SEPERTI semalam, Haris dan Hairi balik bersama Hazif dan Haziq. Kali ini kerana Encik Arieff perlu melakukan sesuatu dan tidak mahu anak-anaknya masuk campur.
Hairi dan Haris menunggu di tempat perhentian bas seperti biasa dan sudah semestinya akan berjumpa dengan Arissa. Terlihat Arissa berada di hujung kerusi seorang diri.
"Hai. Memang duduk seorang ke?" tanya Haris sambil berjalan mendekati Arissa.
Ada beberapa pasang mata yang memandang Arissa dengan perasaan yang tidak dapat dipastikan. Antara jealous, benci, menyampah, biasa dan sebagainya. Tetapi walaubagaimanapun, Arissa tidak pernah menghiraukan pandangan-pandangan itu. Dia sudah lali dengan semuanya.
"Kau ni... memang betul-betul lah. Aku baru fikir tak nak show off hari ni. Haish budak ni," bebel Arissa sambil menjeling Haris.
"Ehehe... Alah, sorrylah. Manalah aku tahu orang nak pandang. Selalu time balik kan orang dah tak kisah sangat... So, tunggu siapa sekarang ni?" tanya Haris sambil tersengih. Terserlah lah giginya yang putih dan cantik tersusun itu.
Arissa mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil merenung ke arah jalan raya. Dia sendiri buntu mengapa dirinya menunggu di sini. Menunggu siapa pun dia tidak tahu tetapi dia memang disuruh tunggu.
Hairi berkerut memandang Arissa. Dia pelik. Mengapa Arissa tidak berbuat apa-apa? Mengapa hanya menunggu? Tidak faham dia akan pemikiran perempuan ini. Maklumlah tiada perempuan di rumahnya.
"Arissa... Kau ni serius lah tak tahu nak balik dengan siapa. Bahayalah kalau tak ada orang ambil nanti. Kena culik kang. Kau tu dahlah perempuan. Cantik pula tu," tutur Hairi dengan memperlahankan perkataan 'cantik' itu sehingga dirinya sahaja yang mendengarnya.
"Biarlah. Aku lawanlah balik. Aku ada pertahanan diri. Boleh guna, apa," balas Arissa lalu memandang ke hadapan sambil mengayunkan kakinya.
Hairi hanya menghela nafas berat manakala Haris hanya menjadi pendengar dan pemerhati. Semakin diaorang mendekati Arissa, semakin kenal mereka dengan sifatnya walaupun belum lagi mencecah seminggu. So, apa yang boleh disimpulkan di sini, Arissa degil tetapi mudah terikat dengan janji.
Mereka senyap seketika sebelum Arissa bangun tanda ingin pergi. Sebelum pergi, sempat lagi Arissa berkata kepada mereka sesuatu.
"Jangan pandang aku dengan pandangan curiga. Aku tak suka cakap bohong. Kalau aku bohong, aku mohon, jangan kawan dengan aku lagi,"
*****
"Abang bukan kerja ke? Boleh pula abang tak masuk kerja?" tanya Arissa sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Daddy awaklah yang suruh ambil. Daddy tak jumpa lagi private driver untuk Aris. Kalau abang, lebih rela kerja dari ambil Aris. Buang masa dengan tenaga je ambil budak nakal ni," jawab Aqzi selamba.
"Iya, je? Entah-entah, abang lagi rela ambil Aris, jaga Aris dari kerja, tak? Betul tak?" sakat Arissa seperti dapat membaca apa yang berada di dalam fikiran Aqzi.
Aqzi hanya senyap. Tidak mahu berkata apa-apa lagi kerana nanti semua perasaannya bocor pada Arissa. Sudahlah Arissa itu kaki menyakat. Sudahnya, dia terus memandu sehingga sampai di hadapan bangunan syarikat milik Encik Zaimee.
"Kenapa bawa Aris ke sini?" tanya Arissa kepelikan. Dia mahu bertanya tadi tetapi dia fikir Aqzi mahu menghantarnya balik melalui jalan lain. Kerana itu dia tidak bertanya.
