Chereads / Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 9 - Syak Sesuatu

Chapter 9 - Syak Sesuatu

"Ahhhhhhhhhh!!!" Baru sahaja aku mencapai tingkat bawah,aku terdengar jeritan histeria seperti suara seorang perempuan yang cukup kuat di dewan makan asrama.

Apalagi,aku pun buka langkah aku berlari ke arah sana. 'Siapa yang berteriak itu dan kenapa agaknya?'fikirku

"Zam,kenapa tu?" Tanyaku kepada salah seorang pelajar yang sekelas denganku, Nizam A'ziz.Nizam kemudian mengatakan dalam keadaan berbisik,"Shhhh,si Halimah,kena rasuk!"

'Halimah?Bukankah c Halimah itu adalah seorang pelajar yang berketurunan Jawa Indonesia yang kononnya pandai berkomunikasi dengan makhluk halus?'benakku rusuh penuh pertanyaan.

"Yakin ke yang dia kena rasuk Zam?Manalah tahu,dia kan pandai berkomunikasi dengan 'benda-benda' tu...?" Nizam terdiam mendengar kata-kataku."Boleh jadi,Mir."

"Kamu siapa?"Ustazah Rohana mendekatkan bibirnya ke arah telinga Halimah.

"...." Sebaik sahaja Ustazah Rohana mengucapkan perkataan itu, terasa seperti bulu romaku merinding kerana Halimah memandangiku sambil tersenyum.

Pelajar-pelajar serta Ustazah Rohana yang menyedari pandangan Halimah tertumpu ke arahku memandang aku dengan pandangan yang tercengang.

Aku...Terasa sesuatu yang aneh pada diriku.Seolah-olah sesuatu mengawal tubuhku untuk membalas senyuman Halimah dan mengatakan,"Jangan beritahu dia,".Setelah itu,aku tersedar dan aku rasakan kepalaku pening dan mulai pandanganku semakin kabur.Lama-kelamaan,aku sudah tidak melihat apa-apa lagi.

[({p/s: Bukan dia mati ahh😂 Pengsan seja..Mau tau kenapa dia pengsan?Sebab terpesona menengok senyuman c Halimah.Hehe, (gasp) just kidding 😋😉😂})]

__6:17 petang__

Aku tersedar.Ku lihat hanya Borhan dan Ustaz Hafizal yang berada di sisi katilku. Borhan memandangku dengan ketakutan.

"Ergh..."Aku mencuba untuk bangun,namun ditahan oleh Ustaz Hafizal.

"Alhamdulillah... kamu dah bangun.Rehat dulu Amir.Kamu baru sahaja menyedarkan diri.Rehatlah,"Ustaz Hafizul memandang aku dengan lembut.Terasa rindu pula dengan ayahku yang seiras dengannya.

"Terima kasih,ustaz,"ucapku walaupun keadaan terasa janggal.Ustaz Hafizal mengangguk lalu pergi.

Aku yang baru tersedar memandang Borhan yang merenungku dengan raut wajah yang ketakutan."Han..? Asal kau pandang aku macam kau nampak hantu doe?"

"Kau yang kenapa menengok aku macamtu? Aku mau tanya kau lah ni astaghfirullah," kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Borhan itu membuatku hairan.

"Kau ni dah kenapa Han?"aku merasa sesuatu yang tidak kena.Borhan seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu dari aku.

"Sudahlah,indak payah lah kau banyak cakap.Kau minumlah dulu air ni,"dia menghulurkan sebotol air mineral yang ditinggalkan oleh Ustaz Hafizal tadi.

Tanpa berkata apa-apa lagi,aku lantas meminum air itu dalam seteguk dua teguk.Usai itu,barulah aku menarik nafas panjang.

"Han,Raffli mana?"tanyaku,sengaja membuka ruang perbicaraan tatkala keadaan sepi sahaja dari tadi.

"Belum datang lagi..Dari tadi aku indak nampak budak tu,"Borhan duduk di katilnya sambil membuka permainan dalam talian.