Waktunya telah tiba untuk aku berbincang secara berempat mata tentang perancangan kami yang sedang di usahakan bersama-sama. Nampak aku tiba lebih awal dari kebiasaan Erza di mana dia sangat menepati masanya untuk berjanji temu. Ini satu perkara yang agak ganjil dari hematku kerana Erza selalunya tidak sebegini rupa. Aku tertanya-tanya.
Bersendirian di Hutan Rimba Falta ini aku cuba untuk mengurangkan keresahan yang makin menebalkan rasa di dalam dada. Rasa sesak kerana gelisah tak tentu arah itu aku berusaha melawan keras tanpa mengizinkan perkara itu terus-menerus menguasai jiwa dan seluruh raga. Kedinginan menjeruti jutaan ketidakpastian mulai merencah di benak sanubariku ini.
Di tambah pula dengan hembusan bayu senja yang mengerakan pepohon dan melayangkan ribuan dedaun ke sini sana membuat aku makin kegelisahan antara Erza yang tidakku tahu di mana dia berada sekarang dan tentang diriku sendiri yang mungkin telah di ekori. Haish, kenapa aku memikir sejauh itu. Moga terlindung segala marabahaya.
Tanpa aku duga, berkedengaran dari kejauhan sayup-sayup suara yang sangat aku kenali berteriak kuat kepadaku. "Cik Muda, jaga-jaga!!!" Dan serentak dengan lafaz itu di teriakan kepada aku, beribu peluru tidak bermata mula di tujukan kepadaku dari arah yang tidak dapat aku pasti. Akhirnya, Erza muncul dalam kekacauan itu; bersertakan kejanggalan.
Tidak pernah aku melihat anak matanya yang hitam pekat itu berubah menjadi merah menyala bagai warna darah seakan biji saga. Dengan bersenjatakan pedang pusaka dari susur-galur keturunannya, Erza menangkis; menepis dan menghalang segela peluru yang menerpa ke arah aku dan dia setangkas yang dia berupaya. "Erza... K-kenapa dengan ini semua???"
Erza pandang aku, dengan jeling maut dan suara yang tidak biasa aku dengar bila aku berbicara dengan Kepimpinan Tentera itu. "Sekarang bukan masanya untuk berbasa-basi lagi; saya mohon rayu kepada Cik Muda, segera pergi dari sini; selagi saya mampu hadapi semua ini seorang diri!!!" Aku berat hati, mengiyakan permohonan Erza.
Dalam kekecohan yang memuncak dengan di hujani peluru dari pelbagai jenis senjata di sepanjang situasi genting itu, aku mengatur langkah longlai bersegera melarikan diri menjauhkan Erza yang masih bertahan di ikuti dengan riuh rendah dan kicau mengicau Burung-Burung Ardoga Dewi Philifia yang ketakutan dengan apa yang telah berlaku. "Cik Muda..."
"Andai dapat di pertakdirkan Tuhan, moga kita berdua dapat di pertemukan semula... Maafkan saya, Cik Muda; kerana bertindak sejauh ini... Biarkan saya di jadi korban; agar perjuangan kita jadi kenyataan... Saya pohon supaya Dewa Thydar memberkati dan merahmati Cik Muda sehingga kita berjaya dengan segala yang telah di rencanakan berdua..."
Dalam kelalutan menggila itu, Erza melihat Cik Mudanya; Nera Azarena semakin jauh dari pandangan mata. Peluru tak bermata yang telah menghujani mereka berdua tadi kini hanya terarah kepada Leftenan Mejar Jeneral Arthna itu saja. Akhirnya Kepimpinan Tentera itu di lemahkan setelah sekian lama bertarung mengalih perhatian di tujukan kepada Nera.
---
Dari satu tempat yang tidak dapat di pastikan, terjadi perbualan antara seorang soldadu kepada pegawainya.
Tuan, pengkhianat tak guna itu telah melarikan diri dari serang hendap kita; tuan!! Apa yang harus kita lukakan sekarang, tuan?
Bangsat; pastikan dia di cari, hidup atau mati!!!
Baik tuan, akan kami turutkan; arahan tuan!!!
