Chereads / Cinta Gadis Kafe / Chapter 10 - Kemarahan Carl I

Chapter 10 - Kemarahan Carl I

Eylem menaip sesuatu di telefonnya, membalas setiap mesej yang di hantar oleh Gabriel. Sesekali dia tergelak membaca paparan yang dikongsikan oleh Gabriel. Jam di dinding dikerling seketika. Jarum jam menunjukkan angka sepuluh minit sebelum pukul satu pagi. Sepatutnya Mary sudah berada di rumah. Kebiasaannya, kafe akan tutup pada pukul 10.30 atau 11.00 malam. Mana kau pergi? Aku telefon tak angkat. Tanya hati Eylem, runsing memikirkan Mary masih tidak pulang ke rumah.

Kemudian tombol pintu rumah seperti dibuka dari luar. Melihat kelibat Mary dengan jaket serta topi kaledar di tangan membuatkan Eylem menghembuskan nafas lega.

"Kenapa lewat sangat kau balik?" Tanya Eylem prihatin. Mary tersenyum lesu melihat wajah Eylem yang berkerut seribu. Dia kepenatan.

"Kau pula, kenapa tak tidur lagi? Esok nak kerja." Soal Mary pula. Dia menyusun kasut boots yang dipakai di rak kasut. Jaket kulit berwarna hitam disangkut pada penyakut yang tersedia di dinding. Disisinya, tersusun dengan kunci-kunci rumah, motor dan lain-lain lagi.

"Hal aku small matter. Aku risau fasal kau. Dari tadi aku tunggu, kau tak balik-balik. Kalau kau tak muncul malam ni juga, aku kira nak report polis je. Dahlah esok kau ada kelas awal pagi. Pukul 8 pagi tau? Pukul 8 pagi." Ulang Eylem berkali-kali. "Jangan kau skip kelas sudah," bebel Eylem. Sempat lagi dia memperingatkan Mary tentang jadual waktu kelas sahabatnya itu.

"No drama, please..." Pinta Mary lalu rebah di atas sofa sebelah Eylem. Kepalanya dilentok di bahu Eylem sambil mata terpejam kepenatan.

"Tak kuasa aku nak berdrama. Ni soal keselamatan. Kalau aku cakap, kau selalu tunjuk muka selenga kau. Kalau jadi apa-apa kat kau, apa aku nak jawab kat abang sado kau tu? Naik seram aku tiap kali dia datang sini. Macam along kutip hutang je," Rungut Eylem.

Mary tersengih mendengar rungutan Eylem. Maafkan aku Eylem...kau terpaksa hadap muka dia. Dia sajalah tempat untuk aku bergantung. Kita dapat tempat berteduh ni pun kerana ehsan dia. Detik Mary.

"Handphone mana? Mana handphone kau? Ada handphone buat hiasan!" Bebel Eylem lagi dengan muka yang cemberut. Semakin lama dia bercakap semakin banyak rasa kesal bertempek di hati dia.

No self-awareness! Gerutu hati Eylem.

"Sorrylah...Bateri phone aku dah kong. Masa nak balik aku tengok tayar motor aku dah pancit. Lepas tu aku tak tahulah apa yang rosak kat motor aku tu jadi aku tinggalkan kat bengkel. Nasib ada Jep tolong aku. Mungkin satu atau dua hari lagi siaplah." Cerita Mary.

"Motor besar kau rosak? Pelik. Bukan kau selalu pergi services? Habis tu kau balik naik apa?" Tanya Eylem dalam nada yang terkejut.

"Balik naik train. Lepas tu aku jalan kaki. Lagipun tak jauh dari apartment kita ni." Ulas Mary dengan selamba seolah itu perkara biasa.

"Mary, bahaya tau tak? Jalan sorang-sorang. Kenapa tak naik cab atau minta je Jep hantarkan kau? Sekurang-kurangnya Jep tu orang yang kita kenal," Eylem terus-terusan bertanya. Nadanya sedikit gusar. Dia tidak percaya Mary tidak ada langkah berjaga-jaga dalam tindakan. Lorong jalan kaki di kawasan apartment ini sudahlah sunyi.

