Setelah habiskan waktu 10 minit merenung Runi keluar dari tandas dengan badan lesu. Biarpun sudah berkali-kali ia membasuh muka letihnya hanya dirinya sahaja yang tahu.
Soal ubat yang diberikan oleh tunangannya sudah ia minum setiap kali ia mahu tidur dan kelihatannya ubat itu sudah berada setengah dari botolnya.
Siapa sangka kalau Runi boleh makan sebanyak itu.
Runi cuma berasa sangat terharu dan menghargai pemberian seseorang meskipun ia sering dikatakan gadis sombong yang penuh dengan hujanan wang.
Tapi siapa sangka Runi juga menyumbang duit itu kalau ada yang memerlukannya. Seperti kalau ia menjumpai kalau ada tabungan dari mall atau pasaraya biasa yang memerlukan bantuan dalam kewangan dari segi pembangunan,pemulihan dan sumbangan makanan,minuman dan pakaian.
Semuanya Runi lakukan dengan bantuan assistant yang tidak pernah tahu siapa dirinya dan hanya digaji dengan sekadar transfer online.
Namun pada saat ia sedang berjalan menuju ke kelas.Murid baru yang bernama Cieus Darwind berjalan menuju kearahnya.Runi ingat ia mahu pergi ke tandas kerana Runi berada sisi tandas lelaki.Tandas lelaki dan wanita tidak jauh mana.Cuma bersebelahan namun lelaki itu berhenti tepat dihadapannya dengan senyuman manis yang menurut Runi menjengkelkan.
Senyum yang penuh makna.
"Hai nama Runi Adelia,kan?"
𝘒𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘯𝘪 𝘵𝘪𝘣𝘢-𝘵𝘪𝘣𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘪𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶.𝘈𝘥𝘢 𝘩𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘩? 𝘬𝘦𝘳 𝘩𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘴. 𝘠𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘶 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘦𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘶𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘪𝘬.
Pada waktu yang bersamaan.
"Hoi, Adrien.Ada pak gate cari kau katanya kau lupa bayar tambang bas dan pakcik yang bawak bas datang tuntut."
Dihatinya:𝘏𝘢𝘪𝘴𝘩...𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘰𝘤𝘰𝘳 𝘩𝘢𝘭 𝘯𝘪 𝘬𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘬𝘤𝘪𝘬 𝘵𝘶.𝘔𝘢𝘮𝘱𝘶𝘴 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵.𝘒𝘦𝘴𝘢𝘭 𝘩𝘢𝘪𝘩...
"Em..." angguk Runi sebagai jawapannya.
"Macam ni aku panggil Adel macam mana?"
𝘈𝘥𝘦𝘭? 𝘛𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘮𝘢𝘵.
Runi menggeleng.No.
Tunang aku sahaja boleh 𝘥𝘦𝘤𝘪𝘥𝘦𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘮𝘦.
"Hm..kalau macam tu Runi,lah."
Runi mengangguk.
"Runi sudah siapkan kerja latihan bahasa Inggeris,tak?"
Nak mintak untuk menyuntiklah tu.
"Ada."
Setelah sampainya dikelas Runi pun memberikannya pada Cieus.Nampaknya Cieus nampak sedikit keliru.Ia tidak menyangka kalau Runi benar-benar habiskannya.
"Ah!..terima kasih." Entah kenapa ia tidak senang hati nak menyuntik segalanya.Kalau lihat dalaman buku itu ia sudah dicatit dengan perbagai note nota yang dari ketas petak kecil warna warni.
Dari soal paling susah sehingga paling (KBAT).
Ditelannya ludah besar apabila ia tidak tahu kalau Runi sudah mempelajari matapelajaran sebegini rupa.Ia cuma mengagak kalau Runi hanya menyotek orang lain namun sebaliknya ia kerjakan semua soalan itu sendiri.
𝘎𝘪𝘭𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘴𝘪𝘭 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘢𝘳 ucapnya dalam hati.
"Runi!" Jerit Adrien yang tiba-tiba muncul dipintu kelas Runi.
Runi pun mendekatinya lalu Adrien pun dengan suara sedikit bisik berkata kepadanya.
"Kak Runi, aku perlukan duit sedikit boleh dalam 60 sen macam tu."
Runi pun mengerti dan ia pun mengeluarkan sejumlah 50 sen dan 10 sen dari dompet kecil yang ia menyimpan duit syiling kalau ia perlu sangat.
