HARI ini, genaplah 4 bulan Arissa bersekolah di sekolah ini. Terasa seperti baru semalam masuk sekolah ini. Makin hari juga perangainya makin menjadi-jadi lebih-lebih lagi dengan budak gengster sekolah yang majoritinya pelajar lelaki form 4, 5 and 6. Namun, dia tidak pernah berasa gentar dan takut apabila berhadapan dengan mereka. Perangainya juga menjadi kerana tidak pernah dipanggil oleh guru disiplin dan pengetua. Itu pun kerana Arissa tidak pernah lagi membuli pelajar lain dan juga tidak mencedarakan sesiapa. Hanya kepada gengster-gengster sekolah tersebut itu sahaja.
Kringg! Kringg! Kringg!
Loceng kedua waktu rehat dibunyikan tanda bagi waktu rehat bagi pelajar menengah atas. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari keluar dari kelas dan menuju ke tempat yang memuaskan nafsu makan mereka. Ke mana lagi jika bukan kantin namun, tidak bagi Arissa. Dia tidak suka pergi ke tempat yang ramai orang apatah lagi jika dia tengah tiada kawan sekarang. Yeahh...walaupun 4 bulan sudah bersekolah, Arissa langsung tidak mempunyai kawan kerana dia jenis perempuan yang dingin dan tidak suka senyum tetapi sebenarnya mudah sahaja untuk berkawan dengannya. Ramai tidak mahu berkawan dengannya maybe kerana merasakan Arissa budak sombong? Entahlah...
Arissa pergi ke belakang blok sekolah walaupun itu kawasan larangan but, nak buat macam mana, kalau dah favourite, ke neraka pun sanggup. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terdengar seperti suara orang bergaduh. Melihat sahaja ada 5 orang lelaki sedang menumbuk seorang pengawas lelaki, dia terus menyorok di sebalik dinding. Lelaki itu semuanya tidak pernah dia sedar akan kewujudannya.
"Kau ni pengawas bodoh! Berani kau cuba nak bagitahu pengetua tentang aku? Hah?! Kau fikir kau ketua pengawas, aku takut ke?!" kata salah seorang lelaki tersebut lalu menyepak perut pengawas itu. Habis tersembur darah dari mulutnya.
"Euwww... darah dia kena baju aku guys... so, apa lagi? Belasahlah!" arah lelaki yang menyepak perut pengawas itu sebentar tadi. Mungkin dia ketua.
"Tolong... jangan... ja...jangan..."rayu pengawas itu perlahan. Dirinya lemah. Pasrah.
Arissa berasa takut dan ingin pergi dari situ tetapi berasa kasihan pula kepada pengawas itu tetapi dia tidak tahu hendak buat apa. Kelihatan 5 orang lelaki itu bukan calang-calang. Lagipun, dari segi fizikal, Arissa tahu dia akan tewas jika dia melawan sekali pun. Mereka semua lebih tinggi dan lebih besar dari Arissa. Tambah pula dengan badan yang tegap itu. Jadi, dia hanya menjadi pemerhati dan berfikir apa yang perlu dibuat.
Tiba-tiba, diri Arissa disergah oleh salah seorang dari pembuli tersebut. Dia dibawa lalu dipegang dan didudukkan di sebelah pengawas itu. Sempat lagi Arissa mengerling ke arah tanda namanya. Tertera nama 'TENGKU HARIS.'
"Hei budak. Berapa lama kau ada dekat situ? Dan kau nak apa? Try untuk report and then dapat nasib macam dia ni?" tanya ketua mereka, Huzairie lalu menunjal kepala Haris.
"Lama sangat sampai mampu untuk report awal-awal. Tapi, dah kena tangkap pula. Baru ingat nak jadi syaitan bertopengkan malaikat, jahat tapi tolong orang yang tak bersalah. Jadi, tak adalah orang fikir aku ni jahat sangat" balas Arissa selamba. Kemudian, dia menendang kaki Huzairie kuat dan memulas tangan orang yang memegangnya walaupun tangannya pun terpaksa terpulas sekali.