"Kau giler nak suruh Jep hantarkan aku. Masa Jep tolong aku tadi pun, Si Laura tu pandang aku semacam je. Nanti ada gosip yang timbul, aku perampas boyfriend orang. Kau jangan risau. Apa yang susah, kalau ada orang jahat aku debik je dengan topi kaledar aku tu. Esoknya, arwahlah orang tu. Lagipun, bahaya itu ada di mana-mana. Kau ingat kau naik skuter merah kau tu, kau selamat? Doakan jelah yang baik-baik," jawab Mary dengan penuh yakin.

"Eee...geram betul aku tengok mulut kau tu. Ada je jawapan. Kang ada aku tenyeh dengan cili. Kita risaukan dia. Dia boleh pula main-main. Kalau jadi apa-apa tak berbaloi, kau tau tak? At least, langkah berjaga-jaga tu ada." Luah Eylem.

Mary, kau memang pandang rendah pada diri kau sendiri. Kau tu dah lah cantik. Minah pan-asia macam kau ramai lelaki yang tergilakan kau. Kau je yang tak tahu. Mungkin kau tahu tapi buat-buat tak tahu. Berapa ramai pelangan lelaki kat kafe cuba mengurat kau? Tapi sikit pun kau tak layan. Nanti aku bebel panjang, kau mengamuk. Bicara Eylem di dalam hati.

"Okaylah Eylem ku sayang. Aku nak tidur. Kau pula jangan nak berembun sampai lewat pagi. Aku tahulah kau dah ada boyfriend sekarang ni." Perli Mary sambil bangun dari tempat duduknya.

Eylem gelisah mendengar kata-kata Mary. Dia tahu tak aku berkawan dengan Mr.Gorgeous? Fikir Eylem di dalam hati. Mampus aku kalau dia tahu.

"Mana ada!" Eylem cuba berdalih.

"No excuse!" Kata Mary sepatah. Dia menggeliat tubuhnya sebelum bersedia untuk beredar.

"Betul lah! Kenal gitu-gitu je."

"Yalah tu." Ejek Mary. Nak tipu aku agak-agaklah. Ingat aku buta tak nampak kau selalu bermesej kemudian cakap di telefon berjam-jam. Bibir kau tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku dulu pun macam tu juga. Kata Mary di dalam hati.

Tidak mahu kata-kata itu diluahkan di mulut nanti sensitif pula. Lagipun dia tiada halangan kalau Eylem nak bercinta. Itu hak Eylem. Cuma dia berharap Eylem tidak salah memilih lelaki sebagai teman hidup.

"Betul. Aku kawan je." Kata Eylem dengan yakin dan itulah faktanya walaupun dia tak nafikan setiap kali dia berinteraksi dengan Gabriel hatinya berbunga-bunga. Dia dapat rasakan hubungan antara dia dengan Mr.Gorgeous bukan biasa-biasa. Hehehe...perasan!

"Mula-mula kawan, lepas tu bercinta. Normal lah tu. By the way, I hope he is not the Mr.Gorgeous yang kau suka tu. Dangerous!" Kata Mary sambil berlalu pergi ke biliknya. Dia sudah letih. Tidak mahu lagi meneruskan sesi soal jawab.

Peringatan Mary membuatkan air liur yang ditelan terasa kesat seperti digesek kertas pasir. Hati dia jadi serba salah. Aku tak salah. Aku tak salah. Ulang Eylem di dalam hati lalu segera ke bilik untuk tidur.

Mary mengecas telefon bimbitnya. Terpapar 12 missed call. Tiga daripadanya adalah panggilan Eylem dan selebihnya adalah nama lelaki yang sangat penting dalam kehidupan dia. Walaupun Mary tidak mahu mengganggu hidup lelaki itu tetapi dia terpaksa. Hidup ini kadang-kadang memerlukan orang lain untuk tempat kita bersandar. Kalau hanya mengharapkan diri dia sendiri alamatnya jadi gelandanganlah jawabnya. Mary mengeluh.

Kalau penting sangat kenapa tak tinggalkan mesej? Saja nak bagi darah aku menyirap. Bukan dia tak tahu waktu macam ni aku kerja. Gerutu Mary dalam hati.

Kemudian jari Mary pantas menekan butang hijau pada skrin telefon. Nombor lelaki itu didail. Setelah dua kali percubaan, Mary terdengar suara perempuan yang memaki hamun diri dia.

