Chereads / DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 2 - BAB 1

Chapter 2 - BAB 1

ARISSA melangkah perlahan di koridor untuk mencari kelas di sekolah barunya ini. Kelas 4 Damian. Kelas kedua akhir. Tahun ini dia form 4 dan bersekolah di sekolah baru ini. Sebenarnya, hampir setiap tahun jugalah dia pindah sekolah sejak dia form 2 kerana kesalahan disiplinnya yang terlalu banyak.

Sebaik sahaja dia menjumpai kelasnya, dia terus melangkah masuk ke dalam. Ramai murid yang berada di dalam kelas itu memandangnya. Ada yang tersenyum-senyum, ada yang menjeling dan ada juga yang ternganga melihat kecantikan Arissa. Mana tidaknya, Arissa mempunyai rambut ikal yang panjang dan keperang-perangan, mata yang bewarna biru, kulit putih gebu serta bibir yang merah bak delima. Cuma satu, Arissa agak sombong sedikit kepada anak-anak muda yang tidak dikenalinya. Lebih-lebih lagi lelaki.

Arissa menuju ke arah satu meja yang terletak di hujung kelas. Tempat favourite dia namun, tiba-tiba dia dihalang oleh seorang budak lelaki.

"Awak, jomlah duduk di depan ni. Janganlah duduk kat hujung ni. Nanti kalau kacau, awak tak boleh lari mana lagi. Hehe..." kata budak lelaki tersebut lalu tersengeh.

Arissa mengangkat keningnya sebelah dan membuat muka bosan tetapi dia tidak berasa gugup kerana dia sudah terbiasa. Setiap kali pindah sekolah, pasti akan jadi macam ini.

"Kalau kacau apa? Dodol?" tanya Arissa selamba. Malas sebenarnya hendak melayan tetapi sengaja hendak memperbodohkan budak di hadapannya ini.

Budak lelaki itu menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Tidak faham dengan persoalan Arissa. Tidak silapnya, tidak pula dia berkata tentang kacau dodol. Kata fasal hari raya pun tidak. Mana datangnya dodol?

Arissa ketawa kecil melihat reaksi budak lelaki itu. Nampaknya, budak itu memang tidak sedar dirinya diperbodohkan oleh Arissa. Aduhai...😓

"Dahlah. Kau tak payahlah nak cuba-cuba dengan aku. Boleh blah dengan angan-angan kau tu. Lagipun, kau tu bukannya taste aku," kata Arissa lalu duduk di tempatnya. Tidak kisah pun fasal ajakan budak itu. Dia sebenarnya tidak mahu ada kawan walaupun perempuan. Entahlah, baginya kawan or sahabat ni, bukannya diperlukan pun. Semuanya tidak berguna dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi jika orang itu gedik-gedik.

Budak lelaki itu berasa kecewa lalu beredar dari situ tetapi dia tidak akan berputus asa selagi tidak dapat memikat hati Arissa.

Tidak lama selepas itu, loceng tanda perhimpunan bakal dimulakan berdering. Semua murid bergegas ke tapak perhimpunan kerana tidak mahu dicatit nama namun, tidak bagi Arissa yang memang tidak kisah pada peraturan sekolah bodoh itu. Lagipun, siapa je yang struggle sangat awal-awal tahun begini?

*****

Arissa mengemas barang-barangnya sebelum dimasukkan ke dalam beg. Dia buat dengan tergesa-gesa kerana dia sudah lambat 15 minit dari waktu balik. Dia tertidur pada kelas akhir tadi kerana terlalu bosan. Yelah, buku teks belum dapat lagi pun. Jadi, hari ini hanya berkenalan, bermain dan perkara yang selalu dibuat jika cikgu tiada - tidur, jalan, keluar dari kelas dll.

Ketika Arissa melangkahkan kaki hendak keluar dari kelas, tiba-tiba, ada seorang budak lelaki kelas sebelah - kelas 4 Chafian menegurnya.

Arissa naik bosan. Sudahlah di kelas kena kacau, di kantin kena kacau and now, balik lambat pun kena kacau?! What the hell?! Dia tidak mengendahkan teguran budak itu dan hanya terus berjalan.

