"Kak Ngah, mana Hazimah?" Dhiya' bertanya kepada kakaknya yang sedang khusyuk membaca buku yang berada ditangan kakaknya. Kak Ngah mengangkat mukanya ke tempat suara itu berbunyi. Dia memandang ke luar bilik tetapi dia tidak memandang wajah Dhiya', sebaliknya dia memandang tubuh seorang gadis yang sedang berdiri di belakang adiknya itu. Adakah gadis itu hantu ataupun hanya gadis biasa?
Tiada sebarang ekspresi ketakutan yang ditunjukkan oleh wajah Kak Ngah malahan, dia mengangguk kepalanya sambil mengukirkan senyuman. Nampaknya, Kak Ngah mengenali gadis yang berada di belakang adiknya itu. Dhiya' pula yang mengerutkan dahinya seribu-ribu kerut! Dia berasa hairan dengan riak wajah kakaknya yang tiba-tiba tersenyum. Ada orang buat lawak ke?
"Akak...kenapa senyum?" Soal Dhiya' dalam nada yang hairan. "Eh, tiada apa-apalah." Jawab Kak Ngah ringkas. Kak Ngah tidak berkata apa-apa selepas itu. Matanya hanya tertumpu pada tulisan yang terdapat di atas kertas di dalam buku yang dipegangnya.
Dhiya' memalingkan kepalanya ke belakang dengan rasa hairan. "Apa yang....." "Boo!" Satu suara muncul dan mengejutkan hati Dhiya'. Gadis itu mengejutkan Dhiya' sehingga dia bernafas dengan tercungap-cungap, "Huarghhh...hehheh..." Keadan dia seperti mendaki gunung yang kekurangan oksigen dan berasa sejuk tetapi dia ini bukan berasa sejuk, seram sejuk adalah.
"Oops, sudah terkena!" Kata gadis itu dengan nada seperti bergurau senda. Dhiya' merenung mata gadis itu dengan renungan yang tajam seperti helang yang mencari mangsanya.
"Hish, kau inikan Hazimah, tidak serik-serik lagi mahu kacau aku! Mari sini kau!" Nampaknya, sudah bermula agenda berkejar-kejaran sesama sendiri. Nasib baik tidak roboh lantai, kalau tidak mesti mereka berdua sudah menadah telinga mereka untuk mendengar leteran Mak Long yang panjang tak ke sudah. Perangai Dhiya' ini sama sahaja seperti Mak Long yang suka membebel. Tidak seperti adik-beradik Dhiya' yang lain. Abang Long dan Kak Ngah-nya sentiasa 'steady and cool' seperti Pak Long.
Walaupun lantai tidak roboh tetapi Kak Ngah dapat merasakan gegaran yang dihasilkan oleh dua orang gadis itu. Tidak mahu suasana menjadi lebih tegang, Kak Ngah memanggil mereka ke bilik bacaan. Kali ini, suara Kak Ngah kedengaran agak tegas tetapi masih lagi mengekalkan kelembutan ton suaranya seperti biasa.
"Haih, sudah besar pun mahu main kejar-kejar?" Kak Ngah menyoal Hazimah dan Dhiya' sambil memandang muka mereka yang tersengih seperti tidak bersalah. "Sudah lah tu, mari kita duduk." Hazimah dan Dhiya' menyusul Kak Ngah dari belakang. Dhiya' menutup pintu bilik itu sebelum mengikut serta sepupunya melabuhkan punggung dia atas kerusi IKEA. Dhiya' masih berasa seram ketika menutup pintu bilik itu kerana ia masih mengeluarkan bunyi "Kreekk... kreekk..." sekali lagi. Dia cepat-cepat pergi ke arah Hazimah dan Kak Ngah duduki.
"Okey, Bismillah hirrahmanirrahim. Mari kita buka mesyuarat atau perbincangan ini dengan ummul kitab, Al-fatihah." Mereka bertiga membaca Al-fatihah sebelum memulakan agenda mesyuarat agar perbincangan mereka kali ini diberkati oleh Allah. Seperti cerita Nussa, baca basmallah agar perbuatan kita diberkati Allah tetapi jangan pula baca jikalau hendak buat maksiat. Salah itu.ʕಠ_ಠʔ
"Baiklah, akak tidak mahu kamu berdua gaduh-gaduh. Jangan bermasam muka. Alright, let's start our meeting! Jadi, siapa yang mulakan pergaduhan?"
