Chapter 8 - Gigitan hantu

Hua Rong berasa kepalanya berat pada saat ia setengah sedar.Ia mendengar suara yang panik memanggilnya berkali-kali.

Ia hanya tersenyum kerana mengenali pemilik suara itu.

Mengapa kamu panik,tiada apa-apa yang berlaku.

Tangannya mengelus lembut pipinya,mengelap air yang mengalir dari matanya.Mendekatkan lagi tubuhnya padanya.

"Terima kasih"bisiknya.

Setelah itu Hua Rong tidak mengingati apa yang berlaku semalam setelah ia jatuh pingsan.

Hua Rong bangun dan mendapati ia berada di bilik yang tidak dikenalinya tapi bau wangian yang serbak wangi,bau lembut tapi tidak kuat mengingatkan dirinya pada seseorang.

"Qin Moyu"

Ia pasti bau itu adalah bau Qin Moyu kerana bau ini cuma ada pada Qin Moyu ia lain dari bau wangian orang lain.Bau itu adalah khas yang dibuat pesan olehnnya sejak dari kecil lagi.

Apa dia mengupah orang membuat bau itu.

Bilik yang ia berada sangat besar dan selesa untuk ditinggal.Terutama pada tilam bersaiz Q ini.

Bunyi detiran air datang dari arah tandas membuatkan mata Hua Rong membulat.

Qin Moyu yang hanya mengenakan kain tuala besar hanya mampu menutup pusatnya sehingga lutut.

Ia terlihat menggoda dari segi tubuh yang sempurna empat otot dan ramput yang terjurai basah.

Dari setiap air yang menitip ke tubuhnya membuatkan Hua Rong menelan air liur dengan laju.

"Sudah bangun?"Qin Moyu mendekati Hua Rong yang masih berada di atas katil lalu ia pun duduk disisinya sebelum mengambil laptopnya.

"Ini dinama?"tanya Hua Rong.

"Rumah aku"jawabnya pantas kemudia dia mengambil tangan Hua Rong dan menciumnya di atas kulitnya.

"Sudah berapa lama aku jatuh pingsan"

ucapnya menarik balik tangannya dengan lembut kerana ia tidak ingin melukai tangannya Qin Moyu.

Qin Moyu terlihat terkejut apabila Hua Rong tidak terima kelakuannya sedikit pun dari pandangan Hua Rong tidak berubah seperti perempuan lain saat mereka diperlakukan begitu.

Dia memang aneh.

"Sudah 4 hari kamu jatuh pingsan"

Jawab Qin Moyu yang terlihat gembira pada waktu itu.

"Syukurlah kamu sedar sekarang kalau tidak entah apa yang akan aku lakukan pada mereka pun aku tidak tahu...."gumam Qin Moyu pada saat ia sedang bekerja.

Apa yang dia lakukan sewaktu aku pingsan huh,fikir Hua Rong.

Tanpa banyak cakap,Hua Rong mengambil tuala tambahan didalam almari kecil dekat dengan bilik mandi.

Klik.Bunyi pintu tandas ditutup membuat Qin Moyu berasa sedikit gementaran.

Pada waktu yang sama Hua Rong baru sahaja ingin membuka bajunya,dia mendapati ada beberapa gigitan di lehernya.

"Ini?Nyamuk!"jeritnya.

Qin Moyu yang mendengar ia hanya mampu menahan ketawanya dengan senyuman.

Kenapa boleh ada gigitan nyamuk.Kelemahan dan ketakutan terbesar Hua Rong adalah serangga seperti nyamuk dan kumbang.

"Ia tidak gatal!"Hua Rong cuba menggarunya.

"Ini bukan gigitan nyamuk.Ini gigi manusia?" di dalam bilik mandi hanya Hua Rong yang berbicara pada dirinya.

Mentalnya pada saat dia hilang rasa berwaspada disebaliknya dia berasa selamat membuatkan dia berfikir seperti kanak-kanak berumur 5 tahun.

Ia dipanggil kecelaruan personaliti.

"Qin Moyu!"Hua Rong tiba-tiba keluar dari bilik mandi dan terus menuju Qin Moyu.Dalam keadaan bajunya separuh buka menampakkan buah dadanya lagi.

Qin Moyu tidak dapat menahan untuk merasa tertawan tapi kali ini ia membuatnya berasa lebih lapar dengan dada itu.

"Qin Moyu!!"Hua Rong menjerit namanya dengan suara kuat dengan tiba-tiba.

