Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Nera Azarena [Remastered 2020] - Trilogi Yang Pertama : Kerana Takhta

🇲🇾MF_Omar92
--
chs / week
--
NOT RATINGS
23.3k
Views
VIEW MORE

Chapter 1 - Rencana Peralihan Kuasa, Bermula!!!

          Ia bukan satu perkara yang mudah untuk di lakukan tanpa bersusah-payah, tetapi ianya harus di laksanakan dengan berjaga-jaga; memandangkan kehuru-haraan yang melanda di seluruh Bandaraya Elfa-Dera pada masa yang sama dengan hari pertabalan Lorza Kelima Ratus Lima Puluh Lima sebagai Maharaja Boaa Pertama telah banyak mengorbankan ratusan juta nyawa rakyat biasa yang tidak berdosa. Aku tahu, bukan aku sahaja berfikiran sebegitu rupa. Tetapi perkara ini perlu di lakukan secara rahsia supaya tidak menjadi satu perihal yang akan mendatangkan lebih banyak masalah yang lebih rumit lagi membebankan semua pihak yang bersangkutan di antara satu sama yang lain. Itu hemat dari diriku.

          Seperti kebanyakan orang dan juga masyarakat awam, aku tidak merelakan pembantaian sebegini cara. Ini bukan penyelesaiannya, apatah lagi kita sebagai sebuah negara yang punya kedaulatan dalam perlembagaan pemerintahan. Sudah pasti, ini menjadi satu cemuhan panjang yang tidak akan pernah berhenti walaupun hanya untuk sekali dan ianya merupakan penghinaan yang menyedihkan.

          Bagaimana hendak aku simpulkan semua ini menjadi satu jawapan yang pasti sedangkan aku sendiri tidak tahu berapa lama perkara sadis ini harus berterusan seperti begini? Sedih?? Sudah pasti aku sedih. Kecewa??? Ya, aku memang sungguh kecewa kerana aku tidak dapat melakukan apa-apa. Terasa aku seperti tidak berguna. Namun apakan daya.

          Di dalam keheningan itu, aku cuba untuk berfikir dengan lebih jauh lagi; apakah tindakan yang perlu di lakukan selepas ini. Tanpa aku sedari, aku di datangi oleh seseorang secara senyap-senyap. Belum sempat aku mengalihkan perhatian, dia menerpa aku dari arah belakang membuatku hampir melompat dari tempat duduk dek kerana terkejut.

          "Erza!!! Ish, nasib baik aku tak sakit jantung…"

          Perempuan yang aku panggil dengan nama Erza itu tertawa kecil melihat aku dalam keadaan sebegitu. Dia yang segak berpakaian ala kepimpinan tentera cuba untuk menenteramkan aku yang masih lagi kegeraman. "Cik Muda, jangan la macam ni; saya gurau ja… Maafkan saya, ya???"

          Aku membungkam dengan nada yang kurang senang dan itu membuatkan Erza, atau panggilan rasminya; Leftenan Mejar Jeneral Erza tersenyum seolah-olah menyindir aku dalam keadaan sebegitu. Belum sempat aku memulakan bicara, dia menyambung; dalam nada bersahaja.

          "Jauh Cik Muda mengelamun… Fikirkan apa tu???"

          Aku membalas pantas dengan nada malas lagi ringkas.

          "Kalau aku beritahu kau pun, belum tentu kau dapat mengurangkan lagi beban yang aku fikirkan…" Muka Erza yang sangat lawa itu berubah menjadi sangat masam mencuka. Dia seolah-olah berfikiran yang aku tidak mempercayai dirinya. "Ya la kan, kau tahu; apa yang sedang berlaku di tanah air kita ini?"

          "Tu sudah tentu…"

          "Sampai bila kita nak biarkan perkara ini terus terjadi??" Erza terdiam dengan kata-kataku. Lalu cuba untuk membalas semula apa yang di pertanyakan kepadanya. "Tapikan, Cik Muda ada kedudukan; gunakan kedudukan itu untuk menyatakan ketidakpuashatian Cik Muda terhadap mereka… Bagaimana???"

          Aku termenung sejenak lalu mengeleng kepala tanda menidak. "Takkanla, Erza…"

          "Kau tahukan, mereka tu bagaimana… Sudah aku duga, mereka tidak akan mudah untuk tunduk dengan rundingan dan kecaman sebaik itu…"

          "Jadi, Cik Muda nak guna cara kekerasan? Itu yang Cik Muda cuba maksudkan???"

