Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 4 - Bab 3

Chapter 4 - Bab 3

"Haizeq, kau demam lagi ke?" tanya ku dengan risau.

"Entah. Tak larat nak bangun ni." jawab Haizeq lemah.

"Aku pergi rumah kau tau." kata aku lantas mematikan talian.

Aku mempercepatkan langkahku. Eh, korang berdua je ke dalam rumah tu? Tak takut jadi apa-apa? Otak aku mula fikir yang bukan-bukan. Eh, roommate dia ada lah. Lagipun Sarah nak lawat Haizeq jugak. Cuma lambat sikit dia sampai daripada aku. Aku menyedapkan hati. Jahat betul otak ni. Saja nak takutkan aku.

Aku mengetuk pintu biliknya. Roommate Haizeq membuka pintu. Kan dah cakap, roommate dia ada. Aku masuk dan berjalan menuju ke katil Haizeq. Merah mukanya. Aku duduk di atas katil bersebelahan dengan Haizeq.

"Haizeq? Haizeq! Aku dah sampai ni..."

"Umm...teruk sangat ke demam dia ni, Johan?" tanya aku kepada roommate Haizeq.

Haizeq sedar dari lenanya. Aku tersenyum melihatnya. Haih! Sakit-sakit pun handsome lagi! Inilah sebab aku jatuh cinta dengan dia. Sempat lagi aku ni menggedik.

"Panas. Tapi pagi tadi lagi panas." Jawab Johan dan menghentikan lamunanku.

" Haizeq, kau macam mana? Tak larat lagi ke? Kalau still tak larat, kita pergi klinik."

Haizeq tersengih. Aku pula berkerut dahi. Pahal dia ni?

" Aku rasa sihat sikit dapat tengok muka kau. And aku happy sangat sebab kau risau sangat pasal aku. Macam sayang sangat! Boleh buat calon isteri. Ummi aku pun memang berkenan kat kau. Padanlah kita berdua. Aku handsome, kau cantik and cute. Mesti dapat anak yang adorable gitu..." panjang ulasan Haizeq ni. Merepek pulak tu. Tak padan dengan demam dia tu.

"Kau ni dah kenapa? Memang demam ni. Cepat makan ubat."kata aku.

" Demam ni ada satu je ubatnya and payah sangat nak dapat." kata Haizeq.

Aku blur. Tak paham. Apa dia ni merepek lagi ni?

"Hah? Apa? Demam apa ni? And apa ubat yang berharga sangat tu?" tanya aku bertalu-talu.

Haizeq ketawa. Dahi aku bertambah berkerut.

"Okay. Firstly, aku nak cakap yang kau ni so cute bila blur. I love it!" kata Haizeq sambil kenyit mata.

"Kau tahu tak aku sekarang ni tengah demam rindu and ubatnya YOU!" ulas Haizeq.

Habis merah muka aku. Tak pasal-pasal aku pulak yang sakit nanti. Gila ke mamat ni?

"Johan, kenapa dengan kawan kau ni? Gila ke apa?" tanya aku pada Johan yang dari tadi tersengih melihat kami berdua.

"Entah. Aku pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu." jawab Johan lalu ketawa kecil.

Aku pandang Haizeq.

" Kau lah sebabnya..."kata Haizeq.

"Asal aku pulak?"tanya aku pula.

" Sebab bila aku nampak kau je aku tersenyum..." kata Haizeq sambil tersengih.

"Sweettalker!" balasku.

Haizeq tergelak. Semakin lama aku kenal dia, semakin dia menggatal! Setiap kali dia bagi pickupline, aku mesti cair...

"Amboi! Orang tu terus sihat bila dapat jumpa Mia kesayangan dia tu. Dari semalam asyik tanya pasal Mia. Betul lah tu demam rindu. Kan dah 2 hari tak jumpa Mia. Kalau tak setiap hari berkepit dengan Mia. Lepas tu malam tadi sebelum tidur merungut. 'Kenapalah aku demam...'. Lepas tu aku sambung kat dalam hati: kalau tak mesti dapat jumpa Mia..." petah Johan memberi tahu apa yang terjadi lalu ketawakan Haizeq. Haizeq jegilkan matanya. Aku pula yang ketawa.

Oh ya! Lupa nak bagitahu. Haizeq panggil aku 'Mia' dan dia seorang sahaja yang panggil dengan panggilan tu.

Mata Haizeq beralih pula pada ku. Dia tersengih.

" Haah. Rindu. So much." Haizeq buat muka comel. Pahal kau...

"Mengada. Macam budak kecik." cebikku dan ketawa lagi.

