Chereads / The president's Wife Is Fierce and Naive / Chapter 1 - Menjadi Assistent

The president's Wife Is Fierce and Naive

PyschoGirl2146
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 20.1k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Menjadi Assistent

Dalam dunia hiburan pasti akan ada persaingan untuk menjadi yang pertama dihati para penyokong mereka,mengutamakan apa yang penyokong mereka mendengar, melihat dan bersorak.

Setiap dari mereka memiliki idol mereka masing-masing seperti,artis pelakon,artis penyanyi solo atau berkumpulan dan artis pelawak.

Tapi tidak seperti artis yang hanya digunakan untuk latar layar,lain maksud hanya dijadikan bahan tambahan di latar sebagai artis tambahan yang dianggap tidak penting akan kewujudan mereka dan harus menutup muka mereka untuk elak sebarang kontroversi dari para peminat dan wartawan.

Dan disinilah Hua Rong berada.Sebagai artis tambahan ia tidak diperlukan perhatian dari mana-mana netizen.

Ini cuma asas dalam industri hiburan yang sedang berada di taraf HOT.HOT atau tangga paling hangat dalam industri hiburan.Disini ramai artis yang sangat termashur.

Tapi apa yang paling artis tambahan tidak suka apabila mereka dihina atau sering dibuli oleh artis yang lain yang sering diberi perhatian oleh ketua industri.Banyak dari mereka melakukan hal yang tidak senonoh untuk berada di top HOT.

Ada juga diantara mereka diberikan tawaran dengan janjian untuk dijadikan sebagai kepuasan hati mereka.

Selain pada itu mereka sering lambat mendapat gaji yang dijanjikan,ia lebih baik dari sedikit sahaja wang yang diterima.

Walaupun begitu mereka banyak bekerja keras dari artis yang lain.Membantu mengangkat bahan latar, melayani tetamu, menyediakan keperluan asas seperti minuman dan makanan.Paling akhir mereka sering diperlukan saat ada majlis keramaian besar.Macam mana pekerja biasa lakukan sebegitulah mereka,mereka juga harus bersabar dengan nasib malang mereka.

"Hua Rong,nanti bantu Pengurus Hong layan tetamu.Hari ini ada tetamu atasan yang sangat penting kita ambil tahu,saya nak kamu tidak cuba untuk membuat masalah seperti sebelumnya.Ingat jangan buat lupa,ini amaran akhir!."Ini yang menegur saya adalah Pengurus Dan,wanita ini sedikit merepotkan,ia paling suka marah anak buahnya tanpa teragak-agak.Walaupun begitu ia sangat baik kerana tidak pernah nak buat anak buah bawah jagaannya dalam keadaan tekanan kecuali Hua Rong.

"...Baiklah,Kak Dan."ia menjawabnya dengan malas,matanya mulai terabai arah lain.

Pengurus Dan hanya mampu melepaskan kemarahannya pada kertas laporan yang dipegangnya erat.

"Hua Rong,tolonglah kali ini sahaja kak Dan minta.Boleh tak kamu berperanan sikit macam orang dewasa matang.Faham tak?". Suaranya dikeluarkan dengan selembut mungkin untuk mendapat perhatian Hua Rong tapi kelihatannya ia tidak berhasil apabila ia menukar topik perbualan.

"Kak Dan,bukankah kak kena hantar kertas laporan itu pada atasan?".Hua Rong bertanya polos pada Pengurus Dan.

"Hm".Pengurus Dan tidak tahu lagi bagaimana hendak mengurus seorang anak buahnya ini. Sikapnya yang galak dan naif sentiasa memberi masalah pada orang lain,tidak itu juga tidak pernah pula ia ingin memberi perhatian setiap kali orang berbicara.

Sewaktu ia pergi bertemu Pengurus Hong di pejabatnya, tiba-tiba dia mendengar perbicaraan Pengurus Hong dan anak buahnya.

"Mengapa budak itu harus jadi pembantu aku, dah lah berlagak pintar lepastu suka timbulkan masalah pada orang atasan sampai kita semua kena tanggung masalah yang dibuat olehnya."

"Aku tidak tahu kenapa kak Dan ingin,ia menjadi pembantu akak sedangkan ada yang lain boleh buat,seperti saya."

"Kamu tahu kenapa semua pengurus mengesyorkan Hua Rong?"Pengurus Hong bertanya lalu menjawab,"kerana pegawai atasan kali ini memiliki masalah dengan perempuan lagipun kalau Hua Rong buat masalah dengannya ia pasti akan ditimpa masalah dan dipecat turus dari dunia hiburan ini,jadi kita tidak akan dapat bertemu dengannya buat selamanya."

"Oh,begitukah"

Suara yang terdengar jelas dan nyata.Siapa lagi kalau bukan orang yang menjadi omongan kosong dari mulut orang lain yang tidak pantas.

"Hua... Hua Rong?"

"Iya,ini aku.Apa kau buta?"ayatnya yang pedas membuat wajah Pengurus Hong marah membuak.Tapi apa pun ia harus sabar kerana sebentar lagi masalah ini akan hilang dan lenyap dari hadapannya.

"Hua Rong,jangan kamu mulai masalah lagi. Apa kau masih ingin beri masalah pada Pengurus Dan?"

"Siapa kau ingin ambil tahu soal masalah orang lain?".

Jelas suaranya yang dari tadi menjadi lebih dingin dan tidak mengalah.Wajahnya tetap tidak bereaksi seperti terganggu oleh apa yang dikatakan olehnya.

Udara pada saat itu terasa tertekan apabila ditambah kehadiran Hua Rong.Siapa dia sebenarnya boleh membuatkan aku berasa tidak nyaman dan menggeletar.Bulu romanya membuat keadaannya lebih teruk.Ia berfikir Hua Rong cuma orang yang cuma suka berlagak dan galak sama orang lain tapi ini baru pertama kali ia melihat wajah asing yang mengerikan menurutnya.

Tiba-tiba sebuah ketukan membuat mereka terlepas dari tekanan itu.

Tok Tok

"Pengurus Hong,persiapan sudah siap,cepat pergi kesana bersama assistent anda.Anda cuma ada lima minit sebelum tetamu sampai"

Penyelamat sudah tiba.

"Hua Rong,adalah assistent saya.Saya akan pergi kesana sekarang"setelah berkata demikian Pengurus Hong dan Hua Rong berjalan keluar dari bilik itu dan meninggalkan anak buahnya yang dari tadi menggeletar ketakutan nampaknya impaknya hanya kuat pada yang lebih muda.