Chereads / Aku dan aku / Chapter 3 - 2.Never give up

Chapter 3 - 2.Never give up

Pukul 5 pagi,okay tinggal sikit ja lagi.Nasi lemak dah letak,sambal pon dah siap,ikan bilis dan telur pon dah siap.Tinggal nak bungkus ja. Good job Ailin.Bergini la rutin hidup aku,pagi pukul 4 dah bangun untuk siapkan nasi lemak,pukul 6.30 pagi dah keluar pergi letak nasi lemak dan terus ke sekolah. Habis ja kelas aku terus ke pekan.Aku ambik upah menjahit kat Kedai Jahit Umi dari pukul 3.30 sampai pukul 6 petang.Alhamdulillah Cik Umi bagi upah RM 20 sehari kat aku.Kalau musim cuti dapat lah sampai RM 50.Mesti korang pelik kan,kenapa aku ambik upah nenjahit.Aku kena berusaha keras sikit,sebagai persediaan nak masuk universiti nanti. Tak boleh nak harapkan mak dan ayah aku jugak,sebab focus diorang hanya kat abang kembar aku ja.

Sekolah:

"Hoi Ailin,mengelamun ja.Bila nak habis buat soalan ni.Aku sekeh jugak kepala ko nanti"marah Haikal.Okay guys lupa nak kenalkan,ni Haikal bestfriend aku.Haikal ni ibarat soulmate aku juga,semua benda pasal aku dia tau.Tapi kami tak bercinta ok.Teman tapi mesra ja;).

"Ala ko ni Kal,bagi la aku peluang sama nak berangan penat la.ni aku dah siapkan 3 soalan dari 10.okay la"balas aku sambil tersengih-sengih.

"Ko jangan nak sengih-sengih dengan aku.dah dekat sejam tau tak,cuma tiga soalan.Macam mana ko nak jawab exam.Ni matematik tau tak,kena cepat.nanti tak habis soalan ko jawab"marah Haikal.

OMG ni dah start lecture dia.Haikal ni bahasa dia memang kasar sikit dan dia memang suka berleter.Tapi dia sangat baik dan pandai guys.Tak pernah kedekut ilmu sebab tu aku sayang sangat kat dia.

"cepat-cepat buat dah nak pukul 3 ni,nanti ko pi menjahit pula"sambung Haikal.

"okay Kal,aku buat ni"

"okay dah pukul 3,cepat kemas barang ko.Hari ni aku tolong hantar ko pergi pekan.Kebetulan aku tengah free ni.Oh satu lagi,ni vitamin.makan tau aku tengok ko ni semakin kurus ja.Aku tak nak nak ko sakit.exam dah nak dekat dah ni",ujar Haikal.

"Kal kenapa ko baik sangat ni,aku okay ja la.tak yah la vitamin-vitamin ni"tolak aku dengan lembut.

"Ambik aku kata,untuk kesihatan ko jugak.Aku tak nak tengok ko sakit.Jangan banyak songeh,ambik tu.dah jom cepat"balas Haikal.

Kal kenapa la ko baik sangat.Aku sayang ko Kal.Bisik aku di dalam hati.