Chereads / Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 5 - Hampehlah Kau Ni Mir!

Chapter 5 - Hampehlah Kau Ni Mir!

"Kau dengar tak?"Aku mencuba untuk bersuara...

Borhan tercengang melihatku, bagaikan aku ini sesosok alien.Aku mengangkat kening kananku,dan suara itu kudengar memanggil lagi. "Dengar apa,Mir?"

"Amiir..Amiirr.." kedengaran suara itu memanggil lagi.Aku meramas-ramas kepalaku dan fikiranku mulai gusar.Borhan yang tercengang tadi kulihat mulai bangun perlahan-lahan ke arah suis lampu yang terletak bersebelahan dengan tingkap.

"Han..! Janganlah tutup suis tu!"Aku berbisik keras,meminta Borhan untuk tidak menutup lampu kerana aku sebenarnya takut dan benci dalam kegelapan.

"Ish,biarlah bah,silau!Indak bah juga Mir,bangun juga aku,"dia memberiku rangsangan lantas jari telunjuknya pantas menekan suis lampu.Keadaan mulai gelap-gelita.Aku terus mencapai telefon bimbitku yang aku cas tadi lalu kuketik aplikasi YouTube dan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an.

Asyik aku mendengar alunan indah itu, tiba-tiba ada satu pemberitahuan melalui telefon bimbitku;pelan internet aku sudah luput.Aku sungguh kesal.Tanpa mendengar ayatul kursi yang kudengar tadi,hatiku mulai berdegup kencang.Aku menarik nafas panjang.Mencuba untuk menutup mata,namun perasaanku sangat tidak enak.Aku berpaling kearah kanan dan alangkah terkejutnya aku..!!

Ada lembaga berwarna hitam yamg sedang duduk mencangkung membelakangkan aku di suatu sudut berhampiran almari!Aku mahu berteriak apabila lembaga itu berpusing perlahan-lahan,atau harus kukatakan,hanya badannya sahaja yang berpusing menghadapku.

"Allah...."mulutku begitu berat mengucapkan apa-apa,terasa seperti ada sesuatu yang seolah-olah mengunci mulutku.

Aku bingkas bangun kearah katil Borhan lalu kugoncang kuat bahunya.Ah,dia tidur mati! Lalu,aku pergi pula ke atas katil Raffli dan lega sedikit sebab dia masih pula berjaga walaupun keadaannya yang agak aneh,dia hanya merenungku tatkala aku meminta pertolongan dengan mulut yang terlongo mengatakan," Jangan bang, jangan!"beberapa kali.

'Lembaga' itu kulihat perlahan-lahan pergi ke arah kaki Borhan,dan kukunya yang panjang itu mengusap kaki kiri Borhan.

Aku melaung keras.Kali ini belenggu yamg mengunci mulutku itu sudah terlepaskan."Haan!!!"