Qin Moyu kembali sedar semula,terima kasih kepada jeritan Hua Rong.

Hua Rong mengambil peluang itu mendekatinya dan menunjukkan gigitan itu yang berada di lehernya dengan bersungguh-sungguh.

"Gigitan hantu."

"Hantu?!"

"Huh uh,hantu"Qin Moyu ketawa dengan telatah Hua Rong yang seperti budak 5 tahun. Nanti 5 tahun,seperti budak-budak.

"Hua Rong,umur berapa?"Qin Moyu menanyakan soalan padanya.

Hua Rong membuka jarinya dan mengira.

"1,2,3,4....!"Hua Rong seperti mendapat jawapannya.

"41."Dengan yakin dia menjawab umurnya.

"Agh,ini lebih teruk."Qin Moyu tidak dapat menahan bagaimana hal sebegitu berubah dengan sangat pantas.

"Kamu berumur 19,faham?"

"Tidakk!!"ia menjeritnya lagi.Qin Moyu menutup telinganya dengan pantas.Sungguh ia sangat suka menjerit.

"Kenapa...?"tanya Qin Moyu tidak tahan dengan tekatah dari Hua Rong.

"Mama kata,Hua Rong sudah tua baru boleh ada suami."

"!!!"apa yang sedang dibicarakan olehnya.

"Siapa suami Hua Rong?"tanya Qin Moyu yang ingin kepastian.

"Ini...."Hua Rong menunjukkan segala dalam bilik itu dan akhirnya berhenti pada Qin Moyu.

Ia terus melompat pada Qin Moyu,lalu memeluknya keriangan.

"Mama kata Hua Rong hanya tidur dengan suami bila besar nanti.Mama tidur dengan ayah pada umur 41 tahun jadi Hua Rong pasti berumur 41 kalau tidur dengan suami sendiri"

Tiada satu kata pun yang terkeluar dari mulutnya.

Ini khabar teruk,memang selama ini ia ingin Hua Rong memberikan dirinya sebegini tapi bukan seperti begini fikir Qin Moyu dengan dalam.

"Baiklah,saya faham maksud anda."

Qin Moyu menulak bahu Hua Rong sedikit sebelum memperbetulkan kembali bajunya.

"Hua Rong mahu makan apa?"

Hua Rong nampak sedang memikirkan sesuatu.

"Daging rusa."

Ini lebih mengejutkan,mana dia nak dapat daging rusa,sebelumnya ia cuma makan daging kambing dan lembu.

Mana datangnya daging rusa ini.

"Baiklah,Hua Rong pergi mandi dan bersiap nanti kita makan bersama-sama."

"Qin Moyu tidak mandi sekali?"wajahnya menatap Qin Moyu dengan kosong.Ia tidak memiliki makna tapi tidak dengan Qin Moyu.

Sengaja dia ini ingin menggoda aku.

Qin Moyu mengusap wajahnya dengan lembut.

"Kali ini tidak sayang,nanti sahaja aku sibuk." Ucapnya mencuba mengelak tawaran dari Hua Rong.Dengan sengaja menyebutnya sayang.

Wajahnya sedikit merah pada saat itu namun perasaannya lebih penting dari itu.

Hua Rong pun merajuk lalu menuruni katil dan terus menuju ke bilik mandi semula.Sekian lama terdiam,Hua Rong pun keluar dari bilik mandi dalam keadaan badannya dibaluti kain tuala dengan cara yang aneh.

Jangan beritahu ia tidak tahu cara menggunakannya.

Mulutnya dimuncung panjang sementara wajahnya menurun pada saat mereka menatap sesama sendiri.

Ia hanya terdiam disitu menatap lantai yang menurutnya sejuk itu.

Qin Moyu mengeluh dan Hua Rong nampak seperti tersentak sekejap.Ia tertanya mengapa Qin Moyu mengeluh.

Matanya menatap Qin Moyu dengan penuh ingin tahu.

Qin Moyu bangkit dari tilam lalu keluar membuat panggilan.

"Tolong,hem...baik.Baiklah"

Ia pusing kembali setelah panggilan tamat. Mengangkat Hua Rong yang berdiri kesejutan di lantai ke atas tilam lalu dipeluknya.

"Sejuk?"

Hua Rong mendengar suara Qin Moyu secara dekat membuatnya lebih tenang dan selesa bukan itu sahaja,ia hangat.Pelukannya.