ππ ΄π »π ΄ππ °π Έ mesyuarat bersama client, Tengku Eirfan duduk di kerusi nya sambil mengetuk ngetuk mejanya. Perutnya berkeroncong agak kuat. Mana tidaknya dia tidak sarapan pagi tadi.
Laju dia bangun dari kerusinya menuju ke meja PA nya , Kak Shila .
"Kak lepas ni Eir ada meeting ke?" soal nya dengan nada yang tegas.
"Ada Tuan pukul 1 tengah hari nanti."Walaupun lelaki muda di hadapannya ini berganda lebih muda darinya dia amat respect kepada lelaki itu. Mana tidak nya pada usia muda sudah mampu handle project besar besar.
Tengku Eirfan melihat jam tangannya lalu mengeluh hanya tinggal lebih kurang setengah jam sahaja sebelum meetingnya bermula.
"Takpelah makan dekat restoran dekat lobi ajalah, " kata Tengku Eirfan perlahan tanpa didengari oleh Kak Shila.
Lalu dia berlalu pergi menuju ke pintu lif. Keluar sahaja dari pintu lif kaki nya laju melangkah ke arah restoran yang menyewa di lobi bangunan nya.Tidak pernah dia menyinggah makan di situ. Dia lebih selesa pulang ke rumah nya yang tidak berapa jauh dari syarikat.
Dia di sambut mesra oleh pelayan di situ. 'Hmmm good service' bisik nya dalam hati.
Selepas dia membuat pesanan tiba tiba dia rasa seperti mahu terkucil sahaja. Laju dia melangkah ke arah tandas restoran itu.
Selesai melepas hajat dia bercadang mahu keluar dari situ namun dia terdengar suara seorang perempuan dan seorang lelaki sedang berbincang di depan pintu tandas. Serius sahaja bunyi nya.
Bukan berniat hendak mencuri dengar tetapi dia merasakan bahawa lelaki yang sedang berbual itu bersandar kuat di hadapan pintu nya. 'ah sudah' keluhnya dalam hati. Sudahlah perutnya sudah menjadi jadi keroncong nya.
Tetapi dia tiba tiba tertarik apabila mendengar perbualan sepasang manusia di depan pintu bilik air nya itu.
"π Ήππ »π Έπ ° you tak rasa ke kita terlalu kejam nak buat Aliey macam tu?" kata lelaki itu dengan nada acah innocent nye itu.
"Eh you tak geram ke dengan perangai konon Miss. Happy Go Lucky dia tu. Eeeyouuu menyampah tau. You sayang I kan?" balas wanita yang bernama Julia itu dengan nada mengada.
"Tapi takpe ke dia kan kawan baik you. Tak baik tau kita tipu bos yang dia mencuri duit cashier sedangkan kita yang kenakan dia"balas lelaki itu kalau boleh dia tak mahu buat kerja kotor seperti ini.
Balasan lelaki itu di balas dengan jelingan tajam oleh Julia. " You... baik you senyap kalau tak kita break, "
Lelaki itu terdiam, demi kesayangannya dia sanggup.