Chereads / Miss. Happy Go Lucky! / Chapter 3 - Chapter 3

Chapter 3 - Chapter 3

πŸ…ΌπŸ…΄πŸ…½πŸ†ˆπŸ…ΈπŸ†πŸ…°πŸ…Ώ darah Tengku Eirfan mendengar butir perbualan pasangan di depan nya itu. Dia pernah merasa bagaimana rasanya dikhianati kawan baik sendiri suatu ketika dahulu. Sakit, pedih, duka dan tak percaya mengganggu emosi Tengku Eirfan ketika itu dia teringat semula bagaimana keadannya selepas dikhianati satu satunya kawan baik nya.

Namun beberapa minit selepas itu, fikiran Tengku Eirfan kembali rasional. Dia sudah berjanji kepada papanya untuk mengekalkan sikap profesional ketika kerja.

Dia juga menyedari dua orang yang telah menghalang pintu kubikel tandasnya sudah pergi dari situ.

Perutnya berkeroncong semula dia pergi ke mejanya semula. Makanan yang di pesan telah siap terhidang.

"πŸ…°πŸ…»πŸ…ΈπŸ…΄πŸ†ˆπŸ…½πŸ…° πŸ†‚πŸ†ˆπŸ…°πŸ…·πŸ…ΈπŸ†πŸ…°πŸ…·!"jerit seorang lelaki yang berbadan agak gempal dan tinggi.

Jerkahannya terhadap seorang wanita kecil yang sedang mengira duit di atas meja cashier di dengari beberapa orang pelanggan di dalam restoran itu.

Lelaki berbadan agak gempal yang bernama Encik Aminuddin selaku pengurus di restoran itu meluru mendekati Alieyna sambil menggenggam duit bernilai kira kira RM 1000 dan sebuah beg tangan kecil.

Jerkahan dan tindakan bosnya itu mengejutkan Alieyna sehinggakan dia jatuh terduduk.

"B... Bo... Bos... Ke.. Kenapa ni?" tanya Alieyna sambil cuba untuk bangun.

"Ni... Ni apa?" jerkah Encik Aminuddin kuat sambil membaling beg tangan milik Alieyna dan wang di tangannya tepat ke muka Alieyna.

Beg tangan yang agak keras itu terkena dahi Alieyna. Alieyna mengaduh perlahan. Dia tidak faham apa yang telah terjadi sehingga bos nya itu memarahi dirinya sebegitu.

Tengku Eirfan yang melihat kejadian itu terus memahami kaitan kejadian yang dilihatnya sekarang dan perbualan yang mengganggu emosinya tadi sebaik sahaja mendengar nama wanita malang itu.

Dia tidak boleh berdiam diri dia sangat membenci kaum Adam yang suka menyakiti kaum Hawa. Dia bangun lalu menuju ke arah kejadian yang mencuri perhatian ramai pelanggan restoran itu.

"Eh, eh brother apa ni baling -baling, bising- bising ni?" tanya Tengku Eirfan dengan nada yang tenang sambil melutut sebelah kaki berhadapan dengan Alieyna sambil memandang luka pada dahi wanita itu.

'Lukanya tak berapa teruk tapi boleh jadi akan lebam teruk juga lah. ' kata Tengku Eirfan dalam hati.

Belum sempat Encik Aminuddin yang agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu sempat berkata-kata.

"Bro cederakan perempuan yang tak sama kekuatan dengan kau ni... Apa maknanya?" kata Tengku Eirfan membiarkan ayatnya tergantung.

"Eh engkau siapa nak menyibuk hal aku dengan pekerja aku?" tanya Encik Aminuddin menyampah dengan lelaki yang menyibuk halnya itu.

"Kau tau tak dia ni dah mencuri... Bukan sikit RM 1000 tahu! Dahlah mencuri rupanya dia menipu dengan perangai Miss. Happy Go Lucky dia tu!" marah Encik Aminuddin.

Alieyna yang hanya mendengar dan melihat kejadian itu mula mengetahui apa masalah penyebab kekecohan ini. Tapi dia tak pernah mencuri atau menipu mengapa ini boleh terjadi. Dia mengumpul kekuatan lalu bangun.

"Apa maksud bos saya mencuri dan menipu? Saya tak pernah mencuri duitlah encik. Saya masih tau mana satu betul atau salah. Saya masih tahu beza kerja halal atau haram. " cuba menerangkan situasi.

Akan tetapi penerangannya itu tidak mampu melembutkan hati Encik Aminuddin yang panas membara. Encik Aminuddin cuba untuk menolak bahu Alieyna.

Akan tetapi Tengku Eirfan lebih cepat bertindak menendang kaki Encik Aminuddin.

"Hei bro! Aku dah kata tadi kalau orang lelaki pukul perempuan maksud nya dia pengecut! Dengar tak pengecut!" jerkah Tengku Eirfan lalu menarik pergelangan tangan kecil Alieyna keluar dari restoran itu.

Alangkah terkejutnya Alieyna. Tetapi dia tak mampu berbuat apa apa. Pelbagai persoalan muncul dalam minda nya.

'Macam mana bosnya boleh menuduh dia mencuri? Siapa gerangan lelaki yang membantunya ini?'