"Bapak sial kau pompuan. What the fuck?! Kau sedarlah kau tu kecil je. Berani kau nak lawan aku?" Kata Huzairie sambil tangan sudah diangkat dengan penumbuk.
"Apa tadi? Bapak sial? Memang bapak aku sial. Pahal? Ada masalah? One more, berani je aku nak lawan kau. Dah ramai orang macam kau kalah dengan kau. So? Fikir aku takut?" Jawab Arissa yang masih duduk dan cuba untuk bangun kerana 4 orang itu menyusahkannya. Terpaksa dia mendongak tinggi-tinggi.
Huzairie berasa geram. Dia terus menyuruh budak-budaknya membangunkan Arissa untuk dibelasahnya. Langsung tiada belas kasihan. Tangan dia laju meluru ke arah pipi Arissa.
Namun, siapa sangka. Arissa lebih pantas. Dia terus menarik salah seorang dari 4 orang yang membangunkannya tadi ke hadapannya yang menyebabkan lelaki itu yang ditumbuk. Terus lelaki itu jatuh terduduk. Well, diaorang tak buat apa-apa persediaan. Sebab tu, mudah je Arissa nak tarik.
Kemudian, Arissa menolak tubuh dan membengkes kaki Huzairie sehingga jatuh terbaring. Selepas itu, dia ingin menumbuk pula muka Huzairie namun, pergelangan tangannya pula dicengkam oleh yang lain.
Arissa ingin menggigit tangan lelaki yang memegangnya itu namun secara tiba-tiba dia diketuk dengan benda yang keras di belakang kepalanya yang akhirnya membuatkan dia pengsan.
*****
"Awak, awak. Bangun. Awak tak masuk kelas ke?" Kejut seseorang sambil menggerak-gerakkan sedikit badan Arissa untuk mengejutkannya.
Arissa sedaya upaya membuka matanya untuk melihat siapakah gerangan yang mengejutkannya itu. Terasa berat dan berpinar namun digagahkan juga. Akhirnya, dia dapat melihat seorang perempuan bertudung dan berbaju biru cair bersama seorang pelajar perempuan biasa. Kedua-duanya memandang Arissa. Pandang dengan pandangan yang pelik. Yalah, Arissa bersandar pada dinding belakang sekolah seperti tidur. So, diorang fikir Arissa ponteng kelas.
"Awak, sekarang ni dah pukul 11.30. Kenapa awak ada dekat sini?" tanya pengawas itu.
Arissa tidak menjawab malah dia berfikir kembali sebenarnya. Kali terakhir dia ingat, dia cuba untuk menumbuk seorang lelaki dan... kepalanya diketuk!
"Awak, awak okey ke? Awak sakit? Kalau sakit, jom saya hantar ke bilik rawatan" kata pengawas itu lagi.
Arissa mendongak kepalanya memandang pengawas tersebut dan pelajar di sebelahnya itu. Dia bangun lalu menolak sedikit pengawas itu dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua yang tercengang. Tanpa menoleh ke belakang lagi, dia terus berjalan sehingga tiba ke kelasnya. Nasibnya baik kerana guru yang mengajar subjek sekarang ini tidak hadir. Jika tidak, pasti Arissa sudah didenda. Guru disiplin kot yang mengajar. Masuk kelas 30 minit lambat pula tu. Naya hidup...
Sesampainya Arissa di tempat duduk, rakan semejanya terus menegurnya tetapi dia tidak terlalu melayan kerana rakan semejanya itu lelaki. Kadang, dia berasa rimas dan ingin sahaja membuatkan rakan semejanya itu menyesal kerana mengacau dirinya tetapi dipadam kerana tidak mahu lah dia membesarkan hal yang kecil. Boleh jadi gaduh adalah.
"Hey, what's wrong with you? Please answer it. I just want to know why you're late?" Kata rakan semeja Arissa itu dengan suara yang perlahan.
"Stop it, Haieqal! Kau tak perlu tahu apa-apa pun tentang aku! And stop use 'I' and 'you''! I don't like it! Understand?!" Tengking Arissa apabila dia sudah tidak tahan dengan semua pertanyaan Haieqal. Baginya, itu bukan sahaja tanya tetapi mengganggu privasi orang lain.