"Daddy suruh. Abang ikut je. Nanti tanyalah daddy," jelas Aqzi.
Arissa hanya meng'o'kan sahaja. Tanpa banyak tanya lagi, dia terus melangkah masuk ke dalam. Ditekan butang lif lalu masuk ke dalam sehingga sampai di aras bilik kerja Encik Zaimee.
Sesampainya Arissa di hadapan bilik Encik Zaimee, dia terus menerjah masuk tanpa sempat dihalang oleh Aqzi dan sudah semestinya Encik Zaimee terkejut.
"Arissa! Tak reti ketuk pintu dulu ke? Nak daddy cepat mampus ke, ha?" marah Encik Zaimee sambil mengurut-ngurut dadanya perlahan. Nasib lah dia tidak ada sebarang komplikasi jantung. Jika tidak, duduk di wad agaknya dia atau alam lain?
Arissa hanya menunduk. Jika Encik Zaimee sudah marah, dia akan serius dan betul-betul marah. Jika masih tidak ada rasa bersalah, pasti Encik Zaimee lagi mengamuk dan tidak akan melayan orang itu selama beberapa minggu.
"Nak minta maaf, tak? Nak minta maaf ke tak nak?" tanya Encik Zaimee dengan suara yang sudah mulai kendur.
"Sorry, daddy," tutur Arissa perlahan dengan mata yang sudah bergenang. Gila tak takut. Sekali dia hentak meja tu, tak bergerak nanti.
"Jangan buat lagi. Faham? Ha, Aq. Fah boleh masuk kerja balik. Aris, sini," arah Encik Zaimee sambil membuka laci mejanya untuk mencari sesuatu.
Arissa akur. Risau sekiranya dia tidak mematuhi arahan akan membuatkan Encik Zaimee bertambah marah. Sudahnya, dia yang akan terkena tempiasnya.
Apabila Arissa sudah menghampiri, Encik Zaimee menarik tangan Arissa lalu meletakkan sebuah iPad di telapak tangannya yang kecil itu.
"Daddy tahu budak ni cepat bosan. So, pakailah iPad daddy dulu untuk buat apa-apa. Daddy lupa nak bawakan phone Aris. Yang penting, jangan kacau Abang Aq. Tak siap kerja dia nanti. Kalau nak jumpa mama, tahukan dekat mana," kata Encik Zaimee.
"Tahu..." balas Arissa sambil mengangguk. Baru sebentar tadi dia ada niat mahu mengacau Aqzi malangnya sudah diberi amaran awal-awal. Segera dia membawa iPad tersebut untuk berjumpa dengan mamanya.
Sesampainya Arissa di hadapan bilik Puan Irdina, dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum diberi keizinan untuk masuk ke dalam. Dia tidak mahu dimarahi sekali lagi walaupun dia tahu mamanya pasti tidak akan marah. Seketika dia mendengar arahan masuk dari dalam.
Ketika Arissa masuk ke dalam, dia dapat melihat Puan Irdina sedang menaip di komputer ribanya.
"Ya, atas urusan apa cik mahu berjumpa dengan saya?" tanya Puan Irdina tanpa melihat terlebih dahulu gerangan yang ingin berjumpa dengannya itu.
"Ehem.. saya nak berjumpa dengan mama saya," jawab Arissa lalu ketawa kecil di hujungnya.
Spontan Puan Irdina mengangkat kepalanya apabila terdengar suara itu seperti suara yang amat dikenalinya.
"Lah, Aris ni... Mama ingat, siapalah tadi yang nak jumpa mama. By the way, sejak bila pandai ketuk pintu ni? Selalunya kena marah dulu baru reti nak ketuk," tutur Puan Irdina sambil menghulurkan tangannya untuk dialami oleh Arissa.
"Tadi daddy marah Aris..." balas Arissa dengan membuat muka minta simpatinya.
