'Waktu pertama Kali,
Kulihat dirimu hadir, ' Alieyna Syahirah bernyanyi kecil sambil membetulkan tudung shawlnya yang agak senget.
"Siap! Go Go Syahirah! Positive always!!" katanya bersemangat. Sebelum mencapai tombol pintu di usapnya bingkai gambar lama di atas meja solek.
Hatinya mula sebak mengenangkan peristiwa 5 tahun lalu. Perlahan lahan tombol pintu di putar.
ππ ΄π ½π Άπ Ίπ Eirfan menyarungkan suit berona sepadan warna kegemarannya biru gelap ke tubuhnya yang tegap.
Tiba -tiba telefonnya mendendangkan lagu kegemarannya 'when I was your man' by Bruno Mars. Dicapainya telefon yang terletak di kepala katil.
Nampaknya dia perlu bergegas PA nya baru memberitahunya bahawa client nya mahu datang lebih awal dari yang di janji kan.
Bergegas dia menuruni tangga rumah banglo 3 tingkat itu. Di lihat mamanya sedang menyediakan sarapan bersama pembantu rumah mereka. Terus dia menuju ke arah mereka.
"Mama, makcik Eir pergi pejabat dulu ya" katanya sambil menunduk menyalami tangan mamanya.
" Eh Eir sarapan lah dulu penat mama dengan makcik sediakan makanan, " pujuk Datin Roziah. Risau dia melihat anaknya yang kerap kali meninggalkan sarapan.
"Eh takpe ma nanti Eir makan dekat office, " katanya untuk menyedapkan hati mamanya. Dia tahu mamanya risau akan kesihatan diri nya tetapi apa boleh buat kekangan kerjanya yang sibuk menyebabkan dia terpaksa meninggalkan makanan kegemarannya yang telah di masak oleh dua wanita di hadapan nya itu.
"Haihhh yelah, jangan lupa makan sudahlah Eir " jawab Datin Roziah mengalah.