Chereads / DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 23 - BAB 22

Chapter 23 - BAB 22

ARISSA berbaring menghadap siling biliknya. Kemudian, dia menghadap pula kipas dinding yang sedang berpusing. Semuanya dipandang kosong.

'Okay, fine. Straight to the point, kitaorang minta maaf dan kitaorang betul-betul menyesal. Kitaorang just rasa kau tu comel je. So, untuk akhirkan semua ni, boleh tak kitaorang jadi kawan kau? Lagipun... kitaorang malas nak cari gaduh lagi'

Ayat daripada Shahrizal itu sentiasa berputar di dalam pemikirannya. Sehingga sukar untuk dilupakan.

Seketika, Arissa mengambil cermin dan menilik mukanya. Kadang-kadang, dia membuat beberapa mimik muka.

"Hmm... aku comel ea? Patutlah orang selalu kacau aku. Eh? Ye ke? Jap. Lelaki memang suka kacau perempuan kan?" ujar Arissa seorang diri atau lebih tepat lagi bercakap dengan pantulan dirinya sendiri.

"Cermin ooo cermin. Siapa yang paling cantik dalam dunia ni? Eh, ada muka aku lah! Wah! Tak sangkanya. Okey, kita tanya siapa pula paling comel. Cermin ooo cermin. Siapa paling comel dalam dunia? Eh?! Aku jugalah. Hahaha!" sorak Arissa sendirian.

"Cermin, ni soalan last ye. Cermin ooo cermin. Siapa paling ho... Jap. Tak payahlah. Entah-entah nanti dia jawab aku juga. Bukan boleh caya cermin ni" bebel Arissa sendirian.

"Kau cakap dengan cermin, Aris? Dah tak ada kerja lain ke? Hari ni belajar apa sampai jadi gila?" tanya Aqzi di muka pintu bilik Arissa. Kebetulan juga dia terdengar Arissa memuji dirinya sendiri.

Arissa memandang pelik pada cermin di tangannya itu. Kemudian, diketuk-ketuknya  cermin itu sehingga tangannya menjadi lenguh.

"Cermin? Kau boleh bercakap? Bestnya... Sejak bila kau pandai cakap ni? Tapi, kenapa kau tak mengaduh ea bila aku ketuk-ketuk kau tadi?" tanya Arissa bertubi-tubi.

Aqzi pula sudah menepuk dahinya tanda kesal. Apakah dia penyebab yang menjadi Arissa begini? Jika benar, perlihatkanlah kesalahannya.

Aqzi menggelrngkan kepalanya lalu berdehem untuk membetulkan suaranya.

"Aaa... Aris. Daddy cakap, malam ni kita semua dinner dekat Surya Prime Hotel. Mungkin agak lama ssikit so, homework dah siap?" tanya Aqzi.

Arissa memandang Aqzi yang setia berada di muka pintu biliknya itu dengan wajah yang mencuka. Dia kemudiannya menukar posisi dari baring ke duduk sambil merenung Aqzi.

"Bila masa Abang Aq ada dekat situ and kenapa tak ketuk dulu pintu sebelum masuk bilik Aris?" tanya Arissa.

"What?! Aku yang tegur kau tadi. Takkanlah kau tak perasan?! Satu lagi, pintu bilik Aris yang tak tutup rapat" ujar Aqzi untuk membela diri.

"Haa... Yelah, yelah. Dah. Keluar sana. And nanti kalau mama dah balik, bagitahu ea?" pesan Arissa berserta usiran menjengkelkan.

Aqzi menjeling dan terus beredar dari situ. Dahlah tadi lepas sampai rumah dia kena hempuk dengan beg sekolah Arissa. Minta maaf pun tak. Yang ini ucap terima kasih pun tak. Kira beruntung tau dia bagitahu awal. Kalau ikut kejahatan, dah nak pergi baru dia nak bagitahu.

Sebaik sahaja Aqzi beredar dari situ, cepat-cepat Arissa mengunci pintu. Selepas itu, dia kembali berbaring dan mengambil cermin seperti tadi.

"Haihh... kau ni cermin. Buat fakehope betullah. Aku ingat betul-betul tadi kau bercakap. Abang Aq rupanya. Tak apalah. Janji kau duduk diam-diam" kata Arissa lalu mencampakkan cermin itu ke tepi.

Phone diambil dan aplikasi WhatsApp menjadi pilihannya.

IOW'S BATCH FOREVER❤

Khairil

Korang nak tahu something tak?

Adibah Hajar

Something apa? Jangan buat orang curious sangat boleh tak?

