Seperti yang sudah aku ketahui, sememangnya aku sudah di jadikan buruan utama setelah Erza di berkas di tangan Majlis Tentera. Sepakatan baru yang telah aku dan Putera Raan sepakati menjadi rahsia di antara kami. Walaupun apa yang akan terjadi nanti, perjuangan yang aku sedang usahakan ini takkan sesekali pernah berhenti!!!
Cuaca di waktu padakala ini kelihatan agak mendung dan sinar Sang Mentari pagi berselindung di sebalik tebal gerak gerombolan awan yang kelam. Keseorangan di taman permainan ini, terhuyun-hayan aku di buaian; aku cuba mengenangkan kembali segala detik indah yang tercipta semasa aku membesar di zaman persekolahanku pada suatu masa dahulu.
Waktu di mana aku di pertemukan dengan beberapa kenalan termasuk anak Ratu Irian Kelapan yang sangat aku kagumi itu. Siapa lagi kalau bukan Raan yang tampan lagi berpengetahuan. Dia yang aku tahu, memang suka bermalasan di dewan pembelajaran manakala aku pula suka bersendirian di ruang perpustakaan menelaah kesemua bahan bacaan.
Menghairankan, tiap kali keputusan peperiksaan kami terima; aku dan Raan sentiasa berada dalam kelompok lima terbaik dari keseluruhan tingkatan. Manakan tidak, dia yang suka mengelat mendapat tempat pertama dari kesemua pelajar terbaik yang ada hingga kami berdua sering menjadi rujukan teman-teman jika mereka terlepas sesi pembelajaran.
Dalam ketidaksedaran aku, teriang-iang di cuping telinga namaku di panggil dari jauh dan aku mengenali suara itu. Seraya itu aku terjaga dari lamunan. "Ada apa, Lylia???" Orang Kaya-Raya Lylia yang tercungap-cungap mendapatkan udara setelah berlari menyambung semula kata-kata.
"Perwakilan dari Ishta ingin berjumpa..."
"Di mana???"
"Taman Bunga Tetra..."
"Baik, Lylia; aku segera ke sana..."
Setiba aku bersama Lylia di Taman Bunga Tetra, kedatangan kami berdua di sambut dingin Perwakilan Ishta yang sudah menunggu untuk bertemu kesekianan waktu. Ketua delegasi dari negara berjiran itu mendatangi aku; mengalukan kami berdua segera untuk berbincang. Aku tidak tahu dan mungkin juga mereka apakah hasil yang dapat di persetujui.
Memang aku sebagai bekas Menteri Keselamatan dan Hal-ehwal Dalaman Arthna sudah masak dengan negara Ishta ini. Mereka seringkali timbul bila sebarang isu besar berlaku dan sering tenggelam bila Arthna dalam keadaan stabil baik ekonomi mahupun politik. Tanpa sebarang pengangguhan, aku teruskan pertanyaan kepada mereka semua. "Apakah urusan penting kalian terhadapku???"
"Kami semua datang kemari untuk memenuhi arahan rasmi dari Presiden Meira seperti yang beliau inginkan... Jika kita boleh bersepakat, Ishta sedia menghulurkan bantuan seperti yang di mahukan Cik Muda dari kami tanpa sebarang pensyaratan..." Memandangkan aku sudah tiada apa-apa dengan Arthna; ini menjadi satu perkara yang amat mencurigakan. "Beginilah kalian..."
"Kecil telapak tapak tangan, selebar daun nyiru aku tadahkan... Aku tahu niat kalian baik, cuma...
"Ini bukan masa yang bersesuaian untuk kalian turut campur tangan dengan perkembangan semasa dalaman Arthna..." Perwakilan Ishta itu agak terasa bila aku menekankan perkataan 'campur tangan' dengan tegas kepada mereka semua.
"Kalau begitu; baiklah, Cik Muda... Dan ingatlah; Ishta sentiasa menanti keputusan dari Cik Muda..." Delegasi Presiden Meira itu segera mengaturkan langkah pergi meninggalkan aku dan Orang Kaya-Raya Lylia berduaan.
Lylia masih tidak percaya apa yang dia dengar dan dia sudah tahu kedudukan aku sekarang. "Kini hanya menanti masa saja, Lylianaylaniana..."