Puan Irdina tersenyum kecil sambil mengusap perlahan kepala Arissa. Sudah dijangka bahawa suaminya itu telah memarahi Arissa. Jika tidak, anaknya ini pasti buta pintu.
"Aris dah makan? Kalau belum, jom mama temankan Aris makan dekat luar. Nak tak?" tanya Puan Irdina mengambil berat. Lagipun, kerjanya bertimbun sangat sekarang.
"Ermmm... tak apalah mama. Aris tak lapar lagi sebab tak ada selera. Tapi Aris ngantuk la... Mama, nak tidur..." rengek Arissa kecil lalu menguap.
Puan Irdina hanya tertawa sahaja. Sudah dijangka bahawa Arissa mengantuk memandangkan dia melihat mata Arissa yang mulai kuyu itu.
"Aris kalau nak tidur, pergi dalam office daddy lah sebab office daddy jarang orang lain masuk. Jom mama hantarkan. Cepat," tutur Puan Irdina. Tangan Arissa ditarik perlahan supaya mengikutinya.
Arissa hanya akur. Lagi pula, dia sudah berasa mengantuk dari dalam kereta tadi. Perancangannya, dia hendak membersihkan diri lalu tidur sesampainya di rumah. Namun, lain pula yang jadi.
Puan Irdina memimpin Arissa untuk pergi ke bilik Encik Zaimee kembali. Dia agak kasihan dengan Arissa kerana terpaksa berulang alik ke tempat yang sama. Tetapi mahu bagaimana lagi, biliknya tiada tempat untuk berehat. Yang ada hanyalah sebuah sofa panjang, sebuah meja kopi dan sebuah tak buku kecil. Lagipun, dia yang minta simple begitu kerana office adalah tempat bekerja dan bukanlah tempat untuk berehat.
Sesampainya mereka di bilik Encik Zaimee, Arissa terus berbaring di atas sofa bilik itu dan tidak berapa lama kemudian, dia tertidur.
Encik Zaimee yang melihatkan itu menggeleng kepala lalu bangun menghampiri Arissa. Sofa dimana Arissa tidur itu dibuka menjadi sebuah katil kecil khas untuk mereka yang terlalu sibuk bekerja atau apa.
"Aik, jumpa mama dia sekejap lepas tu datang balik terus tidur? Haihh... Arissa, Arissa. Macam macam-macam lah perangai," kata Encik Zaimee lalu duduk di samping Arissa. Begitu juga dengan Puan Irdina yang duduk di samping satu lagi.
"Biy tak sedar ke mata dia kuyu je dari tadi. Time dia masuk bilik saya pun dah nampak dah walaupun mood mengusik dia tu tetap ada," tutur Puan Irdina pula sambil mengusap-usap pipi dan rambut Arissa. Sepertinya Arissa sudah nyenyak dan pastinya sukar untuk dikejutkan nanti.
"Biy dah perasan dah pun cuma biy ada cakap kalau dia nak jumpa mama, pergilah. Biy bagi je dia nak buat apa-apa cuma jangan kacau abang Aq dia lah tapi mungkin baru lepas kena marah, jadi dia takut nak duduk lama dekat bilik ni," balas Encik Zaimee.
Encik Zaimee berdiri lalu bergerak mendekati cermin tingkap biliknya itu.
"Agaknya, kalau aku campak dari atas sini, mati tak? Huh. Apa kau ni? Kau tak nak media tahu fasal ni, kan..." bisiknya sendirian sambil melepaskan nafas berat.
"Biy ada kata apa-apa ke? Saya macam dengar biy kata something," tanya Puan Irdina sambil berjalan mendekati Encik Zaimee.
"Hm? Mana ada biy kata apa-apa. Ilusi je tu... Dahlah, pergilah sambung kerja sayang sana. I'll take care of her. Balik nanti saing biy sekali, okey? Kereta sayang biar Aq drive,"balas Encik Zaimee. Pinggang Puan Irdina dipeluk dan dahinya dicium lembut.
