'okay,sekarang dah pukul 8 malam,time untuk study.Sementara nak tunggu isyak,better aku study sikit.Aku dah tak leh buang masa,exam dah nak dekat,aku mesti dapat keputusan yang cemerlang' tekad Ailin di dalam hatinya.
"Ailin,mai sini sat" panggil mak minah.
"kenapa mak,Ailin baru nak study ni"jawab aku dengan malas.
"alah,belajar tu bila-bila masa pon boleh,mai tolong mak dulu.kita nak kena asingkan buku-buku dan plastik-plastik ni dulu.esok mak nak jual.Kesian kat abang-abang kamu tu,duit tak cukup nak belajar", terang mak Minah
"Duit lagi,bukan mak dah bagi ka kat diorang 2 hari lepas,tak kan nak bagi lagi.Lebih dari cukup kot,diorang kan ambik pinjaman PTPTN lagi,tak kan tak cukup mak"balas aku dengan geram
"kamu tau apa Ailin,abang-abang kamu tu belajar tinggi,mesti la guna duit banyak..nak makan lagi,mai cepat tolong mak.banyak lagi nak buat ni.belajar tu bila-bila masa pon boleh"
Ni yang buat aku rasa berangin ni.Mak selalu sangat manjakan dua ekor tu sampai diorang tak tahu macam mana nak berdikari.Bayangkan lah,duit pinjaman dapat tiap-tiap bulan.Tapi still minta duit lebih tiap-tiap minggu kat mak.Diorang ingat rumah ni bank.Aish,ni mendatangkan rasa marah..By the way,aku lupa nak bagi tau korang,selain dari buka kedai runcit.Mak aku juga jual barang-barang recycle macam kertas,plastik,kotak,tin dan macam-macam lagi untuk tampung dua ekor(abang aku la dua ekor tu) tu belajar.
'Angin ja aku,bila aku dapat ulangkaji macam ni.serabutnya' gumam aku di dalam hati.Malas la nak gaduh dengan mak,buat ja la.
Penatnya,dah dekat tiga jam buat benda ni,gila tak penat.Akhirnya,siap juga.Oh my God,dah pukul 11,nak study apa macam ni.Otak dan badan penat teruk ni.
"mak,Ailin masuk tidur dulu.Dah siap dah semua"ucap aku pada mak Minah.
"okay,esok bangun awal sikit. dalam pukul 4 pagi macam tu.tolong mak buat nasi lemak dan kuih,kita kena kerja keras sikit ni.Tahun ni tahun akhir abang kamu.Diorang perlukan duit yang banyak" balas mak minah dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalah.
Apa ni duit lagi.ahhh,aku penat.mak ingat aku robot ka.Tidur lewat,kena bangun awal-awal.Macam mana aku nak study.Semua ni dah melampau.
Okay,malam ni aku bertekad.Sepenat mana pun aku sekarang,aku mesti belajar bersungguh-sungguh dapatkan biasiswa dan masuk universiti.Aku tak mahu jadi macam dua ekor anak manja tu,sikit-sikit minta duit kat orang tua.