Orang Kaya-Raya itu membatu.
---
Kesepakatan yang telah di sepakati oleh kebanyakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Arthna telah membulatkan keputusan muktamad bahawa Lorza Kelima Ratus Lima Puluh Lima harus di turunkan dari takhta pemerintahan untuk menamatkan sengketa yang telah berlanjutan untuk beberapa darsawarsada. Cuma, masih ada halangan yang membuat mereka berada dalam satu dilema keraguan.
Jika mereka semua mengusulkan sembah laknat untuk menjatuhkan Maharaja Boaa Pertama itu; berapa ramai rakyat jelata yang akan turut serta untuk menjayakan perancangan mereka??? Sekiranya perlu mengangkat senjata, mereka sudah bersiap sedia untuk menghadap pemerintah utama negara itu. Di situ sahaja terlihat perpecahan antara dua kelompok berselisih pendapat sesama mereka.
Walaupun begitu, semua perselisihan tidak memberi sebarang indikasi bahawa tujuan utama mereka itu sudah berada di kepincangan renca pelaksanaan. Sepakatan yang telah di sepakatkan sebelum ini harus tertunai, jika boleh; secepat yang mungkin. Kesemua mereka bagai bermain tali dalam jurai jerami. Tali-temali tak seharusnya putus dan jejerami takkan pula bersepahan.
Kelicikan rencana mereka semua itu tiada siapa yang menyedari baik dari kalangan pihak diraja mahupun dari kalangan rakyat marhaen yang berada di luar sana. Dalam kesamaran huru-hara yang mulai mereda, komplot mereka untuk menggulingkan Lorza kelihat makin ketara dari semasa ke semasa. Di tambah pula dengan tiadanya pengkhianat; Nera Azarena.
Memudahkan lagi agenda mereka terealisasi untuk menjadi nyata dengan lebih senang tanpa penentangan hebat dari pihak yang punya sama kedudukan, pengaruh dan sokongan yang kuat untuk mengubah perspektif rata-rata warganegara. Bagi mereka, ancaman dari Cik Muda Bekas Menteri itu tiada guna untuk di risaukan. Itu menjadi satu keberuntungan yang besar.
Orang Tua yang mengepalai perancangan untuk membuang Sistem Raja Berpelembagaan yang sangat di sanjung tinggi itu mula menunjukkan peranan pentingnya berdepan dengan sistuasi yang makin terkawal pada masakini. Dia sudah semestinya tahu, jika bukan sekarang; bila lagi untuk dia dan para pengkomplot untuk mengambil kesempatan yang sangat berharga seperti ini.
Bergerak dalam penyamaran di antara orang penting Arthna dan juga pembelot untuk menyegerakan Pelan Induk Pengstrukturan Semula Pentadbiran Negara; Orang Tua itu bagaikan jembalang yang tidak siapapun tahu apa yang dia mahu. Melihat dari sudut kerakusan serakah untuk menjayakan kehendaknya semata jelas menunjukkan dia hanya pedulikan kroni dan diri sendiri.
Dengan umur yang mencapai lebih dari lapan puluh lapan tahun, tidak dapat memadamkan dendam kesumat Orang Tua ini, terhadap Sistem Beraja Arthna. Dia merasakan yang dia masih lagi di perlukan dan di harapkan oleh keramaian walaupun sudah berkali menabur jasa dan bakti tanpa henti dan di gelar seorang Negarawan Terbilang.
Namun itu masih belum mencukupi atau tidak memenuhi segala hajat dan cita yang dia impi. Walaupun apa yang akan terjadi, Lorza takkan selamanya di atas tahkta pemerintahan dan Arthna akan menjadi sebuah negara yang akan mengamalkan Sistem Republik Demokrasi Autokrat. Dengan itu, segala kepentingan bersama di putus oleh pemimpin sendiri.
Kali ini, Orang Tua itu akan tetapkan nekad, sungguhpun berlaku perpecahan antara yang ragu dan yang mahu untuk meneruskan rancangan yang di aturkan; dia tidak mahu masa sebegini baik di persia tanpa satu tindakan drastik. Maka, dia sendiri akan berdepan dengan Maharaja Boaa itu dan memastikan tiada lagi Raja Berkerajaan!
Bersambung...