Puan Irdina hanya tersenyum. Dia kembali membalas ciuman encik Zaimee lalu berlari untuk keluar
Sebelum keluar, sempat dia menoleh dan mengenyitkan matanya untuk suami tercinta.
Encik Zaimee hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Kini, tahulah dia mengapa Arissa begitu nakal. Sudah semestinya datang dari Puan Irdina.
*****
"Arissa, bangun. Nak balik ni.Takkan Aris nak tidur dekat office pula,"
Encik Zaimee menggerakkan sedikit tubuh Arissa untuk mengejutkannya. Namun, Arissa masih tidak bergerak walaupun seinci. Dia buntu mahu berbuat apa. Boleh sahaja dia mengangkat Arissa dari tingkat atas ini dan dibawanya sehingga ke tempat parkir tetapi dia tahu Arissa pasti akan berasa malu nanti jika dia sudah bangun.
"Arissa... Bangun. Haihh..." Encik Zaimee merengus kasar sambil menyerabutkan rambutnya. Jika dia ini, Zaimee yang 'dahulu', pasti dia akan menghumban terus Arissa ke bawah tetapi disebabkan dia Zaimee yang 'sekarang', Zaimee yang penuh dengan kepura-puraan, terpaksalah dia berpura-pura juga menyayangi Arissa.
Seketika, telefon kepunyaan Encik Zaimee berdering menandakan ada panggilan masuk. Sebaik sahaja dia melihat empunya nama, dia segera mengangkat panggilan tersebut.
"Ya masih tidur," balas Encik Zaimee ketika si pemanggil menanyakan tentang Arissa.
"Okay, cepat sikit sayang. Malam ni kawan sayang ajak makan di luar, kan? Taknak lah kita datang lambat sangat," balas Encik Zaimee sekali lagi sebelum dia menamatkan panggilan tersebut.
Tidak berapa lama selepas itu, Puan Irdina masuk ke dalam bilik Encik Zaimee. Dia mula melangkah ke arah Arissa untuk mengejutkannya.
"Arissa anak mama... Bangunlah sayang... Aris... Aris!" suara Puan Irdina dinaikkan beberapa oktaf sehingga Encik Zaimee di sebelah juga turut terhinjut bahunya.
Arissa terus terbangun apabila terdengar suara Puan Irdina yang meninggi. Sebenarnya Arissa sudah pun mendengar Encik Zaimee mengejutkannya tetapi kerana mengantuk yang teramat, dia memilih untuk menyambung tidurnya tanpa bergerak langsung. Tetapi apabila Puan Irdina yang sudah mula meninggikan suara, risau dirinya tidak bangun terus pula.
"Ha, bangun pun. Daddy baru terfikir nak tinggalkan terus dekat office ni. Dah... come. Nak naik kereta dengan Abang Aq ke dengan daddy? Abang Aq bawa kereta mama. So?" tanya Encik Zaimee sebaik sahaja Arissa bangun dan berdiri.
"Amm... Dengan Abang Aq la. Nanti Abang Aq tak ada kawan," balas Arissa dengan mengantuk yang masih tersisa. Sengaja dia memilih untuk sekereta dengan Aqzi kerana ingin memberi privasi kepada Encik Zaimee dan Puan Irdina. Tambahan pula, mereka selalu senyap yang membuatkan Arissa bosan. Sekurangnya jika dia bersama Aqzi, dapatlah juga bertekak.
"Ok. Nanti dah sampai rumah jangan lupa mandi, siap-siap semua. Lepas maghrib nanti kita gerak," pesan Encik Zaimee dengan penuh kelembutan namun merupakan sesuatu yang menempah maut jika diingkari.
Arissa mengangguk walaupun hatinya membantah. Jika diikutkan, dia mahu tidur awal malam ini disebabkan tiada sebarang kerja sekolah yang dia dapat namun, baru tersedar kembali bahawa Puan Irdina membuat perjanjian dengan Datin Nadia untuk makan malam bersama pada malam ini! Nasiblah hanya bebas dan tidak casual atau formal. Jadi, bolehlah dia memakai pakaian bebas.
*****