menghayal itu tidak sedar yang Meliani sudah ada di sana. Dia sibuk memegang dagunya dan memandang ke tempat lain.

Meliani yang melihat perangai Aubree itu menganggap yang Aubree seolah-olah sudah menjadi angkuh semenjak dia lulus pada ujian pertamanya. Ini membuatkan Meliani menjadi marah dan kebencian di dalam hatinya menjadi bertambah.

Tapi Meliani masih mahu menjaga imejnya di depan para Elf di sini dan tidak mahu semua reputasi yang dia bina selama ini hancur begitu saja. Jadi, dia harus berlakon...berlakon sehinggalah masa yang sesuai untuk dia menyerang balas akan tiba.

Perlahan-lahan dan penuh keyakinan, Meliani mendekati Aubree. "Audrey, saya senang boleh menemani kau di sini. Saya dengar apa yang terjadi pada kau kelmarin. Saya senang melihat yang kau baik-baik saja..."

Aubree agak terkejut mendengar suara Meliani. Semua benda yang difikir tadi hilang begitu saja.

'Eh, apa dia buat di sini? Harap janganlah dia buat hal lagi, atau saya akan buat dia menyesal...'

"Ya, saya baik-baik saja. Saya cuma pengsan kelmarin sebab terlalu penat. Terima kasih sebab Puteri Meliani begitu prihatin pada saya..." balas Aubree dengan wajah yang tenang.

Meliani pula yang menjadi panas hati melihat sikap Aubree yang tenang saja itu. Tapi dia tidak mahu membiarkan perasaan marahnya tidak terkawal, masih banyak Elf yang menonton mereka saat ini.

Jadi Meliani memasang wajah gembira yang palsu dan duduk di sebelah Aubree. Dia menarik tangan Aubree ke atas meja dan menggenggamnya dengan erat, seakan-akan berlagak seperti seorang kakak kepada Aubree.

"Saya nampak kau sedang memilih gaun untuk majlis malam ini. Saya mempunyai citarasa dalam pakaian dan jika kau mahu, saya boleh membantu kau untuk memilih baju yang sesuai untuk kau pakai malam ini," Meliani menunjukkan senyuman manis kepada Aubree, membuatkan Aubree merasa seram sejuk di belakang lehernya.

'Apa lagi muslihat yang dia hendak buat pada saya kali ini?'