PUAN Irdina membuat kerjanya. Hatinya tidak tenang lebih-lebih lagi apabila terlihat gambar Arissa yang dibingkaikan di atas mejanya. Entah kenapa dia rasa ingin balik sekarang untuk berjumpa dengan Arissa, satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
Sedang Puan Irdina mengelamun, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada orang membuat panggilan. Jantungnya berdegup kencang saat melihat nama Si Pemanggil- Arissa. Dengan perasaan yang berdebar, dia mengangkat panggilan tersebut. Ketika dia mendengar suara pemanggil itu lain dari yang lain, dia berasa tidak sedap hati. Suara seorang lelaki!
"Hei! Kau siapa?! Mana anak aku?! Apa kau buat kat anak aku?!" jerit Puan Irdina di dalam telefon yang membuatkan assistantnya masuk untuk melihat keadaan Puan Irdina.
"Sabar, puan. Saya hanya hendak memaklumkan bahawa anak puan terlibat dalam kemalangan dan dibawa ke Hospital Tengku Ibrahim ( cerita aku, dunia aku so, suka hati aku nak letak nama apa pun). Harap puan datang untuk berbincang berkenaan pesakit" kata suara itu lalu mematikan panggilan.
Puan Irdina sudah mula membajirkan pipinya dengan air mata. Betullah firasatnya mengatakan Arissa di dalam bahaya. Dia terus mengemas barang-barangnya untuk pergi ke hospital .
"Balqis, beritahu pada bos, saya ambil cuti hari ini" kata Puan Irdina lalu bangun untuk keluar dari biliknya.
"Tapi puan, kenapa?" tanya Balqis yang masih tidak faham situasi.
"Anak saya accident" balas Puan Irdina ringkas dan berlalu pergi. Dia mahu cepat. Boleh sahaja dia beritahu sendiri kepada bosnya yang merupakan juga suaminya tetapi dia tidak mahu mengganggu.
*****
"Why dia ambil cuti? Apa urusan yang penting sangat sehingga dia tak inform kepada saya sendiri?" tanya Encik Zaimee sambil menghadap pemandangan luar tingkap yang luas.
"Emm... She said... Her daughter accident and I think that... She go to the hospital?" jawab Balqis.
Encik Zaimee terus memandang Balqis untuk memastikan dia tidak pekak lagi dan untuk memastikan kata-kata Balqis benar.
Balqis yang faham akan maksudnya hanya mengangguk sekali untuk meyakinkan Encik Zaimee.
"Okay. You can go now" ujar Encik Zaimee lalu duduk di kerusinya. Kakinya mula berasa lemah dan nafasnya juga semakin berat. Entahlah. Macam menanggung rasa sakit yang teramat.
'Sayang kenapa buat abang macam ni? Sampai sayang ambil cuti pun perlu beritahu assistant? Why? Why? Why didn't you inform to me directly?' tanya hatinya sendiri. Dia bersandar malas di kerusinya lalu menyerabutkan rambutnya sendiri. Gambar Puan Irdina diambil dan diciumnya lama. Secara tidak sengaja, dia terlihat pula gambar Arissa ketika berumur 9 tahun yang sedang memeluk seekor kucing parsi bewarna hitam di antara celah-celah kertas kerjanya.
"Aris. Aku tak sayang kau dan tak juga terlalu benci. Tapi disebabkan kau buat adik aku kehilangan anak, aku benci sangat. Benci sebenci gunung berapi yang hancur. Don't worry, kau punya penderitaan tak lama dah. Tahun ni juga malaikat maut jemput kau" kata Encik Zaimee bersama senyuman sinisnya lalu meletakkan kembali gambar Puan Irdina dan gambar Arissa ditelangkupkan.
*****
"Nurse ada tak pesakit bernama Arissa Mikael?" tanya Puan Irdina secara cemas kerana memikirkan keadaan anaknya.
"Emm... Di wad kecemasan sekarang ni kerana keadaannya yang lemah" jawab nurse itu.
Sebaik sahaja mengetahui keberadaan anaknya, dia terus menuju ke wad yang dimaksudkan. Sepanjang perjalanan, hatinya tidak putus-putus mengatakan 'Arissa selamat'.
Sesampainya di wad tersebut, Puan Irdina duduk di kerusi yang disediakan. Sambil itu, air matanya juga menjadi penemannya di kala itu. Dia tidak bersedia lagi jika menerima Arissa tidak bernyawa. Dia masih lemah. Tidak kuat.
Seketika kemudian, seorang lelaki yang memakai kot putih keluar dari wad tersebut. "Penjaga kepada Arissa Mikael dan Tengku Aqzi Hazarie?" panggil doktor tersebut.
"Saya doktor" balas Puan Irdina lalu bangun dan menuju ke arah doktor. "Macam mana doktor?"
"Alhamdulillah, Tengku Aqzi tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk cuma dia hanya memerlukan rehat dan sudah dipindahkan ke wad biasa manakala Arissa... Dia kekurangan banyak darah. Puan boleh cari darah yang sama jenis dengan anak puan kerana kami kehabisan stok darah yang sama. Harap puan boleh cari secepat yang boleh kerana Arissa hanya boleh bertahan selama 48 jam" terang doktor itu dengan berhati-hati supaya tidak mengguriskan hati sesiapa.
"Jenis darah apa, doktor?" tanya Puan Irdina dengan laju dan berdebar-debar.
