Chereads / The president's Wife Is Fierce and Naive / Chapter 4 - Mencuri perhatian Hua Rong

Chapter 4 - Mencuri perhatian Hua Rong

Jadi dia lah tetamu ibu,nampaknya ibu akan gembira kalau ia tahu hal ini.Sepanjang ia tidak dapat melalui hidup normal macam orang lain ia tidak ingin peluang dihadapannya diambil olehnya lagipun ia cukup sempurna untuk menjadi milikku.

Setelah Hua Rong dan ibunya dibawa pulang Qin Moyu melihat ibunya bernyanyi riang diruang tamu rumah.

"Ibu,kamu terlihat gembira hari ini."tanyanya sambil menuruni tangga.Hari ini bukan sahaja mood ibunya baik,begitu juga dengan dirinya.

"Qin Moyu,kalau bukan sebab kamu tidak boleh dekat dengan sosok wanita ibu sudah perkenalkan anak perempuannya pada kamu. Kamu tahu anaknya sangat cantik orangnya sayang kalau kamu tidak boleh dekat dengannya kalau tidak... ibu pasti akan khawin kan kalian berdua."Qin Moyu yang mendengar satu idea muncul dibenaknya dan ia tersenyum kecil sebelum kembali kewajah asalnya.

"Baiklah kalau begitu saya akan melamarnya esok".setelah berkata demikian ia pun meninggalkan ibunya yang khawatir kalau terjadi sesuatu pada anaknya kalau ia mendekati Hua Rong,kerana ia perempuan bukan lelaki.

Disisi Hua Rong setelah pulang ia kembali kebiliknya sejurus setelah menemani ibunya tidur. Hari ini ia separuh gembira,sebenarnya ia tidak gembira sama sekali.

Pertemuan Presiden Qin dengannya kelihatan sangat teruk,ia berharap tidak akan lagi bertembung dengannya lagi dan ingat melupainya buat selamanya ia cukup marah dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

Ia memegang telinga kanannya dan mulai berasa geli memikirkan lelaki itu menyentuh telinganya.Ia membencinya.

__

Esoknya Hua Rong memeriksa jadualnya dan mendapati hari ini ia tidak memiliki apa-apa aktiviti.Nampaknya ia boleh menggunakan peluang waktu itu dengan melawat adiknya yang sakit di hospital.

Setelah membuat jadual dengan doktor,Hua Rong pun bersiap untuk keluar setelah menyediakan masakan sarapan pagi dan ubat yang diperlukan oleh ibunya sebelum keluar dari rumah.

Hua Rong kebiasaanya mengambil texi untuk hospital kerana ia jauh tapi oleh kerana hari ini ia ingin membayar wang pembedahan adiknya,ia jadi lebih semangat untuk berjalan.

Oleh kerana hari ini ia berjalan jadi ia berfikir untuk melawat tempat kerjanya kerana ia sehaluan untuk ke hospital.

Meratapi dari luar tingkap bangunan itu,beberapa minit kemudia ia pun memutuskan untuk sambung perjalanannya ke hospital.

Sesampainya di hospital Hua Rong melihat pegawai hospital dan doktor yang selalu lalu-lalang di hospital itu terlihat lebih sunyi dari hari kebiasaanya.

"Hari bukan hari cuti pekerja,bukan?"Hua Rong bertanya sambil berjalan menuju ke wad adiknya.Tapi ia tidak masuk sebaliknya ia memilih untuk melihat dari cermin pintu bilik wad adiknya sebelum ke bilik doktor yang ingin ia kunjung untuk pembayaran.

"Penjaga Hua Cheng sudah tiba."sapa doktor itu sebelum menghulurkan tangan kanannya meminta ia duduk dibangku didepan meja kerja doktor itu.

"Apa anda sudah melawat adik anda?".tanya doktor itu sambil menulis sesuatu dikertas kerjanya.

"... saya datang untuk membayar duit pembedahannya untuk bulan ini."Hua Rong mengelak pertanyaan doktor itu dan ia tahu doktor itu pasti memahami sebab ia melakukannya.

"..... baiklah,saya anggap saya tidak bertanya lagipun melihat kondisinya yang masih memburuk pasti kamu tidak sanggup untuk melawat secara berdepan,bukan?"