---
Dharwan. Sebuah penempatan berjiran dalam sub-Bandaraya Paina di jadikan perbandaran tempatan dan menjadi tempat kelahiran untuk semua keturunan dari Bangsawan Aryan. Merupakan jajahan paling menguntungkan Odan dengan aktiviti perlombongan, perdagangan, pertanian, pembinaan, pengangkutan, penyelidikan, perindustrian, perubatan dan pembuatan dari pengilangan di sebabkan oleh kekayaan yang datang pelbagai hasil-bumi dan carigali.
Di asaskan sebelum permulaan Ketamadunan Isfan, Dharwan mengekalkan Bahasa Tarvan Purba sebagai bahasa pengantara untuk semua urusan. Aku yang mempunyai kebolehan bertelepati jarak-jauh cuba untuk menghubungi di manakah sahabat seperjuanganku; Erza, berada. Tetapi panggilan minda ke minda itu tidak tersahut walau sekalipun aku berusaha supaya dia dapat menjawab semula, segera.
Dalam kekalutan aku melarikan diri dan menghubungi sahabatku itu, aku di kejutkan dengan seseorang yang telah berjaya menjejaki aku hingga ke sini. "Jangan lari!!!" Suara garau yang datang dari belakang aku serta-merta menghentikan kaki aku untuk melangkah lagi. Kakiku bergetaran antara takut dan kerisauan. "Serah diri kamu; atau kamu-kan, mati!!!"
Lelaki misteri itu mengacukan senapang kontotnya ke arahku, tepat di bidik ke kepala. Aku sudah pasti tidak akan di lepaskan dan menyerah tanpa melawan. Cakera emas berjalur perak dan bertinta gangsa yang sudah tersisip kemas di sebalik pinggangku, aku keluarkan dan itu membuat lelaki itu sedikit kehairanan. Senapangnya di simpan.
"Katakan pada hamba, yang kamu adalah seorang pelarian..." Aku mula rasa di perbodohkan. "Hamba dengar kamu sekarang di buru oleh Majlis Tentera..."
"A-aw-awak siapa?!"
"Mungkin kamu akan lebih mengenali siapakah hamba dengan wajah ini..." Lelaki misteri itu mengosok kuat-kuat mukanya hingga berubah tiba-tiba. "P-Putera Raan Kesembilan?!" Raan angguk perlahan. "T-t-tapi..."
Raan hanya mendiamkan diri apabila aku mula mendugakan sesuatu dari hematku sendiri. "Jangan awak bilang kepada saya yang Erza sudah..." Raan tidak menggeleng dan tidak memberi sebarang anggukan sebagai jawapan. Itu sahaja sudah menghancurkan hati dan perasaanku. Cakera yang aku guna sebagai senjata terlepas dari genggaman. Tersimpuh aku jatuh terduduk.
"Maafkan hamba datang kemari untuk memberi perkhabaran sebegini kepada awak, Cik Muda... Hamba juga tidak menyangka Erza yang sebegitu hebat juga berjaya di jinakkan... Dia kini berada di dalam tahanan Majlis Tentera dan tidak akan di lepaskan keluar selepas ini... Harapan untuk Erza di bebas mereka sangatlah tipis, Cik Muda..."
Airmataku berembesan keluar bagaikan pili air yang tak tertutup rapat. Sepertimana Putera Raan; aku juga sukar untuk percaya apatah lagi untuk terima seadanya kekalahan yang di alami oleh Erza yang hebat itu. Pasti ada sesuatu yang di luar kelaziman telah berlaku terhadap sahabat seperjuanganku. "C-Cik Muda... Tolonglah; jangan terus-terusan begini..."
Aku semakin lama semakin tidak dapat mengawal akan perasaanku lagi. Raan yang serba-salah melihat keadaanku itu akhirnya membuat satu keputusan nekad terhadap dirinya kepadaku. "Hamba pintakan keizinan, untuk menjadi satu kekuatan baru terhadap perjuangan yang di perjuangkan Cik Muda..." Kusegera kalihkan pandanganku kepada anak gahara Ratu Irian Kelapan itu, kehairanan.
"Sudah tiba masanya untuk hamba turut berkerjasama dengan Cik Muda kerana hamba tahu tujuan Cik Muda yang sebenarnya... Ingat; kita tidak bersendirian dalam perjuangan ini..." Aku berikan senyuman dengan ujaran yang di berikan Raan. Airmata kesedihanku bertukar kepada airmata kegembiraan. "Jika itu yang awak bentungkan; Raan, sepakat keputusan saya bulatkan..."
Bersambung...