Aku dah penat hidup bergini,tah la kadang-kadang aku rasa tak dak siapa di dunia ni yang perlukan aku.Aku penat.Salahkah aku nak mengeluh,aku pon manusia biasa.Bila aku mengeluh,aku dikatakan tak bersyukur.Tapi kalau diorang yang mengeluh,bila aku marah.Aku dikatakan tak memahami.Adilkah begitu?.Adakah aku ni robot.Aku Ailin dan ini kisah aku.Aku adalah aku.
Ailin,nama yg indah tapi tak seindah perjalanan hidupnya.Aku ada 3 orang adik beradik,aku anak bongsu.Mak aku suri rumah tangga,ayah aku pula ada buka kedai runcit kat kawasan kampung aku ni. Orang kampung selalu panggil mak ayah aku Pak Mat dan Mak cik Minah.Adik beradik aku semua lelaki,aku sorang ja perempuan.Keluarga aku ni pelik sikit,yang anak lelaki dilayan macam raja sikit.kerja rumah semua tak yah buat.Mak aku selalu cakap lelaki tak perlu tolong kerja-kerja kat rumah,tu semua kerja perempuan,which is korang mesti tahu la kan sapa yang kena buat.Aku la yang nak kena buat semua benda. Menyampah pun ada kadang.Nama abang sulung aku Aiman dan yang second Aizat. Diorang ni kembar.
Tadi aku kan ada mention,aku ni anak bongsu dan sorang ja perempuan dalam keluarga ni,mesti korang ingat aku manja kan or ditatang seperti minyak yang penuh.Hampeh ja semua tu.Tu semua dalam TV ja.Kat dalam rumah ni aku kuli.Setiap kali cuti,pagi-pagi mak ayah aku pi buka kedai,so pagi-pagi dah kena basuh baju,kemas rumah,masak dan selesaikan semua la kerja-kerja rumah yang lain.Oh,lupa nak mention,aku dah tingkatan 5 tahun ni,nak ambik SPM la kiranya.cita-cita aku adalah nak dapat result elok dan keluar dari rumah.Nak pergi masuk universiti.Abang-abang aku tu dua-dua dah masuk universiti.Dua-dua ambik bahagian bussiness.Bila diorang ada kat rumah ja,macam double kuli la tugas aku.sabar ja.