Hua Rong hanya terdiam seribu kata.Siapa tahu ia akan terdiam hanya urusan yang memang ia tidak dapat ubah tanpa usaha walaupun usaha itu kecil ia memiliki makna yang besar.

Setelah selesai pembayaran ia pun berjalan menuju ke pintu keluar hospital itu dengan berat hati.

"Jadi ia bernama Hua Rong,19 tahun.Memiliki adik bernama Hua Cheng,15 tahun,menghidap barah otak sudah enam bulan.Ibu,Ro Yuan 42 menghidap sakit jantung.Ayah,?."

Oh ia tidak memiliki ayah.

Bekerja di industri hiburan Flower Star.

Ini bukan Syarikat hiburan yang baru-baru ini berada di top HOT.Nampaknya ia boleh menggunakan kesempatan ini untuk mendekati Hua Rong.

Hua Rong yang berjalan tiba-tiba bersin.

"Ada yang sedang membicarakan tentang aku?".Hari ini hari ia liburan sementara kerana jadualnya kosong secara tiba-tiba.Ia ingin berjalan di kota terdekat untuk udara baru sebelum ia mulai sibuk pada esok hari.

Semasa berjalan ia berjalan dikota ia berhenti disebuah kafe yang memiliki bangku diluar kedai.Melihat dirinya datang ke kafe dengan pakaian sederhana baju dan seluar membuat salah satu pekerja mereka datang ingin menghalaunya namun.

"Cik muda,sila beralih dari sini,kedai kami masih belum buka dan cik mengganggu proses buka kedai kalau cik berada disini dengan pemakaian murah ini."ia cuba menghalaunya dengan kata-kata menghina berfikir kalau Hua Rong akan membuat masalah seperti mengeluarkan amukan dikedai mereka dengan begitu mereka boleh menelefon polis untuk menahannya namun tidak berdaya kerana ia tidak melakukan apapun selain keluhan kecil.

"Saya..."belum lagi Hua Rong menghabiskan ayatnya tiba-tiba datang suara yang dikenalinya memotong perbicaraannya.

"Saya beli satu kafe ini,bawa manager kamu kesini".Setelah habis berkata ia pun duduk dihadapan Hua Rong dengan gaya.

Kakinya disilangkan dan kedua tangannya menggenggam satu sama lain menunjukkan ia adalah model bintang dengan cara ketertarikan duduk.Tapi apa yang bermasalah sekeliling meja mereka yang lain dipenuhi bodyguard miliknya.

Hua Rong hanya meliriknya sekali kilas lalu ia pun mengambil perhatian pada kenderaan lalu lalang kerana kafe ini bersebelahan dengan jalan raya utama.

"Nama?"

Qin Moyu cuba membuka perbicaraan dengan bertanyakan nama.Namun tiada sebarang balasan dari pihak hadapannya.Ia pun menukar topik.

"Saya lihat kamu baru lepas keluar dari hospital berdekatan sini."kali ini tubuhnya terlihat bergerak sedikit.Nampaknya ia berjaya mencuri perhatian Hua Rong.

"Apa kamu ada saudara yang tengah sakit disana atau keluarga kamu sendiri?"kali ini ia cuba bertanya seolah sahabat yang mengambil tahu hidup sahabatnya.

"Cuma seorang adik."jawab Hua Rong tiga patah perkataan.Ia terfikir kenapa Presiden Qin yang besar itu boleh muncul disini tiba-tiba berbicara soal keluarganya.

"Apa urusan kamu sebenarnya?"matanya melirik dalam untuk menemukan sama ada jawapan dari Presiden Qin bohong atau tidak.

"Saya nak berkhwin dengan kamu."tidak hanya Hua Rong tersentak,para bodyguard dengan pelayan kafe yang terdengar turut tersedak.

Apakah mereka bermimpi atau bos mereka sakit,yah mereka tahu ia sakit tapi tak mungkin ia melamar perempuan yang baru ia bertemu.

Di fikiran Hua Rong,ia berfikir Presiden Qin sudah sakit sampai memintanya untuk berkhawin dengannya tanpa rasa malu.Sah ia sakit teruk.

"Saya me..."

"Jangan menolak dulu,fikir dulu nanti datang jumpa saya untuk jawapannya nanti".lagi sekali ia memotong ayat Hua Rong.

Nampaknya Hua Rong sudah tidak menahan diri sendiri untuk menumbuk Presiden Qin.