"O. O-. Darah ini hanya memerlukan yang sama jenis sahaja. O dan O+ tidak boleh. Emm.... Baiklah. Jika tiada lagi soalan, saya perlu pergi sekarang. Kalau puan hendak melawat, silakan. Saya pergi dahulu" ucap doktor itu dan berlalu pergi.
Selepas sahaja doktor itu pergi, Puan Irdina terus menuju ke wad yang menempatkan Arissa. Sebaik sahaja dia berjumpa, dia melangkah masuk dan duduk di kerusi yang berada di sebelah katil. Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila melihat anaknya berbalut sana sini. Kepala, tangan, kaki malah badan juga. Hampir 70%. Dia hanya menatap muka Arissa lama. Hatinya berasa sebak dan timbul penyesalan di dalam diri kerana selama ini membuatkan Arissa derita dan terseksa.
"Aris... Aris tahan, ya? Mama carikan penderma darah untuk Aris. Aris tunggu dan bertahan ya, sayang? Kuat demi mama. Mama sayang Aris" ucap Puan Irdina di telinga sambil membelai lembut rambut anaknya. Tiba-tiba, telefonnya berdering menandakan ada orang membuat panggilan. Tanpa melihat nama Si Pemanggil, dia terus mengangkat.
"Yes. She's okay but she didn't have enough blood. She need donater" balas Puan Irdina setelah Si Pemanggil menanyakan hal keadaan Arissa. Siapa pemanggil itu? Of course Encik Zaimee. Kan, Puan Irdina?
"Hishh... Senyaplah author" - Puan Irdina.
"Are you okay, baby?" tanya Encik Zaimee kepelikan.
Puan Irdina hanya membuat isyarat okay kepada Encik Zaimee. Yalah, video call so, tak payah buka mulut. Simpanlah emas banyak-banyak dalam mulut.
"Need any help?" tanya Encik Zaimee dengan suara yang menggoda? Romantik? Risau? Entahlah.
"Cari penderma darah untuk Aris. Jenis O negatif. Please be faster because she just can alive in 48 hours. Just two days. Please..." rayu Puan Irdina. Air matanya sudah mula bertakung di tubir mata.
"Aishhh... Please, please... Don't cry... But... I don't know where to find a blood's donater. Try to ask her friends. I'm sure her friends want to help her. I'm sorry baby. Try to ask her friends, okay? I'll hang out now. Bye, baby. Take care" kata Encik Zaimee lalu mematikan phonenya. Itu pun kerana dia perlu cepat kerana ada meeting. Jika tidak, dia boleh sahaja berbual lama lagi. Sepanjang perjalanan ke bilik mesyuarat, dia asyik terfikir tentang darah, darah dan darah.
*****
Sedang khusyuk Kyra membaca novel di wattpad, tiba-tiba, satu notification WhatsApp masuk mengganggu kekhusyukannya. Dengan perasaan malasnya, dia membuka WhatsApp yang datang daripada Zafirah.
Zafi
Babe,kata dalam group, siapa yang jenis darah o-, boleh tak jadi penderma kepada Arissa? Sebelum esok. Arissa accident dan dia kekurangan darah. Tolong ea tanya dalam group.
Kyra hanya baca sepintas lalu sahaja kerana mahu cepat menghabiskan cerita Suamiku Sedingin Salju. Sedang dia syok membaca, tiba-tiba otaknya seperti soket yang baru bersambung dengan plag. Dia terus kembali membuka WhatsApp Zafirah dan dibaca satu-persatu berulang kali.
"Aris... Aris accident! Dan dia nak darah! Aku darah AB. It's impossible to give her. Tak pasal-pasal aku dicop sebagai pembunuh" ujar Kyra sendirian sambil tangan ralit menghantar mesej ke group batchnya. Setelah selesai, dia terus kembali membuka Wattpad. Memang tidak boleh berenggang langsung.
Dalam beberapa minit selepas itu, mesej dari WhatsApp masuk berjela-jela namun hampa. Tidak ada satu balasan pun yang menggembirakan malah, yang dapat hanyalah yang negatif serta yang mengecewakan.
Farisha
Hmph! Padanlah muka budak sombong tu accident. Biar mampus terus pun tak apa. Aman sekolah.
Adelia
Yes. It's right, babe. Budak macam tu memang patut mampus. Bitch!
Afendi
Maaflah. Aku darah B+. Tak boleh nak tolong
Begitulah contoh kata-kata daripada rakan-rakan mereka. Yang perempuan, sibuk mengutuk itu ini. Lelaki pula, ada yang mempertahankan Arissa sehingga menjadi pergaduhan. Nasib baiklah Arissa tiada di dalam group ini. Jika tidak, mungkin habis lunyai dia mengerjakan siapa yang mengutuknya itu.
Kyra sudah berasa risau. Dia tidak mahu rakan baiknya itu pergi dahulu. Arissa bukanlah budak seperti yang dikatakan rakan-rakannya. Sangat berlainan.
Tiba-tiba, satu WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali, masuk.
019-914****
I think, i can help her. Jenis darah aku pun O- juga. Tak apa. Kau tak payah tahu siapa aku. Just bagi nombor ayah Arissa je. Nanti aku cakap sendiri.
Kyra terus memberikan nombor telefon ayah Arissa a.k.a Encik Zaimee. Dalam hati, dia berharap Arissa akan baik-baik sahaja.
*****