"Hei, pompuan jalang. Tak habis-habis kau ganggu hidup laki aku. Kau ingat laki aku tu sugar daddy kau? Kau nak apa, hah? " Kata perempuan di balik telefon. Suara macam langsuir. Kutuk Mary di dalam hati.

Mary menjauhkan jarak telefon bimbit dia dari telinga. Boleh pekak telinga aku dibuatnya. Bukan aku nak sangat telefon laki kau. Laki kau yang cari aku dulu. Omel hati Mary.

Tidak tahan dengan suara langsuir perempuan itu, Mary terus menekan butang merah pada skrin telefon. Mary rebah di atas katil, memikirkan masa depan dia yang tidak tentu arah. Setelah berapa minit menghilangkan lelah, Mary bingkas bangun dan membersihkan diri sebelum dia lena dibuai mimpi.

Carl khusyuk meneliti plan bangunan yang direka olehnya. Dahi dia berkerut-kerut dan sesekali dia menambah bahagian yang perlu diperbaiki. Dia menjeling ke arah telefon bimbitnya yang bergetar sejak dari tadi. Melihat nama si pemanggil, jari dia pantas menyentuh butang merah. Tidak terbilang berapa kali dia mematikan panggilan tersebut.

'Dangg!!!' Bunyi hentakan pintu yang dikuak secara kasar menyebabkan Carl terkejut dan pensil yang berada di tangan terpelanting ke depan. Akibatnya, garisan yang sangat panjang dan tidak seharusnya ada pada kertas plan terlakar jelas di matanya kini. Melihat kerja dia yang hampir rosak disebabkan oleh tindakan malaun tidak beradab dan bertanggungjawab, mulut Carl terus memaki hamun.

"Shit!!! Siapa yang bodoh sangat masuk bilik aku tak bagi salam?!" Lantang Carl bersuara sambil tangannya menghentak meja kerana amarah yang meluap-luap.

Pekerja yang berada di luar bilik yang telah siap bersedia untuk pulang terdiam kaku. Masing-masing tidak berani bergerak kerana terdengar suara singa Carl.

Eliza yang berada di muka pintu tidak gentar melihat Carl yang sedang berapi memaki dirinya. Carl merenung wajah Eliza dengan rasa geram yang masih membara. Sebelum berdeham dia menghembuskan nafasnya beberapa kali cuba mengawal kemamarahnya dan berlagak seolah tiada apa yang berlaku.

"Apa masalah you? I call you berkali-kali tapi you tak angkat-angkat. Are you deaf or what?" Marah Eliza. Dia ingat dia seorang saja yang boleh marah? Marah aku tak kira? Getus hatinya.

Mendengar cara Eliza bercakap dengan dirinya seperti itu menimbulkan perasaan kurang senang dalam diri Carl. Dia paling benci kalau perempuan cakap biadap dengannya.

"I yang pekak atau you yang pekak? I dah cakap I busy. You yang tak faham bahasa. Tak nampak kerja I berlambak atas meja ni, " kata Carl dalam nada yang sarkastik. Tangan kirinya dicekak ke pinggang manakala tangan kanannya menghala ke arah meja kerja yang bertimbunan dengan kertas-kertas plan.

Jelas di mata Eliza, terdapat berkeping-keping kertas plan bangunan yang bergelepangan di atas meja Carl. Kelihatan tugasan itu tidak akan siap dalam masa sehari tapi itu bukan masalahnya. Dia sakit hati kerana kebelakangan ini Carl banyak mungkir janji. Alasan dia adalah sebab banyak kerja dan penat. Dia tidak percaya semua itu. Ini mesti kes ada perempuan lain.

"Don't talk bullshit with me. Nak kerja apa lagi. Dah pukul 5 petang. You jangan ingat you boleh lari dari I, " ugut Eliza lalu mendekati Carl. Carl mendengus kebencian.

"Hei, you ingat you siapa nak kongkong hidup I? I bagi muka dengan you, macam-macam cekadak you nak." Kata-kata yang dihamburkan oleh Carl menyebabkan mata Eliza membulat.

"Carl! Kenapa you macam ni? Sebelum ni you tak pernah cakap macam ni dengan I" Rungut Eliza sambil meraih lengan Carl. Carl menepis tangan Eliza dengan kasar.

