Mary lupa bahawa dia hanyalah seorang perempuan. Sekuat dan seganas manapun sikap yang dibentuk dalam dirinya masih tidak dapat menandingi kekuatan seorang lelaki. Air matanya mula deras mengalir apabila dia merasakan leher jinjangnya disapa dengan desas nafas yang menjijikkan. Baju kemejanya ditarik kasar dari belakang hingga butang baju di hadapan tercabut. Mary dapat merasakan ada bendalir yang basah di sekitar lehernya. Dia tahu badannya mula diratah. Hati dia perit dan jijik bila memikirkan maruahnya akan dinodai bila-bila masa saja.
Kemudian tangan sasa itu merayap pula ke bahagian punggungnya. Seluar direntap kasar hingga tubuh dia terdorong ke belakang. Senak di perut usah dikata. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku tapi dia tahu seluarnya hampir luruh.
Mary menangis teresak-esak tetapi esakannya tidak dapat didengari. Dia menggigil ketakutan. Lelaki ini memang mahu makan dia hidup-hidup. Dia cuba mengeluarkan sesuatu yang ada di dalam mulutnya tetapi dia tidak mampu dengan bau yang menyesak hidungnya. Dia berasa mual dengan pandangan matanya mula kabur. Rahangnya mula sakit dan dia rasa tidak berdaya. Tapi kalau dia mengalah sekarang, apa yang akan berlaku pada dirinya? Tidak...tidak...
Dalam tangisan dia tekad dengan kekuatan yang masih bersisa, Mary mencuba lagi. Dia meronta untuk dilepaskan dan menggunakan sebelah kaki, dia menyepak tong sampah itu dengan sekuat hati. Tang! Tang! Tang!
"Kau ni memang degil! Aku dah lama mengidamkan kau. Jangan rosakkan plan aku." Kata lelaki itu. Sejurus itu, lelaki itu menujah dengan kaki beberapa kali di bahagian belakang lutut Mary sehingga Mary terduduk kesakitan.
Mary terdiam menahan keperitan. Arghh!!! Kaki aku. Kaki aku. Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan kakinya. Habis segenap tubuhnya sakit-sakit. Dia pasrah. Ketika tubuh tidak lagi berdaya, harapan semakin kelam dan mata penuh dengan genangan air mata, Mary terlihat sekujur tubuh berdiri tidak jauh darinya.
Walaupun lebih daripada sebulan peristiwa itu berlalu tapi dia masih ingat raut wajah lelaki itu. Tidak mungkin dia lupa wajah menjengkelkan tapi tampan milik Mr. Annoying. Mata mereka bertentangan. Hanya lelaki ini sahaja harapan yang dia ada. Tolonglah...
Dushh!!! Segera Carl memberikan satu tumbukan yang padu kepada lelaki itu menyebabkan kepala lelaki itu terteleng ke sisi. Dia cuba membalas serangan Carl tetapi dengan pantas Carl menumbuk beberapa kali tepat pada wajah lelaki itu sehingga dia rebah. Darah mengalir di hidung lelaki itu.
"Jahanam! Kau memang dah puas hidup ke?" Teriak Carl lalu dia memberi sepakan di bahagian rusuk lelaki itu. Ditujah berkali-kali hingga lelaki itu mengerang kesakitan. Mary yang tersandar layu hanya melihat dari jauh lelaki yang cuba memperkosa dirinya dibantai cukup-cukup oleh Mr.Annoying. Dia tidak mampu bergerak lagi.
Carl mengerling ke arah Mary yang terkulai layu. Dia meneliti tubuh Mary seimbas lalu. Baju dibahagian dada Mary sudah rabak hampir menampakkan baju dalamnya. Kacing seluar yang terbuka menaikkan lagi amarahnya. Kalau aku lambat habis Dragon dikerjakan oleh bangsat ni. Dia geram lalu mendekati di bahagian sulit lelaki itu. Carl memegang pergelangan kaki lelaki itu hingga terkangkang dibuatnya.
"Kau...Kau nak buat apa?" Tanya lelaki itu ketakutan seperti mengetahui apa yang bermain di minda Carl. Dalam kesakitan dia mengesot, cuba menjauhi Carl. Carl hanya memberi renungan maut kepada lelaki itu. Dia tersenyum jijik. Boleh lagi kau bercakap lepas apa kau buat pada Dragon? Dasar manusia tak guna! Maki Carl di dalam hati.
"Kau nak sangat kan? Perogol macam kau ni kalau tak ajar, memang sampai bila-bila tak serik. Ambil ni, hadiah dari aku." Sejurus itu juga dia memijak bahagian sulit lelaki itu sehingga jeritan jantan keluar dari mulut lelaki itu. Raungan lelaki itu telah menarik perhatian pekerja di dalam kafe sehingga mereka semua bergegas keluar. Masing-masing tergamam melihat apa yang berlaku di depan mata.