Setelah mendapatkannya Adrien pun berterima kasih lalu berlari menuju ke pondok gate sekolah.
Runi tidak faham kenapa ia harus berlari seperti tiada hari esok.
Kembali ketempat duduknya yang kini terasa lebih tenang.Yah waktu sudah lapang kerana kebanyakan orang sudah pergi ke kantin untuk membeli makanan.
Runi tidak lapar dan lagipun selepas waktu pulang ibu Syasya dan Adrien akan masak untuk mereka.
"Um...Runi?" panggilan Cieus membuat Runi memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu yang berada ditempatnya.
"Kamu kenal anak pengetua?" Runi mengangguk."Oo..." dibiarkan mulutnya muncung sambil menyambung menyuntik.
Hairan juga Runi apabila murid baru seperti Cieus boleh mengenal Adrien.Siapa Cieus kepada mereka?
Sepulangnya sekolah sepeeti biasa Runi akan pulang bersama ayah saudaranya.Namun kali ini ia berada disisi dengan Cieus.Terlihat ia juga menunggu dipondok gate bersamanya tapi siapa yang menjemputnya? Kenapa rasanya tidak enak ya?
Aku sudah mengagak sudah apabila aku melihat ia terlebih dahulu menaiki kenderaan Fort Mustang hitam itu sebelumnya menaik sekali.
Rasanya sangat ackward kerana aku boleh lihat Cieus cuba untuk bertanya.
𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘬𝘶!
𝘛𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘶!
Dan yah! Aku cuba untuk mengelak darinya tanpa alasan yang kukuh.Aku risau kalau ia berfikir aku ini tidak rasa malu menaiki kenderaan milik pengetua yang merupakan saudara kepada ayahnya.
Melihat aku tidak banyak cakap ia pun kembali senyap sehingga kita semua tiba dirumah.
Setibanya didalam rumah, Cieus antara orang yang paling dijemput dengan mesra oleh ibu kepada dua adik beradik itu.
"Cieus Darwind,kamu datang melawat makcik atau datang nak menginap rumah makcik?" tanyanya yang sambil menyambut budak itu untuk dipeluknya erat.
Wow rasanya baru beberapa hari lepas ia menyebut dirinya aunty.Sekarang jadi makcik pula.
Adrien menempis perlahan lengan Runi. Tiada maksud kekerasan melainkan tanda nak perhatian.
"Dialah anak konglemerat tentera, yang merupakan tuan muda sejurus itu anak saudara jauh mak kitaorang." jelas Adrien.
Syasya sambung.
"Memang kedengaran macam orang dari keluarga kaya tapi kalau nak tahu dia tak pernah ada duit simpanan sendiri macam bank dan tabung.Pegang duit pun tak melainkan kad hitam yang diberikan oleh datuknya sendiri."
"Anak konglomeratlah katakan."
𝘒𝘰𝘯𝘨𝘭𝘰𝘮𝘦𝘳𝘢𝘵? 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯...
"Makcik,siapa Runi Adelia kepada makcik?" tanya Cieus yang sedar dari tadi dan hanya cuba bertanya dikepalanya.
"Hanya anak saudara dari belah suami makcik." jawabnya jujur.
Runi tidak ada waktu untuk melayannya lalu ia terus menuju kebiliknya.
Ia sedar satu tatapan mata yang melirik tajam kearahnya dengan dingin.Ia tidak begitu menyukai kehadiran Runi.
Siapa sangka kalau bumi sangatlah kecil sampai musuh sendiri pun juga adalah saudara.
"𝘚𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨?"
Seperti biasa tepat jam 2 petang tunangnya akan sibuk untuk bermesej dengannya.
"𝘚𝘶𝘥𝘢𝘩."
"𝘋𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯?"
"𝘋𝘢𝘩."
"𝘚𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘯𝘥𝘪?"
"....𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮."
"𝘑𝘢𝘮 3 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘮𝘱𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘬 𝘙𝘢𝘴𝘩𝘢𝘬.𝘖𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘭𝘪𝘯𝘨."
Dan mesej itu berakhir dengan ayat itu. Ditatap oleh Runi begitu lama.Tak lama kemudian satu letusan kecil keluar dari kepalanya.Bum.
Merah telinganya.