"Hah,malam semalam sangat seronok,hampir sahaja tadi malam aku habiskan daily harian game aku."ucap Adrien dengan riang padahal dia tidur 2 pagi semalam,bangun pukul 7 pagi untuk bersiap,7:30 baru nak pergi kesekolah tidak sarapan lagi.
"Eh,Runi mata kamu kenapa seperti panda,apa jangan-jangan kamu buat panggilan dengan boyfriend kamu sehingga lewat malam sebab itu mata kamu gelap di bawah mata."ia ketawa terbahak-bahak di depan Runi menunjuk dengan jarinya pada matanya seperti semalam ia lakukan untuk memalukan dirinya.
Syarisya pun menghulurkan facemask muka padanya."Pakainya dahulu,lambat lagi nak mula sekolah lagipun"
Runa pun mengambilnya dan memakainya.Ia terasa sejuk dan menyegarkan.
Syarisya seperti menunggu Runi berterima kasih tapi ia mendapat kertas kecil tertulis terima kasih.
"Masih tidak ingin berbicara?"
"..."Runi tertunduk sedikit kerana ia berasa bersalah kerana tidak menggunakan suaranya sendiri untuk menyatakan.
Syarisya memandang keluar tingkap kereta. Runi berasa ia memakainya cukup lama ia pun menyimpannya kembali ke atas papannya yang menjadi alasnya tadi.
Runi melihat cermin terkejut,gelap bawah matanya hilang.Produk apa yang dipakainya sehingga gelap bawah matanya hilang, selalunya ia mencuba perbagai cara untuk cepat hilangkannya namun tidak berhasil.
Ia baru memakainya 5 minit sekurang-kurangnya.
"Anak-anak kita sudah ingin tiba"
Pak cik Long atau namanya Rashak Darim. Dia adalah pengetua di sekolah yang aku akan pergi.Yah tentulah ayah aku pun memiliki saham sebahagian disekolah itu dan juga pemilik asal sebelum diberikan kepadanya.
Tiba-tiba satu mesej masuk.Ia dari Mr. Fiance.
𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘨𝘪.
🤗🥰
𝘉𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢,𝘣𝘢𝘨𝘶𝘴 𝘵𝘢𝘬?
𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢.
Kenapa harus beremoji pun dimesej.
𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢.
𝘉𝘢𝘨𝘶𝘴.
Setelah itu Runi pun mematikan telefon miliknya.Menyimpannya didalam beg galas sebelum ia keluar dari kereta.
"Pa,Sya nak ajak Runi pusing-pusing sekolah, boleh"cadang Syarisya sejurus ia turun.
Ia cadangan baik.
"Baiklah,tapi ingat waktu persekolahan kamu harus kembali kelas,sebab kamu sudah di tahun akhir."
"Baiklah"balasnya sebelum menarik tangan aku berjalan jauh menuju ke kantin.
Dalam perjalanan Syarisya menerangkan segala tentang sekolah itu,visinya,kurikulum dan pelbagai lagi.
Sebenarnya Runi tidak memerlukannya kerana ia sudah mendapat pelan sekolah itu dan ia sudah menghapalnya semalam.
"Ini pertengahan tahun dan kebiasaanya kelas 11 dan 12 selalunya akan adakan ujian olok-olok seminggu sekali.Ia adalah ujian paling susah jadi aku berharap kau dapat bertahan sepanjang 2 bulan ini."
Runi sudah bersemangat dengan ujian itu.
Syarisya berasa risau kalau Runi berasa berat kerana ujian olok-olok itu teramat susah ia sama seperti ujian peperiksaan seluruh negeri.
Tapi ia mendapati Runi lebih bersemangat dengan ujian itu.
(Bunyi loceng)
....
"Nampaknya,aku harus hantar kamu kelas terlebih dahulu"Syarisya menarik tangan Runi membawanya ke kelas 11 yang akan Runi masuk.
Kelas 11 AC.
"Ayah aku kata,kau akan dimasukkan ke kelas ini,kelas ini sangat sesuai untuk kamu melatih bersosial sama orang lain"
Runi melihat kelas itu seperti bukan kelas yang ia imaginasikan.
Sepatutnya mereka seperti orang-orang yang bersikap pelajar sekolah kelas atas.