"Tuhan bagi kau benda ni suruh kembangkan zuriat dengan cara yang halal tapi kau pergi guna untuk jahanamkan anak dara orang. Hah, rasakan! Biar mampus. Kalau tak ada lagi bagus. Menyusahkan hidup orang je." Sambung Carl lagi. Dipijak berkali-kali dan kemudiannya ditenyeh pula bahagian tersebut umpama melepaskan amarah yang tersimpan lama dalam dirinya. Lemah longlai lelaki itu dikerjakan oleh Carl.
Jep, Laura dan Ben menjadi saksi tindakan sadis Carl. Laura sudah memejamkan mata manakala Jep sudah pandang ke arah lain dan Ben menutup bahagian alat sulitnya seolah-olah dapat merasakan kesakitan tersebut. Tiada sesiapapun yang berani menegur tindakan Carl.
"Mary!" Seru Jep selepas dia kembali sedar bahawa Mary memerlukan pertolongan. Belum sempat dia bergerak ada tangan yang menghalang.
"Jangan sentuh dia. Dia biar aku yang uruskan." Halang Carl. Dia tidak mahu ada lelaki lain yang menyentuh Mary lagi-lagi dalam keadaan Mary yang sangat menyedihkan.
"Encik ni siapa?" Tanya Jep dengan nada mencurigakan. Dia tidak puas hati dengan gaya percakapan Carl. Walaupun Carl adalah penyelamat Mary tapi dia rakan setugas Mary. Selayaknya dia yang ambil peduli tentang Mary.
"Jangan tanya aku siapa. Tu tak penting. Yang penting sekarang, kau bawa si keparat tak guna ni pergi balai polis. Atas sebab apa, kau boleh lihat sendiri, " kata Carl dengan tegas sambil merenung tidak puas hati terhadap penyangak yang sudah longlai dikerjakan.
Carl menghampiri Mary. Dia mengeluarkan sesuatu yang disumbatkan ke dalam mulut Mary. Melihat benda tersebut adalah seluar dalam lelaki, Carl berdecik kegeraman. Dasar pervert! Desis hati Carl. Dia melemparkan benda alah itu jauh dari pandangan. Mary terbatuk-batuk dan tidak sampai beberapa saat Mary berpaling ke sisi dan memuntahkan segala isi dari mulutnya. Carl segera mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan mengesat hujung bibir Mary yang kebasahan.
Mata Mary yang separa terbuka dan dipenuhi dengan air mata ditatap dengan penuh simpati. Nafas Mary sedikit tercungap-cungap. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Mary manakala tangan Mary berpaut pada pergelangan Carl seolah dia memerlukan sokongan. Air mata Mary masih laju berderai. Carl memeluk Mary sambil menepuk-nepuk bahu Mary.
"It's alright. It's alright." Pujuk Carl perlahan. Tubuh Mary yang sedikit terdedah sangat dekat di pandangan. Gulp! Dia tertelan air liur. Gila ke apa aku ni? Tidak mahu terus tergoda, dia terus menanggalkan kot dari tubuhnya lalu menyaluti bahagian depan tubuh Mary. Melihat Mary masih tidak bermaya, dia merangkul tubuh Mary manakala sebelah tangan lagi memangku bahagian kaki Mary.
Jep yang melihat Carl sangat prihatin terhadap Mary terus memberi isyarat kepada Ben untuk melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Carl. Carl berjalan melepasi semua rakan sekerja Mary dan dia memberhentikan langkahnya di depan seorang pekerja wanita.
"Boleh ambilkan semua barang Dra...?" Carl mengetap bibirnya dari terus menyebut perkataan Dragon. Inilah padahnya kalau sudah terbiasa. "Maksud saya barang Mary." Sambung Carl kembali. Laura terpana melihat ketampanan Carl dari dekat. Dia ralit seketika. Setelah sedar disebabkan dehaman Carl berkali-kali, dia segera beredar mengambil barang Mary lalu diserahkan kepada Carl.
Carl mengambil beg tersebut dan berlalu pergi dengan Mary yang masih dalam pelukkannya. Mary membenamkan wajahnya ke dada bidang Carl. Saat itu juga, Carl merasakan hampir sebahagian bajunya basah lencun dengan air mata. Semakin jauh mereka meninggalkan kafe semakin kuat kendengaran tangisan Mary.
"Sakit...sakit..." Rintih Mary berulang kali dalam tangisan. Carl hanya terdiam seribu bahasa. Sayu hatinya mendengar rintihan Mary. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram sambil kedua-dua tangannya memeluk kemas tubuh Mary.