"Eh, awak! Tunggulah dulu! Awak nak balik ke? Jom saya temankan?" Tanya budak itu lalu menghalang laluan Arissa. "Ouh, before I forget, my name is Shahridhwan bin Hail Rizal. You?" Kata Ridhwan sambil menghulurkan tangan.

Arissa memandang dingin pada huluran tangan itu. Ridhwan memang menaikkan api amarahnya sekarang ini. Sudahlah dia tengah panas. Datang buat panas hati pula.

"Apa sebanarnya yang kau nak? Boleh tak jangan buat panas hati aku kat sini? Pergi blah, lah! Kau ada mata, ada kaki, baliklah sendiri. Dahlah. Ke tepi!" Tengking Arissa lalu pergi dari situ. Boleh jadi gila dia lama-lama di situ. Nasib baiklah, Ridhwan faham dan memberi laluan kepada Arissa.

*****

Arissa memasuki biliknya lalu dikunci. Penat yang tersisa dilepaskan di atas katil empuknya itu. Tanpa menukar baju lagi, dia terus merebahkan badannya. Tidak lama selepas itu, dia tertidur. Tidur tanpa sebarang gangguan dari segi mimpi dan realiti.

*****

Puan Irdina memasak makan malam untuk dirinya serta keluarga. Sedang dia sibuk membuat rencah, dia terdengar bunyi orang merintih kesakitan di tingkat dua namun, dia hanya buat-buat tidak tahu. Sudah terbiasa dengan keadaan begitu.

Tidak lama selepas itu, Puan Irdina dapat merasakan tangan sasa seseorang melingkari pinggang rampingnya itu. Tangan milik siapa lagi di dalam rumah itu jika bukan suaminya - Encik Zaimee. Dia hanya membiarkan sahaja walaupun berasa agak kurang selesa. Well... suami,kan? Selepas itu, dapat dirasakan dagu Encik Zaimee menyentuh kepalanya.

"Abang, lepaslah. Janganlah kacau. Baby nak masaklah. Kalau tak, makan malam nanti nak makan apa?" Kata Puan Irdina dengan suara yang lembut.

"Makan dekat luar. Alah. Macamlah abang ni yak ada duit. Boleh belanja 100 orang kaya yang jenis makan mahal-mahal tahu?" Gurau Encik Zaimee lalu menghidupkan radio yang berada di dapur itu untuk menghilangkan kesunyian di dapur itu. Tiba-tiba...

"Kita manusia ni, kalau banyak duit, banyak harta tapi kalau beri kepada fakir miskin, anak yatim, orang-orang yang memerlukan pun rasa susah, rasa berat sangat padahal orang-orang kaya boleh dibelanja, kereta 100 biji, isteri kalau boleh 10 orang, banglo sepuluh tingkat mengalahkan istana untuk seorang duduk, tidak guna!" Kata penceramah di dalam radio itu.

Deep! Terasa seperti panahan petir yang mengena di pangkal jantung Encik Zaimee. Dia terus mematikan radio itu lalu membebel sendiri. Geram pun ada. Macam manalah boleh tepat pada masa lepas dia habis cakap. Macam menjawab pun ya juga.

Puan Irdina yang melihat reaksi suaminya itu ketawa kecil. Comel. Seperti budak-budak yang merajuk baru lepas diusik. Memang betul-betul comel walaupun sudah masuk pertengahan 30-an.

"Baby, baby tak dengar apa yang abang cakap ni?" rengek Encik Zaimee kepada isterinya.

Puan Irdina hanya membuat muka menyampahdan menjongketkan bahunya. Malas hendak melayan karenah suaminya yang mengada-ngada itu. Siapa suruh gatal sangat tangan pergi buka radio itu? Padan muka!

Encik Zaimee mencebik. Ada jugalah perasaan geram namun terus dipadam. Tidak mahulah dia berdingin dengan isterinya hanya kerana perkara kecil.