Khairil

Memang ah! Nak ambil attention ni...

Kebanyakan tengah online sekarang.

Baik kau bagitahu sekarang sebelum aku bawa geng keranda datang rumah kau 😡

Khairil

Ok, ok. Janganlah. Aku nak hidup lama lagi ni...

Selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun keluar...

Kita...

Akan...

Ada...

Eiz Rayyan

Hoi!

Kyra

Hoi! Nak mampus ke ha?

Khairil

KITA AKAN ADA PERPINDAHAN KELAS!

Aqish

Hah? Seriously? Semua ke?

Khairil

Nope. Berdasarkan attitude dan result. Yang aku tahu...

Kelas Acrian :top student in batch, best attitude

Kelas Brizian : good attitude, yang boleh speed tapi lambat sikit

Kelas Chafian :bad to good attitude, lambat speed tapi maintain

Kelas Damian :bad attitude

Kelas Erian :good attitude, slow catch up

S. Ashraf

Pahal kelas D bad attitude je? Habis tu, kalau dia pandai tapi ada bad attitude, kelas D lah?

Khairil

Aku pun tak tahu sangatlah! Ni apa yang ayah dan abang aku cakaplah. Tengok jelah nanti. Apa-apa pun, benda ni confirm!

Rizwan

Ni mesti cadangan form 5 kan? Aduh... benci pula aku dengan diaorang.

Khairil

Ni memang cadangan cikgu-cikgulah. Form 5 tak ada kena mengena pun dalam hal ini.

Sebab cikgu nak buat macam ni pun untuk memudahkan kerja.

Arlan

Dahlah... dahlah... Dah habid, kan? So, full stop. Aku taknaklah chat panjang berjela hanya penuh dengan kutukanlah, makianlah, cacianlah. Ok?

Arissa keluar dari aplikasi itu lalu membuka instagram. Dibuka account privatenya. Dia lebih suka accountnya yang satu ini kerana private dan yang penting ramai kenalannya. Tidak seperti satu lagi. Tak private tapi tak ada sesiapa yang tahu identiti di sebaliknya kerana dia memakai mask. Haha...

"Hmm... siapa pula yang follow ni? Baru nak bahagia. ShaHatwins_ ? Siapa ea? Stalk sikit..."

Arissa mengscroll satu persatu gambar-gambar di account itu. Hmm... Macam kenal? Siapa ea?

Pin! Pin!

Haa... budak-budak kena gantung tu... Accept? Delete? Accept? Delete? Accept jelah.

"Aris! Mama dah balik!" laung Aqzi dari bawah.

Mendengar sahaja laungan Aqzi itu, Arissa terus bergegas turun ke bawah untuk menyambut kepulangan Puan Irdina. Apa yang diriangkan sangat pun tak tahulah. Padahal hari-hari jumpa. Tanda orang yang baru sedar pengorbanan seorang ibu kut...

"Eh author kalau tak menyibuk memang tak sah ea?" kata Aqzi, Arissa, Puan Irdina serta keseluruhan ahli di dalam rumah tersebut dengan nada yang geram. Rumah pun masuk sekali tau...

(Ok, ok. Tak kacau dah...)

"Welcome home, mama!" ucap Arissa seraya memeluk Puan Irdina.

Puan Irdina membalas pelukan Arissa tetapi muka memandang Aqzi meminta penjelasan.

Aqzi hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Mama... Abang Aq ambil Aris lambat tadi. Pukul 3:30 tadi baru dia ambil. Dia tidur" adu Arissa dengan membuat muka masamnya.

Puan Irdina memandang Aqzi sambil bercekak pinggang.

"Err... Sorry Pu... eh, mama. Aq memang ngantuk masa tu. Lupa yang Aris masih kat sekolah" ucap Aqzi sambil menunduk.

"It's okay. Tapi kalau Aq buat lagi, mama takkan maafkan Aq lagi. Understand?"

"Understand"balas Aqzi sambil membuat muka yang lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menghadapi leteran Puan Irdina yang belum tentu habis dalam masa 24 jam.

"Mama, boleh tak pilihkan baju untuk Aris pakai malam ni? Lagipun, mama carikan, cantik. Sebab mama kan suka beautiful things..."

"Yelah. Tapi asalkan almari tu kemas ea? Kalau tak, memang susah lah mama nak carikan. So now, jom tolong mama buat minum petang dulu. Dah lama mama tak masuk dapur" ajak Puan Irdina lalu menarik lembut tangan Arissa.

Arissa hanya menuruti sahaja asalkan missionnya complete. Yeah!

*****