Mata aku ralit perhatikan si dia. Yang elok menyandar pada dinding dengan penuh gaya. Banyak gaya yang dia buat masa bergambar. Ouhh...dia sangat hensem...patutlah..dia femes...dah laa pilot..model lagi..dan aku tiba-tiba rasa insecure bila berdiri di sebelah dia. Kau tahu...perasaan bila kau...perempuan yang sangat biasa ada date dengan lelaki yang sangat sangat kacak.
"Captain arfan...you are so handsome...and charming!"
Ada perempuan yang mula menjerit. Dah macam pontianak bila berdiri sebelah akil. Aku mula rasa rimas. Si akil hanya senyum ala kadar sebelum mata dia jatuh ke sini. Ke arah di mana aku sedang berdiri dari jauh.
"Can i take photoshoot....with my future wife?"
Bibir merah dia tarik senyum lebar. Senyum yang buatkan rusuk aku patah. Kerana sang rama-rama yang mula mengepak dengan kuat dalam ruang perut. Perempuan yang berdiri sekeliling akil mula menjerit dan tayang muka cemburu. Tapi akil....tetap merenung aku. Dan aku pun sama. Seolah...masa terhenti dan hanya aku dan dia atas bumi ni. Seperti graviti sedang menarik aku dan dia ke tengah pusat bumi.
Hingga aku lemas dalam kekuatan dan tarikan yang ada.
Akil mula melangkah.
Setapak.
Dua tapak.
Tiga tapak.
Hinggalah batang tubuh dia mula terpacak depan badan aku yang terpasak tak bergerak macam patung hiasan. Dan dia ukir senyum manis. Sangat manis....sampaikan aku turut tersenyum sama.
"Follow me?"
Tangan dia mula melonggarkan tali leher sebelum dihulurkan pada aku. Dahi aku berkerut sebelum aku mula faham dengan apa yang dia buat. Dia seolah menanti setiap gerak geri yang akan aku pilih.....senyum pada bibir dia seolah memukau aku dari dalam sehingga aku tanpa sedar menyambut tali leher yang dihulur.
"Merci..."
Dan tangan dia mula mengheret perlahan tali heler tadi. Seolah mengheret aku tanpa sentuhan yang haram. Aku tahan senyum. mata aku jatuh pada tangan dia dan tangan aku yang pegang satu tali leher yang sama. Ouhh...perut aku mula memulas.
"She's mine."
Dan akil mula memperkenalkan aku kepada semua manusia. Ada yang tayang muka cemburu...tapi ada juga yang bersiul...dan aku tetap pada seraut wajah dia yang masih dihias senyuman yang manis. Lama. Hingga dia pun turut sama pandang tepat ke dalam anak mata aku. Diam dan dalam. Seolah dia bercakap dengan aku dalam satu dunia yang sama...tapi....
Cuma ada kami berdua...
Kami berdua....
"My gorgeous intan."
Bibir dia menutur rendah. Sambil mendekat. Perlahan-lahan dia duduk melutut sambil keluarkan satu benda dari poket seluar. Mata aku membulat. Tapi kaki aku seolah ditenggelamkan dalam bumi. Aku tak boleh bergerak. Cuma mata aku yang terkebil-kebil pandang setiap gerak yang dia buat.
Dup...
Dap...
Dup...
Jantung aku berubah rentak. Laju dan tak stabil. Muka aku memerah. Lagi laju jantung aku berdegup bila dia pandang aku tak berkelip sambil hulurkan sebentuk cincin emas putih yang cantik. Dan dia masih pandang aku dengan seraut wajah dia yang manis.
"Marry me?"
Dan aku ...seolah terpesona dengan pukauan indah mata dia yang hitam tanpa cahaya....bibir aku mula tersenyum...sebelum aku mengangguk setuju.
****
"Are you ready?"
Mike di sebelah dah senyum sambil pandang aku dengan akil. Lebih tepat lagi.....kepada akil yang sedang cempung aku. Muka aku dah pucat. Gila. Aku takut. Hari ni first day aku dan akil honeymoon dan si akil memang ajak aku buat kerja gila. Buat bungee jump! Lepas ni dia nak ajak aku buat sky diving pulak!
Matilah aku!!!!
Perlahan-lahan aku menggeleng. Aku pandang anak mata akil dalam. Mengharap dia akan faham....yang aku memang takut nak buat kerja gila macam ni!
"Akil....saya tak nak buat bungee jump....kalau jatuh macam mana?"
Dia senyum. Tangan dia yang melingkar pada pinggang aku semakin erat. Mata dia redup pandang anak mata aku.
"Kita takkan jatuh...."
Perlahan dia berbisik. Aku dapat rasa deruan nafas dia yang jatuh mengena pipi aku. Aku makin menggelabah.
"Kalau jatuh jugak? Saya tak nak mati sebab main benda alah ni..."
"Kalau kita jatuh..." Dia senyum lebar. Bibir merah dia didekatkan ke dahi aku sebelum berlabuh lama. "kita mati sama-sama."
Okeyhh...jawapan tu sangatlah tak sedap didengar. Perlahan-lahan aku tumbuk dada akil. Mulut aku dah memuncung. Geram betul dengan akil!
"Janganlah gurau.."
Tapi akil hanya ketawa indah. Aku perlahan-lahan merangkul leher dia. Aku takut...first time aku buat kerja gila macam ni!
"So...are you ready?"
Suara mike. Dia dah ketawa. Aku pulak makin erat peluk leher akil. Muka aku sembamkan ke dada dia. Bila telinga aku dengar bunyi degup jantung dia...baru hilang sikit rasa takut.
"In three"
One
Aku pejam mata erat. Akil labuhkan bibir dia pada dahi aku lama. Lepas tu pinggang aku dia peluk erat.
Two
Jantung aku rasa nak pecah.
Three
Dan aku rasa badan aku jatuh. Jatuh ke dalam lapisan udara yang sejuk dan misteri. Seolah-olah lapisan yang menarik aku dan dia dalan satu kisah yang sama. Indah yang hanya ada aku dan dia. Mata aku masih terpejam erat. Masa ni...aku rasa macam dejavu. Yeah....situasi sekarang sangat sama dengan mimpi aku tempoh hari.
"Open your pretty eyes, my intan."
Pinggang aku dipeluk erat. Sangat erat. Seolah dia takut kehilangan aku. Dan aku sangatlah tahu...yang dia sayangkan aku. Lebih dari dia sayang diri dia sendiri. Perlahan-lahan aku buka mata. Dan pandang anak mata dia. Hanya dia. Dia tersenyum indah.
"Intan munirah!!! I love you!!"
Dan suara garau akil memenuhi segenap ruang. Aku tersenyum. Mata aku tetap pada seraut wajah dia yang sentiasa kacak dan menawan. Tall, dark and handsome. Keindahan dia...sama seperti keindahan yang terlakar dalam mimpi aku sendiri. Mungkin lebih indah dari mimpi...