          Aku tidak mengangguk dan juga tidak menggeleng dengan pertanyaan Erza itu. "Kalau itu hendaknya, saya akan turutkan…"

          Dia memberikan satu tabik hormat, lalu mengaturkan langkah kanan untuk pergi meninggalkan aku sendiri. Aku dengan serta-merta menghentikan pergerakannya itu dan Erza membatu di situ sambil menghadap wajahku. "Kau jangan jadi bodoh; Erza, memang aku punya kedudukan tapi jangan kita dedahkan rencana kita; itu akan merbahayakan semua pihak…" Dia mengeluh.

          "Peralihan kuasa bukan boleh di nyatakan dalam terang-terangan… Aku tidak berniat untuk menjatuhkan Kepimpinan Beraja, aku cuma mahu mereka yang di atas kita ini cuba fikirkan yang terbaik untuk semua rakyat jelata yang berpayung di bawah naungan mereka… Itu saja… Jelas bukan kenyataan aku kepada kau, Erza??" Aku tanya Erza.

          "Saya mengerti Cik Muda… Apa yang Cik Muda katakan, ada benarnya… Maaf kerana saya terikut-ikut dengan emosi tanpa memahami situasi yang kita semua sedang alami sekarang ini…" Aku memberikan senyuman manis lalu memegang bahunya, tanda mengerti. "Ini baru Erza yang aku kenal… Kitakan sama-sama membesar; seharusnya kita sama-sama saling memahami…"

          Erza tersipu malu dengan ujaranku itu. Wajahnya yang putih melepak itu berceloren dengan warna merah di kedua-dua belah pipinya yang gebu. Entah kali yang ke berapa aku melihat dia dalam keadaan sedemikian. Mahuku berketawa, tidakku berdaya; jadi aku senyumkan saja. "Erm, Cik Muda…"

          "Apakah tindakan kita selepas ini???" Tanya Erza.

          "Kita tunggu dan lihat… Aku tidak mahu kita tersalah percaturan… Kita bukan berlawan dengan satu pihak tapi dengan pelbagai musuh di segenap penjuru… Apa-apapun Erza, kita akan sambung perbincangan ini di lokasi rahsia kita di Hutan Rimba Falta… Aku tak merasa aman di sini…"

          "Menurut perintah…," balas Erza seraya pergi.

---

          Di suatu tempat yang sangat terasing dan tidak di kenali oleh ramai orang, kelihatan beberapa pemimpin terkemuka sedang bersidang di sebuah rumah usang bertemankan lampu lemak haiwan yang menerangi seluruh ruangan sidang yang gelap kelam itu. Dari persidangan mereka itu, kelihatan ada beberapa hal mustahak ingin di perbincangkan antara mereka.

          Dari sipi-sipi persidangan itu, mereka mengutarakan pelbagai masalah berkaitan politik dan kestabilan negara yang berada di tahap yang sangat membimbangkan. Ada di kalangan mereka menyatakan, pertabalan Lorza sebagai Maharaja hanya menambahkan lagi masalah dan bukan menguranginya. Mereka yang di sertai beberapa orang berkepentingan dalam kerajaan dan pemerintah meneruskan lagi perbincangan.

          "Kita semua harus segera memulakan rencana peralihan kuasa... Ini sahaja cara untuk kita tamatkan segala ketidaktentuan yang telah berpanjangan sejak sekian lama... Jika perlu, kita boleh turunkan Lorza dari takhtanya; andai itu sahaja pendekatan terbaik yang dapat kita lakukan bersama..." Kata seorang lelaki yang berumur dan kelihatan agak berpangkat besar.

          Ujaran lelaki berumur itu di persetujui oleh kebanyakan ahli sidang dengan memberikan anggukan kepala. Menurut apa yang di katakan oleh orang tua itu, ada benarnya di benak fikiran mereka semua. Jika sekarang menjadi masa untuk membantah kesepakatan di antara satu sama lain, itu lebih merugikan usahasama yang telah mereka sebulat-suarakan.

          "Sebaik rencana peralihan kuasa ini bermula, kita akan pastikan; sistem pemerintahan beraja yang kita amalkan akan di hapuskan buat selama-lamanya!!!" Semua hadirin dan hadirat bersorak dengan satu nada yang sama dengan telahan orang tua itu. Nampaknya mereka tidak bermain kata. Itu sahaja sudah membuktikan bahawa agenda mereka akan terlaksana jua.

Bersambung...