Chereads / Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 11 - Jangan Beritahu Mereka, Fizan!

Chapter 11 - Jangan Beritahu Mereka, Fizan!

Borhan yang sedang sibuk membuat penerangan,tidak ku endahkan akibat terfikir akan Raffli,Areesa Sofea dan juga jelmaan arwah pelajar yang dikatakan Nizam sebentar tadi.

"Mir!" Aku begitu tersentak tatkala Borhan hampir sahaja menjerit ke arah telingaku.Aku lantas tersedar lalu terpinga-pinga melihat ke arah Borhan yang memandang aku dengan kesal.

"Kau sebenarnya kenapa ni, Mir? Kalau kau ada masalah, share-share la,"Nizam A'ziz merenung wajahku. Aku mengetap bibir.Sulit juga untuk aku perjelaskan semuanya kepada Nizam dan Borhan.

"Huh.. Susah aku nak jelaskan doe. Susah!"aku melepaskan keluhan.Borhan yang tadi membuat penerangan,datang menarik kerusinya k sebelahku.

"Indak apa Mir.Kami ni kawan-kawan kau.Indak payah lah kau berahsia-rahsia bah,"tutur Borhan.Aku menghela nafas.Bingung juga rasanya aku.Sudahku janji pada Areesa Sofea,untuk merahsiakan tentang perihal perkenalanku dengannya.

"Hmm..Sebenarnya-"baru sahaja aku hendak menuturkan segalanya,aku merasakan sesuatu yang terasa aneh seperti ada tangan yang begitu menarik kakiku dengan kasar.

"Ah!"aku berteriak dan terbeliak biji mataku melihat 'sesuatu' dengan rupa yang menyeramkan di bawah meja menarin kakiku sambil tersenyum sinis.Kulihat,mulut 'makhluk' itu seolah-olah dikerat sehingga ke telinganya.

"Mir,Mir!!"Nizam A'ziz dan Borhan memegang tubuhku yang mulai kaku.Aku kehilangan daya menahan diriku.Hampir sahaja tubuhku terhenyak menyentuh bumi.Mujurlah,Nizam A'ziz dan Borhan secepat mungkin memegang tubuhku.

Ketika suasana hiruk-pikuk,aku terlihat kelibat Areesa Sofea bersama-sama Raffli memdekatiku di belakang Ustaz Hafizal yang baru tiba.

" Jangan beritahu dia,Fizan.."bisikannya jelas ku dengari.Kulihat Raffli tersenyum.

Setelah itu,aku sudah tidak sedarkan diri lagi.