Tidak lama selepas itu, Puan Irdina pun siap memasak. Dia terus mencedok lauk-lauk yang dimasaknya ke dalam mangkuk lalu dihidangkan di atas meja. Setelah selesai semuanya, dia duduk di meja makan bersama suaminya. Ketika dia  hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut, dia baru tersedar akan seseorang. Anak perempuan tunggalnya.

"Abang, Aris tak turun ke? Ke abang tak bagi dia makan?" Tanya Puan Irdina. Terselit sedikit rasa risau di dalam nadanya. Mana tidaknya, Arissa pernah ada sejarah gastrik sampai terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU.

"Nanti dia turun. Tengah mandi tu. Balik sekolah tadi langsung tak mandi, tak tukar baju apa semua tapi terus tidur. Mana tak geram? Masuk dalam bilik dia, nyenyak je tidur. Tersarung baju sekolah lagi. So, abang marahlah," kata Encik Zaimee selamba. Tidak terlalu kisah akan keadaan Arissa.

Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat Arissa menuruni tangga. Keadaannya seperti orang yang dipaksa mandi tanpa rela. Rambutnya yang agak basah menitik, mata dan hidung bewarna merah dan bajjnya yang kelihatan sedikit basah hasil dari titikan air dari rambutnya itu. Dia terus duduk di meja makan berhadapan dengan Encik Zaimee. Tanpa banyak kata, dia terus menyenduk nasi dan lauknya sendiri lalu dimakan.

Sedang Arissa sedap menikmati, tiba-tiba, Encik Zaimee mananya soalan yang betul-betul mematikan selera makannya.

"Balik sekolah tadi pukul berapa dan buat apa sampai tidur pun tak mandi, tak tukar baju sekolah lagi? Buat apa?" Tanya Encik Zaimee sambil memandang tubuh Arissa.

Arissa tidak menjawab malah dia memberhentikan kunyahan dan menunduk memandang lantai. Tidak berani melawan kembali pandangan mata maut Encik Zaimee.

"Aris! Daddy tanya tu, jawablah! Kenapa susah sangat nak jawab? Ada emas tujuh keturunan dalam  mulut tu?" Perli Puan Irdina. Dia geram dan benci dengan sikap Arissa yang suka membisu apabila ditanya. Hendak dikata bisu, siapa yang menjerit tadi? Lagipun, memang dia benci akan Arissa. Bukan sahaja sikap bahkan orangnya sekali.

Melihat Arissa yang tidak memberi respon dan tetap sama kedudukannya begitu, Encik Zaimee pula yang naik berang. Jika diletak sumbu bom, pasti terbakar sekarang ini. Ingin sahaja dia bangun dan menampar Arissa namun, dipadamkan niatnya begitu sahaja kerana dia tidak boleh membuat Arissa menangis. Antibodi Arissa lemah. Apabila dia menangis atau terlalu berpeluh, badannya cepat kering yang akhirnya membawa kepada demam.

"Aris! Baik jawab soalan daddy. Jawab je soalan tadi. Tak marah pun kalau jawab," ucap Encik Zaimee lembut walaupun gunung berapi hampir hendak meletus.

"12.30 patutnya. Tapi Aris keluar pukul 12.45 sebab tertidur" jawab Arissa terapi masih tetap menunduk.

Setelah mendengar jawapan Arissa, Encik Zaimee berasa geram sedikit. Alasan yang menaikkan api amarahnya. Tidur. Tetapi dia sudah membuangnya jauh.

Setelah selesai makan, Arissa membasuh pinggannya sendiri dan terus bergerak ke ruang tamu namun, apabila teringat sesuatu yang mungkin boleh membuatkannya terseksa, dia membatalkan hasratnya. Sebab apa lagi jika bukan disebabkan Encik Zaimee? Encik Zaimee yang terlalu tegas, garang, jahat, straight, struggle dan perlu obey dengan semua peraturannya untuk Arissa. Jika melawan, pasti badannya menjadi mangsa.

Arissa terus bergegas naik ke biliknya dan terus menyiapkan kerja yang tertangguh. Yang pasti bukan kerja sekolah.

*****