"Apa awak cakap?"tanya Zara sambil memandang Daniel yang sedang jalan mundar mandir ke hulu dan hilir bilik.
Lelaki itu menyimpan dan mengambil barang dari satu almari ke satu laci ke satu rak.
"Ke kampung halaman awak...dimana nenek dan awak pernah tinggal dulu..."ulang Daniel sambil tunduk memasukkan barang ke dalam bagasi.
Zara waktu itu duduk lepak dalam bilik tidur Daniel setelah dipanggil oleh lelaki itu. Menggunakan alasan hendak bincangkan sesuatu, Daniel sediakan kejutan yang mahu diberikan pada Zara di bilik tidur gadis itu nanti.
"Buat apa?"tanya Zara kebingungan.
"Buat apa lagi...duduk situlah..."jawab Daniel bernada 'duhh'.
"Saya tahulah duduk dekat situ..tapi untuk apa?Kenapa awak kena ikut sekali?Macam mana dengan study awak??"soal Zara.
"Kita nak cuti semester dah pun...sayang oi." Daniel bergerak ke arah katil dimana Zara sedang duduk bersila dengan timbunan barangnya yang lain."...seminggu lagi sebelum cuti bermula..."maklumnya di depan muka Zara.
Zara yang dengar mengangguk kepala. Mana lah dia tahu. Lama dah dia tak ambil pusing soal universiti tu selepas dia keluar dari situ. Dekat sebulan lebih dah dia tinggalkan tempat tu. Dan semua orang!
Zara pandang Daniel sewaktu lelaki itu berdiri di depannya dan mengambil baju yang telah berlipat di belakang badannya. Sambil itu sempat lagi lelaki itu mengucup dahinya sebelum kembali ke sofa dimana bagasi lelaki itu terletak.
Baju-baju itu dimasukkan ke dalam bagasi.
"Perlu ke awak buat semua ni semata untuk saya?"soal Zara.
"Kenapa pula tak boleh..."jawab Daniel. "Kan saya cakap...kalau awak nak saya bahagia. Awak kena izinkan saya bahagiakan awak.." seloroh lelaki itu sambil menzip bagasi yang sudah penuh dengan barang.
Zara melepaskan keluhan. Malas lah dia nak cakap dengan Daniel. Lelaki itu ada saja jawapannya. Macam cakap dengan televisyen pun ada. Dia cakap lelaki tu pun cakap. Dia soal lelaki itu pun jawab. Tiada titik noktahnya.
"Dah...jom."ujar Daniel sambil menghulur tangan memanggil Zara supaya mendekat.
Zara turun dari katil lalu mendekati Daniel.
"Nak ke mana?"soal Zara sambil mencapai tangan Daniel dan menggengamnya dengan erat.
Daniel tidak menjawab. Lelaki itu berjalan keluar dari bilik tidurnya dan mula melangkah mendekati bilik tidur Zara yang ada di seberang koridor depannya.
Zara ikut sahaja langkah Daniel setelah menyedari mereka sedang menuju ke arah bilik tidurnya. Lelaki itu berdiri di depannya dengan tangan memegang tombol. Memandangnya dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkannya.
"Apa?"tanya Zara sambil memandang pelik ke Daniel. "Awak jangan macam-macam eh"Zara memberi amaran apabila berasa sesuatu tidak kena.
Daniel tersenyum lebar sampai telingganya ikut terangkat.
"Masuklah...."pelawa lelaki itu.
Zara pandang curiga ke pintu biliknya yang sudah terbuka sedikit. Lalu kembali memandang Daniel.
"Ada apa dalam bilik tu?Daniel...awak jangan bukan-bukan. Kalau tidak saya takkan cakap dengan awak..."Zara mencucuk dada Daniel dengan jari telunjuk.
Daniel ketawa kecil kerana geli dek dicucuk Zara.
"Ya...saya janji. Masuk jer dulu..."pelawa lelaki itu sekali lagi.
Dengan renungan tidak puas hati bercampur curiga, Zara pun melangkah masuk ke dalam bilik.