Tapi sebaliknya...
"Semua,perkenalkan murid baru yang akan bersama kamu semua sepanjang tahun ini."
Runi pun masuk apabila ia dipanggil oleh guru itu.Pada saat ia didepan kelas,ia melihat Syarisya sudah pergi dan tidak ada lagi didepan pintu kelas.
"Perkenalkan nama kamu,hobi dan pekerjaan orang tua kamu"
Runi memusingkan tubuhnya dan menulis sesuatu di papan hitam menggunakan jari kerana fasilitas sini sudah menggunakan teknologi di panggil 'point finger' jari titik sejenis yang hanya menggunakan kode khas untuk para pelajar belajar tanpa menggunakan bahan yang boleh menghakiskan tenaga asli.
Runi Adelia Gerryan
"Baiklah,Runi boleh ambil tempat disebelah Aryan"guru itu menunjukkan tempat duduk Runi yang berada di ditengah-tengah kelas dan diantara yang paling tengah.
"Baiklah.....
Setelah habis sesi pertama sekolah,Runi memutuskan untuk pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelasnya.
Mengambil baju seragam sekolah.
Dengan pantas Runi berjalan keluar dari kelas tanpa memperdulikan kelasnya yang hiruk-pikuk dengan kedatangannya.
"Eh,tadi kau faham tak soalan sejarah tadi"
Kawan sebelahnya pun menjawab,"Mana aku tahu"
"Aku lihat budak baru tu berlagak macam ia tahu apa yang diajarkan geram aku lihat dia"
"Dah lah dapat duduk dengan ketua kita dan budak popular tu lagi tuh"
"Siapa,Runi tu kah?"tanya rakannya yang baru datang.
"Siapa lagi kalau bukan budak baru tu"
Jawabnya.
"Hey,nak perkenakan dia tak?"
Mereka semua serentak melihat beg milik Runi.Mereka mendekati beg itu dan melihat teliti.
"Beg apa ini buruknya,dah lah ada jahitan jenama Gucci"
"Tak sangka budak ni pun teringin nak pakai barang mahal sepeti barangan Gucci."
"Mari kita buka didalamnya"
30 minit kemudian.Runi datang kembali ke kelas seperti tiada apa-apa,namun apa bila ia baru ingin duduk ditempatnya.Ia terhenti.
Runi pusingkan tubuhnya ke arah beg dan membukanya.Ia meletakkan di atas meja pelajar di belakangnya dan mengeluarkan segala dalam begnya.
Runi melihat ada semacam cecair di dalam begnya.Ia adalah slime mainan lendir yang popular sebulan lalu.
Nampaknya aku harus menukarnya.
Runi berjalan mendekati tong sampah dan melempar buang beg itu.
Mereka yang melihat terkejut.Mengapa beg itu dibuang macam mana ia mahu bawa pulang buku yang ia akan dapat hari itu.
Runi menghantar mesej kepada seseorang. Tidak lama kemudian Syarisya datang ke kelas itu bersama Adrien.
Tadi ia bermesej seseorang kemudian ketua presiden datang kepadanya.Apa mereka ada hubungan rapat.
".....beg"kedua mereka terlihat terkejut mendengar suara Runi.
Apa yang dibicarakan?
"Runi mengapa suara kamu..?"Runi kelihatan sedikit sedih.Syarisya melihat tempat duduknya tiada beg galas yang digalas Runi pagi tadi.
"Siapa yang lakukannya?"Syarisya menanyakan hal itu tapi,Runi hanya menggeleng.
Runi memegang lengan Syarisya seperti memohon sesuatu.
"...beli...beg"ia cuba berbicara lagi tapi kedengaran sepeti tidak lancar dengan lebih jelas dari sebelumnya.
"Baiklah,dekat bawah ada koperasi,Adrien tolong belikan beg galas sekejap."Arahnya pada Adrien ia pun mengangkat sahut pengakap padanya dan berlalu pergi dengan senyap.
"Balik nanti kita pergi mall dekat bandar,atau Runi lebih memilih membelinya di online"
Baru sahaja Runi mahu jawab,Syarisya sudah menutup mulutnya dengan satu jari telunjuknya.
"Tulisnya di kertas ini,jangan paksa diri."