Seisi kelas memandang Arissa dan Haieqal. Gila tak terkejut dengan tengkingan Arissa yang tiba-tiba itu. Orang paling senyap yang tiba-tiba bersuara malah menengking, alien kot...sentiasa dipandang pelik.
Ada yang melihat, tersenyum, berbisik dan ada juga yang seperti marah kepada Arissa. Marah kerana Haieqal merupakan pelajar yang menjaga penampilan, handsome, ramah dan yang paling penting, kaya tetapi sayang, Haieqal mempunyai penyakit mudah lupa start dari darjah 6 kerana accident. Kadang, pelajaran yang baru dipelajari seminit lepas pun, dia lupa.
"Okey, okey. Aku tak tanya lagi. Sorry" ucap Haieqal lalu duduk di kerusinya dengan betul. Dia pun sebenarnya tidak menyangka yang Arissa akan marah sebegitu sekali. Selalunya Arissa akan senyap sehingga dia mengalah ataupun Arissa akan menjadikan tempatnya dingin.
Arissa menjeling Haieqal dengan pandangan helangnya dan tersenyum sinis tetapi di dalam hatinya, dia berasa dialah yang WIN! Sebab tak ada siapa lagi boleh ganggu dirinya Haha... I'm the win...
*****
Encik Zaimee berasa sangat geram kepada Arissa. Mana tidaknya, dia dapat tahu bahawa Arissa menumbuk orang di sekolah atau lebih tepat lagi... Bergaduh. Itu pun, dia dapat tahu setelah Arissa menceritakan kepadanya. Macam mana Arissa boleh cerita? Sebab... Encik Zaimee terlihat kesan merah seperti dicengkam di pergelangan tangan Arissa yang putih dan kurus itu. Lagipun, time balik sekolah, Arissa seperti hendak menyorokkan sesuatu daripadanya. Well, ambil beratkan? Lah sangat...
Puan Irdina yang berada di sebelah Encik Zaimee hanya merenung Arissa tajam. Ingin sekali dia menarik rambut Arissa yang menutup mukanya itu yang membuatkan dia tidak dapat melihat reaksi Arissa yang menunduk itu. Dengar ke, jelir ke, jeling ke, semua dia tidak tahu.
Arissa sudah berasa takut. Ingin dia berkata perkara yang sebenar namun, dia tahu Encik Zaimee tidak akan mempercayainya. Pasti dirinya juga tetap akan dihabiskan sebentar lagi. Dia pasrah dan redha. Lagipun, ia tidak berterusan. Hanya sehingga Encik Zaimee hilang marah sahaja. Tidak lebih dari itu.
"Aris, nak cakap apa-apa or nak bela diri or what else?" tanya Encik Zaimee lalu mengangkat sebelah keningnya tanda memberi ruang untuk Arissa bercakap namun, Arissa hanya menggelengkan kepalanya perlahan kerana dia tahu, Encik Zaimee tidak akan dengar. Mengurangkan air liur sahaja.
"Nothing?" tanya Encik Zaimee lagi meminta kepastian.
Arissa mengangguk perlahan. Dia sudah tahu apa yang bakal terjadi selepas ini dan dia sudah bersedia menghadapi apa sahaja.
"Okay... If this what you want... Go in to your room now!" kata Encik Zaimee tegas. Dia juga menolak badan Arissa sedikit supaya Arissa berjalan laju sedikit.
Selepas betul-betul memastikan Arissa masuk ke biliknya, Encik Zaimee pergi ke bilik stor untuk mencari sesuatu lalu terus menuju ke bilik Arissa.
Ketika Encik Zaimee masuk, dia melihat dengan jelas diri Arissa yang duduk sambil memeluk lututnya di atas katil dan menyembamkan mukanya pada lutut. Menangis? Entahlah. Arissa sahaja yang tahu. Encik Zaimee berjalan perlahan merapati Arissa lalu mengangkat mukanya kasar.