Dhiya dan Hazimah memandang sesama sendiri. Kemudian, Hazimah mengaku bahawa dia yang memulakan pergaduhan. Mereka berdua bercerita tentang misi yang hendak dilakukan, iaitu menyoal siasat Abang Ilham. Perbincangan mereka berjalan dengan lancar sehingga pada akhir mesyuarat, Kak Ngah mengatakan sesuatu kepada Hazimah dan itu membuatkan dia bertanya, "Kak Ngah kata, apa...?" Nada suaranya kedengaran agak pelik dan sebak. Kak Ngah yang berada di situ seperti mahu jadi panik kerana membuatkan adik sepupunya menjadi sebak tetapi dia mengambil keputusan bukan untuk memujuk, sebaliknya dia menjelaskan perkara yang dikatakan-nya sebentar tadi.
"Hazimah, jangan salah faham. Akak tidak mahu kamu samakan situasi rumah tangga akak dengan Mak Ngah dan Pak Ngah. Akak tahu kamu sayang akak. Akak pun sayang kamu juga tetapi janganlah anggap Abang Ilham itu teruk. Setiap pasangan suami isteri ada cabaran masing-masing dalam menguruskan rumah tangga mereka. Perkara terbaik yang boleh kamu lakukan sekarang ialah mendoakan kesejahteraan rumah tangga akak dengan Abang Ilham dan jangan pula kamu lupa doakan juga untuk Pak Ngah dengan Mak Ngah. Kamu juga perlu faham situasi yang dihadapi oleh ibu dan ayah kamu." Kak Ngah menasihati Hazimah sambil menyapu-nyapu belakangnya supaya dapat menenangkan diri Hazimah yang sedang menangis teresak-esak.
Sebenarnya, Hazimah mempunyai masalah keluarga. Ayahnya, Encik Khairul dikatakan curang terhadap ibunya, Puan Hani tetapi ketika itu ibunya tidak tahu dengan siapa suaminya menjalinkan hubungan. Jadi, waktu itu, Puan Hani sangat kecewa dengan suaminya dan tidak mahu berkata dengannya. Pada ketika itu, Hazimah tidak sekecewa ibunya sebaliknya dia memberi harapan kepada ibunya supaya berbaik dengan ayah. Dia tidak mahu keluarganya berpecah-belah. Ayahnya juga sangat menyesali perbuatannya dan dia sangat berharap agar isterinya memberi peluang kedua.
Semuanya kembali normal pada seketika waktu sehingga Hazimah mendapat tahu bahawa ayahnya membuat hal lagi. Ini bukan fasal curang tetapi fasal jauh lebih teruk lagi. Ayahnya sudah berkahwin buat kali kedua tetapi dia tidak mahu menceraikan Puan Hani. Pada kali ini, ibunya tidak sekecewa dahulu. Riak muka ibunya kelihatan tenang dan redha apabila suaminya memberitahu perkara itu. Sekarang, Hazimah pula yang terlebih kecewa berbanding ibunya yang sudah redha dengan takdir. Adakalanya, Hazimah merasakan lebih baik dia tinggal di rumah Mak Long sepanjang hidupnya daripada tinggal di rumahnya, terpaksa menghadap ayahnya setiap hari.
Hazimah masih tidak dapat memaafkan perbuatan ayahnya dengan sepenuh hati. Hatinya masih terasa diseksa kerana kepedihan yang dirasai. Walaupun begitu, dia bersyukur bahawa ayahnya jarang pulang ke rumah kerana ayahnya kerap pulang ke rumah isteri kedua. Jauh disudut hati Hazimah, dia masih menyayangi ayahnya, cuma pada masa ini dia perlu memulaukan ayahnya supaya ayahnya tahu bahawa betapa sakit hatinya.
"Hazimah, akak dan Dhiya' keluar dulu, ya. Tenangkan diri dahulu, okey?" Kak Ngah memberitahu Hazimah sebelum keluar dari bilik bacaan. Bunyi pintu dibuka kemudian ditutup. Kini, tinggal Hazimah keseorangan di dalam bilik itu. Memikirkan keadaan yang sedang melanda dirinya. Kak Ngah dan Dhiya' sangat memahami akan dirinya yang suka mencari ketenangan dengan cara bersendirian. Dia berfikir dan terus berfikir...