Sebaik sahaja dia jejak kaki dalam bilik itu.Cahaya lampu bilik menyala menerangkan seluruh ruangan bilik tersebut selepas Zara berdiri di depan pintu bilik.
Keadaan terang tiba-tiba itu Membuatkan Zara terkedip-kedip hendak adaptasi dengan cahaya bilik itu. Setelah pandangannya jelas, Zara kejung berdiri di situ.
Daniel perlahan-lahan jalan menghampiri Zara dari belakang. Dia memegang pinggang Zara dengan lembut sebelum tunduk membisik di telinga Zara. "
"Happy birthday to you Zara..."ucap Daniel sebelum mengucup tepi kepala Zara dengan kasih.
Zara menekup mulut dengan kedua-dua tangan sebelum terhambur menangis. Menggigil badan dia seluruh anggota setelah melihat wanita yang selama ini dia rindui sedang berdiri memandangnya dengan senyuman manis di bibir sambil menatang dulang berisi kek kecil dengan lilin bernyala.
"Nenek..."nangis Zara saat jalan perlahan mendekati Belinda.
Belinda yang lihat turut sebak. Bibirnya tercebik-cebik hendak menangis.
"
"It really you....""Zara mendepakan tangan hendak memeluk wanita itu.
Sebagai isyarat, maid dan juga Taylor alihkan dulang dari tangan Belinda dan memimpin Belinda untuk jalan mendekati Zara memandangkan wanita itu sudah tua dan tidak kuat hendak jalan sendiri.
Zara meratap dengan sedih sebelum menyembamkan mukanya ke dada Belinda dan memeluk tubuh wanita itu seeratnya.
Suara raunngannya tenggelam dibalik dada Belinda.
Maid, Taylor dan Daniel yang ada dalam bilik itu memandang syahdu di atas pertemuan dua insan itu.
"
"Maafkan Zara sebab ambil masa untuk jumpa nenek...maafkan Zara..."nangis Zara selepas menjarakkan mukanya dari dada Belinda. Dia tatap wajah Belinda dengan perasaan rindu membuak-buak.
Belinda mengusap pipi Zara yang sudah kemerahan dan berair mata itu dengan senyuman gembira.
"Maafkan nenek jugak sebab tinggalkan kamu lama-lama sendirian..."
Zara menggeleng kepala lalu kembali merehatkan dahi ke dada Belinda. Air matanya tidak mahu berhenti saat itu. Perasaan Zara waktu itu ibarat seperti simpulan yamg mengijat saluran pernafasan dia terlerai. Dia terasa ringan dan lapang yang amat sangat.
Belinda memandang Daniel yang berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam poket. Terus Belinda gerakkan mulut 'terima kasih' pada Daniel tanpa mengeluarkan suara.
Zara berpaling memandang Daniel.
"Jadi selama ni yang awak sibukkan tu adalah ini?"Macam mana awak tahu hari ni hari lahir saya?"soal Zara dengan wajah kemerahan.
Daniel menjungkit bahu sambil tersenyum.
"Macam mana awak tahu?"soal Zara dengan serak menangisnya.
"Saya tahu segalanya tentang awak Zara..." balas Daniel dengan senyuman boyishnya di bibir.
Zara yang dengar tersipu sendiri. Haish Daniel ni kan!
Belinda yang lihat senyum senang. "
"Teman lelaki kamu ke?""bisik Belinda.
Zara yang dengar tunduk memandang ke bawah lalu mengangguk perlahan.
"
"Nenek suka dia..."komen Belinda.
"
"Zara pun..."bisik Zara semula sebelum kembali memeluk Belinda dan merehatkan kepala ke ceruk leher wanita itu. "I miss you grandma." ucap Zara dengan mata terpejam.
"
"I Miss you too..."Belinda kucup dahi Zara dengan kasih saat dia mengusap lembut kepala Zara.
Mata Zara teralih pada Taylor yang berdiri di di depannya. Air mata gembira mengalir di pipi bersama senyuman di bibir Zara sewaktu dia memandang terima kasih pada Taylor.
Taylor hanya diam memandang wajah gembira sedih Zara dengan hati yang senang.