"You yang mulakan dulu. I hanya berbudi bahasa dengan orang yang tahu berbudi bahasa. Kalau you tak nak tengok sisi buruk I, you pergi balik. I banyak kerja, " kata Carl lalu mengutip pensil yang terjatuh dan kembali menumpukan perhatian terhadap kerjanya di atas meja.

"You tak boleh buat I macam ni. I girlfriend you, " rengek Eliza cuba mendapatkan perhatian Carl.

Carl memandang dengan rasa benci. Dia menghempas pensil yang ada di tangannya.

"Whose girlfriend? Just in your dreams. You yang selalu mengekor I pergi ke mana-mana." Ujar Carl dengan sinis.

"Carl!!!" Jerit Eliza dengan nyaring. Dia tidak percaya Carl sanggup berkata begitu dengannya. Selama ini, siang dan malam dia berkepit ke hulu ke hilir dengan lelaki ini. Satu pejabat tahu mereka sentiasa berdua seperti pasangan kekasih. Apa itu semuanya, kalau bukan girlfriend? Carl menekup telinga dengan kedua- dua belah tangannya.

"Oh, please! For God's sake, could you stop nagging like a granny? You are not even my wife." Tegur Carl. Suaranya mula meninggi. Dia mula rimas dengan karenah Eliza.

"How could you do this to me? We're always together." Rayu Eliza lagi, masih tidak puas hati. Kata-kata Carl masih tidak dapat dihadam sepenuhnya.

"Apa yang I dah buat dekat you? Don't talk like I ever touched you like your previous man. So, please leave. I banyak kerja." Carl meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan riak wajah Eliza yang mula berubah. Hati Eliza sakit mendengarnya. Kata-kata Carl seperti satu penghinaan buat dirinya.

"No!" Jerit Eliza lalu terus menerpa ke arah Carl. Kolar baju Carl ditarik dan Eliza mendekatkan wajahnya ke arah Carl, cuba mencium lelaki itu tetapi Carl dengan tangkas menekup mulutnya sendiri. Akhirnya, belakang tapak tangannya menjadi tempat landasan bibir Eliza mendarat.

Hampir tersembul biji mata Carl menyaksikan tindakan berani Eliza. Sejurus itu, dia terus menolak tubuh Eliza dengan kasar. Terjelepok Eliza dalam kesakitan. Dada Carl berombak naik dan turun menahan marah. Kejadian itu berlaku dengan pantas. Nasib bibirnya dapat diselamatkan. Ini bukan kali pertama kenalan wanitanya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"Sebelum muka you hancur I kerjakan, baik you berambus dari sini! Berambus!!!" Ujar Carl dengan lantang. Suaranya berdegar di seluruh pejabat.

Semua pekerja yang masih ada di dalam pejabat mula bercakap sesama sendiri. Masing-masing masih tidak berganjak pulang kerana mahu melihat drama di depan mata. Walaupun mereka tidak nampak jelas tentang apa yang berlaku, mendengar suara Carl yang lantang dan kuat seperti gempa bumi sudah cukup memberi gambaran kepada mereka tentang apa yang berlaku.

Eliza bangun dengan angkuh. Dia menjeling penuh kebencian.

"Ingat, hal kita belum settle lagi. Kalau you buang I, you akan menyesal!" Sejurus dia kata begitu, Eliza terus meninggalkan bilik tersebut. Bunyi dentuman bergema lagi akibat pintu yang dikatup secara kuat dan kasar.

"Setan punya pompuan!" Carl menyumpah lalu dia menumbuk meja dengan lima buku tangannya. Kesan lipstick yang berbekas di belakang tapak tangan dikesat kasar. "Dia ingat aku laki murah ke apa? Berani dia nak curi first kiss aku." Gumam Carl.

Dia menyepak pula meja dengan kaki. Kemudian dia tersandar lesu di kerusi empuk kegemaran dia. Apabila dia memikirkan kejadian tadi boleh sakit jiwa dibuatnya. Dia ingin melupakan kejadian yang menyakitkan hati lalu dia kembali hanyut dengan kertas-kertas kerja yang masih memerlukan pemerhatian terperinci olehnya.