"Kau memang tak serik, kan budak kalau kena belasah? Aku dah cakap dengan kau, banyak kali. Bukan sekali. Kalau kau buli atau gaduh dengan orang, kau dibuang sekolah, dan aku akan halau kau dari rumah? Kau nak ea? Hah?! Aku bagi kau second warning ea ni. Kalau dah bagi last warning and you still do the same mistake... I will do what I said. For today..." Encik Zaimee menggantungkan ayatnya lau menghayunkan besi lembut yang mudah patah ke arah belakang badan Arissa. Dua kali dan patah.
"Arghh! Sakit! Sakit, daddy... Forgive me, daddy... Forgive me..." rintih Arissa lemah. Terasa seperti ingin patah tulangnya. Walaupun hanya dua ayunan, namun setiap ayunan itu kuat dan bilangan besi yang digunakan sebanyak 5 batang. Ditambah pula dengan libasan tali pinggang.
"Ouhhh... Tadi kata tak nak cakap apa-apa. Dah tu, kenapa kau minta maaf sekarang? Terlalu sakit? Heh?! Kalau gaduh dengan orang boleh tahan, kenapa kena pukul sikit tak tahan pula?" sinis Encik Zaimee lalu melibas lagi badan Arissa sehingga Arissa betul-betul lemah dan tidak bertenaga lagi untuk melawan. Lama-kelamaan, dia rebah.
*****
Arissa melangkah perlahan menuju ke kelasnya. Sepanjang perjalanan, dia hanya tunduk dan tidak membalas apa-apa jika ada orang menegurnya. Ada yang memandangnya pelik kerana Arissa lambat pada hari ini. Selama ini, Arissalah antara 50 orang murid terawal ke sekolah. Namun, dia tidak kisah.
Sedang Arissa berjalan, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang yang membuatkannya tertarik sedikit ke belakang. Dia berasa geram lalu menolehkan mukanya memandang insan tersebut.
"Who are you? And what do you want from me?!" tanya Arissa kasar. Dia tidak suka apabila dibuat begitu namun, apabila dia terlihat gerangan yang menegurnya itu, serta-merta dia jadi kecut. Pengawas yang dia tolong semalam. Dia nak suruh aku jumpa pengetua ke???
"What I want from you? You are late, right? Dan kau sedap-sedap je kan nak elak dari kena tulis nama dengan cara lalu celah-celah pelajar lain yang lambat. Kau fikir, aku tak nampak?" kata Haris lalu mengeluarkan buku catatannya. "What's your name?" tanyanya lagi.
Arissa hanya diam beserta mengerutkan dahinya. Betul ke ni mamat yang dia tolong semalam. Kenapa macam berani semacam? Arissa mengerling ke arah tanda nama Haris dan memang tertera nama 'TENGKU HARIS'. It's mean... He is?
"Okay... If you don't want tell me what is your name...terpaksalah" kata Haris lalu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Ianya sebuah purse bewarna hitam. Kemudian, dia mengeluarkan pula IC dari dalamnya. "Emm... Arissa Mikael. Patutlah perangai pun macam lelaki. Hmpphh!" kata Haris sambil membelek-belek IC milik Arissa.
Arissa terkejut. Itu dompet dan IC nya! Dia terus memriksa beg dan kocek bajunya dengan gelabah. Tiada!
"M...macam mana dompet aku boleh ada dengan kau? Kau curi ke, hah?! Baik kau pulangkan cepat sebelum aku report dekat guru disiplin. Pencuri" marah Arissa dalam nada yang perlahan.
"Reportlah kalau memang kau rasa aku ni pencuri. Hei, perempuan. Kau yang tinggalkan dompet kau dekat belakang sekolah, lepas tu, kau nak kata aku mencuri, lah? Dahlah. Aku tak ada masa nak layan perempuan gila macam kau ni. Nah. Ambil balik!" kata Haris sambil memasukkan kembali IC Arissa lalu mencampakkannya ke bawah dan berlalu pergi.
Arissa rasa bersalah dan ingin mengejar Haris untuk memohon maaf namun, apabila difikirkan kembali, dia tidaklah bersalah sangat. Betul tak readers sekalian? Tanpa menghiraukan lagi tentang pengawas ego itu, dia terus masuk ke dalam kelasnya kerana dia sudah lihat Miss Salina dalam perjalanan ke kelas.
*****