Sarah dan Qistina sampai.

"Kenapa lambat sampai?" tanyaku kepada mereka.

"Saya tunggu Qis. Tadi nak gerak baru dia bagitahu nak ikut. Sebab tu lah lambat." jawab Sarah.

Qistina gelak kecil. Tiba-tiba sesuatu terlintas di mindaku.

"Eh! Aku lupa. Haizeq, aku ada bawak latte untuk kau."

"Eh, Nayli ni. Dia kan sakit. Orang bawak bubur, dia bawak latte." tegur Sarah.

Aku tersengih dan bergaru kepala.

"Kau jangan nak sibuk, Sarah. Biarlah Mia nak bawak apa pun. Dia Mia a.k.a calon isteri aku. Aku akan suka apa pun yang dia bagi kat aku." sampuk Haizeq.

Haizeq menjeling Sarah. Sarah menjelirkan lidah pada Haizeq. Aku dan yang lain pula ketawa.

Kitorang memang rapat. BFF aku pernah anggap kitorang couple. Well,nope. Haizeq tak tahu pun aku suka dia. Entah la.

Tangan Haizeq menyentuh bahuku yang beralaskan tudung bawal itu. Aku memandangnya dan mengangkat kening.

"Nak latte, nak suap, nak YOU." kata Haizeq sambil menayang giginya yang tersusun cantik itu.

Aku menggeleng kepala lalu mengambil latte di atas meja. Haizeq menganga supaya disuapkan.

"Hish... Mengadanya kau ni. Macam baby pulak kena suap-suap." rungutku.

"Baby you lah." jawab Haizeq selamba.

"Apa kata you guys dinner kat sini. Tapi kena beli lah. Sebab barang dekat rumah ni dah habis." cadang Johan.

"Boleh je..." jawabku.

"Siapa nak pergi beli ni?" tanya Sarah.

"Mia kena stay dengan aku!" jerit Haizeq

"Tahu..." jawab Sarah sambil menunjuk muka menyampah pada Haizeq.

"Apa kata Johan dengan Qis pergi beli makanan, aku stay. Mana boleh tinggal dua orang manusia ni berdua-duaan..." kata Sarah.

"Okay." jawab Johan dan Qistina.

Mereka beredar.

"Korang. Aku nak solat dan nak rest tau. Penat. Aku percaya korang tak akan buat benda-benda macam tu. Tapi aku stay sebab perkara tu tak mustahil terjadi kalau sorang tu menggatal sangat!" petah Sarah menerangkannya. Aku mengangguk.

"Haizeq, kau dah solat?" tanya aku. Haizeq menggeleng lalu bangun menuju ke tandas.

Tiba-tiba aku teringatkan senyuman yang memukaukan siang tadi. Senyuman yang membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama. Dari lelaki itu...

Semua itu membuatkan aku sedih mengenangkannya.

Aku menggelengkan kepala. Aku malu dengan apa yang sudah aku lakukan pada masa lalu. Aku bangun untuk mengambil air yang disediakan oleh Johan di meja bersebelahan dengan katil Haizeq. Aku menuang air ke dalam cawan. Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Mata aku yang tertutup kerana menahan sakit itu terbuka apabila air tertumpah di atas kakiku dan membasahi lantai.

"Ah, Nayli!" aku memarahi diriku kerana cuai.

Haizeq yang baru sahaja keluar dari tandas memerhatikan aku tanpa aku sedar.

Aku mengelap air yang tumpah itu. Malangnya aku tergelincir kerana terpijak lantai yang licin itu. Aku pejam mata. Aku hampir terjatuh. Tetapi ada tangan menyambut badanku. Tiba-tiba badanku terbaring di atas permukaan yang lembut tetapi badanku seperti ditindih oleh sesuatu. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku terkejut kerana melihat muka Haizeq yang merah padam bertentangan dengan muka aku. Suasana di dalam bilik itu tiba-tiba sunyi. Astaghfirullahuladzim...

"Haizeq, tepi!!!" aku rasa macam nak nangis sebab takut. Haizeq tersedar. Dia pun terkejut. Dia rasa bersalah. Haizeq terus bangun.

"Astaghfirullahaladzim. Sorry, Mia. Aku tak sengaja." kata Haizeq, bersalah. Aku masih kaku.

"I'm sorry." ucapnya lagi.

"Mia, are you okay?" tanya Haizeq. Aku tersedar. Aku mengangkat muka. Aku hanya mengangguk.

"I'm so sorry, Mia." Haizeq betul betul rasa bersalah.

"It's okay. Pergi lah solat." jawabku. Haizeq akur.